Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
Mengikut Kamus Dewan, perkataan tamadun bererti kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Kemajuan meliputi dari sudut rohani (spiritual) dan jasmani (fizikal) sesuatu bangsa atau masyarakat. Pengertian ini menepati makna tamadun dari perspektif Islam.
Dalam bahasa Melayu perkataan peradaban adalah sinonim dengan tamadun. Beradab bererti bersopan, terhormat, hidup diatur oleh hukum, mempunyai tingkat kebudayaan (cara hidup) yang lebih tinggi daripada orang lain (biadab). Dari segi penggunaan, istilah tamadun lebih menyeluruh daripada istilah peradaban.
Dalam bahasa Inggeris pula perkataan yang sama pengertiannya dengan tamadun ialah ”civilization”. Perkataan ini diambil daripada bahasa Latin iaitu ”civitas” yang membawa maksud kota atau city dalam bahasa Inggeris. Penggunaan perkatan ini mula digunakan dan terjelma dalam buku-buku Inggeris pada kurun ke-19 Masihi.
Dalam bahasa Arab terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam membincangkan konsep tamadun iaitu istilah ”umran”, ”hadarah”, ”madaniah” dan ”tamadun”. Sejarawan Muslim yang pertama menulis tentang tamadun ialah Ibn khaldun yang merupakan seorang pakar ilmu kemasyarakatan Islam yang ulung.
Perbincangannya tentang tamadun terkandung dalam bukunya yang bertajuk “Al-Muqaddimah li Kitab al-Ibar”. Beliau menggunakan istilah “umran” bagi menerangkan sifat-sifat tamadun. Prof Franz Rosenthal (seorang sarjana Barat) menterjemahkan istilah “umran” sebagai perbandaran (urbanization) dan tamadun (civilization). Jesteru itu apa yang dikatakan “umran” dalam kurun ke-14 adalah sama dengan pengertian tamadun dalam kurun ke-20.
Umran adalah kata terbitan dari perkataan “amara” yang bererti sebagai kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju, yang berlawanan dengan kawasan kering, tandus atau terbiar dan binasa. Untuk menjelaskan lagi konsep Umran Ibn Khaldun telah meletakkan beberapa ciri bagi “umran” iaitu seperti mempunyai;
* Pegangan agama yang kuat
* Sistem kenegaraan yang tersusun rapi
* Kehidupan cara bandar
Ibn Khaldun turut menggunakan istilah “hadharah” dengan diberi pengertian yang sama dengan “umran” (kehidupan yang menetap). Dari segi bahasa “hadharah” bermaksud “satu wilayah, daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan yang berlawanan dengan perkataan “badwi” atau “badawah”.
Istilah ”hadarah” ini turut digunakan oleh Malik Bennabi (seorang pemikir Islam dari Algeria). Menurut beliau istilah hadarah bermakna “berada di tahap maju”. Lawannya ialah “badawah” yang selalu difahami sebagai hidup ditepi-tepi bukit (jauh dari kemajuan). Kehidupan “badawah” lebih banyak bersandarkan kepada pertanian dan ternakan untuk memenuhi keperluan hidup, sedangkan kehidupan hadarah lebih banyak bersandarkan perindustrian dan perniagaan.
Istilah ”madaniah” pula muncul pada abad ke 20 Masihi. Penulis-penulis seperti Muhammad Farid Wajdi dan Syeikh Muhammad Abduh telah menggunakan perkataan tersebut dengan meluas dalam tulisan-tulisan mereka. Istilah “madaniah” mempunyai perkaitan dengan tamadun atau kebudayaan bandar (city-based culture) kerana ia diambil dari perkataan Arab “madinah” atau “city” dari bahasa Latin. Pertalian di antara ”civitas”dan ”civilization” mempunyai banyak persamaan dengan perkataan ”madinah” dan ”madaniah”. Wujudnya perkaitan antara tamadun dengan bandar kerana bandar biasanya menginduki sesebuah tamadun.
Pada abad ke 20 Jurji Zaydan (penulis Arab Kristian) telah menggunakan perkataan tamadun dalam bukunya ”Tarikh al-Tamadun al-Islami”. Buku ini terkenal sebagai sebuah buku yang lengkap dalam memperkatakan tamadun Islam dan sejarah perkembangannya dan telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. Dari segi bahasa, tamadun berasal dari perkataan ”madinah” yang membawa erti membina, mendirikan bandar, menaikan taraf ke tahap beradab, menghaluskan budi pekerti, menimbulkan sifat keinsanan sejati serta menjauhi sifat kebinatangan .
Untuk tajuk ini, kita akan melihat dan membincangkan konsep tamadun dari perspektif Barat dan Islam. Selain itu, kita juga akan menganalisa faktor-faktor kejatuhan tamadun dari pandangan Barat dan Islam,di samping beberapa contoh tamadun dahulu kala yang runtuh dan iktibar yang boleh diambil oleh generasi kini. Akhir sekali, kita akan mengkaitkan tamadun – tamadun yang dahulu dengan realiti dan isu-isu semasa.
Takrifan tamadun Islam dapat difahami dengan jelas jika kita tinjau pelbagai jurus pandang tokoh-tokoh sarjana Islam dalam ilmu ketamadunan. Antara pandangan ilmiah tentang konsep tamadun Islam adalah seperti berikut:
1. Ibn Khaldun (732H – 808H)
Tamadun ialah pembangunan bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti aritmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan pengajian Islam.
2. Jurji Zaidan (1861 – 1941)
Tamadun ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termasuk bandarbandar Islam serta terdapat susun lapis masyarakat. Selain itu pencapaian yang meliputi bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina dan seni muzik
serta nyanyian.
3. Ismail al-Faruqi (1921 – 1986)
Tamadun adalah diasaskan atas tauhid iaitu pengiktirafan kepada dua realiti yang menciptakan iaitu Allah s.w.t. dan realiti yang dicipta iaitu makhluk. Tauhid ialah identiti tamadun Islam yang mengaitkan segala unsurnya lalu mewujudkan satu wadah yang kukuh yang bergelar tamadun.
4. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1931 – )
Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Malah istilah tamadun sendiri berasal dari istilah din yang bermaksud satu cara hidup atau kehidupan beragama.
Tamadun barat
Bagaimana pula konsep tamadun Barat? Tamadun barat juga ada pandangan yang tersendiri menurut tokoh-tokoh Barat. Ikutlah pendapat mereka dengan teliti agar kita dapat menghargai dan membandingkannya dengan konsep tamadun Islam.
1. Arnold Toynbee (1852 – 1883)
Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga satu kumpulan pemikiran daripada pelbagai manifestasi serta satu gaya kebudayaan yang bertanggugjawab dalam pembentukan institusi politik, kesusasteraan, moral dan agama.
2. Dr. Haas dan Lecky
Tamadun Eropah adalah berakar umbikan tamadun Yunani dan tamadun Rom yang bermatlamatkan kebendaan semata-mata.
3. J.K Fiebleman
Tamadun ialah kepandaian mengekploitasi material oleh masyarakat iaitu proses masyarakat terhadap material dengan sendiri menjadikan barang baru bagi keperluan tertentu.
Berdasarkan definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh daripada kedua-dua tradisi pemikiran ini, maka terdapat perbezaan ketara antara kedua-duanya iaitu tamadun Islam berpaksikan agama sebagai asas pembinaan tamadun, sebaliknya tamadun Barat walaupun ada unsur agama dan moral sebagai elemen kebudayaan, namun paksinya adalah kebendaan atau material.
1. Interaksi positif
Interaksi positif antara tamadun Islam dan tamadun lain telah berlaku seawal abad pertama dalam sejarah Islam lagi. Berikut merupakan impak positif pertembungan tamadun Islam dengan tamadun yang lain.
Rumusan interaksi positif tamadun Islam dengan tamadun Barat telah diungkapkan dengan begitu menarik oleh sejarawan Barat, Robert Briffault:
For although not a single aspect of European growth in with the decisive influence of Islamic civilization is not traceable, nowhere is it so clear and momentous as in the genesis of that power with constitute the permanent distinctive force of the modern world and the supreme source of its victory – natural science and scientific spirit. Science is the momentous contribution of Arab Civilization to the modern world … It was not science only which brought Europe back to life. Other and manifold influences from the civilization of Islam communicated its first glow to European life.
Jadi, kalau tiada interaksi positif sudah pasti Barat moden yang serba maju tidak akan mencapai kemajuan pesat. Sikap keterbukaan yang dianjurkan oleh tamadun Islam telah ditegaskan dengan kata-kata yang begitu indah oleh Hassan Langgulung:
Tamadun Islam tegak dicetus atas dialog yang membina dan prinsip memberi dan mengambil. Dengan itu ia dapat menghadamkan pencapaian sains yang mekar pada tamadun-tamadun lain, malah ia menambah dan memperkayakannya sehingga ia mengeluarkan tamadun gemilang dan cemerlang dalam segala bidang ilmu dan pengetahuan.
Pemerintah yang lemah
Negara y ang diperintah oleh pemerintah y ang lemah akan mudah menjadi kucar-kacir, ketidakstabilan politik, kelumpuhan ekonomi dan perpecahan negara menjadi wilayah-wilayah kecil.
Berlaku penyelewengan dan keruntuhan akhlak
Semua bentuk-bentuk penyelewengan dan gejala keruntuhan akhlak dianggap sebagai perkara biasa sedangkan golongan amar makruf nahi mungkar dianggap kolot dan antikemajuan.
Kekurangan sumber ekonomi
Sumber ekonomi yang kurang boleh membawa kepada kecelaruan sosial seperti kegiatan mencuri dan sebagainya atas desakan hidup.
Kegiatan ilmu y ang merosot
Kurang penghasilan karya-karya baru mengakibatkan sarjana Barat mengambil alih tempat sarjana-sarjana Islam sebagai pemula.
Ancaman musuh luar
Musuh luar telah menghancurkan dan membawa pulang khazana ilmu milik umat Islam ke negara mereka. Musuh luar menawan bangunan-bangunan milik kerajaan Islam
dan menukar fungsi banguna tersebut.
Bencana Alam
Wabak penyakit, kemarau panjang, banjir besar, ribut taufan, tsunami dan gempa bumi merupakan faktor y ang mampu meruntuhkan sesebuah tamadun. Fenomena alam telah mengorbankan ratusan ribu ny awa manusia dan meranapkan bandar-bandar.
Kesimpulannya, interaksi antara sesebuah tamadun berlaku kerana terdapat sikap terbuka dalam menerima dan menilai apa yang baik dan buruk. Interaksi yang positif memberi pengukuhan kepada sesebuah tamadun. Sebaliknya, interaksi yang negatif menimbulkan konflik dan perang yang akan merugikan tamadun tersebut. Oleh itu, semua tamadun harus menilai semula kelemahan mereka dan cuba membina tamadun manusia atas dasar persaudaraan dan semangat kekitaan serta saling menghormati bahawa kita ‘manusia tidak boleh hidup bersendirian’.
Berdasarkan beberapa faktor yang diterangkan di atas, keruntuhan tamadun dapat dikaitkan dengan kelemahan pemimpin, perpecahan kaum, kemunduran ilmu dan serangan daripada musuh luar. Oleh itu, sebagai pewaris Negara, kesilapan dari zaman tamadun dahulu perlulah dipandang dan diambil iktibar agar perkara sebegini tidak terjadi pada masa yang akan datang.
Sejak hari demi hari, umat Islam di Palestin diseksa dan dijadikan sebagai hamba oleh pihak zionis yang kejam. Tanah mereka dirampas dan dibom oleh pihak Israel. Israel yang dahulunya tidak mempunyai tanah telah merampas sedikit demi sedikit hak umat islam di bumi Palestin. Sesuai dengan firman Allah di dalam Surah Al-maidah yang menerangkan tentang permusuhan orang yahudi dengan orang Islam.
Baru baru ini, kes kehilangan pesawat MH-370 telah mengemparkan Negara.
Pelbagai spekulasi dan penambahan telah berlaku seperti pesawat tersebut telah terhempas, dirampas oleh pengganas dan banyak lagi. Semuanya dibawa oleh penyebaran sama ada di corong corong radio, televisyen mahupun media media social seperti twitter dan facebook. Kebanyakan masyarakat pada zaman ini lebih gemar mempercayai sesuatu tanpa berfikir dengan logik dan mendalam tentang sesuatu perkara.
