Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

KHAIRAT KEMATIAN

MASJID AT-TAQWA,BBM

NAMA

Badan Bantuan Kematian atau dikenali sebagai Badan Khairat Kematian Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota.

Who Are You?

TUJUAN

Memberi khidmat kebajikan atau bantuan kewangan kepada seseorang ahli atau taggungan ahli apabila berlakunya kematian ke atas ahli atau tanggungannya,dan apa-apa perbelanjaan lain yang berkaitan dengan urusan kematian dan perkuburan di bawah Kariah Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota. Badan Khairat Kematian ini menyediakan kemudahan dan kelengkapan pengurusan jenazah dengan cepat dan mudah. Hal ini bertepatan dengan suruhan Nabi Muhammad s.a.w supaya menyegerakan pengurusan jenazah bila tiba masa kematian. Ahli jawatankuasa sudi berhidmat penuh dedikasi dan ikhlas bagi membantu ahli dalam kesulitan dan mencapai objektif penubuhan Badan khairat kematian ini.

Add Images

or Videos

PENAUNG

Badan Khairat Kematian adalah sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan di bawah naungan Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota. Dan tidak berkaitan dengan mana-mana badan siasah atau mana-mana kepentingan perniagaan

OBJEKTIF

5.1 Badan Khairat Kematian dapat menyediakan khidmat pengurusan jenazah yang pantas kerana badan khairat Kematian menyediakan kelengkapan jenazah dan pengurusan dengan penuh keikhlasan.

5.2 Mewujudkan satu organisasi yang mampan dan berintegriti, bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat serta berperanan menjalankan aktiviti memupuk kesefahaman,kesedaran dalam membantu masyarakat yang dhaif dan kurang bernasib baik.

5.3 Menggalakkan semua muslimin dan muslimat menyertai Badan Khairat Kematian Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota dengan menderma berkongsepkan ‘tabarru’ dan ‘ta’awun’dengan kadar yuran tahunan yang mampu dilaksanakan. Tambahan pula Agama Islam meletakkan darjat yang tinggi dan mulia kepada penderma yang membantu saudara Islam yang terkena musibah.

5.4 Melaksanakan tuntutan fardhu kifayah kepada anak Kariah Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota dan masyarakat sekitar bagi melaksanakan fungsi Masjid sebagaimana dituntut oleh Islam.

KEAHLIAN / SYARAT KEAHLIAN

6.1 Keahlian terbuka kepada semua warga Kariah Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota dan sekitarnya, adalah dipelawa untuk menjadi ahli Badan khairat kematian ini.

6.2 Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat dalam borang keahlian yang disertakan dengan yuran pendaftaran seperti yang ditetap dalam jadual 1.

6.3 Setiap ahli mesti menunjukkan Sijil Pengkebumian Kematian sekiranya berlaku kematian. Perkara penting ialah fotostat sijil kematian. Segala urusan akan disahkan oleh Ketua Biro Badan Khairat Kematian atau wakil-wakil yang telah dilantik secara sah.

6.4 Yuran sebanyak Rm50.00 untuk setahun akan dikenakan. Wang tersebut hendaklah dijelaskan waktu menghantar borang keahlian. Pengesahan menjadi ahli apabila telah selesai membuat pembayaran yuran yang dibayar kepada Wakil-wakil yang telah dilantik dan akan mendapat resit pembayaran yang telah disahkan.

6.5 Peserta yang telah didaftarkan akan menerima resit pembayaran dan nombor ahli.

6.6 Kelayakkan kepada ahli penerima khidmat ini berkuatkuasa dari tarikh 1 Januari sehingga 31 Disember pada setiap tahun ahli aktif menjadi ahli. Kelewatan memperbaharui atau membayar yuran keahlian menyebabkan manfaat Khairat Kematian tidak ditanggung oleh Badan Khairat Kematian.

6.7 Keahlian seseorang ahli itu akan gugur dengan sendirinya apabila ia gagal menjelaskan yuran sebanyak lima (5) kematian secara berturut-turut di dalam Kariah Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota dan wang yuran tidak akan dikembalikan. Ahli yang telah digugurkan boleh ditimbang untuk diterima menjadi ahli semula dengan syarat ia mendaftar semula sebagai ahli baru dan menjelaskan semua yuran caruman yang telah tertunggak.

6.8 Penukaran keahlian boleh dilakukan yakni dari (Ahli yang sudah berumur kepada anak/waris yang sudah bekerja atau yang menanggung sesebuah keluarga atau yang menetap/tinggal bersama). Dengan hanya perlu membayar yuran keahlian tahunan.

TANGGUNGAN

7.1 Tanggungan kepada seseorang ahli ditarifkan sebagai berikut:-

a) Pasangan ahli (isteri atau isteri-isteri/suami).

b) Anak yang sah dari segi syarak (termasuk anak tiri dan anak angkat yang berdaftar) yang masih belum berkahwin.

c) Salah seorang daripada ibu atau bapa yang telah kematian pasangan (janda/duda) atau seorang mertua yang bertaraf (janda/duda) atau seorang ahli keluarga yang dhaif/tiada upaya. Tanggungan ini hendaklah tinggal bersama ahli dalam Kariah Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota semasa kematiannya dan hanya boleh dipohon oleh seorang ahli sahaja jika terdapat ramai dikalangan ahli keluarga menjadi ahli badan khairat kematian.

d) Atau penukaran ahli tanggungan yang sudah tidak mempunyai pendapatan tetap atau sudah tidak bekerja kepada anak atau waris yang menetap di dalam kariah Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota.

7.2 Anak saudara ahli,cucu cicit ahli, bagi tujuan ini, tidak boleh dianggap sebagai tanggungan kepada ahli. Anak yatim piatu atau OKU yang berumur dibawah 17 tahun dan dibawah tanggungan ahli layak memohon manfaat tersebut.

YURAN

8.1 Setiap ahli dikenakan yuran mengikut kadar yang telah dinyatakan atau dalam jadual 1 dan apa-apa perubhan kadar ini hanya boleh dibuat dalam sesuatu Mesyuarat Agong.

8.2 Yuran caruman bagi setiap ahli hendaklah dibayar oleh ahli dengan kadar segera kepada Wakil-wakil khairat kematian yang telah dilantik.

Who Are You?

PENGURUSAN /

PENTADBIRAN

9.1 Badan Khairat Kematian hendaklah diurus dan ditadbirkan oleh jawatankuasa yang dilantik. Jawatankuasa itu terdiri dari seorang pengerusi, seorang setiausaha, seorang bendahari, beberapa Wakil kariah dan dua (2) orang Pemeriksa Kira-kira.

9.2 Mesyuarat AJK Badan Khairat Kematian boleh melantik Imam, Bilal Jenazah Lelaki, Bilal Jenazah Perempuan dan Kumpulan Penggali Kubur dan lain-lain jawatan bagi tujuan menyempurnakan sesuatu kematian.

9.3 Wakil-wakil kariah boleh melantik pembantu-pembantu mereka yang bertanggungjawab bagi mengutip yuran caruman dari ahli-ahli di dalam kariah masing-masing dan menyerahkan kutipan itu kepada Bendahari Khairat Masjid untuk diakaunkan sebelum berakhirnya bulan November pada tahun tersebut.

9.4 Setiausaha bertanggungjawab bagi menyimpan semua rekod-rekod borang keahlian yang diterima dari wakil-wakil kampung dan menguruskan segala surat menyurat bagi pihak pertubuhan ini, menyimpan segala peringatan-peringatan mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat agung, menjaga buku-buku peringatan tentang perjalanan pertubuhan, mengadakan buku daftar bagi ahli-ahli dan menjalankan tugas-tugas yang patut disenggarakan oleh Setiausaha.

KEWANGAN

10.1 Bendahari hendaklah sentiasa mengemaskini akaun dan hal-hal yang berkaitan dengan kewangan Badan Khairat Kematian dengan betul dan teratur mengikut prinsip-prinsip akaun yang lazim, termasuk semua jenis terimaan dan semua jenis bayaran oleh Badan Khairat Kematian.

10.2 Bagi tujuan penyimpanan selamat Wang Badan Khairat Kematian, satu akaun hendaklah dibuka dimana-mana bank tempatan dengan tiga (3) orang penama yang terdiri daripada pengerusi, bendahari dan setiausaha, apa-apa pengeluaran wang dari akaun itu hendaklah disahkan oleh mana-mana dua (2) orang penama tersebut.

10.3 Pada satu-satu masa, wang tunai simpanan bendahari/pengerusi hendaklah tidak melebihi dari jumlah yang dinyatakan dalam jadual 1 dan apa-apa perubahan hanya boleh dibuat dalam sesuatu Mesyuarat Agung.

