Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Bab 8: Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial.

No description
by

Noor Fatihah

on 17 November 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Bab 8: Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial.

Bab 8: Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial.
Cabaran dalam pendidikan dan bahasa.
Kepelbagaian sistem pendidikan mempunyai kaitan rapat dengan kesepaduan sosial di Negara ini iaitu dari segi penggunaan bahasa pengantar dan kurikulum.
Kepelbagaian tersebut tidak banyak menimbulkan masalah kepada sistem pendidikan Negara.
Namun cabaran dalam terhadap pelaksanaan system tersebut memang tidak dapat dielakkan terutama antara pendidikan kebangsaan dengan pendidikan vernakular.

Dalam menelusuri tuntutan dan pendirian ini, tiga rukun politik Cina penting perlu difahami bersama:
1)Rukun Pertama
Mempertahankan pendidikan Cina. Menurut badan penyelidikan MCA (INSAP), perjuangan pendidikan Cina oleh etnik Cina sama seperti perjuangan menegakkan Islam oleh orang melayu.

Komitmen Kerajaan
Sebelum tahun 1996, terdapat Akta Pelajaran 1961 Seksyen 21 (1B) yang memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menutup atau memansuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan.
Akta ini amat ditakuti oleh persatuan Cina . Mereka mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta ini.
Atas dasar tolak ansur, pada tahun 1995, Menteri Pelajaran ketika itu mengambil keputusan berani memenuhi hasrat etnik Cina dengan menarik balik kuasa atau peruntukan itu apabila membentangkan Akta Pelajaran baharu pada 1996 yang mengambil kira kepentingan dan permintaan etnik Cina.

Kesimpulan
Ternyata bahawa peranan pendidikan amat dominan dalam proses sosialisasi.
Dasar pendidikan dan bahasa di Malaysia amat unik jika dibandingkan dengan Negara-Negara lain. Ramai yang berhujah bahawa kepelbagaian sebagai satu kekuatan, namun terlalu banyak perbezaan juga tidak membawa kepada kebaikan.
Kerajaan perlu mencari titik persamaan untuk memenuhi matlamat gagasan 1Malaysia.
Persamaan itu hanya akan dapat dicapai dengan memahami dan berkongsi matlamat wawasan Negara dalam kalangan rakyat dan diterajui oleh barisan kepemimpinan yang sentiasa berpegang kepada slogan ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’.

Isu sekolah vernacular dalam system pendidikan di Malaysia tidak pernah selesai dan kerap menjadi kontroversi.
Menurut Dong Jiao Zong yang mewakili etnik Cina berkata, sekolah vernacular sejak berpuluh tahun lalu tidak pernah mengakibatkan polarisi Antara etnik, malah telah mempertingkatkan daya saing Negara di peringkat antarabangsa.
Menurutnya lagi, kewujudan sekolah vernacular ini juga dikatakan tidak pernah menjejaskan perpaduan Antara etnik Negara .

Berdasarkan beberapa kajian, pelajar cina yang mendapat pendidikan Sekolah Kebangsaan dan pendidikan Inggeris lebih mudah bergaul dengan etnik Melayu berbanding dengan Sekolah Jenis Kebangsaan.
Dong Jiao Zong meminta kerajaan bersikap terbuka dalam memberi layanan sama rata kepada sekolah pelbagai aliran bagi mengukuhkan perpaduan dan pembangunan Negara.
2)Rukun Kedua
Mempertahankan penerbitan akhbar Cina, yang melibatkan enam akhbar harian di Semenanjung dan lapan akhbar di Sabah dan Sarawak.
3)Rukun ketiga
mempertahankan persatuan Cina (huatuan) yang melibatkan lebih 8,000 buah persatuan seperti persatuan rumah ibadat, puak dan bahasa dan persatuan politik dan pendidikan.

Kerajaan tidak menafikan hak bukan Melayu untuk mendapatkan pendidikan dalam bahasa ibunda mereka sejak dari dulu lagi.
Malah ramai juga anak Melayu yang bersekolah di SJKC untuk mempelajari bahasa dan budaya Cina, sekaligus sebagai satu kelebihan kepada pelajar Melayu.
Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Kuala Lumpur menggesa Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina di negeri lain menyokong tindakan mereka dengan mengemukakan “memorandum Pendidikan Persekutuan Malaya”.


Memorandum ini membawa kepada penubuhan Jiao Zong pada 25 Disember 1951.
Mereka mahukan supaya bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu diberikan layanan yang sama dan disenaraikan sebagai bahasa rasmi. Pendidikan Cina hendak dijadikan sebagai satu daripada aliran pendidikan Negara.

Akta Pendidikan 1996 telah mengemukakan satu undang-undang baharu tentang pendidikan bagi maksud melaksanakan dasar pendidikan Negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dijangka dapat dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan kebangsaan, yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang sama.
Sistem pendidikan hari ini mesti memenuhi keperluan 1Malaysia.

Sistem pendidikan yang pelbagai tidak akan membantu rakyat memahami gagasan tersebut.

Kanak-kanak dipisahkan sejak dari kecil dan apabila membesar agak sukar untuk mereka memberikan kerjasama Antara satu sama lain.
Sekolah vernacular pada asalnya diwujudkan bagi membolehkan etnik Cina dan India belajar tentang asal usul Negara mereka, tetapi hari ini mereka telah menjadi rakyat Malaysia dan sepatutnya keadaan sedemikian tidak perlu wujud lagi.
Terdapat perbezaan sikap antara pelajar etnik Cina yang mendapat pendidikan sekolah Cina dengan pelajar etnik Cina yang mendapat pendidikan Inggeris.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila pengaruh parti-parti politik merebak dalam institusi keluarga dan pendidikan.
Setiap etnik pasti akan memperjuangkan kepentingan etnik masing-masing terutama hal-hal berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan.

Haris (1990)- bahasa ialah persoalan yang merumitkan dalam masyarakat yang berbilang etnik kerana dapat menjadi penghalang kepada integrasi jika kumpulan ras dan etnik yang berlainan.
Ramon Navaratnam- menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan kewujudan sekolah berasaskan etnik kerana sekolah berkenaan membantutkan usaha perpaduan Antara etnik.
Hal tersebut dibuktikan oleh kajian sekumpulan pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM)- kebanyakan pelajar mempunyai sentimen perkauman yang tinggi ,di alam kampus pelajar lebih suka bergaul dengan etnik sendiri.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam menjadikan pendidikan lebih baik di Malaysia terutama untuk sekolah Cina, beliau telah membuat langkah berani dengan memansuhkan Seksyen 21 (2) Akta Pendidikan 1961 semasa menjadi Menteri Pelajaran.
Datuk Seri Najib Tun Razak juga menjelaskan bahawa tindakan berani beliau itu telah berjaya menghasilkan satu anjakan kepada pendidikan Negara khususnya sekolah Cina.
Hasil positif- kemampuan sekolah aliran itu menarik hampir 56,000 pelajar bumiputera daripada julah keseluruhan pelajarnya sebanyak 612,000 orang ketika ini.
Hasil positif- lebih ramai orang Melayu sudah boleh bertutur dalam bahasa mandarin jika dibandingkan sebelum itu.

Kerajaan memberi jaminan akan terus mempertahankan sekolah vernacular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada system pendidikan Negara.
Malaysia mempunyai system pendidikan yang adil dan unik apabila menjadi satu-satunya Negara di rantau ini yang masih mengiktiraf kewujudan sekolah sedemikian.
Pembangunan system pendidikan Negara melalui kewujudan sekolah vernacular mampu melahirkan rakyat yang mempunyai nilai tambah apabila dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Penguasaan bahasa lain terutama bahasa Mandarin amat penting kerana bahasa ini memberi nilai tambah kepada mereka yang menguasainya kerana kemunculan China sebagai kuasa besar ekonomi dunia

Q & A???
Full transcript