Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

kaedah pembelajaran Al-Quran

No description
by

aldrin 90

on 15 January 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of kaedah pembelajaran Al-Quran

Latar Belakang Metodologi Latar Belakang Metodologi Kelemahan yang terdapat di dalam buku ini antaranya ialah:
 
Susah dikuasai oleh pelajar yang lemah
Ia mudah dan cepat tapi bukan untuk pelajar yang lemah.
Perlu perhatian yang lebih kepada pelajar yang lemah
Kemahiran perlu diteruskan setiap masa
Kurang tarikan bagi golongan kanak-kanak untuk mempelajari buku ini seperti gambar rajah yang menarik dan mudah difahami. Kelemahan Metodologi Mempamerkan kesemua huruf hija’iyah yang berbaris bagi semua golongan untuk mempelajari al-Quran dengan mudah dan cepat.
Memberikan tanda, symbol, warna bagi membantu pembaca membezakan cara pembacaan dengan betul dan tepat.
Diperakui oleh panel penasihat kementerian pendidikan Malaysia.
Buku ini sistematik dalam penyusunannya iaitu melalui pembahagian bab (1-23) bab.
Memberikan contoh-contoh yang mudah dan sesuai mengikut tempat.
Memberikan panduan bagi cara pembelajaran al-Quran yang lebih berkesan.
Kurikulum pembelajaran lebih tersusun dan maklumat tentang al-Quran yang ringkas, padat dan jelas. Kelebihan Metodologi Di dalam buku ini disertakan dengan metodologi penggunaannya, iaitu:
Cara belajar dengan menggunakan buku ini tidak boleh dieja
Pelajaran tidak boleh dipindah kepada pelajaran baru sebelum pelajaran lepas dapat difahami.
Bacaan dan bunyi suatu huruf atau kalimat hendaklah diperolehi daripada guru yang mengajar secara mushafahah (lisan).
Sebelum dipindah kepada pelajaran keenam belas, hendaklah dipastikan pelajaran-pelajaran sebelumnya telah difahami. Latar Belakang Metodologi Berdasarkan faktor-faktor di atas, beliau merasa tertarik untuk menulis buku ini dengan harapan ia dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat pada buku-buku sebelumnya dan juga member kesan yang lebih baik bagi para penuntut, sehingga mereka dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat pada buku-buku sebelumnya dan juga member kesan yang lebih baik bagi para penuntut, sehingga mereka dapat membaca al-Qur’an dalam masa yang lebih singkat. Beliau juga berpendapat bahawa, seandainya para pengguna buku ini meluangkan masa sebanyak 1 jam dalam sehari, mereka akan dapat membaca al-Qur’an dalam masa 50 hari. Bahkan seandainya ada di antara penuntut-penuntut yang sanggup memahami dan menguasai tiga muka surat dalam masa 1 jam, Insya Allah dalam jangka masa 20 jam mereka dapat membaca al-Qur’an. Latar Belakang Metodologi Buku ini telah diterbit dan disahkan oleh jabatan kemajuan islam Malaysia (JAKIM) pada 15 oktober 1998 bersamaan 24 jamadil akhir 1419 H.
sebelum buku ini diterbitkan, penulis telah meluangkan masa untuk mengkaji dan meneliti buku-buku yang digunakan pada masa lampau. Akan tetapi meskipun demikian, dalam buku-buku yang digunakan saat ini terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Di antara kelemahan-kelemahan itu ialah:
 
