Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Isu-isu semasa LGBT & kaitannya dengan akidah muslim di Mala

No description
by

Amalia Huda

on 11 June 2016

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Isu-isu semasa LGBT & kaitannya dengan akidah muslim di Mala

Isu-isu semasa LGBT & kaitannya dengan akidah muslim di Malaysia .
Faktor berlakunya LGBT
Usaha Menangani Gejala LGBT
1. Peranan Kerajaan dengan Kerjasama Organisasi Agama
- Kerajaan dengan kerjasama organisasi agama perlu merangka strategik
yang berkesan bagi memulihkan golongan LGBT.
2. Peranan Ibu Bapa
- Ibu bapa perlu mengawasi keadaan anak-anak mereka pada setiap masa. Perubahan fizikal dan emosi anak-anak juga perlu sentiasa di kawal agar kecenderungan mereka terhadap gejala LGBT ini dapat di bendung.
3. Kempen
- Kempen boleh di anjurkan dengan giat oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan
untuk membendung dan membanteras gejala ini.
Kesimpulan
Apa itu LGBT?
Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender atau akronimnya sebagai LGBT ini juga dianggap sebagai satu penyakit mental, kerana telah melawan fitrah. Fitrah kehidupan manusia yang normal ialah hidup berpasang-pasangan. Sebagaimana telah diciptakan oleh ALLAH, lelaki pasangannya adalah perempuan, begitu juga dengan haiwan, jantan pasangannya adalah betina, baik pasangannya jahat, cantik pasangannya ialah huduh. Kesimpulannya, setiap makhluk yang diciptakan oleh ALLAH di muka bumi ini berpasang-pasangan. Ini adalah fitrah setiap ciptaan Yang Maha Esa.
Malaysia telah dikejutkan dengan isu gerakan kemanusiaan yang ingin perjuangkan kebebasan di Malaysia. Namun, gerakan ini juga mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. LGBT dilihat begitu aktif dalam kalangan remaja kita, terutama remaja Islam. Fahaman atau ikutan yang dibawa dari barat, berjaya menarik minat ramai individu di Malaysia.

Individu yang dikatakan aktif menuntut hak LGBT dalam negara kita ialah Ambiga Sreevanasan. Beliau juga dikenali sebagai wanita besi kerana semangatnya berjuang menentang arus. Beliau menuntut supaya LGBT mendapat pengiktirafan di Malaysia dan diberi hak kebebasan untuk menjalankan aktiviti mereka. Beliau telah menerima kutukan dan kritikan daripada pelbagai pihak. Namun, ada juga pihak-pihak yang memberikan sokongan kepada beliau. Ternyata pengaruh beliau dalam menyuarakan hak LGBT amat kuat .

Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak “Sexual Orientation ang Gender Identity” (SOGI) terutamanya hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.
Kesan LGBT terhadap akidah muslim di Malaysia
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Kementerian Pelajaran diminta memantau sekolah-sekolah berasrama penuh yang dilihat berpotensi melahirkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ini kerana, menurut Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Dr. Azizan Baharuddin, homoseksualiti sementara (transient homosexuality) yang wujud dalam kalangan remaja tidak kira lelaki atau perempuan merupakan fenomena biasa.

Ujarnya, remaja yang bersekolah asrama lebih-lebih lagi yang berasingan jantina lebih terdedah kepada perasaan tersebut kerana secara rutin mereka berhadapan dengan rakan-rakan daripada jantina yang sama.

Memang terdapat banyak kes homoseksual di sekolah asrama, pelajar senior tertarik dengan pelajar junior yang jambu. Malah perkara ini juga berlaku di sekolah-sekolah berteraskan agama seperti maahad tahfiz.

Walaupun ia normal, namun perkara itu jika tidak dipantau boleh menyebabkan orientasi seksual bersifat sementara itu menjadi kekal lebih-lebih lagi kepada remaja yang pernah terlibat secara langsung dengan sentuhan fizikal," katanya.

Isu-isu Semasa LGBT
Pandangan Islam mengenai LGBT
Islam dan semua mazhab yang diiktiraf mengharamkan lesbian, gay biseksual dan Transeksual (LGBT). LGBT suatu perlakuan dalam kategori mungkar dan dosa besar seperti perbuatan zina, lacur, arak, dan judi. Pengharamannya jelas disabitkan melalui sumber ilmu (epistemologi) Islam.

Di dalam al-Qur’an pengharamannya secara jelas disebutkan antaranya di dalam Surah Al-Isra’: 17-32, Surah Al-Nur: 24-2, Surah Al-A’raf: 80-84, Surah Al-Naml : 54-58, Surah Al-Nisa: 15-16 dan Surah dan Surah Al-Ankabut: 28-35. Begitu juga banyak Hadis Rasulullah juga mengharamkan perbuatan-perbuatan tersebut.Ijmak Ulama’ sependapat bahawa perlakuan zina, liwat dan musahaqah yang dikaitkan dengan amalan lesbian, gay dan biseksual termasuk dalam dosa besar dan pelakunya wajib bertaubat dan dikenakan hukuman berdasarkan hukum Syariah yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh, dari sudut Syariah, ulama’ sependapat menyatakan homoseksualiti suatu jenayah yang boleh dikenakan hukuman demi menjaga kepentingan diri dan masyarakat. Perbezaan pandangan hanya timbul berkaitan bentuk hukuman sama ada dikenakan hukuman hudud atau takzir seperti dipenjara atau dibuang negeri.
1. Kurang Penghayatan Agama
-Golongan yang terlibat dengan gejala
LGBT tidak ini tidak dapat membezakan antara perkara yang baik
mahupun buruk atau perkara yang haram mahupun halal.
Mereka mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan dan faktor sekeliling
yang mendedahkan golongan ini kepada gejala LGBT.

2. Pengaruh Media Massa
- Media massa seperti internet merupakan medium yang memudahkan
golongan LGBT mendapatkan maklumat tentang gejala tidak sihat mereka.
Kewujudan laman sosial seperti Facebook dan Twitter memudahkan lagi
golongan ini berkomunikasi dalam kelompok mereka.
USAHA MENGIKTIRAF LGBT DI MALAYSIA
Kesimpulannya, semua pihak harus bersatu padu bagi membendung
gejala LGBT ini. Sikap masyarakat yang memandang ringan isu ini
haruslah dikikis agar anggota masyarakat bebas daripada gejala LGBT dan akidah muslim terpelihara .


Kita mempunyai ribuan ulama Islam lulusan dalam dan luar negara, terdiri dari mufti, hakim syarie, kadi, pensyarah, guru agama dan sebagainya namun amat kurang sekali suara yang berani menyatakan yang hak dari segi hukum dan akidah Islam dalam menghadapi gejala LGBT ini.

Justeru LGBT jika dibiarkan boleh menimbulkan bala kepada generasi umat Islam dan negara kita suatu hari nanti, seperti yang berlaku ke atas umat terdahulu, jika ia tidak ditangani dengan bijaksana oleh pihak berkuasa, khususnya pihak yang arif dalam bidang agama termasuk Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.


Ingatlah akan larangan keras Allah kepada sesiapa yang terlibat dengan kumpulan yang dilaknat Allah kerana mengamalkan sesuatu yang di luar tabii dan landasan ajaran agama. Kemurkaan Allah dengan balasan neraka adalah jelas seperti maksud ayat 113, surah Hud (11) seperti berikut:

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

Kegiatan LGBT jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Agama-agama lain juga sebenarnya melarang umatnya terlibat dengan aktiviti negatif ini. Namun begitu dengan kerakusan nafsu manusia, apa yang dilarang itulah menjadi kegemaran mereka.




Full transcript