Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Cabaran Masyarakat Melayu Ekonomi | Politik | Sosial

Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang berbilang kaum, agama dan budaya. Bagaimanakah cara pembetukan masyarakat Malaysia yang aman, makmur dan bahagia
by

Baitil Atiq Razak

on 7 May 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Cabaran Masyarakat Melayu Ekonomi | Politik | Sosial

CABARAN MASYARAKAT MELAYU DARI SEGI EKONOMI POLITIK DAN SOSIAL Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang agama dan budaya. Struktur ini merupakan satu cabaran serta juga satu aset kepada kepimpinan dan pengurusan negara kita. Masyarakat Melayu yang beragama Islam merupakan majoriti penduduk negara ini sejak dari sebelum Merdeka lagi. Disebabkan faktor sejarah, khususnya dasar penjajah, masyarakat Melayu dan Bumiputera yang lain, telah ketinggalan dari segi ekonomi, walaupun semasa pemerintahan Kesultanan Melaka, rakyat tempatan (Melayu) tidak dikatakan miskin dan mereka sangat aktif pula dalam bidang perdagangan. CABARAN EKONOMI MELAYU Keusahawanan akan menjadi lebih kompleks pada abad ini dan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang lebih besar. Cabaran merupakan elemen yang penting bagi usahawan untuk mengetahui tahap kemajuan don kemampuan mereka di dalam mengurus perniagaan. Cabaran yang dapat diatasi dengan baik merupakan suatu kejayaan. Antara cabaran yang akan memberi pengaruh yang signifikan kepada usahawan adalah seperti yang berikut:
(h) Memperkasakan Pekerja
Kejayaan perniagaan juga bergantung kepada kesediaan usahawan untuk memperkasakan kerja kepada pekerja mereka. Mereka pen. melibatkan pekerja dalam membuat sesuatu keputusan. Mereka juga perlu berperanan sebagai pembimbing, penasihat, penaja, dar pemudahcara. Oleh itu, kebebasan perlu diberikan kepada pekerja terutama mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengar penjadualan masa bertugas, prosedur dan membuat keputusan berkaitan dengan kerja yang dipertanggungjawabkan. Usahawan perlu menerima hakikat bahawa pekerja merupakan orang yang paling mengetahui mengenai kerja yang mereka lakukan dan mereka juga aset paling berharga kepada syarikat.
(i) Menggalakkan Perubahan Dan InovasiUsahawan perlu menyedari bahawa setiap pekerja mempunyai bakat yang tersendiri. Oleh itu, usahawan perlu memberi kesempatan kepada pekerja menyelesaikan tugas dengan menggunakan kreativiti. imaginasi, dan inovasi mereka sendiri. Oleh itu, usahawan perlu lebih fleksibel dan menumpukan kepada pencapaian hasil yang maksimum. Usahawan juga perlu mengelakkan diri daripada terlibat dalam perkara yang remeh-temeh yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap kerja-keria mereka.

(j) Kesementaraan
Usahawan dan keusahawanan sentiasa terdedah kepada perubahan. Perubahan merupakan kemestian dalam perniagaan. Pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja tertakluk kepada perubahan. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki hari ini akan usang pada masa hadapan. Oleh itu, mereka perlu mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh pekerja. Usahawan juga hendaklah bersedia merubah teknologi pengeluaran dan struktur perniagaan. Pada masa yang sama, mereka hendaklah melakukan pemindahan paradigma sama ada di kalangan pekerja atau din mereka sendiri dengan membebaskan diri daripada ikatan status quo, bangga dengan kejayaan lalu, dan selesa dengan pencapaian semasa.

Seterusnya jika pada masa lalu pekerja merasakan selamat dengan pekerjaan yang mereka lakukan. tetapi mungkin tidak pada masa kini. Mereka dicabar oleh pekerja yang lebih mahir, pengecilan perniagaan dan kejenteraan semula syarikat. Keadaan ini menyebabkan usahawan perlu bersikap lebih fleksibel, spontan dan peka terhadap perkara-perkara di luar ramalan yang mungkin berlaku.

(k) Membangunkan Perilaku Beretika
Dalam keghairahan untuk meningkatkan produktiviti. persaingan dan penurunan kos pengeluaran, usahawan mungkin terdedah ke arah mengeksploitasi pekerja, tidak mematuhi undang-undang dan melakukan amalan-amalan di luar batasan moral. Usahawan gagal mendefinisikan perilaku yang betul dan yang salah. Usahawan terpaksa berhadapan di antara penumpuan kepada kebajikan “konstituen” dengan penumpuan kepada keuntungan perniagaan. Mereka juga menghadapi dilema ‘promoter’, dilema ‘innovator dan dilema “relational”. Suasana ni memerlukan usahawan untuk membina garis pemisah di antara yang hak dan yang batil dalam setiap keputusan dan tindakan yang akan diambil. (a) Kepelbagaian Tenaga Kerja.
Tenaga kerja dalam perniagaan hari ini adalah lebih heterogen dan pelbagai dan segi jantina, bangsa, etnik, dan budaya. Terdapat juga tenaga kerja yang telah berumur dan yang tidak sempurna sifat. Akibatnya, usahawan perlu menyesuaikan aktiviti, struktur dan jangkaan kumpulan serta individu dengan kepelbagaian gaya, sikap, latar belakang keluarga. keperluan, budaya, dan harapan yang berlainan. Mengenal pasti dan menghormati perbezaan-perbezaan ini akan menjamin pekerja untuk kekal dalam sesebuah syarikat. Usahawan oleh mengiktiraf perbezaan yang wujud dan pada masa yang sama mengambil faedah dengan mencungkil setiap potensi yang ada hasil daripada perbezaan ini untuk kebaikan syarikat. (c) Kekangan Tenaga Buruh
Penurunan dalam kadar kesuburan seluruh dunia terutamanya di negara-negara perindustrian menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh. Usahawan terpaksa mengambil tenaga buruh di kalangan wanita dan mereka yang relah pencen. Kekurangan tenaga buruh menyebabkan permintaan terhadap mereka meningkat dan seterusnya meningkatkan kos pembayaran gaji, elaun. insurans. dan lain-lain faedah tambahan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat. (b) Kesetiaan
Pekerja yang MenurunPersaingan secara global mendesak usahawan untuk menyingkirkan polisi tradisionalnya yang melayani pekerja sama dengan faktor pengeluaran yang lain. Jika pekerja merasakan mereka tidak dilindungi dan dihormati dengan sendirinya kesetiaan mereka terhadap perniagaan dan syarikat akan menurun. Hal ini adalah kerana pekerja hari ini mempunyai pelbagai jenis pilihan pekerjaan terutama di kalangan pekerja-pekerja yang berilmu atau pun “knowledge workers’. (d) Kekurangan Pekerja yang Berkemahiran
Kebanyakan pekerja dalam pasaran didapati kekurangan kemahiran ikhtisas yang dikehendaki oleh majikan. Oleh itu majikan terpaksa memberi latihan terlebih dahulu sebaik sahaja mereka ini diterima bekerja. (e) Peningkatan Kualiti yang Berterusan
Usahawan perlu memberi tumpuan yang lebih kepada isu ini memandangkan masyarakat mahukan produk atau perkhidmatan yang setimpal dengan jumlah wang yang dibelanjakan. Oleh itu. usahawan harus mengutamakan kepuasan pelanggan melalui peningkatan kualiti yang berterusan yang membolehkan syarikat memenuhi cita rasa semasa pelanggan untuk terus bersaing dalam pasaran. (f) Peningkatan Kemahiran Di Kalangan Pekerja
Usahawan perlu sedar betapa pentingnya kemahiran yang dimiliki pekerja kepada perniagaan. Perniagaan akan sukar berkembang tanpa peningkatan kemahiran yang dimiliki oleh pekerja. Memandangkan kepesatan perkembangan teknologi hari ini. majikan harus mengemaskinikan kemahiran. Kepakaran dan kebolehan pekerja untuk menghadapi cabaran pesaing agar memiliki kelebihan yang kompetitif. CABARAN POLITIK MELAYU -Antara kecuaian pimpinan dan cauvinisme bukan Melayu
-Memahami mesej rakyat Malaysia
-Pilihan raya umum dan masa depan masyarakt Melayu
-Memahami tsunami politik
-Memahami sifat budaya politik Melayu
-Drama politik kelirukan rakyat
-Politik realisme magis
-Pertembungan idea atau perpecahan?
-Nilai-nilai bahasa
-Runtuhnya moral demokrasi CABARAN SOSIAL MELAYU Kontrak Sosial Menurut Sejarah Islam
Hakikat yang tidak boleh dinafikan, Islamlah agama terawal yang merumuskan satu formula berkaitan kontrak sosial sebagaimana terangkum dalam Piagam Madinah. Bahkan kontrak sosial yang terbentuk melalui piagam Madinah pada tahun 622 Masihi itu merupakan dokumen perlembagaan terawal yangmenggariskan prinsip kebebasan dan jaminan hak yang sama rata di kalangan pelbagai kaum. Kontrak sosial tersebut jelas memperincikan dan mempertahankan hak, keistimewaan, kebebasan dan keadilan setiap kaum di Madinah termasuklah kaum minoriti Yahudi dan bangsa Arab lain yang bukan beragama Islam.Malah jika diperhatikan, daripada 47 fasal yang terkandung dalam Piagam tersebut, 24 daripadanya adalah peruntukan hak dan kewajipan masyarakat minoriti Yahudi. Prinsip kebebasan agama amat dititikberatkan Rasullulah S.A.W hingga baginda secara jelas menegah sebarang usaha merobohkan gereja dan tempat peribadatan agama lain bagi digantikan dengan pembinaan masjid. Paderi-pader dan ketua-ketua agama lain yang tinggal di Bukit Sinai umpamanya turut diberikan perlindungan khusus oleh Rasullulah daripada sebarang ancaman musuh. Dr Yusuf Qardawi dalam bukunya Ghayr al-Muslimeen fil Mujtama’ al-Islami turut membahaskan hak-hak golongan minoriti bukan Islam yan wajib dipertahankan oleh kerajaan Islam. Dalam bukunya, beliau menukilkan bagaimana di zaman Khalifah Umar al-Khatab, rakyat di Ilya (Juruselem) yang terdiri daripada pelbagai agama termasuklah Islamm Kristian dan Yahudi dikehendaki memeterai kontrak sosial yang menjamin kebebasan dan hak mereka sebagai warganegara. Ini termasuklah hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa penindasan dan penganiyaan. Malah penegasan turut dibuat bagi menghalang sebarang unsur-unsur paksaan terhadap penganut agama lain termasuklah yang bersangkutan dengan harta mahupun agama. Khalid al-Walid pula dalam memeterai kontrak sosial bersama masyarakat ‘Anat yang terdiri daripada penganut agama Kristian jelas menyebut: ” Penganut Kristian mesti dibenarkan membunyikan loceng pada bila-bila masa sama ada siang mahupun malam kecuali ketika waktu umat Islam menunaikan solat. Mereka juga mesti dibenarkan mempamerkan salib pada hari-hari perayaan.“ Oleh itu, dalam mencari formula terbaik untuk merangka pelan tindak memperkasakan persefahaman dan perpaduan kaum di Malaysia kini, semua pihak khususnya generasi muda negara ini harus kembali menelusuri sejarah serta menjunjung prinsip dan nilai luhur yang terkandung di dalam ajaran Islam. [Asyraf Wajdi Dusuki, 2006]Hanya dengan memahami sejarah dan menjiwai prinsip Islam sejati generasi muda akan lebih menghargai kontrak sosial dan sensiviti kaum yang menjadi teras pembentukan masyarakat Malaysia yang aman, makmur dan bahagia. Begitulah betapa hebatnya prinsip keadilan dan kebebasan yang menjadi bukti perakuan Islam terhadap pembentukan kontrak sosial di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama. Semuanya bagi menjamin keharmonian dan kestabilan yang berkekalan khususnya dalam realiti masyarakat plural dalam sesebuah negara.
Full transcript