Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

KHAT MUHAQQAQ & RAIHANI: SATU NAFAS BARU

DAPATAN

KAJIAN

Menurut John F A. Sawyer et. al (2001), skrip Muhaqqaq ialah salah satu daripada enam jenis gaya skrip khat islam (al-aqlam al-sittah). Nassar Mansour (2011) menambah, khat ini sering digunakan bagi menyalin masahif (mufrad, mushaf, yakni, helaian berasingan teks al-Qur'an), skrip yang hebat dan agung ini dianggap satu daripada skrip tercantik, disamping satu daripada yang paling susah ditulis dengan baik. Skrip ini digunakan dengan meluas dalam era Mameluk (1250–1517 Masihi). Ia beransur-ansur diganti oleh skrip Thuluth dan Nasakah dalam Empayar Uthmaniyyah yakni dari abad ke-18 ke atas, skrip ini sering kali hanya digunakan untuk menulis Bismillah pada teks-teks Hilya.

Khat Raihani lazim digunakan untuk penulisan ijazah oleh seorang guru kaligrafi kepada muridnya, maka tidak hairanlah khat ini juga disebut sebagai Khat Ijazah. Dinamakan Ijazah kerana Ijazah bermakna syahadah atau sijil yang dikurniakan kepada mereka yang betul-betul cemerlang dalam bidang khat. Maka guru khat tersebut akan menuliskan ijazah yang memperakui muridnya adalah orang yang berkelayakkan dalam bidang seni khat. Para khalifah pada zaman Bani Abbasiyah merupakan pengguna utama kaligrafi ini. Mereka menggunakannya sebagai tandatangan rasmi (tauqi') dan kerana itu ia juga khat Raihani disebut sebagai kaligrafi tauqi'.

Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun (wafat pada tahun 833 Masihi), skrip Raihani kerap digunakan sebagai tulisan rasmi surat-surat khalifah. Individu yang sering menulis dengan tulisan ini adalah menteri terdekat al-Makmun yang bernama al-Fadhl bin Sahl yang bergelar dzu riyasataini (yang mempunyai dua kepemimpinan), sehingga tulisan khat Raihani terkenal pula dengan sebutan khat Riyasi. Selanjutnya, Mir Ali Sulthan Al-Tabrizi seorang kaligrafi ternama yang meninggal dunia pada tahun 919 Hijrah mengembangkan tulisan ini menjadi lebih indah dan sedikit berbeza dengan apa yang ditulis pada zaman dahulu yang kemudiannya gaya ini diikuti dan disempurnakan oleh para khattat sehinggalah pada saat ini.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kesenian merupakan satu perkara yang diharuskan di dalam Islam, dan di antara kesenian yang di galakkan oleh Islam ialah seni khat. Nabi SAW telah memberi penekanan terhadap seni khat, sekalipun baginda seorang ummi. Khat Arab ini perlu dipelihara oleh semua lapisan masyarakat ia boleh dianggap sebagai aset yang sangat berharga bagi generasi Muslim pada masa akan datang.

Khat Muhaqqaq dan Raihani perlu dijaga kesciannya serta keunikan bentuk tulisannya dengan pelbagai langkah yang wajar diambil di antaranya ialah ibu bapa harus ambil berat dan menyeru anak-anak mereka untuk mempelajari seni khat ini, kerana sesungguhnya yang akan melebar luaskan seni khat ini ialah generasi baharu. Selain keprihatinan ibu bapa, peranan dan usaha yang tidak berbelah bahagi baik daripada pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan juga dilihat mampu menjaga dan mengembangkan lagi seni khat Muhaqqaq dan Raihani. Selain itu, guru-guru di sekolah juga seharusnya mendedahkan karya seni khat ini dan menanam sifat cintakannya dengan mengadakan kelas intensif atau bengkel khat di sekolah. Semua inisiatif ini akan membantu dalam mengelakkan seni khat Muhaqqaq dan Raihani ini dari pupus ditelan zaman dan akan terus berkembang dibawah arus pemodenan yang semakin pesat.

Sesungguhnya khat merupakan tinggalan khazanah yang tidak ternilai berkait secara langsung dan rapat dengan penulisan al-Quran sejak berzaman-zaman. Minat yang dipupuk terhadap seni khat adalah diharapkan menjadi satu batu loncatan dalam mendekatkan seseorang dengan khazanah al-Quran. Seharusnya umat Islam tidak bergantung sepenuhnya mencari keindahan luar daripada agama Allah ini kerana ia adalah agama yang lengkap bahkan juga melengkapkan keperluan kehidupan umatnya sehingga hari kiamat.

SOROTAN LITERASI

KEISTIMEWAAN & KELEBIHAN

Khat merupakan salah satu kesenian Islam yang dikagumi oleh umat Islam. Keindahannya diabadikan pada bangunan, seramik, kaca, ukiran kayu, ukiran logam dan lain-lain lagi. Seni khat juga merupakan satu bidang yang paling tinggi pencapaiannya dalam kesenian Islam (Mustafa Haji Daud, 1996).

Menurut Hasrul Hashim (2008), Seni khat adalah antara salah satu seni yang indah dan halus, sangat dihargai serta mempunyai kedudukan yang istimewa kepada umat Islam. Sejarah perkembangannya adalah seiring dengan sejarah perkembangan tamadun Islam.

Sebuah kajian oleh Latifah binti Alias (2011) telah dijalankan untuk mengenalpasti kaedah dan pendekatan pengajaran tokoh seni khat negeri Johor. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran terbaik tokoh seni khat untuk mata pelajaran seni khat di peringkat sekolah.

Secara keseluruhan, kajian lepas banyak melaporkan secara umum tentang sejarah bagaimana seni khat bertapak serta latar belakangnya disamping pendekatan yang digunakan dalam pengajaran seni khat. Meskipun demikian, kajian yang dijalankan oleh para pengkaji terdahulu masih belum menyentuh secara mendalam khususnya dalam seni khat yang terancam dek ditelan zaman seperti khat Muhaqqaq dan Raihani. Oleh itu, pengkaji pada kali ini akan mengkaji dua jenis seni khat yang dinyatakan sebelum ini.

Menurut Hashim Muhammad al-Khuttat dalam kitabnya Qawa’id al-Khatti li al-Araby bahawa menulis khat dengan gaya Raihani sangat mengasyikkan dan menarik. Hal ini demikian kerana tulisan ini lebih sederhana, tidak terdapat tulisan yang menumpuk, fleksibel, elastik, mudah untuk dibentuk dan sesuai dengan tempat tanpa mengorbankan keasliannya. Jenis khat ini menjadi lebih menarik, indah dan mempesona apabila dihasilkah oleh seorang seniman naturalis. Tulisan ini dibuat lebih menyerupai benda-benda seperti buah-buahan, alatan mahupun tumbuhan. Dan bentuk tulisan inilah yang merupakan hasil karya seni paling indah dalam perkembangan seni Islam khsusnya dalam bidang kaligrafi Arab.

Abdul Baki (2016) berkata, “...apabila saya menulisnya (Muhaqqaq dan Raihani) dan cuba menyelami berada pada zaman Abbasiyyah, zaman itu zaman perkembangan ilmu dan itulah tulisan sehabis baik pada zaman itu, saya dapati ia tulisan yang indah. Pada zaman itu, anda tidak boleh memiliki dan membaca al-Quran jika anda tidak pandai menulis kerana pada zaman itu tiada teknologi cetakan. Jadi menulis amat penting. Tulisan Muhaqqaq dan Raihani juga kini semakin dipopularkan.” Jelas sekali permintaan pihak pemerintah negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada para khattat seantero dunia yang benar-benar berkemahiran untuk menulis mashaf al-Quran negara itu dalam khat Muhaqqaq dan Raihani bukanlah ibarat mimpi di siang hari kerana hal ini sekaligus melatih para khattat dalam dua jenis khat yang semakin dilupakan kini dan dijamin daripada lapuk ditelan zaman.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk memperoleh penerangan yang terperinci dan mendalam berkenaan latar belakang khat Muhaqqaq dan Raihani. Pengkaji menggunakan kaedah analisis dokumen bagi mendapatkan sebanyak mungkin dapatan atau maklumat yang relevan berkaitan dengan tajuk kajian. Proses mendapatkan maklumat tertumpu pada pembacaan dan rujukan daripada buku, jurnal, tesis, akhbar dan internet. Kaedah ini ternyata lebih mudah kerana menjimatkan masa, kos dan tenanga disamping lebih teratur dan kemas.

PENGENALAN

SEJARAH PERKEMBANGAN

Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama seni khat merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya. Nafas baru dalam penghasilan seni khat ini secara tidak langsung meningkatkan martabat seni khat sebagai unsur seni yang cukup tinggi.

Ini merupakan titik tolak kepada hasrat pengkaji untuk mengkaji dua jenis khat yang pernah mencapai zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu yang kini ibarat telur di hujung tanduk dek kerana ramai dalam kalangan penulis khat yang kurang mahir dalam jenis khat ini disamping satu stigma bahawa khat-khat yang wujud sekarang seperti khat Thuluth jauh lebih baik dan cantik daripada dua khat ini – Muhaqqaq dan Raihani.

OBJEKTIF KAJIAN

PERSOALAN KAJIAN

Apakah cara yang perlu dilakukan untuk mengembalikan zaman kegemilangan penulisan seni khat Muhaqqaq dan Raihani yang semakin dilupakan pada masa kini?

1. Mengenalpasti kesukaran atau

masalah yang dihadapi dalam

mempelajari penulisan seni

khat Muhaqqaq dan Raihani.

2. Membahaskan cara atau solusi

untuk mengelakkan penulisan

khat Muhaqqaq dan Raihani

daripada pupus ditelan zaman.

LATAR BELAKANG

Dipercayai bahawa khat ini diasaskan pada zaman Kerajaan Abbasiyyah oleh Ibn Muqla , dan kemudiannya dikembangkan oleh Ibn al-Bawwab. Berkenaan terminologi khat Raihani, ada yang berpendapat bahawa Raihani berasal daripada hubungan erat pencipta Ibn Bawwab dengan Ali ibn al-Ubaydah al-Rayhan (834 Masihi) sehingga namanya diambil bersempenan dengan khat ini. Pendapat lain pula menjelaskan perkataan ‘raihan’ itu sendiri bermaksud harum semerbak kerana keindahan dan popularitinya pada zaman tersebut.

Manakala bagi khat Muhaqqaq juga merupakan idea cetusan Ibn Bawwab. Yang hanya membezakan kedua-dua khat ini adalah khat Muhaqqaq merupakan versi besar daripada khat Raihani. Menurut Nassar Mansour (2011), kata Arab ‘muhaqqaq’ bermaksud kehandalan atau jelas, dan pada mulanya digunakan untuk merujuk kepada apa jua jenis khat yang baik. Khat Raihani atau nama lainnya khat Ijazah hampir menyerupai khat Thuluth, dengan huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal . Kedua-dua khat ini (Muhaqqaq & Raihani) merupakan perpaduan antara khat Thuluth dengan khat Nasakh yang di kembangkan oleh para khattat semasa zaman Daulah Turki Uthmaniah (Didin Sirojuddin, 2006).

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi