Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Copy of Semantik Peribahasa

No description
by

Nur Azizah Widyaningsih

on 27 January 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Copy of Semantik Peribahasa

NAMA PELAJAR
PAZILAH BINTI SAADON (D20101037042)
NORLIZA BINTI HASHIM (D20101037048)
SALINA BINTI AB AZIZ (D20101037053)
KHAIRUL JAIYIDAH BINTI ABDUL RAHIM (D20101037061)
SEKIAN, TERIMA KASIH
SEMANTIK BAHASA MELAYU
(BML3083)
KUMPULAN B

ANALISIS PERIBAHASA
BERUNSURKAN
HAIWAN : KAMBING (GOAT)
DAN ANJING (DOG)

PENGENALAN
KAJIAN LITERATURE
NAMA PENSYARAH
EN. ABDULLAH BIN YUSOF
Pada pandangan masyarakat Melayu, kambing dikatakan dan disimbolkan sebagai orang yang ditakuti. Selain itu, kambing juga dijadikan simbol kepada orang yang pengecut, orang yang berada dalam ketakutan, orang yang berperangai tidak senonoh, keanak-anakan, orang yang malas, orang yang tidak mempunyai kuasa/lemah kerana sifat kambing itu sendiri. Setiap individu yang tidak memahami peribahasa dengan betul. Oleh itu, mereka akan mentakrifkan makna mengikut logik akal dan pengetahuan mereka sahaja serta jika dirasakan bersesuaian. Oleh itu, kajian ini diadakan untuk melihat sejauhmana fakta ini bertepatan dengan maksud peribahasa tersebut menurut pandangan dan pemikiran masyarakat Melayu sekarang dengan maksud sebenar peribahasa tersebut.

Anjing pula dikatakan sebagai haiwan yang setia, berani dan dalam pada masa yang sama dianngap sebagai tidak setia, hina, dan mementingkan hawa nafsu.
Penyataan masalah
Kambing ini disimbolkan sebagai orang yang ditakuti. Kambing juga dijadikan simbol kepada orang yang pengecut, orang yang berada dalam ketakutan, orang yang berperangai tidak senonoh, keanak-anakan, orang yang malas, orang yang tidak mempunyai kuasa/lemah.
Simbolik

Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan dan pemikiran bangsa Melayu.
Luqman Ariffin & Abu Khair Atan (2001) mentakrifkan peribahasa sebagai ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling.
Dalam penyelidikan ini, peribahasa yang diambil ialah berjeniskan simpulan bahasa yang berunsurkan alam dan dikategorikan dalam unsur haiwan.
Makna peribahasa
a. Kambing keramat (orang yang ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya).
b. Anak kambing tak akan jadi anak harimau (orang yang pengecut (bodoh) tidak akan jadi orang yang berani (pandai).
c. Bagai kambing dalam biduk (orang yang ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa).
d. Bagai kambing harga dua kupang, menggelinjang bagai kambing berulat (tidak senonoh perangainya, keanak-anakan).
e. Bagai kambing diseret ke air , bagai kambing dimandikan pagi (perihal orang yang malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu).
f. Seperti kambing dengan harimau (orang yang lemah bertanding dengan orang yang kuat.
g. Umpama kambing kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi (orang yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa).
Senarai peribahasa yang dikaji
Yang dikaji
METODOLOGI KAJIAN
ANALISIS
DATA

PERIBAHASA DARI SUDUT ORANG MELAYU
PERIBAHASA DARI SUDUT ORANG CINA
PERIBAHASA DARI SUDUT ORANG INDONESIA
PERIBAHASA DARI SUDUT ORANG INGGERIS
Dalam peribahasa ini, kambing keramat disifatkan sebagai orang yang ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya.
KAMBING KERAMAT
Dalam peribahasa ini, anak kambing disifatkan sebagai orang yang pengecut, manakala anak harimau disifatkan sebagai orang yang berani. Ini kerana, harimau dilambangkan dengan kekuatan dan keberanian, berbanding dengan kambing yang penakut. Oleh itu, maksud yang jelas bagi peribahasa ini ialah orang yang pengecut (bodoh) tidak akan jadi orang yang berani (pandai).
ANAK KAMBING TAK AKAN JADI ANAK HARIMAU
Peribahasa ini menunjukkan dua istilah yang berbeza daripada dua ekor haiwan iaitu kambing dan harimau. Umum mengetahui bahawa, kambing adalah seekor haiwan yang lembik, penakut dan takutkan air, manakala harimau seekor haiwan yang sangat digeruni, berani dan garang. Peribahasa ini mengaitkan antara dua sifat yang berlawanan iaitu orang yang lemah dan orang yang kuat. Masyarakat menggunakan peribahasa ini apabila berlakunya pertembungan daripada dua pihak yang berlawanan sifat dan karakter. Oleh itu, peribahasa bagai kambing dengan harimau ini membawa maksud orang yang lemah bertanding dengan orang yang kuat.
SEPERTI KAMBING DENGAN HARIMAU
UMPAMA KAMBING KECIL, MERENTAK TIDAK MEMUTUS TALI, BERANTUK TIDAK MELAMBUNG BUMI
Dalam peribahasa ini, kambing kecil disifatkan sebagai orang yang lemah/ kecil, merentak, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membawa maksud menghentakkan kaki, dan berantuk bermaksud berlanggar. Apabila sesuatu yang kecil/ringan menghentakkan kaki, ia tidak memberi kesan kepada tali dan sekiranya ia berlanggaran, juga tidak berlaku sebarang kesan yang dasyat. Oleh itu, peribahasa ini digunakan oleh masyarakat kepada individu atau sesuatu yang ringan dan kecil yang diistilahkan tidak mempunyai daya dan kekuatan untuk memberi kesan terhadap sesuatu perkara. Umpama kambing kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi membawa maksud orang yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa.
Dalam peribahasa ini, kambing diistilahkan sebagai orang yang takut dan biduk, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah perahu. Peribahasa ini juga menggambarkan seekor kambing yang tidak pandai mengayuh, apabila berada dalam perahu, dia tidak akan dapat berbuat apa-apa. Begitu juga diistilah dalam bentuk peribahasa yang membawa maksud orang yang ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa). Logiknya ialah sememangnya, seekor haiwan / binatang tidak memiliki akal untuk berfikir, jadi, kambing juga tidak mempunyai akal untuk berfikir dan mengayuh perahu tersebut.
BAGAI KAMBING DALAM BIDUK
Dalam peribahasa ini, senyum adalah sesuatu memek muka yang melibatkan anggota mulut dan bibir, manakala kambing adalah seekor haiwan atau binatang yang tidak mempunyai emosi. Oleh itu, maksud senyum kambing ialah senyum yang mengejek / dibuat-buat tanpa perasaan yang ikhlas. Masyarakat akan menggunakan istilah ini kepada seseorang yang seakan-akan tidak rela untuk senyum.
SENYUM KAMBING
Dalam peribahasa ini, masyarakat orang Cina memberi maksud cakap besar tapi tiada isi. Hal ini kerana, kepala kambing dianggarkan lebih besar berbanding daging anjing yang kebanyakannya kurus kering.
PM – lagak Padang, omong Betawi
GANTUNG KEPALA KAMBING, JUAL DAGING ANJING
MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBIK, MASUK KANDANG KERBAU MENGUAK
harus dapat menyesuaikan diri / mengetahui adat istiadat tempat orang yang kita datangi. Menurut masyarakat Indonesia, kita hendaklah menjaga tatasusila dan budaya orang lain semasa berada di tempat mereka.
Untuk peribahasa ini pula, kambing disifatkan sebagai sesuatu benda manakala, harga dua kupang membawa maksud tidak berharga. Dua kupang adalah dialek bahasa Utara yang membawa maksud dua puluh sen. Oleh itu, apabila digambarkan kambing harga dua kupang, bermaksud sesuatu yang tidak terlalu berharga.
Bersamaan dengan peribahasa menggelinjang bagai kambing berulat yang membawa maksud tidak senonoh perangainya/ keanak-anakan.
BAGAI KAMBING HARGA DUA KUPANG
BAGAI KAMBING DISERET KE AIR
Dalam peribahasa ini, kambing juga membawa maksud seseorang yang takut, diseret membawa maksud disuruh melakukan sesuatu, dan air adalah sesuatu yang berlawanan dengan sifat kambing. Oleh itu, masyarakat menggunakan istilah peribahasa ini untuk menggambarkan seseorang yang malas dan enggan melakukan sesuatu apabila disuruh atau diarah. Sekalipun dapat dilihat dalam analogi kambing yang memang tidak menggemari apabila di bawa ke tempat air. Peribahasa ini juga mempunyai makna yang sama dengan peribahasa bagai kambing dimandikan pagi yang mana, kedua-duanya membawa maksud perihal orang yang malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu.
PERIBAHASA DARI SUDUT ORANG JAMAICA
Kanak-kanak sering meniru ibu bapa mereka. Berusaha untuk menunjukkan contoh yang baik kepada mereka dari peringkat awal dalam hidup mereka.
WAH DE GOAT DO, DE KID FALLA
Sentiasa membuka mata untuk peluang yang boleh membuat hidup lebih bermakna
NANNY-GOAT NEVA CRATCH IM BACK TILL IM SEE WALL
Berkelakuan bodoh
Frasa 'Perbuatan kambing pening' (atau 'bermain kambing berputar mengelilingi') tidak dicipta dari awal tetapi telah dibina oleh darjah dari frasa awal. ‘Berputar mengelilingi' telah digunakan untuk bermaksud bodoh atau bodoh sejak alaf pertama dan telah digunakan sebagai kata sifat kepada semua jenis makhluk.
ACT THE GIDDY GOAT

Namun demikian, RUM boleh berfungsi dua hala; bukan sekadar membolehkan kita memahami trait manusia yang umum dari segi sifat makhluk yang lebih rendah dalam rantaian; tetapi juga membolehkan kita memahami aspek tabii haiwan (dan objek yang rendah dalam rantaian) dari segi sifat dan perwatakan manusia (Lakoff & Turner, 1989, hlm.172).

Metafora RUM merupakan satu metafora umum (skematik) yang produktif kerana ia boleh terpakai dalam banyak situasi yang mempunyai struktur tahap generik yang sama.
Menurut model ini, segala objek dan entiti RUM membentuk satu sistem berhieraki dengan setiap makhluk dan benda pada satu kedudukan sewajarnya yang tidak berubah pada rantaian itu.

Tuhan berada pada tahap yang paling tinggi dalam rantaian itu, diikuti oleh malaikat, manusia, haiwan, tumbuhan dan objek kompleks serta objek alam fizikal dan sebagainya (Krikmann, 2007).

Metafora RUM serta ektensinya memungkinkan kita memetakan emosi, ciri-ciri psikologikal dan sosial serta perwatakan dan perlakuan manusia kepada alam fizikal dan objek lain dalam rantaian itu, termasuklah haiwan (Lakoff & Turner, 1989, hlm.166-170).

Metafora umum yang dikenali sebagai Metafora Rantaian Utama Makhluk (Great Chain of Being Metaphor) (Lakoff Kovesces, 2002) merupakan kunci kepada makna dan interpretasi peribahasa berkaitan dengan haiwan.

Idea Rantaian Utama Makhluk (RUM) ini dibincangkan oleh Lovejoy (1936) dalam konteks sejarah falsafah barat.

Menurut beliau, RUM ini satu model rakyat (folk model) atau model budaya (cultural model) yang menguasai dan menentukan pandangan hidup atau weltanschauung manusia sejak baharian klasik (Yunani dan Rom), Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan Renaissance di Eropah.
Unsur haiwan digunakan sebagai pembentuk peribahasa kerana haiwan memiliki tingkah laku yang hampir mirip dengan manusia dan sering diibaratkan tingkah laku manusia kepada haiwan.

Rozaimah Rashidin dan Noriza Daud (2009) dalam kajian mereka terhadap unsur perlambangan dalam peribahasa Melayu mendapati bahawa terdapat dua jenis perlambangan, iaitu perlambangan yang berkonotasi positif dan perlambangan yang berkonotasi negatif.

Contoh : Bagai kambing diseret ke air , bagai kambing dimandikan pagi (perihal orang yang malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu).


Kajian mendapati sebanyak 261 peribahasa bahasa Melayu dan bahasa Mandarin mempunyai lambang yang sama, antaranya:

Harimau digambarkan sebagai lambang bahaya dan tidak mengenang budi
Kera dilambangkan sebagai kepandaian dan kemahiran.
Anjing dilambangkan sebagai orang tidak mengenang budi.
Ketam lambang kepada orang yang tidak menunjukkan teladan.
Gajah pula sebagai kuasa besar.
Kambing dilambangkan lemah-lembut ,penakut dan jinak.
Serigala lambang ganas dan zalim.
Kucing dianggap sebagai ketua atau pihak yang lebih dominan.
Tikus dilambangkan sebagai orang bawahan atau pihak yang dikuasai.
Berdasarkan perbincangan di atas, ternyata bahawa peribahasa haiwan juga tertakluk pada budaya dan tidak bersifat sejagat.

Metafora RUM menjadi model budaya yang memberikan makna kepada sifat dan perlakuan manusia, haiwan dan objek lain dalam rantaian itu.

Dengan itu, kita dapat memahami manusia dari sudut makhluk lain dalam rantaian itu dan juga menerangkan perlakuan sesuatu haiwan dari sudut sifat dan perlakuan manusia.
Peribahasa yang berkaitan dengan haiwan boleh ditemui dalam hampir semua bahasa dan budaya di dunia ini.

Ismet Fanany dan Rebecca Fanany (2003) dalam Ding Choo Ming (2009) mendapati 25% peribahasa Minangkabau berisikan imej alam semulajadi.

Manakala Krikmann (2007) dalam Imran Ho-Abdullah (2011) menyatakan bahawa tanpa mengira perbezaan kawasan geografi, haiwan dalam kumpulan yang paling kerap digunakan dalam peribahasa ialah anjing, kuda dan lembu diikuti oleh ayam, serigala, babi, kucing dan kambing.

Haiwan yang ‘dekat’ dengan manusia atau yang sering ditemui manusia serta mempunyai impak kepada manusia akan muncul dengan lebih kerap dalam peribahasa.
KAJIAN LITERATURE
Kajian ini merupakan kajian lapangan untuk mengkaji tentang peribahasa berunsurkan haiwan iaitu “kambing” dengan menggunakan teknik temu bual semi berstruktur terhadap pendududuk Malaysia yang berbangsa Melayu.
METODOLOGI KAJIAN
Teknik temu bual jenis ini digunakan dengan beberapa rasional.
Rasionalnya adalah terutama kepada responden kerana dapat menghuraikan dengan bebas & terbuka kepada soalan pokoknya iaitu tentang peribahasa, makna serta fungsinya dalam kalangan penuturnya.

Kaedah kualitatif :
- bacaan jurnal
- buku rujukan :
1001 Peribahasa Melayu (Mohd Sharani Mohamad, 2000)
Peribahasa SPM (A. Khaled Mat Nor, 2008).
- laman sesawang
Kajian ini tidak hanya terbatas kepada peribahasa yang sering digunakan dalam pertuturan oleh kaum Melayu sahaja.
Kajian peribahasa berunsurkan “kambing” juga digunakan oleh masyarakat Cina, serta di negara lain seperti Indonesia, Jamaica dan Amerika.
BATASAN KAJIAN
Peribahasa ini juga hanya berfokus kepada dua ekor haiwan sahaja iaitu

1. “kambing” (Melayu)
“goat” (Cina/ Jamaica / Amerika)

2. “anjing”
“dog” (cina/ Jamaica / Amerika )
-KAMBING-
Setiap haiwan terdapat sifatnya yang tersendiri dan masyarakat juga mempunyai pelbagai pandangan yang tersendiri terhadap haiwan ini.
Setelah kajian ini dibuat, kita dapat lihat di mana pandangan masyarakat terhadap kambing ini ada yang benar dan ada juga yang tidak bertepatan dengan maksul asal peribahasa tersebut.
Kesimpulannya, manusia mempunyai tanggapan atau persepsi yang berbeza antara satu sama lain terhadap sesuatu hal berikutan struktur kognitif manusia yang bersifat pelbagai.
 
Kesimpulan
Anjing
Dianggap binatang yang tangkas, setia, berjasa dan gagah berani, binatang yang tidak tahu membalas budi dan mempunyai kerendahan akhlak kerana mementingkan hawa nafsu dunia.
Bagai anjing menyalak di ekor gajah bermaksud orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa.
 Anjing diberi makan nasi bilakan kenyang membawa makna sia-sia memberi nasihat yang baik kepada orang jahat.
 Anjing ditepuk menjungkit ekor bermaksud orang yang tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong.
 Anjing itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yang banyak tulang ertinya orang yang tamak dan tidak malu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman).
 Anjing itu meski dirantai dengan rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis bermaksud orang yang bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya.
 Anjing mengulangi bangkai bermaksud lelaki yang mengulangi perbuatan yang tidak senonoh (perempuan jahat).
 Anjing tiada bercawat ekor bermaksud sesuatu yang hina dan tidak berguna tidaklah indah pada mata sekalian orang.
Setiap individu yang tidak memahami peribahasa dengan betul. Oleh itu, mereka akan mentakrifkan makna mengikut logik akal dan pengetahuan mereka sahaja serta jika dirasakan bersesuaian. Oleh itu, kajian ini diadakan untuk melihat sejauhmana fakta ini bertepatan dengan maksud peribahasa tersebut menurut pandangan dan pemikiran masyarakat Melayu sekarang dengan maksud sebenar peribahasa tersebut.
Rantai biasanya dikalung pada bahagian leher.

Dalam hal ini pemetaan metonimi keseluruhan tindakan mengalungkan rantai intan di leher dipetakan kepada aksi pemberian sesuatu benda yang berharga
5) MELEPASKAN ANJING TERSEPIT, SUDAH LEPAS DIA MENGGIGIT
4) ANJING DIBERI MAKAN NASI TAKKAN KENYANG
Tingkah laku anjing yang berlari dengan ekornya ke bawah antara kakinya akibat kalah dalam pergaduhan dengan anjing lain atau apabila dihalau dalam ketakutan (Abrantes, 2001).

Hal ini merupakan satu tindak balas naluri siapa? Mempertahankan diri bagi menggelakkan ekornya digigit anjing lain dan juga bagi melindungi kawasan ‘sensitif’ atau kemaluannya.

Adegan ini dirakamkan dalam peribahasa anjing bercawat ekor dan juga anjing tiada bercawat ekor dengan pemetaan makna kepada sesuatu yang memalukan atau hina dan tiada berguna.

Adegan yang sama kebetulan juga dirakam dalam peribahasa Inggeris tail between one's legs yang merujuk kepada situasi seseorang telah dikalahkan, dihina atau diaibkan.

