Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

PERJANJIAN ANGLO-BELANDA

No description
by

Jie Jie Ahmad

on 7 May 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of PERJANJIAN ANGLO-BELANDA

PERJANJIAN ANGLO-BELANDA
1824
EKONOMI
HUBUNGAN & PERSAINGAN BRITISH-BELANDA

perjanjian Anglo-Belanda 1824 -menyentuh berkenaan dengan hubungan diplomatik -syarat-syarat Perdagangan
persaingan yang sihat -dalam mengawal kepentingan British dan Belanda
menjaga keselamatan dan kepentingan negara masing-masing
NAMUN- tidak semua isi perjanjian dipersetujui sepenuhnya oleh kedua-dua pihak

PERKEMBANGAN EKONOMI DI NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)

menjadikan British sebagai kuasa Eropah tunggal yg mewarisi hak perdagangan Belanda di Semenanjung Tanah Melayu berdasarkan perjanjian Belanda dengan neger-negeri Melayu sebelum itu
Negeri-negeri Melayu merupakan kawasan kepentingan ekonomi dan politik British yg berpangkalan di NNS
Pd awalnya, tumpuan British yg diwakilkan kepada SHTI lebih kpd usaha melindungi jalan perdagangan ke China dan mendirikan pusat persinggahan di seluruh Semenanjung
Pelabuhan Singapura telah menjadi pelabuhan tersibuk di dunia ekoran pemisahannya dengan Johor
pelabuhan entrepot- pelabuhan Singapura menjadi pusat perdagangan British di Kepulauan Melayu - berjaya menarik ramai saudagar Cina di Selatan China, Borneo, Sulu serta pedagang-pedagang lain dr Pontianak, Kutai, Bali, Lombok, Sumbawa, Kaili dan Makassar

POLITIK

Mengukuhkan pengaruh di kawasan jajahan

Persetiaan Anglo-Belanda 1824 telah membenarkan pihak British dan Belanda mengukuhkan kedudukan di Kepulauan Melayu.
Gugusan Kepulauan Melayu dibahagikan kepada dua lingkungan pengaruh.
Contoh :
Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965 Perkara VII British mengukuhkan kuasanya di Singapura manakala Belanda di Indonesia.
Belanda serah Melaka dan semua jajahan takluk Melaka kepada British - kukuh cengkaman politiknya di Tanah Melayu terutama NNS.
Penguasaan atas Melaka - British kembang pengaruh politiknya ke negeri-negeri Melayu kemudiannya.
Belanda pula kukuh kedudukannya di Indonesia dengan pengunduran British.
Semua kawasan milik Syarikat Hindia Timur Inggeris di Sumatera diserahkan kepada Belanda dan British berundur dari Sumatera dan Bangkahulu.

Menjamin kepentingan politik

Sebelum perjanjian, British dan Belanda tidak mempunyai hubungan yang baik- bersaing dan dasar perdagangan berbeza
Perjanjian Viena (1815) menamatkan perang di Eropah.
Belanda kembali mendapatkan wilayah jajahan yang diamanahkan kepada British - Melaka, Jawa dan Maluku.
Selepas Perang Napoleon, kedua-dua pihak telah mengamalkan dasar berbaik-baik antara satu sama lain.
Belanda terhutang budi dengan Britain - bantuan ketenteraan, kewangan dan menjaga wilayah takluk Belanda di Timur
Britain - kedudukannya di Eropah semakin terancam - menjauhkan diri dari kawan seperjuangan - Russia, Austria dan Prussia-perbezaan idea dan mazhab agama.
Faktor keselamatan - dua buah negara ini saling berdekatan - Belanda negara strategik bagi pihak musuh untuk menyerang England.

MENGAPA PENTINGNYA PERJANJIAN INI KEPADA PERKEMBANGAN ASIA TENGGARA PADA PERMULAAN KURUN KE-19?
Pengenalan
dikenali sebagai Perjanjian London 1824.
ditandatangani untuk mengatasi masalah antara British dan Belanda .
Perjanjian ini telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London
melibatkan dua buah pihak iaitu British dan Belanda.
Pihak British -George Canning
Belanda- Charles W.Wymn.
dilakukan tanpa merujuk kepada mana-mana raja-raja Melayu
peranan yang penting dalam aspek ekonomi, politik, mahupun sosial terhadap perkembangan Kepulauan Melayu dan perjanjian ini lebih berpihak kepada British.

