Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Nilai-Nilai Kemanusiaan Islam Dalam Mengeratkan Hubungan Kau

No description
by

nurul samad

on 25 October 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Nilai-Nilai Kemanusiaan Islam Dalam Mengeratkan Hubungan Kau

nilai kemanusiaan
maksud : -
nilai ukuran kualiti seorang insan bergelar manusia
manusia : kepandaian dan kebolehan fizikal dan mental mengikut fitrah kejadian secara keseluruhan.
Etnik
maksud : Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi.
kepelbagaian etnik di dalam sesebuah masyarakat tidak harus dijadikan penghalang untuk bersatu-padu sesama etnik walaupun berasal daripada etnik yang berbeza.
Pluraliti
maksud : -
merujuk kepada penyatuan di dalam sesebuah masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya tetapi hidup dalam suasana aman dan damai. Cth : Malaysia
Masyarakat
Komuniti yang saling bergantung dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat.
Nilai-Nilai Kemanusiaan Islam Dalam Mengeratkan Kaum Di Malaysia
Pluraliti menurut perspektif Islam :

Penyatuan dalam kepelbagaian atau menyatukan bangsa dalam pelbagai etnik
Majmuk bermaksud kepelbagaian atau keragaman dan ia merupakan sifat semula jadi atau fitrah (kejadian alam, termasuk manusia).
Kedamaian melalui kerjasama pelbagai etnik
Sifat kemanusiaan sebagai penghubung kepelbagaian etnik
Islam melarang assabiyah bagi mengelak pertelingkahan
Nabi Muhammad S.A.W diutus membawa rahmat kepada Islam
Piagam Madinah bukti Islam mengiktiraf kepelbagaian etnik

masyarakat majmuk
Satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.
(Modul Hubungan Etnik: Shamsul Amri Baharuddin, m/s 10)

Manusia dikurniakan Allah bentuk dan struktur badan yang baik, rapi, kuat, menarik dan secara keseluruhannya memenuhi aspek-aspek ideal
Manusia dalam kehidupan mereka di dunia ini mempunyai fungsi sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Allah berfirman dalam Al-Quran:
ertinya:
“Dan ingatlah sewaktu kami katakan kepada malaikat, sesungguhnya Aku akan menjadikan (manusia) khalifah di bumi.”

(Surah Al-Baqarah:30)
Tugas Hidup Muslim
Malaysia adalah sebuah negara yang masyarakatnya majmuk.
Kemajmukan masyarakat malaysia dengan kombinasi kaum haruslah menjadi pertimbangan dalam menggariskan kaedah dan cara perjuangan islam.
Adalah menjadi suatu kekeliruan apabila sebahagian umat islam di negara kita yang menganggap bahawa kemajmukan penduduk negara adalah merupakan penghalang kepada pelaksanaan islam sepenuhnya
(petikan dari buku “Beberapa Masalah Ummah” m/s 27-28)
Terdiri daripada pelbagai etnik. Setiap kaum mempunyai agama, kebudayaan, bahasa, dan adat resam.
Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik seperti seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau dan sebagainya.
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah disebabkan oleh perkembangan industri bijih timah dan getah yang pesat di sekitar abad ke-19.
Walaupun etnik tersebut tinggal di dalam sebuah negara dan dibawah satu sistem politik, namun masing-masing tetap dengan tradisi, identiti, adat resam, budaya, dan agama mereka.
CONTOH GOLONGAN ETNIK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA :-
Masyarakat Melayu
Masyarakat Cina
Masyarakat India
Etnik - etnik lain
Surah Al-Hujurat, ayat 13
Maksudnya:
 
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)


Sumber : Mutiara Qur’an dan Hadith, 1980
ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM
Tafahum :
Faham-memahami
Mahabbah :
Kasih-sayang
Ta’awun :
Bekerjasama
Ukhwah :
Persaudaraan
Tadhamun :
Jamin-menjamin
Ta’ruf :
Berkenal-kenalan
ISLAM DAN MASYARAKAT MAJMUK
Sebagai sebuah agama yang syumul, Islam mengiktiraf kewujudan masyarakat majmuk sebagai satu hakikat sosial yang ditentukan oleh Allah S.W.T..
Kepelbagaian bangsa yang wujud tidak seharusnya dianggap sebagai satu unsur perpecahan. Islam telah menganjurkan konsep persaudaraan sejagat tanpa membataskan bangsa dan keturunan, warna kulit, kedudukan sosial seseorang malah melampaui batas sempadan geografi.
Allah S.W.T. telah memperingatkan kepada manusia seluruhnya supaya mempunyai perasaan saling mengerti sesama mereka, hormat-menghormati serta hidup dalam keadaan aman dan damai.
Penilaian kemuliaan kedudukan seseorang adalah berteraskan kepada konsep ketakwaan, iaitu beriman dan sentiasa menjalankan tugasnya seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T..
Aplikasi Dalam Kehidupan Sosial dan Hubungan Etnik
Kemesraan
Komunikasi
Ziarah Menziarahi
Mengambil berat
Saling Hormat Menghormati
Menghormati amalan kaum lain.

Semangat kejiranan yang ingin dipupuk adalah seperti berikut:
Bangga dan Sayang kepada kawasan
Kenal mengenali dan tolong menolong
Penduduk mengganggap sebagai satu masyarakat
Bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keamanan jiran
Muafakat dalam melaksanakan aktiviti
(Sumber: Jabatan Perpaduan Negara Malaysia)
Tolenrasi dan Adab Pergaulan dalam kehidupan Islam dan Bukan Islam
Menjaga Hak-hak jiran
Hubungan kekeluargaan sekalipun berlainan agama
Memberi saraan nafkah kepada saudara dan jiran bukan islam
Adab perbahasan/perbincangan dengan bukan islam
Menziarahi Ketika sakit

Prinsip-prinsip Islam tentang nilai kemanusiaan penghubung kepelbagain etnik/agama
Kebebasan dari sebarang paksaan,penghinaan,perhambaan,kebebasan beragama
Pemuafakatan-dalam pemerintahan
Keadilan-penghukuman, pengagihan kekayaan, pendidikan dan sebagainya.
Islam menganjurkan agar menghormati peribadi orang lain.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. “
 
(Surah al-Hujurat 49: 11)

Islam memberi kebebasan kepada semua kaum dalam pengurusan kehidupan peribadi dengan berlandaskan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan.
Maksudnya: Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

Surah al-Kafirun: 6
Kita perlu menerima hakikat manusia yang mendiami muka bumi ini memang dicipta oleh Allah dengan kepelbagaian latar belakang, warna kulit, bahasa, agama, cita rasa dan tingkah laku.
Semua perbezaan yang wujud, mengikut perspektif Islam, boleh disatukan dan diharmonikan dengan mewujudkan ketakwaan kepada Allah S.W.T sebagai Pencipta.
Islam meraikan perbezaan-perbezaan budaya luaran tetapi cukup tegas pada prinsip-prinsip ajaran Islam.
Contohnya; Islam tidak menentukan fesyen berpakaian dan terpulang kepada kesesuaian cuaca dan cita rasa sesuatu kaum, tetapi Islam menentukan prinsip-prinsip berpakaian seperti mesti menutup aurat dengan had-had tertentu bagi lelaki dan wanita.
HUBUNGAN ETNIK MENURUT TOKOH-TOKOH ISLAM
Menurut Muhammad (1987: 273) (Pakar perundangan Islam )

Perhubungan masyarakat yang disusun oleh Islam antara orang Islam dan bukan Islam ditegakkan di atas dasar kebaikan, kemuliaan, keadilan, permesyuaratan, dan tolong-menolong serta mencegah dari keburukan yang boleh menghancurkan masyarakat.

Penghormatan terhadap manusia ialah dengan menghormati jiwa manusia itu sendiri tanpa melihat agama dan etnik.
Menurut Yusuf (1989: 4)

Islam sentiasa menjalinkan perhubungan antara orang Islam dengan bukan Islam atas asas-asas yang kemas dan padu merangkumi sifat toleransi, keadilan, amal kebajikan dan belas kasihan yang belum pernah ditemui oleh sejarah kemanusiaan sebelum Islam.

Maka, penganut Islam dituntut berbuat amal kebajikan dan melaksanakan keadilan kepada seluruh manusia biarpun orang itu terdiri daripada orang bukan Islam selama mereka tidak menentang Islam.
Menurut Ismail Ibrahim (Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan)
Perhubungan etnik mestilah berpaksi kepada teori ajaran Islam yang komprehensif dan menyeluruh di mana al-Quran menjelaskan hikmah kejadian manusia yang pelbagai etnik.

Kebebasan beragama dalam Islam berdasarkan keyakinan untuk memilih agamanya dan nabi menjelaskan kategori Dhimmi tidak boleh disakiti dan diperangi. Sesiapa yang memerangi mereka, ia seolah-olah memerangi nabi.
Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Maksudnya:
 
“Dari Nu’mun bin Basyir RA mengatakan Rasulullah SAW bersabda : Engkau mengetahui orang-orang yang beriman (secara sempadan) dalam kasih-mengasihi, cinta-mencintai, sayang-menyayangi antara mereka laksana satu badan . Apabila salah satu anggota badan mengadu, maka seluruh anggota badannya terseret padanya dengan tidak bisa tidur malam dan terasa panas.

Secara kesimpulannya, pluraliti bermaksud penyatuan diantara berbilang bangsa, agama, kaum dan etnik didalam sesuatu negara. Corak pemerintahan yang diaplikasikan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam memerintah Negara Islam Madinah boleh dipraktikan di dalam negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan etnik seperti Malaysia. Kumpulan etnik yang tinggal di dalam negara yang sama juga perlulah memahami antara satu sama lain, bersatu-padu, saling membantu dan bertoleransi antara satu sama lain tanpa persaaan cemburu atau memendam perasaan hasad dengki terhadap kaum etnik lain. Di dalam Al-Quran juga telah ditunjukkan bahawa Allah S.W.T menyuruh umat-Nya untuk bersatu sesama sendiri atau dengan kaum lain. Allah S.W.T membenci mereka yang berperasaan hasad dengki terhadap dengan kaum lain.
HAK-HAK ORANG BUKAN ISLAM
Orang bukan Islam di Malaysia telah menikmati hak-hak mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak tersebut juga selari dengan hak kepada bukan Islam yang diberikan oleh Islam.

- Mereka bebas menganut dan mengamalkan agama dengan aman dan damai,
- Bebas mendirikan rumah ibadat,
- Bebas makan, minum dan berpakaian mengikut kebudayaan sendiri,
- Bebas mencari rezeki, bebas memiliki dan mengurus harta,
- Bebas memilih pemimpin sendiri, mendapat hak pendidikan dan kesihatan, terjamin dari segi keselamatan hidup,
- Mendapat keadilan dari segi undang-undang dan sebagainya.


http://web.usm.my/km/29(1)2011/km%20art%201(1-28).pdf/
Kajian Malaysia, Vol. 29, No. 1, 2011, 1–28 © Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2011. HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
nama ahli kumpulan :-
nurul afifah binti abdul samad 2014177601
nur ain alia binti ali aziz 2014334117
nur farahin farhani binti suzaini 2014926699
raimi hizami bin jaafar 2014735839
che zaty aumirah binti che aubaidi 2014789747
Masyarakat Malaysia yang terkenal dengan peradaban yang luhur adalah daripada berbagai bentuk budaya bangsa dan suku kaum. Sejak berkurun lamanya berbagai bentuk tradisi dan adat diamalkan di dalam masyarakat Malaysia.
Semangat kerjasama, tolong-menolong, bantu-membantu diantara kita sesama umat manusia amatlah penting.
Namun begitu bukanlah mudah untuk meletakkan Islam sebagai cara hidup orang-orang melayu. Pertembungan adat dan ajaran Islam selalunya meninggalkan kesan yang tidak serasi, lantaran melayu sudah ada cara hidup sendiri.
kesimpulan
Full transcript