Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ATAS TALIAN (ONLINE LEARNING) YANG B

No description
by

isma isz

on 17 May 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ATAS TALIAN (ONLINE LEARNING) YANG B

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ATAS TALIAN (ONLINE LEARNING) YANG BAIK DI INSTITUSI PENDIDIKAN
LATAR BELAKANG
Kajian yang dijalankan oleh Dr. Ahmed Thalal, Ahmad Zaki, Ahmad, Nor dan Mohd Shahriman (2014) menyatakan bahawa penggunaan aplikasi atas talian seperti membangunkan laman web bukan sahaja lebih menarik minat para pelajar, bahkan bersesuian bagi proses P&P terutama dalam bahasa ketiga berdasarkan fungsi yang disediakan di dalam aplikasi atas talian tersebut.
Kajian ini juga disokong oleh Haselah (2006)beliau telah membangunkan satu bahan pembelajaran yang boleh di capai secara atas talian bagi menarik minat para pelajar terhadap sesutau pembelajaran yang mengndungi paparan animasi dan statik seperti imej, ikon dan teks.
KESIMPULAN
Dalam usaha menigkatkan penggunaan sistem pembelajaran secara atas talian sebagai modul pengajaran terkini dalam menyampaikan maklumat berkaitan dengan pembelajaran, semua pihak yang terlibat dalam institusi pendidikan harus memandang wajar dan mengambil tindakan melalui pelaksanakan kajian untuk memperbaiki pengunaan e-pembelajaran dalam konteks pendidikan di negara ini.
Selain itu, ia dapat menbantu institusi sekolah khususnya dalam membuat pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan dan kemajuan teknologi ICT yang boleh meningkatkan intelektual pelajar malalui pembelajaran secara kendiri. Oleh yang demikian, pembelajaran ini sangat bersesuaian kepada institusi pendidikan di negara ini.
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
Perkembangan teknologi masa kini dan dunia secara global telah membawa perubahan yang menuju ke arah kemajuan terutamanya dari aspek perkembangan di dalam sistem pendidikan.
Akibat dari perubahan ini sistem pendidikan dapat dilihat mengalami perubahan yang pesat dalam mengejar perkembangan teknologi dunia global.
Perkembangan teknologi seperti aspek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat telah mendorong berbagai institusi pendidikan di negara ini memanfaatkan sistem pembelajaran secara atas talian untuk meningkatkan aktiviti pembelajaran secara efektif berbanding pembelajaran secara tradisional.
Perkembangan ini menunjukkan bahawa penerimaan teknologi pembelajaran atas talian boleh diterima dan digunakan oleh pelbagai pihak untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembalajaran (P&P).
Perubahan yang melanda melalui proses P&P seiring dengan perubahan arus semasa dalam alat bahan bantu mengajar yang boleh diperhatikan yang bermula dengan penggunaan kaedah pengajaran tradisional yang menggunakan penggunaan papan hitam (black board), seterusnya penggunaan papan putih (white boad), penggunaan teknologi seperti pengintegrasian teknologi maklumat dan penggunaan aplikasi internet dalam sesi P&P.
Proses pengajaran ini secara langsung membolehkan pembelajaran yang moden dan canggih dapat dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang akan melayarinya.
Selain itu, pelajar dapat mengamalkan pembelajaran secara berterusan di samping berupaya untuk menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan melalui pembelajaran yang mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang kreatif dan menarik.
Kemudahan seperti perbincangan secara atas talian antara pengajar dan pelajar juga boleh berlangsung untuk mendapatkan maklumat atau latihan yang lebih berstruktur dan bersepadu daripada kedua-dua pihak.
Dengan yang demikian, E-pembelajaran membantu dalam proses pembentukan pembelajaran sepanjang hayat seperti yang diharapkan oleh dasar pendidikan negara.
LATAR BELAKANG
KAJIAN LITERATURE
PERBINCANGAN
CIRI-CIRI
KEBAIKAN & KEBURUKAN
KESIMPULAN
KAJIAN LITERATURE
Kajian yang dijalanakan oleh Syed Ardi dan P.M. Dr. Zaidatun (2008) yang bertajuk Pembelajaran Masa Depan-Mobile Learning (M-Learning) di Malaysia yang mncadangkan penggunaan mobile learning di Malaysia. Kertas kerja ini juga telah membincangkan tentang perkembangan pembelajaran secara m-learning dalam mengintegrasikan alatan mudah alih dengan senario pendidikan berikutan pada masa kini perkembangan teknolgi dalam alatan mudah alih.
Kajian yang dijalankan oleh Rabeah (2006) yang bertajuk Penggunaan Sistem E-Pembelajaran (E-Learning) Bagi Matapelajaran Teknologi Audio dan Video Digital di Fakulti Pendidikan, UTM. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran ini dengan menggunakan sistem e-pembelajaran adalah tinggi dan sikap pelajar yang menggunakan adalah positif. Oleh yang demikian penggunaan pembelajaran secara atas talian adalah sangat efektif dan boleh digunakan dalam sistem pendidikan melalui proses P&P namum penggunaannya haruslah menfokuskan kepada pemerolehan maklumat yang sama oleh ahli pelayarnya tentang isi dan maklumat sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan secara atas talian.
PERBICANGAN
Penggunaan Mudah
Penggunaan sistem ini mudah digunakan kerana antaramuka (Interface) yang direka adalah memudahkan pelajar untuk mengcapai maklumat didalam antamuka yang boleh membantu pelajar mencapai maklumat sesuatu pembelajaran. Kaedah ini membolehkan guru menjangkakan keperluan pelajar dan membenarkan pelajar untuk meneroka dan memperolehi sumber mengikut keperluan mereka.
Interactiviti
Komponen dalam interaktiviti ini melibatkan komponen seperti internet tools, hyerlinks, browsers, dan servers. Kebanyakkan komponen ini telah difahami penggunaannya oleh pelajar, oleh itu mereka lebih mudah mencapai sesuatu maklumat jika pembelajaran secara atas talian dilaksanaan dalam sistem pembelajaran mereka. Selain itu, pelajar daapat berinteraksi antara satu sama lain antara rakan pelajar mahupun dengan guru melalui ats talian. Respon atau tindakbalas yang diberikan oleh rakan mahupun guru dapat dicapai dengan lebih cepat dengan melaksanakan perkongsian maklumat baru antara satu sama lain melalui e-mail, mahupun perkongsian hyperlinks data.
Multiple Expertise
Dalam pembelajaran atas talian, pelajar lebih cenderung menggunakan penggunaan internet tanpa batasan dan mereka boleh mengcapai pelbagai maklumat dari sumber yang pelbagai. Mereka juga dapat menjemput kepakaran dari luar institusi yang terdiri dari pelbagai bidang untuk berkongsi ilmu pengetahuan mahupun bertanyakan soalan-soalan yang boleh membantu mereka dalam menambahkan ilmu pengetahuan.
Collaborative Learning
Menyediakan medium untuk perbualan, perbincangan, menukar dan berkongsi idea antara satu sama lain dalam menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar sama ada bertanyakan kepada rakan mahupun guru. Pembelajaran ini juga dapat menyediakan platform kepada pelajar untuk bekerja secara dalam kumpulan dan berpasukan selain dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, dan pemikiran yang kreatif dan kritis melalui pelbagai pandangan dan pengalaman yang dikongsikan oleh ahli dalam medium atau interface yang dilayarinya.
Kawalan Pelajar
Melalui pembelajaran secara atas talian, ia dapat membenarkan pelajar yang mengambil bahagian bertindak secara aktif dalam perbincangan atau membuat pemerhatian. Pelajar juga mempunyai kawalan sepenuhnya dari aspek isi kandungan, masa dan maklumbalas dan hal ini dapat menghapuskan tembok yang memisahkan antara pembelajaran di dalam bilik darjah dan dunia nyata. Pelajar bebas untuk menyediakan isi atau maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber selain dari buku teks sekolah. Dengan ini perkembangan ilmu berkembang dengan lebih meluas.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
Kebaikan menggunakan sistem pembelajaran ini aalah memudahkan pengajar atau guru untuk memuat naik bahan-bahan pengajaran, nota-nota, latihan yang berkiatan dengan kuliah. Selain itu, ia juga menjimatkan masa pengajar atau guru memyebarkan ilmu selain pengajran di dalam kuliah, pelajar boleh membuat ulangkaji terlebih dahulu sebelum sesuatu pembelajaran baru dimulai selain dapat menjimatkan kos kewangan kerana pengajar atau guru tidak perlu membuat salinan nota untuk diedarkan kepada pelajar. Ia secara langsung juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan dapat memperkembangkan tahap intelektual pelajar itu sendiri.
KEBAIKAN
Keburukan dalam penggunaan pembelajaran sistem ini adalah mewujudkan kurangnya komunikasi antara pelajar dan pengajar/guru secara bersemuka kerana kedua-dua jarang berjumpa. Hanya komunikasi secara dalam talian sahaja yang dilakukan. Hal ini juga menyukarkan pelajar untuk berkongsi masalah berkaitan dengan pembelajaran kerana perkongsian masalah adalah terhad dalam sistem pembelajaran ini.
Selain itu, risiko terdedah kepada perlanggaran hak cipta atau dengan kata lain mengambil penulisan orang lain tanpa kebenaran untuk dijadikan sebagai dalam tugasan mereka.
Kebebasan mencaai maklumat dari pelbagai sumber membolehkan pelajar meniru hasil kerja orang lain untuk dijadikan hasil kerja mereka dan ini menyebabkan fokus objektif kepada pembelajarn secara atas talian telah disalahguna oleh sesetengah pelajar.
KEBURUKAN
Full transcript