Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

AHLI KUMPULAN

1. YUSOF BIN MOHAMAD

2. HANIF FAIZAL BIN CHEK ANI

3. KHAIRUL HISHAM BIN UDIN

DEFINISI PENYOALAN

Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklum balas murid. Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

APAKAH TUJUAN PENYOALAN

1. Untuk memperoleh maklum balas tentang pengajaran dan pembelajaran.

2 .Menggerakkan minda murid

3. Menggalakkan mutu pemikiran yang tinggi.

4. Mengekalkan perhatian murid

5. Mengeratkan interaksi antara guru dan murid

PERLU DIINGAT!

Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Taksonomi Bloom.

CONTOH PENYOALAN

Situasi: Ali memukul kucing manakala Siti bermain dengan kucing

Soalan aras rendah – 1. Ali pukul apa?

2 . Siti bermain dengan apa?

3. Apakah haiwan itu?

Soalan aras tinggi – 1. Apa yang berlaku apabila

kucing itu dipukul?

2. Bandingkan watak Ali dan Siti.

Penyoalan yang berkesan dapat mengembangkan potensi berfikir dan imaginasi murid ke peringkat lebih tinggi.

Pentaksiran ini bermaksud pentaksiran yang dilakukan ke atas portfolio yang mengandungi segala bahan dari pelbagai sumber yang dikumpulkan secara sistematik oleh pelajar dan guru termasuk pentaksiran kendiri dan pendokumentasian proses yang dilalui dalam menghasilkan sesuatu produk atau artifak bagi menyokong proses P&P taksiran porfolio merupakan salah satu pentaksiran alternatif yang menggunakan pendekatan kualitatif.

Jeni-jenis Portfolio

Portfolio Kerja

a.Koleksi hasil kerja harian pelajar

b.Mengandungi catatan,lakaran, deraf awal, hasil akhir.

c.Kebanyakan bahan dipilih oleh pelajar.

d.Menggalakkanperkembangan diri melalui proses refleksi.

e.Memberi peluang kepada guru untuk melihat dan membuat refleksi mengenai keberkesanan proses pengajaran.

Portfolio Dokumentari

Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian.Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses yang dilalui untuk menghasilkannya.Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai hasil pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran

Ciri-ciri Portfolio

1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.

2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

3. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.

4. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.

Apa yang perlu guru buat untuk menilai

1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.

2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.

3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.

4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Bagaimana menilai portfolio

1. Penilaian berbentuk lebih terbuka

2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.

3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah ditetapkan

4. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.

5 Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.

6.Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Krateria Penting yang perlu diambilkira

1. Variasi isi yang sesuai.

2. Struktur ayat dan gaya bahasa.

3. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri

4. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.

Cadangan Bahan Bukti penghasilan

Portfolio

A.Bahan Bukti Perlakuan Bahan bukti perlakuan(performance) pelajar yang menunjukkan prestasinya dalam bidang yang berkenaan dengan tugasnya – senarai semak, laporan kemajuan

B.Bahan Bukti Bertulis Bahan tulisan hasil usaha pelajar secara individu atau secara kolaboratif. Bahan yang dimuatkan mestilah menunjukkan proses dalam penghasilannya- Catatan. Pengurusan grafik

c. Bahan Sokongan Bahan sokongan sebagai lampiran atau ilustrasi untuk mengukuh dan memantapkan hasil tulisan – bahan fotostat, Foto,bibliografi

Konsep Kerja Kumpulan Dari Sudut Pendidikan

Satu kelompok / pasukan mengandungi beberapa orang murid yang bertelingkah laku sama terlibat dlm proses pembelajaran. Mempunyai fungsi yang sama berusaha & bekerja ke arah satu matlamat yang spesifik. Kumpulan dibentuk berdasarkan minat & kebolehan murid, aras keupayaan / persahabatan.

Prinsip Melaksana Kerja Kumpulan

Prinsip kerja berkumpulan-

.Penilaian awal ~ ketahui taraf pencapaian pelajar

.Perancangan rapi guru

.Arahan guru jelas

.Ketua kumpulan. (haruslah) dilantik (untuk mudah guru beri alat,bahan)

.Alat / bahan disediakan

.Pelajar bebas bergerak / berbincang

.Susunan meja kerusi teratur

.Ahli kumpulan tidak semestinya tetap (terutama ahli pelbagai kebolehan)

.Perhatian guru penting

.Tiada pelajar sombong / rendah diri

.Sesi penutup ~rumusan penting

PENYOALAN

PORTFOLIO

PENILAIAN KERJA KUMPULAN

Portfolio

Penilaian Kerja Kumpulan

KEMAHIRAN BERFIKIR

ARAS TINGGGI

PENILAIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM

BILIK DARJAH

Sekian, Terima Kasih

PENILAIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM BILIK DARJAH

Bertulis

Lisan

PENYOALAN

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi