Loading…
Transcript

DISEDIAKAN OLEH :

CIKGU ATIQ

IRAMA

(RHYTHM)

- Sesuatu objek yang dilukis mempunyai irama apabila lukisan tersebut mengandungi unsur-unsur pergerakan seperti bergoyang, mengalir dan berpusing.

- Prinsip irama diperlukan untuk menghidupkan sesuatu karya grafik.

- Prinsip irama banyak digunakan dalam grafik seperti poster, iklan dan lukisan alam seperti pergerakan air sungai.

PENEKANAN

(EMPHASIS)

KESEIMBANGAN

(BALANCE)

- Penekanan dapat menonjolkan sesuatu unsur dalam karya grafik yang boleh menarik perhatian.

- Dalam reka bentuk kulit buku, misalnya penekanan wujud pada tajuk.

- Kestabilan memberikan kesan keseimbangan secara psikologi.

- Sebagai prinsip reka bentuk, keseimbangan menempatkan komponen- komponen visual dalam susunan yang menarik secara estetik.

- Prinsip keseimbangan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu :

- Keseimbangan simetri berlaku apabila dua sisi berada dalam keadaan susunan yang simetri.

- Keseimbangan asimetri terjadi apabila sisi-sisi tidak simetri secara tepat tetapi masih menghasilkan imej yang seimbang

PENGULANGAN

(REPETITION)

- Konsep pengulangan mengkehendaki pereka bentuk grafik mengulangi elemen-elemen reka bentuk secara keseluruhan.

- Pengulangan dapat mewujudkan elemen-elemen dalam reka bentuk grafik secara konsisten, kesamarataan dan harmoni.

DOMINAN

(DOMINANCE)

- Elemen-elemen ini terdiri daripada jenis fon, grafik, garisan dan warna.

- Dominan ialah pusat penumpuan. Item utama mesti menguasai item-item lain yang menyokongnya.

- Dengan adanya prinsip dominan, item utama yang ditonjolkan dapat dilihat dan dibaca maksudnya dengan mudah.

- Terdapat pelbagai jenis item dominan yang dapat dihasilkan seperti penggunaan anak panah yang menunjuk ke arah item utama, penggunaan warna atau bentuk yang berbeza dan penggunaan lampu atau cahaya yang memancar.

KESATUAN

(UNITY)

PRINSIP-PRINSIP

REKA BENTUK

- Kesatuan merupakan hubungan di antara elemen-elemen visual yang dapat menjadikan elemen tersebut bersatu dan bermakna. Ini bermakna, perkataan dan imej bersatu dan menghasilkan makna

- Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan bentuk-bentuk yang serupa.

- Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan satu corak yang serupa.

- Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan ruang.

Prinsip-prinsip rekabentuk membantu menjadikan imej visual menjadi lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat. Berikut merupakan prinsip-prinsip rekabentuk :

SIMETRI DAN ASIMETRI

(SYMMETRY AND ASYMMETRY)

- Simetri ialah pembahagian yang sama rata manakala asimetri bermakna pembahagian yang tidak sama rata.

- Dalam keseimbangan simetri, pengolahan unsur-unsur seni di separuh bahagian atas atau bawah grafik adalah sama berat, saiz, bilangan, jarak atau jenis dengan unsur-unsur seni .

- Terdapat pelbagai jenis item dominan yang dapat dihasilkan seperti penggunaan anak panah yang menunjuk ke arah item utama, penggunaan warna atau bentuk yang berbeza dan penggunaan lampu atau cahaya yang memancar.