MESYUARAT AGONG TAHUNAN

11.1 Mesyuarat ini hendaklah diadakan tiap-tiap tahun sebelum berakhirnya bulan April. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk mengesahkan minit mesyuarat yang lalu dan mengesahkan kira-kira wang tahunan yang lalu, melantik ahli-ahli jawatankuasa yang baru dan membincangkan perkara perkara yang ada didalam agenda mesyuarat. Cukup bilangan mesyuarat ini ialah tidak kurang dari dua kali (2) jumlah ahli-ahli jawantankuasa. Notis mesyuarat agung tahunan termasuk penyata kira-kira tahun lalu hendaklah diedarkan kepada semua ahli 14 hari sebelum tarikh mesyuarat.

MESYUARAT AGONG KHAS

Mesyuarat ini boleh diadakan bila-bila difikirkan perlu oleh mesyuarat jawatankuasa, atau atas permintaan yang bertulis tidak kurang dari 20 orang ahli untuk membincangkan sesuatu perkara yang mustahak dan tidak dapat menunggu mesyuarat agung tahunan diadakan. Mesyuarat mestilah diadakan oleh Setiausaha dalam tempoh 10 hari selepas penerimaan surat permintaan itu. Hanya perkara yang ada dalam kenyataan mesyuarat sahaja boleh dibincangkan. Bilangan ahli-ahli untuk mesyuarat ini adalah serupa dengan mesyuarat agung tahunan. Notis mesyuarat hendaklah diedarkan kepada semua ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.

MESYUARAT JAWATANKUASA

13.1 Mesyuarat ini boleh diadakan pada bila-bila masa jika perlu. Bilangan ahli untuk mesyuarat ini ialah tidak kurang daripada setengah jumlah ahli-ahli jawatankuasa. Notis mesyuarat hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli jawatankuasa 7 hari sebelum diadakan mesyuarat.

13.2 Pemecatan ahli-ahli jawatankuasa dan pilihan penggantinya boleh dilakukan didalam mesyuarat agung khas. Mesyuarat Jawatankuasa boleh melantik pengganti/pemangku bagi jawatan-jawatan yang kosong atas sebab-sebab jawatankuasa itu berhenti atau meninggal dunia.

.

BAYARAN KHAIRAT KEMATIAN

14.1 Apabila berlaku sesuatu kematian ahli, Pengerusi atau Bendahari hendaklah membuat pembayaran wang tunai seperti di Jadual 1 kepada waris simati dengan kadar segera (sebaiknya sebelum urusan pengkebumian). Dalam kes kematian tanggungan ahli, bayaran hendaklah dibuat terus kepada ahli.

14.2 Tiada bayaran lain yang boleh dituntut oleh ahli atau waris melainkan hanya untuk urusan pengurusan kematian.

JADUAL 1

Kadar Yuran Jumlah

i) Yuran Pendaftaran (Pendaftaran Baru) RM 20.00

ii) Yuran Caruman Bagi Ahli (Setahun) RM 50.00

Wang tunai dalam simpanan Pengerusi/Bendahari

i) Tidak Melebihi (Ringgit Malaysia Lima Ribu sahaja) RM 5,000.00

Kadar Bayaran Ahli Badan Khairat Kematian

i) Setiap Kematian ahli berdaftar RM 800.00

Kadar Bayaran Pengurusan Kematian (Bukan Ahli) perlu dibayar kepada Badan Khairat Kematian Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota

i) Warga tempatan/warganegara RM 1,200.00

ii) Warga tempatan/bukan warganegara RM 1,500.00

Who Are You?

JADUAL KOS PENGURUSAN JENAZAH

Kadar Bayaran Jumlah

1) Kelengkapan Kafan RM 200.00

2) Penggali Kubur RM 200.00

3) Mandi Jenazah RM 100.00

4) Papan Liang Lahad RM 70.00

5) Van Jenazah (Kariah sahaja) Tambahan RM untuk luar kawasan RM 80.00

6) Imam Solat & Talqin Jenazah RM 50.00

7) Sumbangan kepada ahli keluarga simati RM 100.00

JUMLAH RM 800.00

SAGUHATI TAHUNAN

Saguhati bagi menghargai jasa wakil-wakil kampung yang mengutip yuran tahunan dan menguruskan sebarang kematian yang berlaku kepada ahli-ahli Badan khairat akan dibayar sebanyak RM200.00 setahun.

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi