Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

AGAMA-AGAMA BESAR DALAM TAMADUN INDIA

No description

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of AGAMA-AGAMA BESAR DALAM TAMADUN INDIA

DEFINISI TAMADUN INDIA

Dalam bahasa Tamil, tamadun dikaitkan dengan perkataan
Nakarikam
, nakar ialah kota/bandar manakala ikam ialah pembentukan bandar.

Tamadun India boleh didefinisikan sebagai sebuah negara yang letaknya di benua di Asia dan mempunyai jumlah penduduk kedua terbanyak di dunia, iaitu melebihi daripada satu milyar.

KONSEP TAMADUN INDIA
Wujud di antara tahun 2500-1500 S.M.
Kedatangan orang Aryan telah mengubah budaya masyarakat Lembah Indus.
Pembentukan Zaman Vedik.
Permulaan kehidupan beragama
SEJARAH TAMADUN INDIA
Terbahagi kepada 3:
Zaman Awal
Zaman Pertengahan
Zaman Moden
AGAMA-AGAMA BESAR DALAM TAMADUN INDIA
AGAMA HINDU
AGAMA BUDDHA
AGAMA SIKH
AGAMA ISLAM
AJARAN AGAMA-AGAMA HINDU, BUDDHA, SIKH DAN ISLAM
PENDAHULUAN
Tamadun India yang terbentuk adalah berpaksikan kepada pandangan alam semesta dan doktrin dari agama tersebut.
Wujud berbagai agama yang dianuti oleh masyarakatnya termasuklah agama Buddha, Sikh dan Islam.
Perkembangan tamadun India sering dilihat beraraskan agama.
Kekuatan sesuatu tamadun mungkin terletak pada nilai-nilai moral, agama, falsafah, politik dan estetik manakala kelemahannya terletak pada nilai-nilai ideal.

RAJALETCHUMI A/P SUBRAMANIAM KLB1420049
PRIYANKA MICHELLE RAO KLB1420048
KANAGESH A/P MURUGAN KLB1420007
NEVITHA A/P GUNALAN KLB1420026
DHANEEYA A/P SASEEDHARAN KLB1420013
SAKTHISYARAN A/L VIJAYAN KLB1390016
THIAGU A/L SANTHIRAKANTHAM KLB1390028
ADLINA BINTI ARRIF KLB1420033
ANGELY KAUR A/P KULDIP SINGH KLB1420038
KESHAVEENA A/P RAJAN KLB1420009

KEDUDUKAN GEOGRAFI
Pergunungan Vindhya memisahkan India utara dengan India Selatan.
Faktor Geografi di India telah menyebabkan perkembangan dua kebudayaan yang agak berbeza .
Perbezaan dari segi rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya serta amalan-amalan keagamaan.
Masyarakat di India Utara (Indo-Arya) dan India Selatan (dravida)
Bahasa Sanskrit digunakan masyarakat Indo-Arya
Bahasa Tamil digunakan oleh masyarakat Dravida
MASYARAKAT INDO-ARYA
hidup secara nomad
kegiatan ekonomi orang Arya ialah dan menjalankan akitiviti pertanian dan menternak binatang.
terdapat pembahagian kelas Veda
kemunculan golongan Brahmin yang bekerja sebagai “Purohita” iaitu penanda-penanda dan menceburkan diri dalam pelajaran serta menyusun kitab-kitab.
-mempercayai bahawa setiap individu harus melalui empat peringkat dalam kehidupan mereka yang disebut sebagai ashrama.(Bramacharya,Ghastya,Vanaprastya, Sannyasia).
Dalam masyarakat Vedik, golongan wanita diberi kedudukan yang mulia.
MASYARAKAT DRAVIDA
Bahasa Tamil merupakan bahasa asas masyarakat Dravida.
Ajaran mazhab merupakan tunjang kepada kepercayaan, pemikiran serta amalan masyarakat Dravida.
Pada Zaman Sangam, wanita mempunyai kedudukan yang dihormati dalam masyarakat India Selatan.
Sifat keibuan yang ada pada mereka sangat dihormati, dan dianggap sebagai suatu nilai yang mulia.
Anak perempuan dipanggil sebagai 'amma' bererti ibu kerana anak perempuan itu bakal menjadi ibu selepas berkahwin
Peranan kaum ibu amat penting dan mereka mempunyai segala kebebasan termasuk untuk mendapatkan pendidikan yang setinggi mungkin.
MASYARAKAT DAN BUDAYA
Kewujudan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara yang dibawa oleh agama Hindu memberi banyak sumbangan terhadap masyarakat
Bahasa dibahagikan kepada dua kawasan iaitu di India Utara dan juga di India Selatan.
BAHASA DAN KESUSASTERAAN TAMADUN INDIA
Bahasa Sanskrit menjadi bahasa ilmu dan juga bahasa keagamaan
Mengembangkan seni ukir
Kesusasteraan Sanskrit di Asia Tenggara adalah kitab suci Veda, epik Ramayana dan Mahabharata
BAHASA DI INDIA UTARA
Dua kelompok kitab suci agama Hindu
Kitab tersebut terbahagi kepada dua iaitu, Shruti dan Smiriti
Kitab suci agama Hindu ialah kitab Veda
Orang Hindu percaya Kitab Veda adalah wahyu yang diterima para Resi, iaitu pendeta-pendeta agamanya
Bahasa Dravida mempunyai bahasa penting di India Selatan iaitu Tamil, Telugu, Malayalam, dan Kannada
PANDANGAN SEMESTA DAN NILAI-NILAI
Antara pandangan semesta ialah sifat penerima-perpindahan penduduk menyebabkan unsur-unsur budaya, tradisi, agama, bahasa, idea
Sifat toleransi-perubahan selepas kedatangan British, menyebabkan masyarakat beransur-ansur menerima pandangan semesta yang mementingkan persamaan, persetujuan, dan keharmonian
Nilai-nilai yang disarankan ialah ajaran Bhagavad Gita, etika Tirukkural, karma
AGAMA SIKH
 diasaskan oleh Guru Nanak yang dilahirkan di Punjab.
 Kepercayaan yang utama ialah mengenai kewujudan Tuhan yang satu.
 Kitab suci Sikh ialah Granth Saheb atau Kitab Tuhan
 terdapat dua himpunan iaitu Adi Granth dan Dasam Granth.
 Sikh tidak dapat mencari jawapan di dalam Guru Granth Sahib, mereka perlu memutuskan isu-isu sebagai sebuah masyarakat, berdasarkan prinsip-prinsip kitab mereka.
 Sikh percaya bahawa cara untuk menjalani kehidupan yang baik adalah untuk: -
- hidup jujur dan bekerja keras
-merawat semua orang sama
-bermurah hati kepada mereka yang kurang bernasib baik
-berkhidmat kepada orang lain
Tempat ibadat Sikh dipanggil Gurdwara
Sikh kitab adalah Guru Granth Sahib, sebuah buku yang Sikh mempertimbangkan Guru hidup
AGAMA ISLAM

 Islam bertapak di bumi India pada abad ketujuh masihi lagi. Raja Hindu pertama yang menganut Islam ialah Raja Chakrawati Farmas.
 Peristiwa bulan terbelah adalah salah satu mukjizat yang yang berlaku apabila orang musyrikin meminta Nabi berbuat demikian.
 Peristiwa yang sedang berlaku di Mekah itu telah disaksikan juga oleh Raja Chakrawati Farmas di negerinya di Malabar, India.
 beliau telah mengutus anak lelakinya sebagai wakil bertemu Nabi S.A.W. Anak lelakinya itu telah memeluk Islam di hadapan Nabi S.A.W dan dalam perjalanan pulang beliau telah meninggal dunia di pelabuhan Zafar di Yaman.
 Agama Islam mula bertapak setelah mula Muhammad al-Qasim telah membuka wilayah Sind pada abad ke 8M. Kedatangan Islam dianggap sebagai hadiah kepada tamadun India kerana telah membuka lambaran baru kepada bumi tersebut.
 Islam telah mempersembahkan ajarannya dengan konsep yang lengkap yang melibatkan hubungan dengan pencipta Yang Maha Esa, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam.
SUMBANGAN AGAMA-AGAMA TERBESAR DALAM TAMADUN INDIA
ILMU MATEMATIK
 Pengetahuan mengenai konsep geometri telah berkembang sejak zaman sebelum masihi lagi.
 Berupaya membezakan nombor abstrak dan nombor kuantiti objek-objek ataupun keluasan ruang.
 Berbanding dengan matematik Greek (Yunani) yang lebih bersifat mengukur panjang, lebar dan geometri, India sudah melepasi tahap ini lebih awal lagi.
 Menggunakan nombor- nombor asas dengan simbol 0 hingga 9
 Telah menggunakan sembilan notasi (notation) bagi 9 angka pertama diikuti dengan angka '0' dan '0' menjadi asas bagi menulis 10, 100 dan sebagainya.
 Sistem perpuluhan adalah ciptaan orang India.
 Telah mengenali nombor-nombor positif dan negatif, kubus serta kuasa 3.
ILMU ASTRONOMI
 Menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan.
 Berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan teknologi peralatan..
 Pakar astronomi Syria, Severus Sebokht (kurun ke-7) berpendapat perkiraan astronomi India adalah sesuai untuk tujuan praktikal dan lebih tepat daripada astronomi Greek.
ILMU FIZIK
 Konsep jirim muncul berdasarkan intuisi dan logika, dan bukannya eksperimen.
 Dipercayai bahawa alam semesta terdiri dari gabungan lima elemen.
 Hampir semua aliran agama di India percaya bahawa unsur-unsur alam kecuali angkasa adalah bercirikan atom.
 Ilmu atom India adalah lebih tulen dan berdikari dengan sumbangan pakar atom
 Latihan bagi meningkatkan kebolehan mendengar dibuat untuk memahami intonasi sebutan mazmur-mazmur Veda dengan lebih tepat
ILMU PERUBATAN
Unsur-unsur bidang perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang wujud sebelum tahun-tahun masihi.
Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun ke-4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen dalam beberapa segi dan lebih maju pada keseluruhannya
SENI HALUS

Dalam bidang seni halus, India telah mencapai kecemerlangan pada awal tahun-tahun masihi lagi.

Bidang muzik, tarian dan drama berkembang maju berbanding dengan seni halus


TARIAN

 seni tarian dan seni muzik mempunyai hubungan yang erat.
 tarian Kathak dengan muzik Hindustani (India Utara)
 Bharata Natyam dengan muzik Karnataka (India Selatan)
 Natya Sastra merupakan teks tarian India dan dicipta oleh Bharata
 Tarian-tarian utama:

• Manipuri = dipersembahkan oleh artis-artis wanita sebagai tarian.

• Bharata Natyam = satu jenis tarian tulen disifatkan sebagai penuh dengan gerakan kompleks, gaya tangan, pernyataan perasaan pada muka, gerakan kaki dan tangan.

 Tarian-tarian minor:
• Orissi
• Mokiniyattam
• Bhagavata Mela Nataka
• Kutiyattam
• Yaksagana

DRAMA

 Natya Sastra merupakan teks drama, muzik dan tarian yang menyumbangkan kepada perkembangan bidang drama.

 Ciri awal seni drama India berbentuk tarian.

 teknik koreografi dan pergerakan pentas dapat dilihat dalam sistem-sistem pelbagai pergerakan fizikal dan menyebutkan 13 gerakan untuk kepala, 36 untuk mata, 10 untuk badan dan lain-lain.

 Tujuan drama Sanskrit adalah untuk menghiburkan para hadirin (ananda) dengan menyampaikan rasa melalui lapan emosi (Sthay Ibhava).

 Contoh drama- drama seperti drama Sakuntala (menggambarkan cinta dan belas kasihan)

 Mudraraksasa (menggambarkan kama).

 Unsur-unsur falsafah dan dramatik yang dimuatkan menyebabkan sesuatu drama yang dipersembahkan itu mengambil masa tiga hingga lapan belas hari.

 Mattavilasa, drama babak solo kurun ke-7 Masihi dipersembahkan selama lapan belas hari


ZAMAN AWAL

Kerajaan Kecil
kepuakan
tidak mempunyai raja

Kerajaan Besar
Diketuai raja (kerajaan kahi,kosala, Magadha)
Raja berkuasa mutlak dan dianggap suci
Brahmin sebagai penasihat dan Kryatria sebagai pemerintah tertinggi


ZAMAN PERTENGAHAN

Diperintah kerajaan Islam selama 800 tahun

Pemberontakan Hindu-Sikh ke atas kerajaan Mughal dan penjajahan Inggeris punca kejatuhan
ZAMAN MODEN

Pembahagian bumi India kepada 3 negara disebabkan pemerintahan Inggeris (India, Bangladesh dan Pakistan).

Umat Islam berpindah ke Pakistan dan Bangladesh
AJARAN SIKH

Naam simran
- meditasi pada nama tuhan

Kirat karni
- hasil seseorang individu melalui cara jujur

Wand kay shako
- amalan menderma

Sewa
-melibatkan diri dalam seva apabila terdapat kelapangan
AJARAN AGAMA ISLAM

Islam dan akidah Islam
- satu agama yang berteraskan aqidah atau keyakinan yang luhur pada Allah Yang Maha Esa.

Islam dan manusia
- mengutamakan kesejahteraan manusia dan seluruh alam.

Hukum halal dan haram
- pengharaman arak, zina, pembunuhan, riba, merompak dan mencuri





SENI BINA DAN SENI UKIR

Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India.

 Ukiran Gua Ajanta dan Ellora serta duit syiling India zaman Gupta membuktikan seni ukir India yang tinggi nilainya.

 Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina bangunan kuil ini, dan masih menjadi misteri dalam seni bina India

 bidang seni ukir, India maju dalam seni ukir logam.

 Pada zaman Muslim (Islam) di India, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang dalam bidang seni bina dan seni ukir.

 Pembinaan dasar menampakkan sepenuhnya ciri-ciri seni bina Islam tetapi kerja-kerja pengindahan sesuatu bangunan banyak melibatkan ciri-ciri Hindu.

 Contoh gaya seni bina dan seni ukir Indo-Parsi:

• Bangunan kuil dewa Govinda
• Taj Mahal dan Jami Masjid (1644- 58) yang dibina semasa ShahJahan

AGAMA HINDU

• sebuah agama yang dianuti oleh ramai penduduk di benua kecil India

• bermula di Lembah Sungai Indus

• terbentuk hasil campuran antara kepercayaan orang-orang Indus dan orang–orang Aryan dari Asia Tengah.

• dikenali sebagai Sanataradharma iaitu agama yang abadi atau tidak mempunyai permulaan dan kesudahan.

• Brahmanisme yang merujuk kepada kepercayaan bahawa dunia ini bermula dengan wujudnya ‘roh’ dunia yang digelar sebagai Brahman

• mempercayai kewujudan tuhan dan berpegang kepada konsep Trimurthi iaitu tiga penjelmaan yang bererti kewujudan tiga dewa jelmaan tuhan
 Brahma atau dewa pencipta
 Vishnu atau dewa pelindung
 Siva atau dewa pemusnah

AGAMA BUDDHA

• diasaskan oleh Siddharta Gautama

• beliau dilahirkan dari suku Sakya pada awal masa Magadha 546–324 SM

• Beliau bukanlah seorang dewa, tetapi cuma seorang guru.

• Perkataan Buddha berasal daripada perkataan ‘bodhi’ yang bermaksud hikmat dan mendapat kesedaran.

• Agama Buddha menunjukkan bahawa seseorang manusia itu sudah mencapai taraf kesedaran kerohanian yang sempurna

• Agama Buddha mempunyai kitab-kitab tersendiri iaitu Tripitaka yang bermaksud ‘Tiga Himpunan Hikmah’
 Sutta Pitaka
 Vinaya Pitaka
 Adhidhamma Pitaka

• Pengajaran agama Buddha tertumpu kepada permasalahan utama umat manusia dan penderitaan yang sering dialami oleh mereka


AJARAN BUDDHA

• Tidak membedakan kelas / kasta.
Agama Buddha mengajarkan bahawa manusia menjadi baik atau jahat bukan kerana kasta atau status tetapi dinilai oleh perbuatannya sama ada baik atau buruk.

• Menekan bahawa agama Buddha adalah agama yang suci
Yang dimaksudkan di sini adalah agama tanpa pertumpahan darah. Buddha sendiri melarang penyebaran ajaranNya melalui senjata dan kekerasan.

• Hukum Sebab Akibat. Kebenaran universal.
Hukum sebab dan akibat dikenal sebagai Karma. Tidak pernah sesuatu terjadi pada kita kecuali kita layak menerimanya disamping itu,fikiran dan tindakan kita menentukan jenis kehidupan yang dapat kita miliki

AJARAN AGAMA HINDU

• Buku Thirukural mengajar beberapa ajaran-ajaran yang penting dalam kehidupan.
 mengajar setiap manusia tentang cara hidup
 terdiri daripada 1330 kural dan menjadi nasihat kepada semua keadaan hidup
 berasal dari vedas dan teks suci

• Prinsip dan ajaran yang perlu dipatuhi seperti :

-tidak memakai kasut ataupun selipar ketika berada di dalam kawasan kuil, perlu diamalkan sebab sebagai tanda hormat kepada dewa dan tempat ibadat tersebut

-orang India juga perlu berpuasa. Puasa terbahagi kepada dua, iaitu berpuasa dengan makan vegetarian iaitu “saivem” dan lagi satu adalah berpuasa selama 24 jam “virutham”

-Hinduism mempunyai percaya yang kuat dalam karma. Karma adalah pengumpulan tindakan masa lalu. Tindakan yang baik atau tindakan buruk akan memberi kesan terhadap karma.

KESIMPULAN


Tamadun India adalah unik kerana perkembangannya meliputi banyak aspek seperti agama, matematik, seni, astronomi dan sebagainya. Tamadun ini turut dianggap unggul kerana telah melahirkan beberapa agama besar dunia seperti Hindu, Buddha, Jaina dan Sikh. Di samping itu, perkembangan agama Islam ke kawasan Asia turut dikaitkan dengan peranan tamadun ini. Akhir sekali, kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengambil pengajaran dari pengalaman dahulu bagi menjaga ketamadunan negara dan agama kita. Tamadun India merupakan panduan pelbagai bentuk budaya hingga melahirkan variasi dalam perkembangan tamadun ini
AGAMA-AGAMA BESAR DALAM TAMADUN INDIA
Full transcript