Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK

No description
by

on 31 October 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK

SURUHANJAYA REID
Bertanggungjawab menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Perlembagaan digubal berdasarkan perkara2 berikut:
1) Pembentukan persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat
2) Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu
3) Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong
4) Pemeliharaan hak2 istimewa orang Melayu serta hak2 sah milik kaum2 lain
5) Pembentukan sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu

Objektif:
1) Ada peluang sepenuhnya untuk pertumbuhan sebuah negara yang bersatu padu, babas dan deMokratik
2) Ada kemudahan lengkap untuk membangunkan sumber negara dan mengekalkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat

Membuat pertemuan secara terbuka dan seriing mengadakan mesyuarat tidak rasmi.
Dihormati kerana bukan sahaja daripada parti politik, malahan orang ramai, individu dan Raja-raja Melayu

Kerjasama antara etnik dalam menuju kemerdekaan
- Pada PRU 1955, UMNO diperuntukkan 35 kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC 5 kerusi atas dasar perkongsian kuasa
- Jika orang Melayu bersikap perkauman, mereka boleh menubuhkan kerajaan Melayu, sekaligus menjamin kekuasaan orang Melayu

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK
Apa itu Perlembagaan?
-Dokumen yang mempunyai undang2 tertinggi bagi penubuhan dan kewujudan sesebuah negara dan sistem politiknya.
-Tidak boleh disangkal
-Membatalkan undang2 yang bertentangan
-Di Malaysia dinamakan Perlembagaan Persekutuan Mlaysia
-Mengamalkan perlembagaan bertulis
-Mengguna pakai konsep ketertinggian perlembagaan

Agama Islam
PINDAAN
1) Perkara 159 (4) – memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa persetujuan sesiapa, meliputi perkara2 yang tidak disebut dalam perkara lain.
2) Perkara 161 (E) – mendapat sokongan 2/3 setiap dewan, dipersetujui Yang di-Pertua Sabah dan Sarawak bagi yang melibatkaN kepentingan Sabah dan Sarawak
3) Perkara 159 (S) – mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Malis Raja-Raja yang melibatkan :i) kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa bangsa Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan

SEJARAH
MALAYAN UNION
-Gabenor – jawatan tertinggi
-Sultan2 – raja kehormat
-Majlis membincangkan hal ehwal agama Islam dianggotai sultan2 tetapi Gabenor menjadi pengerusi
-Memperkenalkan kerakyatan jus soli- jika seseorang itu dilahirkan di Tamah Melayu selepas Malayan Union, seseorang itu berhak mendapat kererakyatan dengan mudah
-Diisytiharkan pada 1 April 1946
-Mendapat tentangan hebat kerana:
1) Kuasa Raja2 Melayu dilenyapkan dalam pentadbiran negeri – hanya berkuasa dalam soal asama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu
2) Kerakayatan jus soli
3) Hak sama rata kepada semua warganegara – peribumi tiada keistimewaan
4) Harold Macmichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu melalui ugutan

Prasasti Terengganu
Hukum Kanun Melaka
Undang2 Laut Melaka

Perlembagaan Negeri Johor
Perlembagaan Terengganu

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
-Menggantikan Malayan Union
-Diisytiharkan pada 1 februari 1948
-Kedaulatan raja-raja Melayu dikembalikan
-Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan
-Prinsip jus soli digugurkan

1) Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seseorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.
2) Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja di negeri2 Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mensyaratkan seorang raja mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan berketurunan Raja
3) Sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong didahului dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam
4) Mengikut peruntukan Perkara 3(3), Yang di-Pertuan Agong ialah ketua agama Islam negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan
5) Raja dan sultan di negeri2 beraja ialah ketua agama Islam di negeri masing2. Mereka tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama Islam

6. Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
7. Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda dan perkara ini kekal terjamin.
8. Sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi pembangunan Islam di Malaysia.
9. Peruntukan Islam terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana untuk memindanya memerlukan sokongan majority lebih 2/3 parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
10. Walaupun tidak dibenarkan perbezaan dalam apa-apa juga keadaan dalam mana-mana undang-undang dan perlantikan pihak berkuasa awam, namun terdapat pengecualian terhadap perlantikan bagi sesuatu institusi agama Islam.
11. Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa penyebaran dalam kalangan orang Islam mengenai agama selain daripada Islam
12. Bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah daripada Mahkamah Sivil yang menunjukkan pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah.

BAHASA MELAYU
- Perkara 150(6A) jelas menyatakan bahawa hal2 yang berhubung dengan bahasa Melayu, walaupun dalam darurat adalah dilindungi oleh perlembagaan.
- Perkara 10(4) menjadikan bahasa Melayu antara perkara sensitive yang dilarang daripada dibahaskan di tempat terbuka atas tujuan ketenteraman awam
- Sebagai bahasa rasmi bagi tujuan kerajaan kecuali atas beberapa perkara yang dibenarkan seperti yang termaktub dalam Seksyen 4, Akta Bahasa Kebangsaan
- Perkara 160(B) pula menjelaskan bahawa jika perlembagaan diterjemahkan dalam bahasa kebangsaan dan terdapat percanggahan teks terjemahan dengan teks bahasa Inggeris, maka teks kebangsaan itu mengatasi teks bahasa Inggeris.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan bagi menyatupadukan pelbagai etnik melalui penggunaan satu bahasa yang sama

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap dalam bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu, dan:
a. Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada Hari aMerdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura atau
b. Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

Beberapa perkata yang boleh dibincangkan dalam peruntukan tersebut:
i. Untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud perlembagaan tidaklah semestinya seseorang itu berketurunan Melayu.
Cth: seorang India boleh dianggap sebagai Melayu sekiranya ia menganut agama Islam, menjadi kelazimmannya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu.
ii. Untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud perlembagaan, seseorang mestilah mempunyai sedikit sebanyak perhubungan dengan Persekutuan Tanah Melayu atau Singapura.

Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan boleh memberi peruntukan kepada orang Melayu beberapa bahagian yang difikirkan patut dalam perkara-perkara berikut:
i. Menentukan suatu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam.
ii. Menentukan kadar perizaban permit dan lesen bagi menjalankan sebarang perniagaan atau pekerjaan.
iii. Menentukan kadar perizaban dalam biasiswa, bantuan dan keistimewaan pelajaran dan latihan atau kemudahan khas yang diberikan atau diadakan oleh kerajaan.
Perkara 89, yang menyentuh tentang tanah rizab Melayu seperti berikut:
i. Tanah Rizab Melayu terus menjadi tanah rizab Melayu selepas merdeka.
ii. Mana-mana tanah yang bukan tanah rizab Melayu boleh diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu mengikut undang-undang.
iii. Kerajaan negeri boleh mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu dan bukan Melayu.
iv. Jika tanah tersebut telah dimiliki oleh orang bukan Melayu, maka tanah rizab Melayu tidak boleh diisytiharkan.

DISKRIMINASI PERLINDUNGAN
i. Membetulkan semula ketidakseimbangan politik di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat pelbagai dan baru mencapai kemerdekaan.
- Keutamaan memasuki perkhidmatan awam diberikan kepada orang Melayu dengan tujuan mereka boleh menguasai keadaan politik negara kerana pegawai kerajaan memainkan peranan penting dalam melaksanakan polisi dan dasar pemerintahan.
ii. Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minority supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada ditelenggami golongan majority.
- Cth: dalam Perlembagaan India, hak golongan minotiti seperti bahasa, kebudayaan dan kepercayaan dijamin dan dipertahankan.
iii. Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu sebelumnya.
- Betujuan supaya sebarang perubahan secara radikal tidak berlaku apabila perlembagaan diperkenalkan.
iv. Perlembagaan memberi kuasa kepada kerajaan untuk memperbaiki taraf kehidupan dari segi ekonomi, social dan kebudayaan masyarakat mundur.
- Tanpa diskriminasi perlindungan ini, tidak mungkin masyarakat mundur itu dapat bangun dan bersaing dengan masyarakat maju.
v. Diskriminasi perlindungan juga berlaku disebabkan oleh kompromi antara etnik atau kumpulan tertentu semasa perlembagaan digubal.
- Sesuatu yang diberi kepada kumpulan lain bererti kumpulan memberi itu berhak kepada beberapa keistimewaan yang lain.

PERJANJIAN 20 PERKARA BAGI SABAH DAN PERJANJIAN 18 PERKARA BAGI SARAWAK
Perkara 165 dalam Perlembagaan Malaysia memasukkan Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak. Antara perkara tersebut adalah:

i. AGAMA- Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan sesuatu agama sebagai agama rasmi negeri.
ii. BAHASA- Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi/ kebangsaan, tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had masa.
iii. PERLEMBAGAAN- Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas Perlembagaan Malaysia, tetapi penggubalannya patut melibatkan semua negeri.
iv. IMIGRESEN- Bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat, tetapi soalan tentang keluar atau masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri.
v. KEWANGAN- Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri.
vi. BUMIPUTERA SABAH- Mendapat hak istimewa seperti orang Melayu (Persekutuan Tanah Melayu), tetapi formula berkenaan harus disesuaikan dengan keadaan (sifat demografi) Sabah.


PERMASALAHAN KEBEBASAN BERAGAMA
- Perkara 11(4) memberi kuasa kepada Parlimen atau DUN meluluskan undang2 pengawalan agama bukan Islam dalam kalangan bukan Islam
- Melindungi seseorang itu daripada dipaksa membayar sebarang cukai yang digunakan untuk agama selain agama anutannya
- Kumpulan2 agama berhak menubuhkan atau menguruskan yayasan.
- Harus mematuhi sekatan dalam perlembagaan dan undang2 yang diluluskan Parlimen
KESAMARATAAN
- Perlembagaan memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang2 dan berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang2
- Sebarang bentuk diskriminasi tidak dibenarkan kepada mana2 orang, kecuali yang dibenarkan perlembagaan
PERSOALAN PERKARA 153
- Mengspesifikasikan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan sah bagi ketuanan Melayu.
- Cara paling berkesan dalam mengatasi kemiskinan dan kemunduran etnik Melayu khususnya dari segi pencapaian ekonomi dan pendidikan
Full transcript