Generasi masa kini perlulah mengutamakan perkara yang akan membawa faedah kepada diri dan keluarga, mempunyai pegangan yang kuat pada agama Islam agar tidak terpesong dari akidah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Sebagai umat Islam, kita perlulah bersatu untuk memartabatkan dan menaikkan nama Islam di persada dunia agar tidak dipermainkan oleh anasir anasir luar yang cuba untuk mengambil kesempatan terhadap kita. Justeru, keruntuhan tamadun dahulu sedikit sebanyak membuka mata kita agar menjadi institusi Negara yang lebih ulung di persada dunia.
Beberapa bulan yang lepas, kita dikejutkan dengan senarai pengikut pengangan syiah di Malaysia menurut sumber oleh JAIS. Pengikut pengikut ini terlalu taksub dan terikut ikut dgn fahaman yg dibawa oleh orang luar sehingga menjejaskan iman mereka yang berlandaskan hadis dan al-quran. Perkara yang haram dibolehkan seperti sesetengah ajaran sesat.
Dalam hal di atas, kita dapat melihat kebanyakan anak anak muda pada zaman ini gemar menghabiskan masa melakukan perkara yg tidak berfaedah. Hal ini akan melahirkan generasi pemimpin yang lemah dari segi agama dan mempunyai didikan yang buruk justeru melemahkan pentadbiran negara.
Sejak tragedi 9/11, para pemimpin Muslim yang mempunyai akses kepada media nasional mengatakan kepada kita bahawa Islam adalah agama damai dan bahawa kekerasan tidak merepresentasikan esensi dari agama yang diajarkan Nabi Muhammad. Bahkan Presiden Bush dan Perdana Menteri Blair mengulangi pernyataan ini, dengan mengatakan bahwa Islam telah “dibajak” oleh beberapa orang fanatik yang kejam. Tetapi dunia menilai kita dengan menyatakan agama ISLAM menyuruh kita melakukan perkara kejam seperti pembatitan dalam beberapa siri keganasan bom dan sebagainya.
Kita dapat melihat dalam zaman yang moden sekarang ini, lebih ramai mengejar harta dan pangkat. Bagi golongan ini, harta dan pangkat lebih penting kerana dapat menaikkan mereka ke satu tahap yang lebih baik daripada orang lain sedangkan apa yang membezakan kita pada mata pencipta iaitu ALLAH SWT adalah iman dan takwa.
Kejatuhan Tamadun Utsmaniah adalah berdasarkan faktor berikut :
Faktor dalaman :
1. Pengabaian Bahasa Arab – Hingga berakhirnya masa Khilafah Abbasiyah, Islamisasi selalu seiringan dengan “arabisasi”. Bahasa Arab klasik sebagai bahasa Qur’an, menjadi bahasa internasional, bahasa silaturahmi ummat Islam, dan bahasa ilmu pengetahuan. Namun, pada masa Khilafah Utsmaniyah, tradisi itu ditinggalkan, konon agar Islam lebih mudah “diserap” tanpa barier bahasa Arab.
Pengajaran : Menukarkan ilmu daripada bahasa arab ke bahasa serantau adalah tidak salah, malah ada baiknya dari sudut yang tertentu. Walaubagaimanapun, tindakan ini menjadi salah satu faktor mengapa bahasa inggeris adalah bahasa perantauan sekarang. Ilmu yang diterjemah telah dikaji dan diperbaruhi oleh kebanyakkannya oleh pengkaji barat dan dijadikan milik mereka. Secara tidak langsung, kebanyakkan ilmu islam telah di”murtad”kan. Seharusnya, ilmu–ilmu para ilmuan islam dibiarkan kepada bahasa asal sebagai simbol keaslian ilmu arab.
2. Kurangnya ijtihad dan kemunduran daya berfikir – Ketika bahasa Arab terabaikan, ijtihad tidak lagi dikerjakan dengan cukup, sedangkan setiap hari umat Islam berhadapan dengan benda-benda baru yang perlu penjelasan daripada syarak. Hanya melalui ijtihad sajalah perkara-perkara yang baru ini dapat dijelaskan kedudukan hukumnya. Sedangkan ijtihad hanya dikerjakan dalam bahasa Arab klasik, agar seorang mujtahid benar–benar memahami sumber-sumber syar’i.
Pengajaran : Akibatnya, mundurnya proses ijtihad menyebabkan daya berfikir umat Islam juga mundur. Contohnya, ketika era kemunduran ini, sesetengah ulama mengharamkan penggunaan ‘speaker dan microphone’ yang dicipta di Barat kerana menganggap suara yang keluar daripadanya ialah suara syaitan. Kemunduran daya berfikir umat Islam telah membawa umat tertinggal jauh di belakang daripada Barat dalam aspek sains dan teknologi sehingga Dunia Islam dikejutkan dengan Revolusi Industri di Barat.
3. Kemasukan pemikiran-pemikiran asing – sejajar dengan berkembangnya sempadan Islam, umat telah bertembung dengan pemikiran masyarakat setempat seperti falsafah Yunani, Mesir, Parsi dan India. Masyarakat Islam setempat itu tidak membuangkan falsafah-falsafah ini daripada pemikiran mereka malah meng’Islam’kan falsafah ini sehingga fikrah Islam dicemari dan bercampur-campur dengan pemikiran bukan Islam.
Pengajaran : Akibatnya, fikrah-fikrah Islam pada diri umat Islam sudah manjadi semakin kabur dan lemah (e.g. hak kebebasan, majoriti sebagai tolok ukur kebenaran, persandingan pengantin, kenduri arwah pada hari tertentu, ayat al-
Quran sebagai azimat untuk melawan hantu dan sebagai ayat pengasih dll). Kita seharusnya kembali kepada kitab al Qur’an dan hadis rasul unutk menyemak sama ada sumber yang diperoleh adalah soheh dan benar, bukan sekadar mempercayai apa yang didengari dengan begitu sahaja.
4. Perpecahan di kalangan umat Islam – disebabkan sempadan Islam ketika empayar Islam Uthmaniyyah terlalu besar (1/3 dunia) sehingga khalifah tidak mampu mengawal kesemuanya dengan teknologi yang ada pada ketika itu. Kekuasaan khalifah menjadi longgar dan muncul Sultan-sultan di setiap wilayah Islam
Pengajaran : Kekuatan umat Islam mula tidak bersatu dan terpecah-belah. Umat Islam pula memikirkan tanggungjawab mereka atas penderitaan ummat di wilayah lain tinggal hanyalah sebatas pada doa dan sedekah yang tidak seberapa. Ini memudahkan sentimen nasionalisme mulai menyerap masuk di kalangan umat. Di sini, tanggung jawab seorang pemimpin adalah amat penting bagi bukan sahaja menguruskan wilyah, malah mendidik rakyatnya untuk menerima bahawa Islam adalah satu. Sistem pelantikan juga menjadi faktor, daripada memilih Sultan atau Raja mengikut kerabat, mengikut pandangan saya adalah lebih baik melakukan sistem perlantikan seperti apa yang dilakukan di abad Khulafah al Rasyidin.
Faktor luaran
1. Ancaman ketenteraan oleh musuh Islam khususnya Barat – Islam sentiasa mempunyai musuh daripada pihak kafir. Mereka sentiasa mencari jalan untuk mengalahkan kuasa Islam. Mereka sentiasa berperang dengan umat Islam mulai Perang Salib sehingga Perang Dunia Pertama di mana kekalahan. Turki mengakibatkan wilayah-wilayah Islam dipecah-pecahkan dan diserahkan kepada mereka.
Pengajaran : Berkaitan dengan isi di atas, perpecahan umat Islam menjadikan negara–negara Islam di seluruh dunia menjadi lemah. Kita seharusnya bersatu bagi menjamin kekuatan dan keselamatan negara dan agama Islam yang telah diperjuangkan oleh tokoh–tokoh Islam yang terdahulu.
2. Konspirasi politik dan kebudayaan – Setelah gagal melalui Perang Salib, musuh Islam menyerang dari segi politik dan kebudayaan. Misionari telah dihantar untuk menyebarkan idea-idea asing serta sentimen nasionalisme. Idea sekular pula disuntik melalui golongan yang menerima pendidikan Barat. Gerakan Freemason juga bergiat gigih dalam menjatuhkan negara Islam daripada dalam. Agen-agen Barat seperti Midhat Pasha dan Kamal Attarturk telah menyelinap masuk ke dalam pentadbiran Khilafah dan diberi jawatan-jawatan penting seperti Ketua Menteri (Midhat Pasha) dan Kolonel Tentera (Kamal Attarturk).
Pengajaran : Kita perlulah berhati–hati apabila menceburi diri dalam bidang politik. Sememangnya orang–orang kafir menggunakan kaedah ini sebagai satu cara untuk menjatuhkan negara–negara Islam tetapi terdapat juga parti yang tidak melampaui batas agama atau memutar belitkan agama bagi mendapatkan sokongan. Kita sebagai masyarakat dan sebagai seorang hamba Allah seharusnya bijak dalam memutuskan mana yang baik dan yang tidak.
Kejatuhan Tamadun Abbasiyah adalah berpunca daripada :
1. Faktor kelemahan pemimpin
2. Faktor acaman musuh dari luar
Secara ringkasnya, mengikut ulasan Muhammad Alexander dalam hasil karya beliau yang berjudul “5 Gelombang Pembawa Bencana Yakjuj Makjuj”, Tamadun Abbasiyah telah diserang oleh tentera kejam Mongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan. Hulagu Khan telah membunuh Khalifah dan pembesar-pembesar pada ketika itu dan telah menyerang, merosakkan harta benda dan membunuh orang-orang di kota Bagdad.
• Hilangnya Sifat Menyuruh Perkara Makruf dan Mencegah Perkara Munkar
Apabila berlakunya kehilangan atau keruntuhan akhlak dalam sesebuah tamadun, dan gejala sosial berleluasa, maka tamadun tersebut akan merosot. Hal ini kerana generasi yang akan datang untuk memimpin tamadun tersebut bukanlah dari golongan yang berpendidikan dan sopan, tetapi sebaliknya dari golongan yang hilang akhlak dan kemungkinan agamanya juga.
• Apabila Merebaknya Kezaliman dan Hilangnya Keadilan
Jika pemimpin itu sendiri berkelakuan zalim dan tidak adil, maka mustahil untuk Negara itu maju dan membangun. Pemimpin yang hanya mementingkan keperluan diri sendiri, tetapi tidak memperdulikan rakyatnya akan memusnahkan tamadun yang sedia ada kerana kelemahan kepimpinan membawa kesan buruk kepada ekonomi, politik dan perpaduan masyarakat tamadun tersebut.
• Apabila Rosaknya Umara dan Ulama
Sekiranya ulama-ulama yang dahulu dijadikan tempat rujukan tentang hal-hal agama memberi dakyah dan dakwah palsu, maka hilanglah panduan agama yang menuju kepada tamadun yang maju dan hebat, malahan timbulnya golongan sesat yang merosak dan meruntuhkan tamadun mereka sendiri. Tanpa didikan agama yang betul, masyarakat tamadun tersebut akan hanyut dan lalai dibuai hiburan di dunia, sedangkan mereka harus beribadat kepada Allah
• Apabila Manusia Tenggelam Dalam Kemewahan
Kekayaan dan kemewahan boleh menjadikan seseorang itu bongkak, sombong dan kedekut. Jikalau kekayaan dijadikan salah satu peringkat sosial, di mana yang kaya dan mewah di atas dan yang fakir dan miskin di bawah, nescaya akan berlaku penindasan terhadap golongan yang hidupnya susah.
Berdasarkan sebuah sumber menceritakan bahawa keruntuhan Tamadun Abbasiyah adalah berpunca daripada pengkhianatan seorang pembesar penganut Syiah. Melalui sumber ini juga menceritakan kekejaman Hulagu Khan yang sebelum membunuh khalifah ketika itu, Hulagu telah menyeksa beliau dengan cara beliau telah dirantai, diejek dan dibiarkan kebuluran. Selepas itu, Hulagu telah memaksa beliau yang kebuluran untuk memakan ketulan emas sebagai hiburan selepas Hulagu berjaya menawan kota Bagdad. Walaubagaimanapun, sumber diatas mungkin sekadar pendapat seseorang pengkaji dan tidak ade sebarang bukti yang mampu menjamin kesohehan cerita tersebut. Akan tetapi, apa yang boleh dipastikan adalah angkatan tentera Mongol pada ketika itu adalah golongan yang kejam dan suka membinasakan apa-apa yang ada di sekeliling meraka.
Contoh Tamadun Islam yang berkait dengan faktor-faktor diatas…
Tamadun Abbasyiah
Tamadun Uthmaniah
2. Interaksi negatif
Lumrah kehidupan manusia ada yang baik dan ada yang buruk. Begitu juga interaksi antara tamadun, khususnya tamadun Islam dan tamadun Eropah ada yang positif dan negatif.