Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

BAB 1 : Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian

No description
by

WaiHoe Chong

on 23 October 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of BAB 1 : Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian

BAB 1 : Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian
FONTS
Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi dan Asimilasi
HASIL PEMBELAJARAN :
menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain.
mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial memiliki keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam masyarakat.
memahami konsep akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang membentuk toleransi ke arah menghasilkan kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian.

Konsep perpaduan Dalam Kepelbagaian
Maksud ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ (unity in diversity) dari perspektif :
Psikologi Sosial - rasa kesatuan’ yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal, yang meliputi juga konteks metafizikal
Antropologi-sosiologi - suatu rumusan yang menyimpulkan bagaimana manusia mengurus dan menyusun, dari segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka
Ontologikal - perlunya mengurus dan menyusun perbezaan ini adalah, pada umumnya, atas keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil.

Antara Perpaduan atau Kesepaduan
Definisi Perpaduan : proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara melalui ideologi
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka
Perpaduan : KeSAMAan atau keSATUan- 1 bangsa, agama, bahasa dan negara.
hanyalah suatu gambaran tentang suatu masyarakat yang sempurna yang tidak boleh menjadi kenyataan
Konsep ‘kesepaduan sosial’ adalah fenomena praperpaduan dan difahami menerusi konsep ‘takrifan harian’ (everyday defined) dan ‘takrifan autoriti’ (authority defined)



Takrifan Autoriti
Cenderung bersifat tetap
Cth: Melayu-menganut agama Islam, bertutur dlm bahasa Melayu, dan mengamalkan adat resam dan budaya Melayu
Takrifan Harian
Takrifan masyarakat awam berbeza dalam kehidupan seharian.
Cth: Melayu-sebahagian bertutur dalam bah. Inggeris.

Takrifan harian oleh masyarakat lebih pelbagai dan terdapat tolak ansur serta saling memahami bagi memastikan kehidupan mereka diteruskan dengan aman tanpa sebarang konflik.

Konsep kesepaduan adalah lebih realistik dalam konteks Malaysia.
Oleh itu, konsep kesepaduan sosial diutarakan untuk menjelaskan fenomena yang berlaku di Malaysia
Pasca Perang Dunia Kedua (PD2)
Rusuhan etnik
Huru-hara Buruh
Darurat dan Pengganas
Perubahan governans: Unitari ke Federalisme

A) ERA KONFLIK (1945-1960)

B) ERA TEGANG TAPI STABIL (1961 – 1970)

Pembentukan Malaysia 1963: Kesan positif & negatif
Konfrontasi 1963-66 - Menganggap Malaysia sebagai “new- Colony” iaitu bakal penjajah yang terbaru untuk menguasai tanah asia.
Konflik etnik terbuka 1964 & 1969
Julai& September 1964, Singapura (dlm Malaysia)
40 nyawa terkorban dan ribuan ditangkap
Mei 1969, di Kuala Lumpur & 3 tempat lain
kira-kira 250 nyawa terkorban
Singapura & Malaysia berpisah 9 Aug. 1965
Cara atasi
- Majlis Perundingan Rakyat
- Jabatan Perpaduan, Rukun Negara
- Dasar Ekonomi Baru

C) ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011)

40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada 2011 peristiwa Kg. Medan yang mengingatkan bahawa faktor ekonomi sangat penting untuk kesepaduan sosial.
Harapan untuk ‘perpaduan’ tetap ada: 1 Malaysia
Apakah anak kunci kesepaduan sosial Malaysia: Hubungan stabil, sama ada di Peringkat Masyarakat, Negara, Pasaran (M+N+P) meskipun sewaktu krisis global.
Masyarakat Malaysia yang matang:
-Suka bertikam lidah tetapi tidak berparangan
-Konflik wujud, namun masih hidup dalam kesepaduan
Keterbukaan dalam perbincangan. Contohnya keterbukaan dalam memberi komen membangun menerusi pelbagai cabang media massa.

Potret Hubungan Etnik di Malaysia
Negara Malaysia dengan kerencaman demografi terus kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik.
Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik.
Malaysia berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun

Menelusuri Hubungan Etnik daripada Perspektif Konflik
Pembentukan ilmu kolonial yang sarat dengan nuansa ideologi orientalisme “membezakan” kumpulan dalam masyarakat agar wujud sempadan binari yang jelas antara mereka yang menjajah dengan mereka yang terjajah.
Mereka yang terjajah pula dikategorikan secara pukul rata melalui perbezaan yang berdasarkan ciri-ciri fisiologi, budaya, bahasa, agama dan etnik yang diesensialisasi dan diitlakkan secara mudah dan cetek.
Ditambah dengan Peristiwa 13 Mei, ada yang meramalkan bahawa projek pembangunan negara bangsa Malaysia akan gagal dan perpecahan.

Memahami Hubungan Etnik daripada Perspektif Kesepaduan Sosial
Masyarakat di Malaysia lebih stabil dan kukuh selepas Peristiwa 13 Mei.
Paradigma alternatif diwujubkan bukan bertujuan untuk menafikan bahawa tiada konflik tetapi sebagai pandangan yang positif dalam menganalisis dan memahami hubungan etnik.
Pemahaman terhadap situasi ini adalah wajar kerana dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia bukan berasaskan konflik tetapi didasari oleh kesepaduan sosial.

Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian sejarah – membina struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya.
Masyarakat Malaysia bersifat dinamik – membina kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan harian secara langsung dan tidak langsung secara berterusan.
Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi – mekanisme untuk mengekalkan toleransi.

AKOMODASI
Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing
Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai
Proses penyesuaian ini berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (kepelbagai bahasa, pengamalan agama & kepercayaan secara bebas bagi kelompok etnik)
Diwakili formula A+B+C = A+B+C

AKULTURASI
Satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.
Akulturasi lebih mudah dicapai melibatkan benda bersifat kebendaan dan yang mendatangkan manfaat.
A+B+C = Abc+Bac+Cab
Contoh: Tali leher, angpau, makanan, dan hiburan

Asimilasi
Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Faktor menyebabkan berlakunya Asimilasi:
Etnik yang berbeza budaya.
Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.
Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.
Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti
Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.
Ia diwakili oleh formula : A+B+C=A

Amalgamasi
Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan bersama.
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.
Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).
Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.
Diwakili oleh formula : A+B+C=D

Akulturasi Budaya
Perkahwinan campur
Unsur-unsur akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi penting untuk memahami hubungan etnik di Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial.
Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur ini sentiasa berlaku di peringkat yang berbeza sebagai mekanisme untuk terus mengekalkan toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial yang wujud pada hari ini.
Rakyat Malaysia di peringkat masyarakat awam tidak mudah terpengaruh untuk bertindak secara melulu, emotif dan menggunakan kekerasan terhadap isu-isu yang ditimbulkan.
Masyarakat Malaysia di peringkat awam telah pun sedikit sebanyak terikat dengan suatu bentuk kesepaduan sosial yang baik dan organisasi sukarelawan masyarakat dan individu daripada pelbagai etnik dan agama

Kesimpulan
KESEPADUAN SOSIAL: PANDANGAN ATERNATIF UNTUK MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA
Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia menggunakan paradigma konflik untuk menganalisis dan memahami setiap permasalahan yang wujud dalam masyarakat.
Pandang sedemikian mengandaikan masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam persengketaan, saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama.

Hubungan Etnik di Malaysia
Tiga Era :
a) Era Konlfik
b) Era Tegang tapi Stabil
c) Era Kesepaduan Sosial
Full transcript