Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

KONSEP ASAS ISLAM

E-folio

MPU 13012

Pendidikan Islam

NAMA PENSYARAH : USTZ. NOR ATIKAH BINTI MOHD NAWI

Pengenalan

SENARAI PELAJAR :

NURAINA BINTI KHAIRUL ANUAR

A15STS22F502

NOR EFFAZATUL MUNIRAH BINTI AHMAD RAFI-I

A15STS22F501

Pengertian

Konsep & Pengertian Tasawwur Islam, Pengertian Islam, Iman & Ihsan

Indahnya Islam

Tasawwur

Istilah Tasawwur Islam adalah merupakan satu ungkapan yang tidak asing lagi dalam penggunaan masyarakat Islam. Tasawwur bermaksud suatu gambaran atau tanggapan akal atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara. Perkataan ini berasal dari kalimah Arab yang memberi beberapa maksud;

  • i.Suatu tanggapan terhadap rupa sesuatu yang dapat dikhayalkan.
  • ii.Cuba memberi gambaran terhadap sesuatu.
  • iii.Memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu.

Tasawwur juga bererti menghasilkan rupa sesuatu dalam akal. Pengertian kalimah Tasawwur berbeza-beza mengikut disiplin ilmu yang tertentu. Tasawwur di sisi ahli falsafah bermaksud suatu bentuk pemikiran yang tergambar dalam akal manusia mengenai alam dan kehidupan. Ahli psikologi pula berpendapat bahawa Tasawwur ialah menggambarkan tentang suatu perkara di dalam akal tanpa melihat atau berinteraksi dengannya.

Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hukum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Secara khususnya Islam sebgaimana yang dikemukakan oleh ulama-ulama berdasarkan kepada Al-Quran dan AsSunnah adalah: Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.

Islam

Iman

‘Iman’ membawa maksud percaya,seperti contoh disebutkan ‘beriman kepada Allah’ maka ia bermaksud ‘percaya kepada Allah’. Namun kepercayaan ini perlu memenuhi tiga unsur untuk menjadikannya sempurna iaitu :

-Berikrar dengan lidah

-Mengakui dalam hati

-Melaksanakan dengan anggota badan

Iman dari segi bahasa ialah : tasdiq (membenarkan) secara mutlak tanpa ragu-ragu ataupun syak wasangka di dalam hati.

Iman dari segi syara ialah : Pengakuan dengan lisah (lidah), tasdiq dengan hati dan beramai dengan anggota badan

Secara Bahasa :

Ahsana artinya berbuat baik, memberikan yang terbaik, dan melaksanakan sesuatu dengan seluruh potensi kemampuan (tekun).

Ihsan secara istilah syariat islam dapat dilihat dari dua segi iaitu:

  • Ihsan dalam beribadah kepada Allah SWT.
  • Ihsan yang berkaitan dengan hak sesama makhluk.

Ihsan kepada Allah SWT:

  • Merupakan puncak pengabdian.
  • Melaksankan rukun-rukun Islam dan segala perintahnya dengan baik dan teliti.

Firman Allah SWT:

Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan

membalasnya)? (Surah al-‘Alaq; 14)

• Orang yang berbuat Ihsan tiada padanya dukacita dan peroleh pahala.

Ihsan kepada makhluk:

•Berbuat baik sesama manusia seperti ibubapa, keluarga, masyarakat, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Iman, Islam dan Ihsan satu sama lainya memiliki hubungan kerana merupakan unsur-unsur agama (Ad-Din).

Ihsan

Sumber-sumber

Hukum Islam

Hukum

Islam

Al-Quran adalah kitab suci Islam yang dianggap sebagai wahyu langsung dari Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Al-Quran mengandungi pedoman moral, etika, hukum, dan ajaran agama Islam. Ini adalah sumber utama hukum Islam dan dianggap sebagai tertinggi. Hukum-hukum yang terkandung dalam Al-Quran disebut "hukum syariah."

Al-Quran

Sunnah adalah ajaran dan tindakan Nabi Muhammad SAW, yang tercatat dalam hadis-hadis. Hadis-hadis adalah riwayat mengenai perkataan, perbuatan, dan persetujuan Nabi Muhammad SAW. Sunnah merupakan sumber hukum Islam kedua setelah Al-Quran, dan ia memberikan penjelasan lebih lanjut tentang bagaimana Al-Quran harus difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari umat Islam.

Sunnah

(Hadis)

Ijma' adalah kesepakatan para ulama atau masyarakat Islam berkaitan dengan masalah hukum tertentu. Ijma' digunakan untuk mengambil keputusan hukum ketika tidak ada petunjuk langsung dari Al-Quran atau Sunnah yang relevan. Ini menunjukkan muafakat umat Islam tentang bagaimana suatu masalah harus diselesaikan.

Ijma'

Pengertian Akidah, Kepentingannya dan Perkara-perkara Yang Memantapkan Akidah

Akidah

Pengertian

Pengertian

Akidah atau disebut juga sebagai Iman ialah satu ikatan atau janji yang kukuh. Ia adalah satu kepercayaan yang tersimpul kukuh di dalam jiwa sehingga tidak boleh terungkai sekali-kali sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahawa iman itu bukanlah hanya bercita-cita tetapi apa yang teguh didalam hati dan dibuktikan dengan amal anggota badan. Imam Syafie r.h. menyatakan bahawa iman itu tiga perkara iaitu berikrar dengan lidah, membenar dengan hati dan beramal dengan anggota badan.

Kepentingan

Kepentingan Aqidah dalam kehidupan muslim setelah kita memahami asas dan konsep aqidah, baru kita dapat merasakan kepentingannya dalam kehidupan Muslim. Di antara kepentingannya ialah:

  • Ianya sebagai benteng dan perisai dalam diri seorang muslim. Ia merupakan benteng kukuh bagi memelihara akal daripada perkara khurafat dan syirik dan perisai yang utuh bagi menangkis segala anasir jahat , perasaan syak dan ragu serta segala bentuk penyelewengan.
  • Ianya adalah dasar dan tunjang. Yang lain ibarat cabang dan ranting. Mati dasar maka akan matilah ranting dan cabangnya.
  • Ianya menjadi sebab dan tujuan manusia diciptakan oleh Allah SWT. FirmanNya: ”Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.
  • Ianya adalah risalah semua rasul. Firman Allah SWT; “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaku".

Perkara-perkara yang memantapkan akidah terbahagi kepada tiga iaitu :

1. Perkataan

-Membaca al-quran dan memahami hadis nabi

-Berzikir , bertahlil , bertasbih dan berselawat.

-Bercakap benar.

-Nasihat menasihati ke arah kebaikan serta berdoa.

2. Perbuatan

-Menunaikan ibadah sama ada fardhu ataupun sunat.

-Membantu golongan yang memerlukan bantuan seperti anak yatim dan fakir miskin.

-Menuntut ilmu yang berfaedah dan beradab sopan dalam pergaulan.

-Melakukan kerja yang baik seperti berniaga , membuka perindustrian dan bertani.

3. Hati

-Sentiasa mengingati Allah SWT.

-Yakin dengan pertolongan Allah SWT dan ikhlas melakukan ibadah atau amal kebajikan.

-Sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT.

-Bercita-cita tinggi dan sentiasa bertawakal kepada Allah SWT.

Perkara-perkara

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi