Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

CERPEN HIPERTENSI

No description

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of CERPEN HIPERTENSI

CERPEN HIPERTENSI
Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering berhalusinasi. Aiman sering menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas. Dia sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu.

Setelah asyik melayan halusinasinya, akhirnya Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Akhirnya, Aiman sedar daripada khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar berangan-angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi.

TEMA
Keinginan yang tinggi dalam bidang dan angkasa
watak & perwatakan
persoalan
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya
Kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu perkara
Rasional dalam membuat sebarang keputusan
Pengorbanan seorang guru demi anak muridnya
Perasaan dendam akibat kesalahan masa lampau
Aiman Aqil
hampir 20 tahun
berwajah agak cengkung
anak sulung
gagap
mengamalkan gaya hidup sihat
pintar
bercita-cita tinggi
gemar menyakat
suka memberontak
pendendam
insaf
Bapa Aiman
mempunyai tiga orang anak
seorang jurutera mekanikal
digelar "babah"
seorang yang bertanggungjawab
seorang yang bengis dan garang
ayah yang penyayang
Ibu Aiman
ibu kepada tiga orang anak
seorang saintis
seorang yang penyayang
seorang isteri yang taat dan patuh
seorang yang penyabar
Cikgu Faridah
guru Sains
seorang yang berdedikasi
pemarah
bijak melihat potensi murid
LATAR
tempat
sekolah
rumah banglo Aiman
Stesen Angkasa Antarabangsa
Ruang udarakasa Bulan
Pohon kelapa dara di penjuru banglo
masa
siang
pagi
zaman sekolah rendah
zaman remaja
masyarakat
masyarakat yang bercita-cita tinggi
masyarakat yang bijak dan pintar dalam pelajaran
masyarakat yang bekerja sebagai pendidik
masyarakat yang penyayang terhadap ahli keluarga
masyarakat yang bertanggungjawab terhadap penyakit anaknya.
masyarakat yang mendidik anak secara bengis dan garang
masyarakat yang insaf akan kesilapan lalu
masyarakat yang berpendirian tegas
masyarakat yang pendendam
BINAAN PLOT
PENGENALAN DAN EKSPOSISI
mengisahkan tentang watak Aiman yang berehat di rumah banglo keluarganya
PERKEMBANGAN
melalui teknik imbas kembali, Aiman teringat tentang Cikgu Faridah mengajarnya dan murid-murid yang sekelas dengannya tentang teori graviti yang dicetuskan oleh Isaac Newton. Sewaktu itu, berlakunya perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah sehingga tercetusnya suasana riuh dalam kelas

PERUMITAN
Aiman teringat akan perbuatannya yang sering ponteng sekolah akibat berasa bosan dan jelak dengan silibus sekolah rendah yang dikatakan tidak setanding dengan daya pemikirannya yang cerdik dan pintar.
PUNCAK DAN KLIMAKS
Daya imanasi Aiman terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas itu masih kuat setelah Aiman meningkat remaja. Keadaan itu menyebabkan bapanya yang tegas dan kasarsering kali menampar Aiman yang masih kuat berangan-angan sehingga dia menjadi gagap. Bagi mengatasi masalah Aiman yang gagap dalam pertuturan, bapa dan ibu Aiman telah membawa Aiman untuk menjalani latihan intensif dan latihan terapi.
PELERAIAN
Aiman Aqil sedar dan insaf daripada imaginasi dan angan-angan selama ini. Hal ini demikian kerana dia terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata iaitu melihat dirinya sendiri dalam kehidupan realiti dan lebih mendekatkan diri kepada Ilahi.
TEKNIK PLOT
PEMERIAN
penulis memirihalkan keadaan Aiman Aqil sewaktu dia dilahirkan di bilik bersalin.
Penulis menggambarkan situasi Aiman yang berada di ruang udarakasa dalam keadaan berpakaian lengkap sebagai seorang angkasawan.
DIALOG
Dialog antara Aiman Aqil dengan Cikgu Faridah berhubung dengan teori graviti.
Perbualan antara Aiman Aqil dan adiknya Fadilah Fatnin yang sedang menyiapkan kerja rumah Matematiknya.
IMBAS KEMBALI
Aiman teringat semula tentang teori graviti yang dicetuskan oleh Isaac Newton, seorang saintis berbangsa Inggeris ketika sebiji buah mempelam gugur di hadapannya secara tiba-tiba.
Aiman Aqil teringat kembali kisahnya ketika belajar di sekolah rendah.
IMBAS MUKA
Aiman membayangkan dirinya sudah lulus dalam peperiksaan pada peringkat pengajian tinggi dan memperoleh ijazah kelas pertama dalam bidang aeroangkasa
KEJUTAN
Keberanian Aiman Aqil untuk melontarkan pendapatnya berhubungan dengan teori graviti yang sedang diajarkan oleh Cikgu Faridah.
Kedegilan Aiman Aqil yang berterusan menggangu rakan sekelasnya sehingga dia dirotan oleh bapanya.
SASPENS
Peristiwa percanggahan pendapat antara Aiman Aqil dengan Cikgu Faridah benar-benar menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembaca dan murid tentang penyelesaian pendapat mereka berdua.
MONOLOG DALAMAN
Aiman bermonolog bahawa dia tidak akan berasa hairan dengan teori graviti yang diperkenalkan oleh Isaac Newton sekiranya dia lahir pada tahun yang sama dengan beliau.
Aiman menimbulkan pertanyaan dalam hatinya samada dia selamat berlepas dan mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa kelak atau tidak.
GAYA BAHASA
Istilah sains Angkasa lepas
Bahasa Inggeris
repitisi
Personifikasi
simile
metafora
sinkope
inversi
NILAI
KASIH SAYANG
KEBIJAKSANAAN
BELAS KASIHAN
BERDEDIKASI
BERTANGGUNGJAWAB
KESABARAN
KEINSAFAN
KEBERSIHAN MENTAL DAN FIZIKAL
RASIONAL
PENGAJARAN
MENYAYANGI AHLI KELUARGA KITA
BIJAKSANA DALAM MENYELASAIKAN SESUATU MASALAH
BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ASPEK KESIHATAN
DEDIKASI DAN AMANAH DALAM MELAKSANAKAN TUGAS
BERSABAR APABILA BERHADAPAN DENGAN MASALAH
RASIONAL DALAM SETIAP TINDAKAN
MEMENTINGKAN KEBERSIHAN MENTAL DAN FIZIKAL
sinopsis
Full transcript