Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

Jenis-Jenis Kesalahan Dalam Bacaan Al-Quran

Kelas Al-Quran Dr Munirah

2. Kesalahan Tersembunyi

Dua Jenis Kesalahan

1. Yang nyata

2. Yang tersembunyi

Berlaku sekiranya pembaca membuat

kesalahan pada hukum-hukum Tajwid seperti meninggalkan ghunnah (dengung), meninggalkan mad (bacaan panjang),

atau yang sewaktu dengannya.

Semakin meningkat ilmu Tajwid seseorang itu, semakin jelas padanya peraturan-peraturan Tajwid yang lebih terperinci. Dia mampu menguasai bacaan yang tepat.

Sepertimana kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. : "Orang yang membaca Al-Quran dan dia pakar dengan bacaannya tergolong dalam para malaikat.." -hadis riwayat Muslim dalam buku Solat Orang Musafir #798 (1/549)

2. Kesalahan Tersembunyi (sambungan)

1. Kesalahan Nyata

Terdapat beberapa darjat untuk kesalahan tersembunyi; ada yang lebih tersembunyi seperti kesalahan pada hukum-hukum Tajwid yang lebih terperinci.

Sebagai contoh; mengurangi darjat ghunnah (dengung) atau darjat ketebalan huruf dari darjat yang asal.

Kesalahan yang lebih tersembunyi sebegini hanya disedari oleh pembaca yang telah betul-betul pakar ilmu Tajwid.

Berlaku sekiranya pembaca menukar baris huruf atau menukar satu huruf dengan huruf yang lain, sama ada mengubah makna ayat atau tidak.

Rujukan

Kitab Al-Munir : Berkenaan Peraturan-Peraturan Ilmu Tajwid (keluaran Pertubuhan Penjagaan Al-Quran Al-Karim, Jordan)

Disediakan oleh

Nur Munirah Mohd Nor

https://my.linkedin.com/pub/nur-munirah-mohd-nor/63/636/709

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi