Question and Answer
session!
- Perlembagaan Malaysia yang pertama dikenali ssebagai apa?
- Berikan 2 ahli yang menganggotai Suruhanjaya Reid selain Lord Reid.
- Mengapakah orang Melayu menentang hebat Malayan Union?
- Mengapakah orang luar yang dilantik untuk menggubal perlembagaan?
- Jika anda ialah seorang pelajar yang berwawasan, apakah tindakan anda bagi memastikan perlembagaan yang sedia ada terpelihara?
SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA
- Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dikuatkuasakan sehingga hari ini dengan beberapa pindaan telah dilakukan.
- Pindaan yang dibuat ialah Akta Malaysia yang diluluskan dalam tahun 1963 meminda perkara (1) dan (2) untuk kemasukan Sabah, Sarawak dan singapura serta menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia
- Suruhanjaya Reid telah mengadakan referendum dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasuk orang awam , parti politik, badan awam dan sebagainya.
- Pada bulan Oktober 1956, suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu. Akhirnya, draf perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Ogos 1957.
- Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang berdaulat dan Merdeka.
- Tujuannya adalah untuk menggubal satu Perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
- Persidangan tersebut telah berjaya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan Tanah yang dipengerusikan oleh Lord Reid (England), Sir Ivor jennings (UK), Sir William Makel (Australia), B.Malik (India) dan Hakimi Abdul Hamid (Pakistan).
- Pelantikan orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan masalah berat sebelah.
- Majlis perundangan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi Brittish. Hasil daripada perjanjian itu, lahirlah satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang berkuat kuasa 1 Februrari 1948.
- Perlembagaan baharu juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
- Selepas Pilihan Rya 1955, Parti Perikatan menang majority dan menjadi Kerajaan pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu persidangan perlembagaan di London.
- British kembali menduduki Tanah Melayu dan memperkenalkan satu bentuk pemerintahan yang baharu, iaitu Malayan Union pada April 1946.
- Bentuk pemerintahan baharu itu mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu.
- Penentangan ini menyebabkan British memperkenalkan satu lagi bentuk pentadbiran yang baharu iaitu Perjanjian Persekutuan 1948.
- Melalui Perjanjian itu, kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
- Perlembagaan Malaysia pertama kali dikenali sebagai perlembagaan Tanah Melayu pada hari kemerdekaan dicapai.
- Nama itu diubah pula kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 selepas Pembentukan Malaysia.
- Pembentukan Perlembagaan Malaysia telah melalui proses sejarah yang agak panjang.
- Bermula dengan penguasaan British ke atas negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang yang juga dikenali sebagai Negeri-negeri Bersekutu (NNMB).
- Semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945), Jepun menakluki Tanah Melayu.
PENGENALAN
DEFINSI PERLEMBAGAAN
- Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu, beberapa negeri di Tanah Melayu telahpun mempunyai sistem pemerintahan masing-masing dan tersendiri. Ini dapat dilihat pada zaman kesultanan Melayu Melaka yang mengamalkan Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Negeri-negeri yang lain mengamalkan adat tradisional, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih biasanya diamalkan di Negeri Sembilan dan Melaka. Masyarakat Melayu tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka.
- Ini menggambarkan telah wujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat pada masa itu. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dikemaskinikan setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
- Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim dipakai. Perlembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-gihkan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.
- Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentun undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan juga bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.
Terima Kasih Daun Keladi,
Selepas ini giliran anda menanti!