Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Karangan Berformat Syarahan

No description
by

on 25 November 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Karangan Berformat Syarahan

Karangan Berformat Syarahan
"Ciri-ciri mukmin profesional dalam diri mampu melahirkan generasi cemerlang dunia dan akhirat"

Tips Mengarang
Dimulakan dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis, para jemputan khas, dan audiens. Jika untuk pertandingan, peserta-peserta haruslah menyebut “para hakim yang arif lagi adil”.
Menyatakan tajuk syarahan yang akan disampaikan di bahagian kata-kata aluan
Isi-isi syarahan mesti relevan dengan tajuk (fakta)
Bahasa yang digunakan harus mudah difahami, padat, tegas dan berkesan
Kandungan syarahan adalah berasaskan kepada sesuatu tajuk tertentu yang diberikan
Kata-kata hikmat, kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya lebih menarik.
Syarahan diakhiri dengan ucapan permohonan maaf dan terima kasih

Karangan Lengkap
Gaya Bahasa
Mekanisme Penulisan
Bentuk Pemerengganan
1. Perenggan Deduktif
Bermula dengan ayat topik dan dikemukakan
pada bahagian awl perenggan
kemudian diikuti oleh ayat penyangga
utama dan ayat penyangga kecil
Penyataan umum kepada penyataan khusus
Dikenali sebagai perenggan piramid berbalik

Sifat cintakan ilmu dalam diri mukmin profesional itu sendiri saya jadikan sebagai hujah kedua saya .(Ayat Topik)
.
Insan yang berilmu adalah insan cemerlang dalam hidupnya.Buktinya kita lihat sahaja kejayaan tokoh-tokoh ilmuan Islam terdahulu yang tidak jemu meneroka ilmu sehingga ilmu mereka bermanfaat sehingga kini. (Ayat Penyangga Utama)
Antara tokoh ilmuan Islam ini termasuklah
al-Khawarizmi yang terkenal dalam bidang ilmu Matematik, Ibn Sina dalam bidang ilmu perubatan dan imam Shafiee dalam bidang hadith dan fiqh.(Ayat Penyangga kecil)
Sesungguhnya, seorang yang berilmu itu akan diangkat martabatnya disisi Allah sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Mujaadalah:11 yang bermaksud “…dan sesungguhnya Allah telah mengangkat di kalangan orang-orang yang beriman itu akan darjat-darjat mereka melalui ilmu pengetahuan…”. (Perenggan 3)
2-Perenggan deduktif induktif
Ayat topik pada awal dan akhir perenggan , Ditengahnya ayat penyangga

Premis pertama saya, mukmin profesional itu adalah mereka yang mampu mengimbangkan kehidupan dunia dan akhirat (Ayat topik).
Ciri-ciri ini dapat kita lihat pada Rasullulah S.A.W. Menurut Ustaz Sharhan Safie dalam buku Biografi Muhammad Rasullulah ,beliau menyatakan bahawa kehidupan dunia dan akhirat baginda sangat seimbang. Baginda pemimpin yang amanah, peniaga yang jujur dan hamba yang taat beribadat. Sifat-sifat ini menjadikan baginda sebagai contoh tauladan terbaik sepanjang zaman.
Keperibadian baginda ini bagi saya sudah cukup membuktikan bahawa generasi cemerlang sememangnya mampu dilahirkan apabila seseorang itu mampu mengimbangakan kehidupan dunia dan akhiratnya (Ayat Topik). (perenggan kedua)
1-Teknik Penakrifan/Definisi
Sebelum saya meneruskan bicara, izinkan saya
mendefinisikan

beberapa frasa penting yang membina tajuk syarahan saya terlebih dahulu.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat
,
ciri-ciri didefinisikan sebagai sifat, unsur atau tanda. Mukmin pula ialah orang yang beriman kepada Allah. Manakala, profesional didefinisikan sebagai perkara yang berkaitan dengan kepakaran dan kemahiran dalam Sesuatu bidang profesion.
2.Teknik Percontohan
Contohnya, al-Khawarizmi yang terkenal dalam bidang ilmu Matematik, Ibn Sina dalam bidang ilmu perubatan dan imam Shafiee dalam bidang hadith dan fiqh. (perenggan ketiga)

Misalnya, jika diamanahkan menjadi seorang guru,maka kita perlu melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan bersungguh-sungguh. (Perenggan kelima).

Saya mengambil contoh kejayaan Nik Madihah, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai individu yang bijak dalam memanfaatkan masanya. (perenggan keenam)
3-Teknik Penglibatan Pembaca
Hujah saya yang keempat pula ingin saya tekankan bahawa mukmin profesional itu adalah seorang yang amanah dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. Segala tanggungjawab yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan sebaiknya. Misalnya, jika diamanahkan menjadi seorang guru, maka
kita
perlu melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan bersungguh-sungguh.
Kita
tidak boleh mengajar mereka ala kadar sahaja seperti hendak melepaskan batuk di tangga. Sesungguhnya apabila

kita
memupuk sikap amanah dalam setiap pekerjaan yang
kita

lakukan maka secara tidak langsung
kita

telah mendidik diri

kita

untuk membudayakan sifat-sifat mukmin profesional.
4-Teknik Kontras Masa
Teknik kontras masa terdapat pada perenggan ketiga dalam karangan ini. Contoh ayat dalam perenggan ini yang menunjukkan teknik ini ialah:
Buktinya kita lihat sahaja kejayaan tokoh-tokoh ilmuan Islam
terdahulu
yang tidak jemu meneroka ilmu sehingga ilmu mereka bermanfaat sehingga

kini.

I.
Retorika pemujukan dikenali sebagai retorika pengaruhan. Bagi mempengaruhi khalayak retorika pemujukan mementingkan kehalusan berbahasa. Retorika ini terdapat pada perenggan penutup karangan ini. Misalnya seperti dalam ayat dibawah, pengarang cuba mempengaruhi khalayak agar menjadi mukmin profesional supaya mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

“Oleh itu, saya ingin mengajak hadirin sekalian agar kita bersama-sama berusaha menjadi seorang mukmin profesional untuk kejayaan dunia dan akhirat.”


1-Retorika Pemujukan
II. Retorika Penghujahan juga merupakan retorika yang tergolong dalam kelompok retorika pengaruhan. Retorika penghujahan mempengaruhi khalayak menggunakan bukti dan alasan yang kukuh. Retorika ini banyak digunakan dalam karangan ini kerana karangan ini merupakan karangan syarahan berbentuk pertandingan. Contohnya, terdapat pada perenggan keenam ini:


Premis kelima saya iaitu yang terakhir kalinya ialah mukmin profesional itu adalah orang yang bijak memanfaatkan masanya.
Individu yang bijak memanfaatkan masanya ini lazimnya adalah individu yang berjaya dalam hidupnya. Saya mengambil contoh kejayaan Nik Madihah, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2008 sebagai individu yang bijak dalam memanfaatkan masanya. I
bu Nik Madihah sendiri mengakui sifat anaknya ini sebagaimana yang diperkatakannya dalam
artikel Utusan Malaysia bertarikh 15 Mac 2009,
bahawa anaknya itu gemar membaca dan setiap masa terluangnya tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Maka jelaslah disini, jika Setiap jam, setiap minit dan setiap saat masa yang kita lalui diisi dengan perkara bermanfaat maka tidak mustahil kita boleh menjadi generasi cemerlang dunia dan akhirat.
Stilistik, Skema seimbang
teknik isokolon. Teknik isokolon adalah pengulangan frasa-frasa dalam kepanjangan yang sama dan lazimnya berstruktur sejajar. Contoh penggunaan teknik isokolon ini terdapat pada perenggan keenam iaitu pada ayat seperti berikut:

“Maka jelaslah disini, jika
Setiap jam, setiap minit dan setiap saat masa
yang kita lalui diisi dengan perkara bermanfaat maka secara tidak langsung budaya kecemerlangan telah kita pupuk dalam diri kita”.


Skema Perulanagan
Asonansi
pengulangan bunyi vokal yang sama dalam suku kata yang diberi penekanan pada kata-kata bersebelahan yang mungkin didahului oleh konsonan berbeza.
S
i
fat c
i
ntakan
i
lmu dalam d
i
r
i
mukm
i
n profes
i
onal
i
tu send
i
r
i
saya jad
i
kan sebaga
i
hujah kedua saya .
Majaz Melayu (Tamsilan)
Tamsilan bertujuan untuk mengumpamakan seseorang atau sesuatu mengenai pekerti, tabiat, dan keadaan. Tamsilan dimulai dengan kata-kata : seperti, laksana, bagai, sebagai. Contohnya terdapat pada perenggan kelima iaitu pada ayat berikut:
Kita tidak boleh mengajar mereka ala kadar sahaja
seperti hendak melepaskan batuk di tangga.

Laras Bahasa (Agama)
Sesungguhnya, seorang yang berilmu itu akan diangkat martabatnya disisi Allah sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Mujaadalah:11 yang bermaksud “…dan sesungguhnya Allah telah mengangkat di kalangan orang-orang yang beriman itu akan darjat-darjat mereka melalui ilmu pengetahuan…”. (perenggan ketiga)
Golongan Kata
1-Kata Nama Khas Hidup manusia
Ustaz Sharhan Safie, Nik Madihah, Rasullulah, al-Khawarizmi, Ibn Sina, imam Shafie dan Syed Mokhtar al-Bukhary.
2-kata nama khas bukan hidup
Islam dan Yang Berusaha.
Dalam karangan ini, titik noktah berfungsi sebagai
i. Melengkapkan ayat
Mukmin pula ialah orang yang beriman kepada Allah. (perenggan pertama)
ii. Memisahkan Ringgit dan sen
Syed al-Bukhary mempunyai harta bernilai RM 2.93 billion pada 2005
(perenggan kelima)

Titik noktah (.)
2-Tanda Koma (,)
Dalam karangan ini tanda koma berfungsi sebagai

i. Tanda Berhenti sekejap dalam penulisan
wacana ketiga saya, mukmin profesional itu juga ialah orang yang gigih dan komited dalam pekerjaannya. (Perenggan keempat)

ii. Menandakan contoh
Contohnya, al-Khawarizmi yang terkenal dalam bidang ilmu Matematik, Ibn Sina dalam bidang ilmu perubatan dan imam Shafiee dalam bidang hadith dan fiqh. (perenggan ketiga)


4.Tanda kurung ()
i. Mengapit keterangan dan penjelasan tambahan
Saya mengambil contoh kejayaan Nik Madihah, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai individu yang bijak dalam memanfaatkan masanya. (perenggan keenam)


Penulisan Huruf Besar
i. Huruf pertama awal ayat
Sebelum saya meneruskan bicara, izinkan saya mendefinisikan beberapa frasa penting yang membina tajuk syarahan saya terlebih dahulu. (perenggan pertama)

ii. Huruf Pertama Nama Khas
Sijil Pelajaran Malaysia ,Nik Madihah

iii. Huruf Pertama kitab suci dan nama tuhan-Allah

i. Nama buku, majalah dan surat khabar. Contohnya:
majalah “ Malaysian Bussiness” dan Utusan Malaysia

Huruf Condong
Elipsis (...)
Elipsis ialah satu siri tiga titik yang digunakan untuk menandakan bahawa sebahagian bahan telah ditinggalkan dalam satu petikan tertentu. Contohnya terdapat pada perenggan ketiga:
“…dan sesungguhnya Allah telah mengangkat di kalangan orang-orang yang beriman itu akan darjat-darjat mereka melalui ilmu pengetahuan…”.

Tanda petik (“…..”)
Tanda petik ditulis secara berpasangan, iaitu dengan pembuka kata dan penutup kata. Fungsi tanda petik dalam karangan ini ialah sebagai menandakan tajuk buku majalah dan wacana. Contohnya:

i. “ Ciri-ciri mukmin profesional dalam diri mampu melahirkan generasi cemerlang dunia dan akhirat.” (perenggan pertama)

ii. “Biografi Muhammad Rasullulah” dan majalah “ Malaysian Bussiness”


Tanda sempang/sengkang (-)
i. Menandakan penulisan transliterasi huruf Arab.Contohnya:
al-Mujaadalah (perenggan ketiga)

ii. Kata ganda. Contohnya:
Ciri-ciri, pengetua-pengetua

SEKIAN, TERIMA KASIH
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada seluruh warga dewan. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, Yang Berusaha Pengetua-pengetua kolej dan sidang hadirin sekalian. Berdirinya saya disini pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “ Ciri-ciri mukmin profesional dalam diri mampu melahirkan generasi cemerlang dunia dan akhirat.”
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Sebelum saya meneruskan bicara, izinkan saya mendefinisikan beberapa frasa penting yang membina tajuk syarahan saya terlebih dahulu. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, ciri-ciri didefinisikan sebagai sifat, unsur atau tanda. Mukmin pula ialah orang yang beriman kepada Allah. Manakala, profesional didefinisikan sebagai perkara yang berkaitan dengan kepakaran dan kemahiran dalam Sesuatu bidang profesion. Berdasarkan definisi ini apa yang saya ingin kupas adalah bagaimanakah ciri-ciri mukmin profesional yang dimiliki oleh seseorang itu mampu menjadikannya generasi cemerlang di dunia dan akhirat?

Warga Dewan sekalian,

Premis pertama saya, mukmin profesional itu adalah mereka yang mampu mengimbangkan kehidupan dunia dan akhirat. Ciri-ciri ini dapat kita lihat pada Rasullulah S.A.W. Menurut Ustaz Sharhan Safie dalam buku Biografi Muhammad Rasullulah ,beliau menyatakan bahawa kehidupan dunia dan akhirat baginda sangat seimbang. Baginda pemimpin yang amanah, peniaga yang jujur dan hamba yang taat beribadat. Sifat-sifat ini menjadikan baginda sebagai contoh tauladan terbaik sepanjang zaman. Keperibadian baginda ini bagi saya sudah cukup membuktikan bahawa generasi cemerlang sememangnya mampu dilahirkan melalui ciri-ciri mukmin profesional seperti ini.

Sifat cintakan ilmu dalam diri mukmin profesional itu sendiri saya jadikan sebagai hujah kedua saya . Insan yang berilmu adalah insan cemerlang dalam hidupnya. Buktinya kita lihat sahaja kejayaan tokoh-tokoh ilmuan Islam terdahulu yang tidak jemu meneroka ilmu sehingga ilmu mereka bermanfaat sehingga kini. Antara tokoh ilmuan Islam ini termasuklah al-Khawarizmi yang terkenal dalam bidang ilmu Matematik, Ibn Sina dalam bidang ilmu perubatan dan imam Shafiee dalam bidang hadith dan fiqh. Sesungguhnya, seorang yang berilmu itu akan diangkat martabatnya disisi Allah sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Mujaadalah:11 yang bermaksud “…dan sesungguhnya Allah telah mengangkat di kalangan orang-orang yang beriman itu akan darjat-darjat mereka melalui ilmu pengetahuan…”.
Hadirin sekalian,

wacana ketiga saya, mukmin profesional itu juga ialah orang yang gigih dan komited dalam pekerjaannya. Lazimnya, individu yang mempunyai ciri sebegini akan berusaha melakukan terbaik dalam setiap apa yang mereka lakukan. Saya mengambil nama Syed Mokhtar al-Bukhary sebagai contoh. Beliau bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi namun, kegigihan serta komitmen beliau mengusahakan pelbagai jenis perniagaan telah menjadikan beliau sebagai ahli perniagaan dan usahawan yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah “ Malaysian Bussiness” Syed Mokhtar al-Bukhary mempunyai harta bernilai RM 2.93 billion pada 2005, sekaligus menjadikan beliau individu ketujuh terkaya di Malaysia. Begitulah contoh mukmin profesional yang terbukti cemerlang dalam hidupnya.

Hujah saya yang keempat pula ingin saya tekankan bahawa mukmin profesional itu adalah seorang yang amanah dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. Segala tanggungjawab yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan sebaiknya. Misalnya, jika diamanahkan menjadi seorang guru, maka kita perlu melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan bersungguh-sungguh. Kita tidak boleh mengajar mereka ala kadar sahaja seperti hendak melepaskan batuk di tangga. Sesungguhnya apabila kita memupuk sikap amanah dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan maka secara tidak langsung kita telah mendidik diri kita untuk membudayakan sifat-sifat mukmin profesional.
Para hadirin yang dihormati sekalian,

Premis kelima saya iaitu yang terakhir kalinya ialah mukmin profesional itu adalah orang yang bijak memanfaatkan masanya. Individu yang bijak memanfaatkan masanya ini lazimnya adalah individu yang berjaya dalam hidupnya. Saya mengambil contoh kejayaan Nik Madihah, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai individu yang bijak dalam memanfaatkan masanya. Ibu Nik Madihah sendiri mengakui sifat anaknya ini sebagaimana yang diperkatakannya dalam artikel Utusan Malaysia bertarikh 15 Mac 2009, bahawa anaknya itu gemar membaca dan setiap masa terluangnya tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Maka jelaslah disini, jika Setiap jam, setiap minit dan setiap saat masa yang kita lalui diisi dengan perkara bermanfaat maka secara tidak langsung budaya kecemerlangan telah kita pupuk dalam diri kita.

Hadirin hadirat sekalian,

Setelah panjang lebar mengupas mengenai tajuk syarahan ini, izinkan saya simpulkan disini bahawa ciri-ciri mukmin profesional yang terdapat dalam diri seseorang individu sememangnya mampu menjadikannya sebagai generasi cemerlang di dunia dan akhirat. Hal ini sejajar dengan ciri-ciri mukmin profesional itu sendiri yang amat menekankan sahsiah diri yang unggul sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini. Oleh itu, saya ingin mengajak hadirin sekalian agar kita bersama-sama berusaha menjadi seorang mukmin profesional untuk kejayaan dunia dan akhirat. Sebelum mengakhiri syarahan ini saya juga ingin memohon maaf kepada hadirin sekalian jika ada kata-kata saya menyinggung perasaan hadirin sekalian.
Sekian, Terima Kasih.

MIRA ADILLA BT SABRI
D20121058036

ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Full transcript