Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
Maksud seloka
1. Asonansi
2. Aliterasi
Rangkap 1: Raja menitahkan orang besar berempat untuk membina sebuah istana dikelilingi parit dan tembok.Keempat-empat orang besar yang setia dan taat terhadap perintah raja itupun memanggil Pawang Raja. Kemudian, Pawang Raja telah mengerahkan empat puluh empat tukang yang mahir bekerja siang dan malam untuk menyiapkan sebuah istana
Rangkap 2:Setelah mengambil masa tujuh bulan dan tujuh purnama, akhirnya istana yang dilengkapi dengan segala kemudahan itu siap dibina. Istana yang tersergam itu mempunyai sembilan ruang utama, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan dua belas anjung tinggi
Rangkap 3: Istana dibina mempunyai tiga sudut yang menempatkan 8 orang menteri. sudut itu mempunyai reka bentuk dan seni ukiran yang amat unik buatannya, iaitu bertiang panjang maharaja lela dan bertiang tengah syukur menanti. Selain itu, galang-galang istana bermotifkan ular berang, kasau kecil bermotifkan puteri menyembah dan kasau lentik bermotifkan helang terbang
Rangkap 4: Keunikan seni ukiran dinding istana itu terletak pada corak hiasan dindingnya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga dan unsur semula jadi. Ukiran seni bina Jawa dan Cina turut digunakan di samping motif haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti ular, layang-layang dan sebuku garam
Rangkap 5: Sebaik-baik sahaja istana itu siap dibina, tukang yang ditugaskan untuk membina istana itu telah meninggal dunia. tiada seorang pun dapat meniru kehebatannya. Istana diserahkan kepada raja dan permaisuri
Buku komsas, Dr.Mohd Azam Ahmad, Mohd Isham Embong, M/s 25, 16/3/2016