Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
Pembersihan hutan untuk tujuan pembukaan ladang pertanian menyebabkan kepupusan spesies flora tertentu.
Rasa nak muntah, kan?
Pembakaran hutan dilakukan untuk membakar jerami padi untuk kegiatan pertanian pindah pula menghasilkan asap dan debu seperti karbon dioksida yang boleh mencemarkan udara sekeliling dan menyebabkan jerebu.
Penggunaan baja kimia, racun serangga dan racun rumpai secara berlebihan dalam sektor pertanian akan meninggalkan bahan toksik seperti plumbum dan zink yang tidak mudah larut air dalam tanah. Bahan-bahan ini akan meningkatkan kandungan bahan asid dalam tanah dan seterusnya menjejaskan kualiti tanah.
Semasa hujan lebat, bahan-bahan toksik ini akan dibawa oleh aliran air ke dalam sungai lalu menyebabkan air sungai tercemar. Air sungai yang tercemar bukan sahaja memusnahkan pelbagai hidupan akuatik bahkan mengancam kesihatan manusia dan binatang ternakan.
Permukaan bumi yang terdedah akan
dipanaskan secara berterusan oleh matahari
kerana tiada litupan tumbuhan sebagai
perlindungan. Akibatnya, suhu di sekitarnya meningkat kerana permukaan bumi yang panas.
Pembukaan petempatan untuk menampung permintaan penduduk terhadap perumahan telah menyebabkan kemusnahan habitat dan kepupusan spesies flora dan fauna.
Kegiatan pembalakan yang tidak terkawal memusnahkan habitat flora. Ini akan menyebabkan kepupusan pelbagai spesies pokok berharga seperti pokok bakau, cengal, balau, jelutong dan meranti.
Penebangan hutan di kawasan cerun bukit menyebabkan kawasan tersebut menjadi gondol dan terdedah kepada hakisan. Apabila hujan berturun, sungai akan menampung air yang banyak. Air yang berlebihan ini akan melimpah ke kawasan sekitarnya lalu menyebabkan banjir.
Pembersihan hutan untuk petempatan menyebabkan permukaan bumi terdedah. Suhu akan meningkat kerana tiada litupan tumbuh-tumbuhan. Permukaan bumi yang menerima pancaran matahari mengakibatkan kelembapan udara berkurang. Ketiadaan tumbuh-tumbuhan untuk menjalankan proses transpirasi akan turut menyebabkan udara menjadi kering.
Kegiatan pembalakan hutan tanpa kawalan menyebabkan pelbagai hidupan liar diancam
kepupusan kerana kehilangan habitat semula jadi
dan sumber makanan. Selain daripada itu, ia akan
menjejaskan ekosistem hutan tersebut.