Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
3. Aplikasi web dijalankan oleh pengkalan data
4. Web sebagai perkhidmatan
5. Teknik pengaturcaraan mudah
6. Tidak terhad kepada 1 platform
7. Aplikasi dan web mesra pengguna
Apa Itu Web 2.0
Ianya merupakan perkembangan terkini teknologi selepas web 1.0. Pada web 2.0 content tidak hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, malahan pengunjung boleh mengendalikan pada content web tersebut juga pengunjung2 yang lainnya dapat memberi komen,bekomunikasi antara satu sama lain,memberi pendapat dan banyak lagi. Antara contoh yang jelas mengenai web2.0 adalah: youtube, facebook dan korang sendiri sudah sedia maklum
Ciri-ciri Web 2.0
1. Web sebagai platform
2. Memanfaatkan kepintaran kolektif
Aplikasi web 2.0 menggunakan web sebagai platform iaitu tempat untuk menjalankan sesuatu aplikasi. Menggunakan web sebagai platform bermaksud aplikasi-aplikasi dijalankan terus di atas talian dan bukannya di atas sistem operasi tertentu. Contohnya seperti google apps yang mana boleh diakses walau dari mana pun tanpa perlu menyimpannya dalam komputer.
Memanfaatkan kepandaian daripada orang ramai adalah satu ciri unik yang ada pada web 2.0. Kepandaian yang dikongsi dan digabungkan menjadi satu pusat pengetahuan yang besar. Wikipedia adalah salah satu contoh yang popular dikalangan pengguna web.
bermaksud kebanyakan aplikasi web 2.0 pada dasarnya adalah dijalankan oleh pangkalan data. Ia mengatakan bahawa teras kepada sistem maklumat moden bukanlah perisian tetapi adalah nilai data didalamnya. Sepertimana google dan youtube tidak dinafikan perkhidmatan yang diberikan adalah penting tetapi data yang mereka miliki adalah aset yang lebih bernilai. Contoh terbaik yang kita dapat lihat adalah Facebook. Ianya direka adalah sebenarnya hanya untuk jaringan sosial tetapi berkembang pesat ke arah jaringan perniagaan.
Satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada perisian di era internet adalah ianya diberikan sebagai perkhidmatan bukannya sebagai produk. Fakta ini membawa kepada pertukaran model perniagaan bagi sesetengah syarikat. Perisian internet disini bermaksud aplikasi Web 2.0 dimana ianya berbeza dengan aplikasi perisian yang dahulunya dijalankan di atas sistem operasi tertentu seperti windows. Contohnya perisian seperti Microsoft Office akan di perbaharui setiap 2 atau 3 tahun sekali. Tetapi tidak pada aplikasi Web 2.0 dimana ianya sentiasa di kemaskini tidak mengira masa seperti google yang sentiasa dikemaskini setiap hari.
Aplikasi Web 2.0 menggunakan teknik-teknik pengaturcaraan yang mudah seperti AJAX dan RSS. Ini memudahkan pengguna lain untuk menggunakan semula perkhidmatan yang ada untuk membentuk aplikasi yang baru. Contohnya seperti Google Maps, dengan mudahnya dapat digunakan untuk membentuk aplikasi baru. Hasilnya muncullah web - web seperti Housing Map.com dengan menggabungkan Google Maps dan Craiglist. Aplikasi seperti ini yang menggabungkan perkhidmatan dari aplikasi-aplikasi yang lain dikenali sebagai teknik 'Mashup'.
Satu daripada ciri-ciri yang ada pada Web 2.0 adalah ianya tidak lagi terhad kepada platform PC. Dave Stutz mengatakan bahawa perisian berguna yang tidak terhad kepada satu peranti sahaja akan mendapat keuntungan tinggi untuk jangkamasa panjang.
Semua aplikasi web boleh dilihat sebagai 'Software Above the Level of a Single Device' iaitu tidak bergantung kepada satu peranti sahaja. Walau aplikasi web yang mudah sekalipun sekurang-kurangnya melibatkan 2 komputer iaitu satu untuk web server dan satu lagi untuk browser.
Aplikasi Web 2.0 memiliki antaramuka pengguna yang kaya dengan pelbagai aspek walaupun ia hanya dijalankan diatas web browser. Teknologi seperti AJAX memungkinkan aplikasi internet mencapai kelajuan tinggi untuk bertindak balas dan memberikan antaramuka pengguna yang agak sama seperti aplikasi windows. Contohnya seperti google Maps, walaupun ia dijalankan di web browser tetapi ia dapat bertindak balas dengan cepat ketika pengguna menjelajahi peta.
Google Docs
Google docs adalah salah satu aplikasi google.co.id yang sengaja diwujudkan untuk menyimpan dokumen-dokumen yang Anda miliki. Ertinya, Anda boleh memanfaat google.docs sebagai tempat penyimpan data dokumentasi Anda. Andaikata laptop atau komputer Anda terkena virus, Anda tak perlu kebingungan jika sudah menyimpan data-data Anda di google.docs. File yang Anda simpan masih ada dan tak akan hilang sedikitpun.
Cloud computing adalah proses di mana Anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi anda sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahu pun video. Proses Cloud computing berlaku apabila Anda mengupload data-data milik anda ke sebuah website kemudian data yang anda sudah simpan itu dapat diakses dari tempat lain, dari komputer lain, laptop lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.
Web 1.0
Era web 1.0 bermula dari 1990 hingga 2001.
web 1.0 adalah merupakan teknologi web yang pertama kali digunakan dalam aplikasi world wide web, atau ada yang menyebut web 1.0. sebagai www itu sendiri yang banyak digunakan dalam laman web yang bersifat peribadi. Web 1.0 adalah generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu arah. Segala content atau isinya berada ditangan administrator, jadi pengunjung hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa dapat memberi komen atau pandangan.
Ciri-ciri Web 1.0
http://docs.google.com
Masukkan id email
Mencipta fail baru
Masukkan password email
Butang sign out
Menu
Klik jika tiada lagi email google
Ruangan drive / inbox
klik 'create' utk cipta fail baru
Folder baru
Fungsi 'document' (word)
Fungsi 'presentation' (power point)
Fungsi 'spreadsheet' (excel)