Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

PENDAHULUAN

SUMBANGAN BELIAU

Kesenian

Bidang Penulisan

Merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu menarik perhatian orang ramai. Walaupun pada masa Tunku bersara ketika berumur 85 tahun, beliau masih bergiat cergas malah semakin aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan Looking Back dan As I See It dalam akhbar The Star. Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975, Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back. Pada tahun 1969, Tunku telah menghasilkan buku beliau yang pertama, Md Hasrul Bin Ja’Afar.

Tunku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayan negara. Sebelum menjadi perdana menteri, beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayan. Pada 27 Ogos hingga 30 ogos 1969, beliau telah menganjurkan persidangan antarabangsa drama dan muzik tradisional asia tenggara dengan tujuan menonjolkan kebudayaan melayu di mata dunia. Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan, iaitu “Mahsuri”, “ Raja Bersiung” dan “ Sumpahan Mahsuri”. Filem Malaysia yang ditayangkan adalah untuk mengutip derma bagi tabung tugu peringatan Rosli Dhobi.

KEJAYAAN

BIOGRAFI

Rakyat menyanjung tinggi Tunku kerana mencapai begitu banyak kejayaan dan menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta penyatupaduan rakyat.Sebelum mencapai kemerdekaan, Tunku sudah yakin bahawa beliau perlu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan untuk mencapai kemerdekaan dan menyatupadukan rakyat. Ini menyebabkan rakyat berasa terhutang budi dan mengaguminya. Setelah dilantik menjadi presiden UMNO, beliau berikhtiar untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Tetapi, cabaran yang terpaksa dihadapinya ialah untuk menyatupadukan parti-parti kaum yang lain bagi mencapai tujuan ini.

Nama asal

: Tengku Abdul Rahman Putera ibn Abdul Hamid Halim Shah.

Nama dan Gelaran Popular

: Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Tunku, YAM Tunku

Tarikh dan tempat lahir

: 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.

Tarikh dan tempat meninggal

: 6 Disember 1990 di Kuala Lumpur (ketika berumur 87 tahun).

Parti politik

:Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Parti Perikatan/National Front

Pasangan

:Meriam Chong (1933 – 1935)

:Violet Coulson (1935 – 1946)

:Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 – 1990)

Pekerjaan

:Peguam

Agama

:Islam

KEGIATAN ISLAM

KEHIDUPAN PERIBADI

Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.

Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusus di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.

:Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin

:Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24.

:Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand.

:Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

:Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

PENDIDIKAN

ANUGERAH YANG DIPEROLEH

:Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Alor Setar kemudiannya ke Sekolah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar) Kedah.

:Ketika berusia 8 tahun, beliau mengikuti abangnya ke Bangkok bagi meneruskan pengajiannya di sana.

:Pada tahun 1915, beliau meneruskan pengajiannya di Penang Tree School.

:Kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya di St. Cathrine College, Universiti Cambridge, England untuk belajar undang-undang dan kemudiannya balik ke Tanah Melayu pada tahun 1925 setelah menamatkan pelajarannya.

:Tunku mendapat ijazah B.A. dalam sastera. Beliau kembali ke England untuk menyambung pelajarannya dalam bidang undang-undang di Inner Temple, England pada tahun 1938 namun pengajiannya terbantut apabila Perang Dunia Kedua meletus.

:Demi menyempurnakan hasratnya menjadi peguam maka pada tahun 1947 beliau sekali lagi ke England bagi melanjutkan pelajarannya dalam pengajian undang-undang di Cambridge University dan dilanjutkan pada tahun 1949

Pelbagai anugerah telah diterima oleh beliau daripada universiti-universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Sydney, Universiti Araneta dan Universiti India. Beliau juga menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Oxford, England pada tahun 1970, Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Cambridge (1970)dan Ijazah Kehormat Pentadbiran Awam dari Universiti Prince of Songkhla, Thailand(1977). Beliau juga menerima penghormatan dalam bentuk pangkat dan darjah-darjah kebesaran sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Ini termasuklah pangkat- pangkat seperti Order of Istiqqlal, Maghribi pada tahun 1957, Darjah Utama NegeriKedah pada tahun 1958, Order of Kim Khanh, Vietnam (1958), Seri Paduka MahkotaBrunei (S.P.M.B) dan Grand Cross of the Order of the Crown dari Belgium Order of Sikatuna dari Filipina (1959), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Kelas Pertama), Anugerah Ramon Magsaysay dari Filipina (1960

KELUARGA

KESIMPULAN

1933 -

:Berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star.

:Dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah.

:Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

1935 -

:Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England tetapi beliau dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah.

1939 -

:Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah.

:Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam.

1969 -

:Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990 ketika usianya meningkat kira-kira 87 tahun. Beliau sempat menyaksikan tiga orang tokoh penggantinya sebagai Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak (1970-1976), Allahyarham Tun Hussein Onn (1976-1981) dan selama hampir 10 tahun di bawah kepimpinan pengkritik politiknya sendiri, iaitu Yang Amat Berhormat Dr. Mahathir. Tunku sesungguhnya cukup bangga dan memang boleh dibanggakan oleh kerana beliaulah yang berjaya “menebus” kemerdekaan dan belenggu penjajahan Inggeris yangtelah dimulakan oleh tindakan tertentu pihak Raja-raja Melayu sendiri.

KERJAYA

1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudian dilantik menjadi Presiden Mahkamah Sesyen Selangor.

1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.

1955 - Dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama.

- Rombongan Merdeka ke London.

1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.

1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.

1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.

1970 - Bersara dari Politik.

1990 - Tunku kembali ke rahmatullah pada 6 Disember.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

(8 Februari 1903 - 6 Disember 1990)

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi