Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

CERPEN: Cinta Ahmad Mutawakkil

No description
by

Amiratul Faqihah

on 28 February 2016

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of CERPEN: Cinta Ahmad Mutawakkil

Latar
Sinopsis
Cerpen ini telah menggunakan pendekatan sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telah memeranjatkan penduduk kampung yang ketika itu sedang berdoa seusai solat maghrib. Setelah menjelaskan keadaan Ahmad Mutawakkil yang parah, terkulai lalu pengsan, penulis mula mengimbas kembali kisah perjuangan anak muda tersebut bermula daripada perubahan sosioekonomi penduduk kampung kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran mereka bukan sahaja berjaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad Mutawakkil membesar sebagai pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan sahaja menjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di kampungnya, malahan turut bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.
Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad Mutawakkil menyampaikan khabar kepada penduduk kampung tentang pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membawa kelegaan dan rasa syukur mereka. Ahmad Mutawakkil kemudiaannya digambarkan sebagai pemuda yang berjiwa pemimpin apabila dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan pidatonya yang membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Dalam masa yang sama Ahmad Mutawakkil berjaya mengajak penduduk kampung untuk menjalinkan silaturahim dengan Tuan Booth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi masyarakat di situ. Cerpen ini juga dikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra yang sering menjadi tanda tanya kepada penduduk di situ.
Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948 di Perak apabila darurat diisytiharkan kerana Parti Komunis Malaya mula menggila. Ahmad Mutawakkil tetap mengajak masyarakat kampungnya berjuang tanpa menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak komunis telah memberi amaran kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang kampung membenci komunis.
Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangat perjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalui pidato citra merdeka dan kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Setelah ditemui oleh seorang budak lelaki yang tidak dikenali seusai majlis ceramah tersebut, Ahmad Mutawakkil pergi dan tidak pulang-pulang sehingga dia datang pada malam esoknya di surau kampung dalam keadaan berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil terbunuh namun semangat perjuangannya terus membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka rindu akan kata-kata semangat anak muda itu “ Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan Booth sekeluarga pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta yang mendalam Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke kampung tersebut untuk meneruskan kehidupannya di situ.
Tema
Tema perjuangan mementang penjajah. Ahmad Mutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara melalui perjuangan menentang penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis.
Ahmad Mutawakkil telah menggunakan penguasaan ilmunya dalam menjadi penyebar maklumat tentang penjajah kepada mesyarakat di kampungnya. Sejak usia belasan tahun lagi, Ahmad Mutawakkil telah menonjolkan dirinya seba
gai
seorang pemim
pin
muda yang berpengaruh.
Hal ini dibuktikan melal
ui pi
dato- pidato y
ang
disampaikan kepada masyarakat kampung untuk meniupkan semangat patriotisme dalam dir
i
setiap ahli masyarakat. Ahmad Mutawakkil merupakan seorang pemuda yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakan tidak sanggup menerima sebarang pujian selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk menentang komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum mengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan pengorbanannya terus diingati oleh masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati kata-kata anak muda itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”.
Persoalan
1. Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung
Contoh: Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat kampung apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk penduduk kampung sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah. (m/s 40)

2. Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan
Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir dengan cara bekerja dengan orang putih. (m/s 41)

3. Persoalan kesan kedatangan penjajah
Contoh:Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang. (m/s 42)

4. Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin
Contoh: Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelah pemergian Tuan Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya.(m/s 43)

5. Persoalan kepentingan menguasi ilmu dalam kehidupan
Contoh: Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkan maklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris. (m/s 44)

6. Persoalan semangat patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan
Contoh: Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat buruk, berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu untuk merdeka. (m/s 50)

- Surau kampung - Ahmad balik dalam keadaan cedera parah di surau itu pada waktu selepas maghrib. Di surau itu dia meninggal dunia kerana ditembak oleh komunis.

- Banglo Tuan Booth - Tuan Booth tinggal di banglo estet itu bersama keluarganya. Di situ juga 5 orang dibunuh oleh komunis.

- Estet Ephill dan Estet Sungai Siput - komunis membunuh 3 orang pengurus estet berbangsa Inggeris.

- Bandar - Ahamad bekerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat Inggeris kepada penentang Jepun.

- Tanah Estet Tuan Booth - tempat 15 keluarga buruh dari India tinggal dan bekerja di estet itu.

- Laman estet Tuan Booth - Komunis melepaskan tembakan ke udara untuk menakut-nakutkan orang kampung daripada menentang mereka.

- England - Tuan Booth dan keluarganya pulang ke England selepas seminggu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
3. Latar Tempat:
2. Latar Masa:
1. Latar Masyarakat:
- Pertengahan tahun 30-an - Tuan Booth datang ke kampung itu dan membuka estet getah serta menggaji ratusan buruh.

- Waktu pagi - 5 orang komunis memasuki banglo tuan Booth dan mendesaknya supaya menasihati Ahamad agar tidak menghasut rakyat menentang komunis.

- Waktu petang - tuan Booth selalu pergi ke surau untuk bersembang dengan penduduk kampung.

- Waktu malam - Ahamad selalu menyampaikan pidato untuk menyedarkan rakyat supaya menuntut kemerdekaan.

- Tahun 1941 - tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dan Tuan Booth keluar dari banglonya untuk menyelamatkan diri.

- Malam Jumaat - Ahmad melangkah lemah kerana kecederaan ke surau kampungnya. Dia meninggal dunia pada malam itu kerana ditembak komunis.

- 31 ogos 1957 - penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana kemerdekaan negara dan mengadakan tahlil untuk Ahmad.

- Seminggu selepas merdeka - tuan Booth balik ke England.

- 31 Ogos 1958 - Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana dia terkenang akan cintanya kepada Ahamad.
- Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi - Ahamad memberi pidato kepada penduduk kampung supaya bangun menentang penjajah dan komunis.

- Masyarakat Melayu - tinggal di kawasan pedalaman sejak 3 generasi yang lalu dengan berkebun dan bersawah padi.

- Masyarakat yang bersatu padu - orang kampung membentuk 3 kumpulan untuk bersama-sama mencari Ahamad yang hilang.

- Masyarakat yang menjadi mangsa keganasan - Ahmad, 5 orang penghuni bunglo dan 3 orang pengurus estet berbangsa Inggeris menjadi mangsa keganasan komunis.

- Masyarakat penjajah yang bertindak mengaut keuntungan - Tuan Booth membuka ladang getah di Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan.

- Kumpulan komunis - kumpulan ini bertindak ganas dan kejam membunuh ramai mangsa termasuk Ahamad.
CERPEN: Cinta Ahmad Mutawakkil
Gaya Bahasa
1.
Bahasa Arab
- solat maghrib/ Alhamdulillah/ syahadah
2.
Bahasa slanga/ bahasa pasar
- "Gua tau...lu... Kasi tau sama ....."
3.
Repitasi/ pengulangan
- Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.
4.
Personafikasi
- ...ketenangan merayap ke seluruh negara...../ diratah atau dirobek peluru.
5.
Simile
- Sawah pula, laksana lautan emas.....
6.
Metafora
- garisan perang/ bola matanya/ sayap parti
7.
Sinkope
- tak, tu, dulu, tau
8.
Peribahasa
- anak angkatnya, minta diri, tangan kosong

Nilai
1.
Kasih sayang
- Tuan Booth membawa semua keluarganya keluar dari bunglonya seminggu sebelum Jepun menjajah.

2.
Patriotisme
- Ahamad berjuang meniupkan semangat mendapatkan kemerdekaan kepada penduduk kampungnya dan menentang kekejaman komunis.

3.
Keberanian
- Ahamad berani bersuara dengan lantang dalam pidatonya mengajak penduduk kampung memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah.

4.
Ketabahan
- Ahamad tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya menuntuk kemerdekaan negara.

5.
Kebijaksanaan
- Ahmad bijak mengambil peluang belajar dan menulis bahasa Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo Tuan Booth.

6.
Tanggungjawab
- Imam Ngah Deraman bertanggungjawab menjadikan Ahamad sebagai anak angkat setelah Ahamad menjadi yatim piatu.

7.
Kerjasama
- penduduk kampung dan tuan Booth membentuk 3 kumpulan untuk bekerjasama mencari Ahamad yang hilang ditangkap komunis.

8.
Hormat-menghormati
- Tuan Booth amat menghormati penduduk kampung dan selalu ke surau untuk berbual-bual dengan penduduk.

9.
Mengenang jasa
- Ahamad mengenang jasa tuan Booth yang pernah memeliharanya dengan menghadiri majlis yang dibuat oleh tuan Booth di banglonya.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan yang baik - Ahamad berani bersuara lantang mengajak penduduk supaya berjuang mendapatkan kemerdekaan.

2. Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme - Ahamad mengajak penduduk kampungnya supaya berusaha mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah.

3. Kita mestilah bekerjasama dan saling membantu - penduduk kampung dan tuan Booth bekerjasama untuk mencari Ahamad yang hilang kerana ditangkap komunis.

4. Kita mestilah mengenang budi - Ahamad mengenang budi tuan Booth yang pernah memeliharanya dengan menghadiri majlis tuan Booth di banglonya.

5. Kita mestilah menyayangi keluarga kita - tuan Booth membawa keluarganya berpindah sebelun Jepun menjajah kampung itu.

6. Kita mestilah mengambil peluang untuk membaiki diri - Ahamad mengambil peluang untuk belajar menulis dan bercakap Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo tuan Booth.
Full transcript