Sungguhpun manusia tidak berekor, adegan ini dapat dipetakan kepada manusia melalui RUM.
Tingkah laku anjing menyalak di ekor gajah dipetakan kepada mandala tingkah laku manusia.
Dalam skema RUM (Melayu), anjing merupakan haiwan yang lebih rendah (bukan sahaja dari segi saiz dan kekuatan) daripada gajah.
Oleh itu salakan anjing tiada kesan pada gajah yang besar kerana gajah tidak takut dan tidak boleh diapa-apakan oleh salakan anjing.
Tambahan pula anjing hanya mampu menyalak di bahagian belakang atau ekor gajah yang menekankan lagi kelemahan dan kehinaan sang anjing melalui metafora BELAKANG ITU HINA (HADAPAN ITU MULIA).
Pemetaan sumber kepada sasaran menghasilkan makna peribahasa ‘perbuatan yang sia-sia apabila orang yang lemah / hina cuba melawan orang yang berkuasa’.
2) ANJING MENYALAK DI EKOR GAJAH
1) ANJING MENYALAK BUKIT, TAKKAN RUNTUH
Anjing dikatakan tidak tidak akan kenyang jika diberi makan nasi.

Hal ini mungkin kerana nasi bukan makanan lazim anjing dan oleh itu perbuatan memberi anjing makan nasi boleh dianggap sia-sia sahaja.

Dalam hal ini, sesuatu situasi khusus atau spesifik berkaitan haiwan diberikan pengertian yang lebih generik (kelakuan manusia) yang berada pada hieraki lebih tinggi dalam Rantaian Utama.
Dalam peribahasa ini, tingkah laku haiwan itu (menyalak) dipetakan kepada kelakuan manusia (mencela) – dan mereka yang mencela orang lain dianggap sebagai orang jahat (berniat jahat).
Objek yang menjadi sasaran salakan anjing, iaitu entiti semulajadi (bukit) pula dipetakan kepada orang yang kena cela.
Kesemua objek dalam mandala sumber mempunyai kedudukan tertentu dalam RUM yang dipetakan kepada manusia.
Ternyata anjing mempunyai nilai metaforikal yang berbeza daripada nilai yang dicadangkan Lakoff & Turner (1989) bahawa anjing itu haiwan yang setia dan boleh diharap.
6) INTAN DIKALUNGKAN DI LEHER ANJING
3) ANJING BERCAWAT EKOR
Seseorang itu tidak semestinya berkebolehan dalam semua situasi, sekuat manapun individu tersebut pasti ada kelemahannya.
A dragon will be teased by a shrimp in a shoal water; a tiger will be bullied by a dog on a treeless plain.
Elakkan daripada melibatkan seseorang dengan sesuatu posisi yang sukar, atau akibatnya kita akan kecewa.
A dog will jump over a wall when cornered.
3) Melepas anjing terjepit, sesudah dilepas ia menggigit.
Menolong seseorang yang tak tahu diri. Sesudah ditolong ia tak tahu balas budi tetapi justru mencelakakan.

4) Anjing itu bila dipukul sekalipun, berulang juga ia kembali ke tempat yang banyak tulang.
Sudah menjadi tabiat orang jahat, meskipun ia mendapat hukuman berat, akhirnya kembali menjadi jahat lagi.
Meskipun telah diberi peringatan tegas, seseorang tak pernah jera (mengulangi perbuatan buruknya).
1) Anjing menyalak di ekor gajah
Melakukan kerja yang sia-sia.
Orang yang lemah cuba mengalahkan orang yang berkuasa

2) Anjing menyalak tiada menggigit
Individu yang nampak kasar tetapi berhati mulia.
Kasar di luaran tetapi baik akhlaknya.
Sebutan - The dog does not howl if he has a bone
Sukar untuk memujuk orang lain mendengar/ membuat sesuatu perkara jika dia tidak mempunyai kaitan atau kepentingan.

Dawg no hol ef im ha bone
Sebutan - Every dog has his day, and every cat has his 4 o'clock.
Kita tidak boleh berlagak seperti kita lebih bagus daripada orang lain atau membiarkan kedudukan membutakan mata sehingga kita tidak Nampak bahawa kadangkala peluang akan diberikan kepada orang yang kita tidak jangka.
dawg hab him day, an ebry puss him 4 o'clock
Setiap individu mempunyai peluang untuk mempamerkan bakat.

Every dog has its day
Jangan masuk campur tentang sesuatu perkara sehingga akhirnya kita yang akan ditimpa masalah

Let sleeping dogs lie
-ANJING-
Full transcript