Sebahagian daripada contoh-contohnya tidak sesuai pada tempatnya, kerana terkadang contoh-contoh itu belum diperkenalkan kepada penuntut pada pelajaran sebelumnya.
Contoh-contoh yang diberikan dalam satu tajuk atau permasalahan kadang-kala berlebihan.
Permasalahan yang dikaji tidak teratur. Latar Belakang Metodologi Beliau memperolehi beberapa penghargaan dalam bidang tilawah al-Qur’an dan juga diangkat sebagai Imam Besar ( Masjid Jamal Abdul Nasir Tripoli) dari tahun 1986 sehingga tahun 1993. Dalam bidang penulisan, beliau telah menterjemah dan mengarang beberapa kitab. Antaranya:
Fatwa Terkini, Wanita & Keluarga Islam.
Rabi’atul Adawiyah dan Cinta.
Tafsir Mimpi Menurut Islam.
Madu Lebah Ubat Yang Turun Bersama Wahyu.
Perbualan Bahasa Arab Untuk Peringkat Menengah
Khasiat Jintan Hitam.
Memuja Jin Dan Roh Si Mati.
Kisah Nabi Yusuf A.S Dengan Isteri Al-Aziz. Latar Belakang Pengasas Penulis bagi buku ini adalah Muhammad Roihan Hasbullah Nasution. Dilahirkan di Mandailing Indonesia pada 17 ogos 1960. Beliau menghabiskan sekolah rendah pada tahun 1973, dan sekolah menengah pada tahun 1978 di pondok pesantren Al-Mustafawiyah Purba Baru Mandailing. Kemudian berangkat ke Makkah pada tahun 1980. Di sana beliau belajar di Dar Al-Ulum dan mengikuti pengajian di Masjid Al-Haram.

Pada tahun 1982, beliau berangkat ke Tripoli Libya dan belajar di Kuliah Dakwah Islamiah hingga meraih Ijazah Sarjana(MA) dalam bidang ulum al-Qur’an pada tahun 1993. Sekarang beliau sedang mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PHD) di universiti kebangsaan Malaysia(ukm), Bangi, Malaysia. Latar Belakang Pengasas Ar- Ruh Al-Amin (Belajar membaca al-qur’an bertajwid dalam masa 50 jam) - Perbezaan tahap dikalangan pelajar atau latar belakang pelajar murid yang berbeza
- Sistem ini tidak dimasukan dalam sukatan pelajaran KBSR.
- Kurang efektif bagi pelajar yang kurang penglihatan dan pendengaran.
- Kursus intesif yang berterusan kepada guru adalah terhad. Kelemahan kaedah Antara kelebihan bagi sistem pembelajaran Al-Furqan adalah seperti berikut:
 
Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
Mengikut kaedah fonetik
Disusun secara sistematik - 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
Perkataan bermakna dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
Kemahiran diperkenal secara bertahap
Illustrasi dan kad imbasan menarik Kelebihan Metodologi Kaedah ini disusun bertujuan supaya golongan kanak-kanak khususnya dapat membaca al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif. Ia dilengkapi dengan kaedah mengajar yang kreatif dan efektif. Terbukti kanak-kanak yang dapat membaca Al-Quran lebih awal, malah sebelum bersekolah lagi sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan tenang. Latar Belakang Metodologi Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Ustaz Kamal Mahyuddin Harun, juga dikenali sebagai Che Awang bin Harun, yang berkelulusan BA dan MA dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Malaya dan merupakan seorang pendidik yang berpengalaman di dalam pendidikan Islam. Beliau juga telah menulis lebih daripada 50 tajuk buku pendidikan Islam untuk rujukan sekolah dan 50 tajuk buku di dalam pelbagai bidang yang lain. Beliau merupakan penyusun ” Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan” yang telah digunakan secara meluas di tadika-tadika dan kelas-kelas Al-Quran seliruh malaysia sejak 2001. Sekarang beliau mengajar di sekolah Yayasan Islam Kelantan dan menjadi Imam merangkap Timbalan Pengerusi Masjid Al-Amin, Kota Bharu. Latar Belakang Pengasas Sistem al-Furqan - Kaedah ini tidak dimasukan dalam sukatan pelajaran KBSR.
- Kurang keseragaman dalam system pengajaran dan pembelajaran.
- Penyediaan kursus intesif yang berterusan kepada guru adalah terhad.
- Kurang efektif bagi pelajar yang kurang penglihatan dan pendengaran. Kelemahan kaedah Mengikut format dan bentuk Rasm Uthmani.
Menekankan penguasaaan Huruf-Huruf Hijaiyah sebelum mula belajar.
Meletakkan tanda warna pada sesetengan tempat.
Penerangan hukum Tajwid yang mudah dan jelas.
Gambarajah Makhraj dan Sifat huruf disertakan. Kelebihan kaedah Manakala di dalam kaedah Iqra’ pula, pelajar tidak perlu mengenal huruf-huruf hijaiyyah dan tidak perlu mengeja. Melaluinya pelajar akan terus diperkenalkan kepada bunyi huruf dan seterusnya memahirkan bunyi tersebut sehingga pandai membaca al-Quran. Latar Belakang Metodologi Kaedah al-Matien ini adalah gabungan dari dua kaedah, iaitu kaedah Muqaddam dan Iqra’. Melalui kaedah Muqaddam, pelajar akan mengenal huruf-huruf hijaiyyah terlebih dahulu kemudian belajar mengeja dan akhir sekali barulah mula membaca surah-surah lazim (juzu’ 30). Latar Belakang Metodologi MEDIA MASSA
 
Juri Akademi Al-Quran TV9 2006, 2007 & 2008 (Bahagian Tajwid dan Fasohah).
Pengacara AQ 2010.
Pengacara rancangan Mari Mengaji TV9 bagi tahun 2006, 2007, 2008 & 2009.
Pengacara Kelas Fardhu Ain TV9.
Pengacara rancangan Ustaz Zamri Bercerita TV9.
Pembikinan Album Nur Wahyu, Mutiara Wahyu, Bijak Iqra’ & Bijak Tajwid bersama In-Team Record Sdn Bhd (IRSB).
Pembikinan VCD Jom Solat, VCD Adab bersama Telaga Biru.
Penampilan di TV9, TV3, Motivasi Pagi, Metro, Wanita Hari ini, Berita Harian, dan lain-lain.
Program Realiti TV Adik-adikku di TV1. Latar Belakang Pengasas PENGALAMAN DALAM ‘CONSULTANCY’
 
Mengendalikan pelbagai Latihan yang melibatkan soft skill di agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti JPA, MPM, Pos Malaysia, KUIS, LHDN, Takaful Ikhlas, Perodua, SYABAS, TNB, MPSJ dan banyak lagi.
Secara aktif mengendalikan motivasi pelajar di IPT dan sekolah.
Mengendalikan lebih 30 Kem Smart Solat.
Jurulatih kepada program Kursus Bina Insan Lembaga Zakat Selangor sejak 2009.
 
KARYA
 
Penulis Buku Kaedah Al-Matien terbitan Telaga Biru.
Penulis Buku Beginilah Al-Quran Mengajar Kami terbitan Telaga Biru Latar Belakang Pengasas  

PENGALAMAN – 8 TAHUN
 
SMK Batu Muda Kuala Lumpur – guru akademik.
Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Bekas Pensyarah Bahasa Arab dan Dakwah.
Mantop Training and Consultancy (Enterprise) - Pengarah Urusan.
Mantop Training and Consultancy Sdn Bhd - Master Trainer / Motivator. Latar Belakang Pengasas Kaedah al-Matien Kaedah ini juga tidak terlepas dari beberapa kelemahan atau kekurangan.Kelemahan dalam kaedah ini wujud hasil daripada pengunaan yang meluas kaedah ini pada abab ini. Kelemahan yang dapat dicungkil dalam kaedah Iqra’ antaranya ialah:
 
Tidak ada kursus intesif yang berterusan kepada guru
bilangan murid yang ramai dalam bilik darjah
Tempoh masa yang singkat iaitu enam bulan tidak mencukupi untuk mengajar kaedah ini (terutama kepada pelajar yang lemah).
Perbezaan tahap dikalangan pelajar atau latar belakang pelajar murid yang berbeza Kelemahan Metodologi Kelebihan yang ada pada kaedah ini antaranya ialah:
 
- Pelajar cepat faham dan dapat
- Mudah mengingat huruf dan kalimah
- Mengenal bunyi tanpa mengeja
- Mudah mengingati dalam masa yang singkat
- Dapat menyebut dengan cepat dan lancar
- Cepat dan berkesan
- Belajar secara berkelompok
- Dapat baca Al-Quran dengan baik dan mengenali huruf jawi
- Cepat menguasai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
- Murid berdisiplin
- Mudah menyebut huruf dan kalimah yang diperkenal oleh guru Kelebihan Metodologi Kaedah ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terlebih dahulu.
Di peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-Quran, kaedah Iqra’ tidak mengenalkan huruf dan baris-baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samada di atas, di bawah atau di depan.  Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti tanda mati atau tasydid. Buku-buku Iqra’ sepertimana juga buku Qiraati disusun untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid.
Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran. Kaedah Iqra’ telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.  
Latar Belakang Metodologi Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani juga adalah berasal dari Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-Quran di Kota Gedo, Jogjakarta. Pada tahun 1988 telah disusun buku Iqra’ cara cepat belajar Membaca Al-quran, sebagai kelangsungan dan kesempurnaan kaedah Baghdadiyah yang sedia ada. Buku yang terdiri dari enam jilid ini, setelah diujicuba di pelbagai tempat dan lapisan masyarakat, terbukti sesuai, mudah dan praktis bagi pelbagai peringkat umur. Pada tahun 1992, buku Kaedah Iqra’ ini telah dijadikan sebagai panduan pengajaran pembacaan Al-Quran di seluruh Indonesia. Bahkan masyarakat Indonesia yang berada di luar Negara pun ramai yang menggunakan dan mengembangkannya seperti Amerika, Australia, Jerman dan negara-negara lain.
Demikian pula di Malaysia, setelah dikaji dan ujicuba di beberapa sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara, Kaedah Iqra’ didapati amat sesuai dan berkesan. Kerana itu, pada tahun 1995 telah dijadikan sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al-Quran di kalangan murid-murid sekolah rendah di seluruh Negara oleh kementerian pendidikan Malaysia dan jabatan kemajuan masyarakat, kementerian pembangunan luar Bandar. Latar Belakang Metodologi Banyak para penguji telah mencuba mengadakan ujikaji terhadap ketepatan metode ini. Ternyata selain sederhana, dengan metode iqra' adalah sangat mudah untuk mempelajari Al-Qur’an berbanding metode yang lain.
Secara ringkasnya, setelah melakukan perbandingan dan ujikaji tersebut, maka pada tanggal 21 Rejab 1408 H, bertepatan dengan tanggal 16 Mac 1988, didirikanlah Taman Kanak-Kanak Al-Qur’an (TKA) “AMM” Yogyakarta. Setahun kemudian, tepatnya tanggal 16 Ramadhan 1409 H (23 April 1989) didirikan pula Taman Pendidikan Al-Qur’an (TPA) “AMM” Yogyakarta.  Pada awal Februari tahun 1996 dalam usia 63 tahun, beliau dipanggil Allah SWT. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada bulan Ramadhan hari Jum’at (2/2). Latar Belakang Pengasas Pengasas bagi kaedah ini ialah Haji As’ad Humam yang telah menyusun enam jilid buku Iqra’. K.H. As’ad Humam dilahirkan pada tahun 1933. Beliau mengalami cacat fizikal sejak di usia remaja. Beliau juga bukan seorang ahli akademik juga bukan dari kalangan lulusan Pesantren atau Sekolah Tinggi Islam, beliau hanya lulusan kelas 2 Madrasah Mualimin Muhammadiyah Yogyakarta (peringkat SMP).
Sejarah bermula dari keinginan KH. As’ad Humam bersama kawan-kawannya yang bertemu dalam wadah Team Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Mushalla (Team Tadarus “AMM”) Yogyakarta, untuk mencari bentuk baru bagi sistem pengelolaan pengajian anak-anak dan metode pembelajaran membaca Al-Qur’an. Pada waktu itu, metode membaca al Quran selain Iqra’ juga sudah wujud seperti metode Juz Amma, methode Al-Banjary, methode Al-Barqy dan banyak methode lainnya.  Latar Belakang Pengasas Kaedah Iqra’ Kaedah-kaedah Pembelajaran Al-Quran Ciri-ciri dan sifat bacaan Iqra'
1- Bacaan Terus ( Tanpa analisa dan dieja) Murid tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf Hijaiyah dan tanda–tanda bacaan. Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf dengan menggunakan bahan pengajaran. 

2- Penggunaan Teks Tertentu. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku yang mengandungi 6 naskhah. Murid menggunakan buku mengikut tahap masing-masing bermula daripada buku pertama. 

3- Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA) Yang belajar adalah murid, bukan gurunya, jadi setelah guru menerangkan pokok pengajaran dan murid sudah jelas serta mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka murid disuruh membaca sendiri bahan berikutnya. 

4- Talaqqi Musyafahah. Dalam mempelajari bacaan Al-Quran murid mesti berhadapan secara langsung dengan gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul bagaimana makhraj dan sifat-sifat huruf yang sebenarnya. 

5- Tahap Berasaskan Pencapaian Individu. Tahap pencapaian murid dalam kaedah Iqra’ adalah bergantung kepada kecekapan individu. Untuk penilaian dan pengesanan, rekod prestasi perlu disediakan seperti yang dicadangkan.  6- Tenaga Pembimbing/Pembantu. Seorang guru membimbing lapan hingga sepuluh orang murid dalam satu masa. Jika keadaan memerlukan guru boleh mengambil murid tertentu untuk menjadi pembantu dan penyemak bagi murid lain di peringkat bawah. 

7- Praktis. Tujuan kaedah dibentuk adalah supaya murid dengan cepat dan mudah dapat membaca Al-Quran. Soal teori dan ilmiah tajwid tidak diajar tetapi mempraktikkan sebutannya.

8- Sistematik.Disusun secara lengkap, sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan reka letak yang seimbang. Bermula daripada mengenalkan huruf-huruf pelbagai baris peringkat demi peringkat sehingga ke peringkat ayat yang bermakna. Kerana prosesnya yang bersifat evolusi, maka ianya terasa mudah. 

9- Komunikatif. Lingkaran petunjuk dan pengenalan adalah memudahkan pembaca sehingga dapat menyeronokkan mereka yang mempelajarinya. Disusun dalam bahasa melayu yang mudah difahami, sehingga ianya lebih berkesan. Selain itu, sejak awal-awal lagi sudah diperkenalkan pelajaran secara berirama ( mad = panjang dan tanpa mad = pendek) sehingga terasa seronok dalam membaca dan mendengarnya. 

10- Kelenturan Dan Mudah. Buku boleh dipelajari oleh sesiapa, bermula daripada kalangan kanak-kanak usia pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah bahkan orang-orang dewasa mahupun para ibu bapa yang belum mahir membaca Al-Quran dapat mengajarkannya. Malah murid yang baru sahaja tamat jilid 2 atau 3 boleh mengajar murid yang masih di peringkat jilid 1. Ianya dapat menambahkan keseronokan dan suasana belajar dan mengajar.  Latar Belakang Pengasas Pengasas bagi kaedah al-Matien ini adalah Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd zainuldin. Beliau dilahirkan di Tanjung karang Selangor pada 11hb Januari 1979. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebagsaan Seri Utama, Sungai Besar dan sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima dan seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Universiti Hashimete Zarqa' Jordan.

Ustaz Zamri kemudian mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan kini memegang jawatan sebagai pensyarah darul Quran JAKIM, di Kuala Kubu Bharu Selangor dalam bahasa arab dan Dakwah.

Pernah muncul sebagai juri akademi al quran dan bertemu jodoh pada usia 22 tahun bersama pasangannya Mustazzila Mustahkim, dan telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Muhammad Zuhair 7, Durratun Nusaibah 6 dan Wardatun Nuha 4.
Full transcript