Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Institut Pengajian Tinggi di Malaysia

No description
by

Siti Nurulmardziah

on 14 November 2012

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Institut Pengajian Tinggi di Malaysia

UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA (UDM) INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA
DAN SEJARAH PENUBUHANNYA SEJARAH PENUBUHAN UDM Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat Negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Bermula dengan pengumuman daripada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005 sehingga perlantikan Dato' Profesor Dr. Alias bin Daud sebagai Naib Canselor yang pertama pada 1 Januari 2006, maka bermulalah proses operasi Universiti Sultan Zainal Abidin dengan motto "Ilmu Demi Faedah Insan".
http://www.unisza.edu.my/library/index.php?option=com_content&view=article&id=76&lang=ms
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) SEJARAH PENUBUHAN
Sejarah penubuhan UIAM yang bermula pada tahun 1977 dengan resolusi kongres di Mekah, dan mulai direalisasikan dalam rangka penubuhannya bermula tahun 1981 dan 1982 serta penerimaan pelajar pertamanya pada tahun 1983, sesungguhnya merupakan satu peristiwa sejarah yang besar bagi peningkatan ilmu umat Islam, kembali kepada konsep pendidikan Islam yang sebenarnya. http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=2&opt=com_article&grp=2&sec=&key=86&cmd=resetall LAMAN SESAWANG
http://www.iium.edu.my/ SEJARAH PENUBUHAN UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18hb Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur. Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 12 buah fakulti, 5 buah pusat, sebuah institut, dan sebuah biro penyelidikan. UKM merupakan salah sebuah daripada 3 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.

http://pkukmweb.ukm.my/ptk/SEJARAH%20PENUBUHAN%20UNIVERSITI%20KEBANGSAAN%20MALAYSIA.pdf SEJARAH PENUBUHAN UM
Universiti Malaya, atau UM, universiti tertua di Malaysia, terletak di sebuah kampus yang berkeluasan 750 ekar (309 hektar) di selatan barat Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Mula ditubuhkan pada April 1949 di Singapura berikutan penggabungan Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dengan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1928).
http://www.um.edu.my/mainpage.php?module=Maklumat_bm&kategori=51&id=19&papar=1

SEJARAH PENUBUHAN UMK
Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah dijadikan salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara. YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006.

http://www.umk.edu.my/version2012/info-umk/mengenai-umk/sejarah-ringkas-umk
SEJARAH PENUBUHAN UNIMAP
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia. Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh, Perlis seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh berdekatan Padang Besar seluas lebih kurang 300 ekar. Pembelajaran yang dilaksanakan adalah secara lab-intensive bagi menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan 60% pengajaran dalam bentuk praktikal dan pendedahan industri dan 40% dalam bentuk kuliah formal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf. laman sesawang rasmi:
http://www.ums.edu.my/v5/ SEJARAH PENUBUHAN UMS
Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1994. Moto Universiti Malaysia Sabah ialah "Bertekad Cemerlang". Pada permulaan penubuhan universiti ini, pelajar-pelajar UMS terpaksa menumpang di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996. Kemudian mulai bulan Jun 1999 hingga 19 Mei 2000, UMS telah beransur-ansur berpindah ke kampus tetapnya di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Di samping itu, UMS juga mempunyai 2 buah kampus cawangan, masing-masing sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sandakan.

laman sesawang:http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/pencapaian/pendidikan/18-universiti-malaysia-sabah

SEJARAH PENUBUHAN UNIMAS
Universiti Malaysia Sarawak merupakan salah sebuah universiti baru yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) merupakan universiti kelapan yang ditubuhkan di Malaysia, dan merupakan yang pertama dicetuskan di bawah Wawasan 2020. Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Disember 1992. Pada 1994, UNIMAS telah berpindah ke kampus sementaranya di Kota Samarahan, Sarawak.
sambungan:http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/pencapaian/pendidikan/21-universiti-malaysia-sarawak- SEJARAH PENUBUHAN UMP
Pada hari ini dalam tahun 2001, Jemaah Menteri telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal Awam yang berasaskan kemahiran dan dinamakan sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM). KUKTEM ditubuhkan pada tahun 2002, merupakan IPTA ke 16 dan diwartakan pada 16 Februari 2002. Sejarah penubuhan institusi ini bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada tahun 1999. Sehubungan itu, berdasarkan arahan oleh Kementerian Pendidikan, kampus UTM-KCP telah diambil alih dan dijadikan kampus sementara Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) pada Mei 2002 dan memulakan sesi Akademik 2002/2003 dengan mengambil pelajar perintis seramai 313 orang pada 30 Mei 2002. Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Pada 20 September 2006, Jemaah Menteri telah meluluskan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan mengekalkan bidang fokus utama universiti dan program pengajian serta enrolmen mengikut matlamat penubuhannya iaitu mencapai 10,000 hingga 15,000 orang pelajar. Pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa mulai 1 Februari 2007.

http://www.unimap.edu.my/ SEJARAH PENUBUHAN UPSI
Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris. Kampus UPSI terletak di Tanjung Malim, Perak. Cogan kata UPSI ialah "Pengetahuan Suluh Budiman", manakala lagu rasminya ialah "Ibu Kandung Suluh Budiman". SEJARAH PENUBUHAN UPNM
Tarikh Persitiwa : 21.6.2006

Pada hari ini dalam tahun 2006, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah ditubuhkan dengan tujuan untuk mengeluarkan graduan tentera dan awam bagi keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik bagi sesi 2007/2008. Sejarah penubuhan UPNM bermula dengan penubuhan Akdemi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia. ATMA mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun bermula dari tahun 1995 hingga tahun 2006 melalui program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai 1017 graduan telah dikeluarkan dalam 3 bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan.
LAMAN SESAWANG RASMI:http://www.upsi.edu.my/ SEJARAH PENUBUHAN USIM
Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.

Pengumuman rasmi penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Jun 1997, di Besut, Terengganu, setelah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Jun 1997.
sambungan:
http://www.10tahun.usim.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=6&Itemid=16 SEJARAH PENUBUHAN UTEM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan IPTA serta universiti teknikal pertama di Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia. Universiti ini teleh diberi penjenamaan baru apabila kerajaan bersetuju untuk menaik taraf Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) kepada universiti. UTeM merupakan universiti yang memfokuskan kepada dua bidang iaitu kejuruteraan dan teknologi maklumat. Para pelajar akan diperkuatkan dengan kemahiran secara praktikal "hands-on" untuk membantu para pelajar untuk berdaya saing apabila di alam industri.

SEJARAH PENUBUHAN UITM

UiTM adalah institut pengajian tinggi utama di Malaysia yang telah banyak mengalami perubahan sejak penubuhannya pada 1956. Universiti ini telah berkembang dengan mempunyai 3 kampus utama, 12 kampus cawangan, 8 kampus bandar (city campus), 19 kolej gabungan serta sebuah kampus bestari yang masih dalam perancangan. Pada awalnya UiTM dikenali dengan nama ITM diamanahkan bagi menyediakan para pelajar dengan ilmu akademik serta kemahiran penyesuaian diri sebelum menyambung pelajaran ke luar negara seperti ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, German, Perancis, Jepun, Korea serta negara Timur Tengah. SEJARAH PENUBUHAN UTHM
olej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang ke-15 di negara Malaysia. Ditubuhkan pada 27 September 2000, universiti ini mengkhususkan dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, pengurusan teknologi, serta pendidikan teknik dan vokasional.

KUiTTHO bermula sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) pada tahun 1993. Pada tahun 1996, institusi ini telah dinaik taraf kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) di bawah pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. SEJARAH PENUBUHAN UUM
Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan universiti negara yang keenam di Malaysia. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984 di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti Utara Malaysia. Cogan kata UUM "Ilmu, Budi, Bakti".

Pada masa ini, UUM mempunyai 13 buah fakulti, dua institut dan 15 kolej kediaman pelajar. Satu keunikan universiti ini adalah kebanyakan kemudahan yang terdapat di situ terbuka kepada orang ramai. SEJARAH PENUBUHAN USM
Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1969, merupakan salah satu institusi pengajian tinggi awam yang tertua di Malaysia.

Kini, USM mempunyai dua kampus cawangan: Kampus Kejuruteraan bertempat di Seri Ampangan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan Kampus Kesihatan bertempat di Kubang Kerian, Kelantan. SEJARAH PENUBUHAN UPM
Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, sebagai Universiti Pertanian Malaysia, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Walau bagaimanapun, pada awal tahun 80-an, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memperluaskan bidang tumpuannya dengan memasukkan bidang Sains dan Teknologi. Pada 3 April 1997, YAB Perdana Menteri ketika itu Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad telah menukar nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia. SEKIAN TERIMA KASIH
Full transcript