LATAR BELAKANG PERJANJIAN ANGLO-BELANDA 1824
Kemajuan di sektor perdagangan dan ekonomi itu juga telah mendorong perhatian British dan Belanda untuk meluaskan pengaruh dan kekuasaan mereka di Asia Tenggara
Seawal abad ke-16M lagi, Belanda sudah berjaya menguasai beberapa buah pusat perdagangan di Jawa
British pula telah menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786M atas usaha Francis Light yang mengambil kesempatan di atas ketidaktentuan hal-ehwal politik di Kedah
Tidak lama kemudian, British mendapati mereka memerlukan satu lagi pelabuhan baru di Timur untuk menampung lebihan bilangan pedagang dan barangan dagangan di Pulau Pinang yang semakin bertambah selepas pendudukan itu


seorang pedagang Inggeris bernama Stamford Raffles menjumpai satu kawasan unik di Timur yang disifatkannya amat sesuai untuk hasrat British itu iaitu singapura
terletak dalam lingkungan jalan perdagangan Timur-Barat yang strategik
Suasana politik semasa dalam Kesultanan Johor-Riau berikutan perebutan takhta antara Tengku Hussein dengan Temenggung Abdul Rahman dijadikan alasan Raffles untuk campur tangan di Johor
Di Eropah, Perang Napoleon antara British dan Perancis telah berlaku pada tahun 1794M.
Akhirnya, bagi menjaga hubungan baik Perjanjian British-Belanda yang berlangsung di London pada 17 Mac 1824M berjaya dimeterai

INTIPATI PERJANJIAN ANGLO-BELANDA
Tujuan perjanjian adalah untuk menamatkan perbalahan & hubungan tegang antara 2 kuasa ini. Kesannya. Gugusan
Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua iaitu kawasan pengaruh British dan kawasan pengaruh Belanda
Selat Melaka sebagai sempadan antara wilayah

Syarat-Syarat Perjanjian.
1. Butir-Butir Wilayah.
(a) Belanda bersetuju menyerahkan semua loji-lojinya di India. Melaka dan semua jajahan takhluk Melaka kepada pihak Britain.
(b) Belanda bersetuju menarik balik bantahanya keatas pendudukan British di Singapura dan mengiktiraf kedudukan Singapura sebagai pelabuhan Britain.
(c) Blitish bersetuju berundur dari Sumatera dengan menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan milík SHTI Sumetera kepada Belanda.

(d) Belanda berjanji tidak membuka sebarang tempat atau membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pemerintah negeri-negeri Melayu.

(e) British bersetuju tidak akan membuka sebarang petempatan atau membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pemeríntah di Sumatera atan kawasan kawasan selatan dari Selat Singapura. termasuk Pulau-Pulau Karimon dan Kepulauan Rian-Lingga

2. Butir-Butir Perdagangan
(a) Kapal-kapal perdagangan dari kedua-dua buah negara dibenarkan saling memasuki wilayah masing-masing dengan syarat dikenakan bayaran yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak.
(b) Belanda tidak dibenarkan mengamalkan dasar monopoli perdagangan di kawasan Kepulauan Melayu.Kuasa monopoli Belanda hanya dihadkan dalam monopoli rempah di Pulau Muluku.
c) Kedua-dua pihak hendaklah memberi layanan istimewa kepada pihak yang satu lagi semasa berurusan di India.
d) Kepulauan Ceylon (Sri Lanka) dan Kepulauan Melayu.peraturan am tentang cukai kastam yang harus dibayar akan dirangka.



Butir-butir kewaugan.
a) Belanda bersetuju membayar sebanyak 100 000 pound untuk menjelaskan hutangnya kepada British.

Saudagar-saudagar British menjadikan pelabuhan Singapura - pusat pengedaran barangan import dr Britain dan India ke Kepulauan Melayu, manakala hasil tempatan dikumpulkan utk dihantar ke pasaran China
bijih timah merupakan kegiatan ekonomi yg paling penting di bawah kategori NNS - dieksport dr semenanjung ke semua bahagian dunia melalui Selat Melaka iaitu Singapura dan Melaka
Kepesatan perkembangan Singapura telah mengatasi peranan Riau-Lingga dan Betawi sebagai pusat perdagangan di Kepulauan Melayu pd awal kurun ke-19
kegiatan perdagangan di Singapura sangat penting dan bergantung kepada NNS di samping jaringan pengangkutan laut yg baik dan Selat Melaka yg strategik

PEMBENTUKAN DWIEKONOMI

Selepas termeterainya perjanjian - kegiatan ekonomi di Tanah Melayu terbahagi kpd dua jenis iaitu kegiatan ekonomi komersil dan sara diri
perkembangan pengaruh British, Tanah Melayu - dijadikan tumpuan pelaburan para saudagar British dan Cina yg telah menyumbang banyak modal dan membawa masuk teknologi yg mendorong kepada pengeluaran secara besar-besaran
Sejak awal thn 1830-an, petani Cina yg disokong oleh pembiaya Cina di Singapura mula memasuki Johor utk mengusahakan penanaman gambir dan lada - tanaman komersil
digalakkan oleh pihak British dan juga oleh Temenggung Johor - menganggap pertanian sebagai sumber pendapatan
Kegiatan perlombongan berkembang pesat selepas tahun 1840-an - kawasan Larut dan dan Kuala Lumpur dibuka yg mengakibatkan ramai orang Cina datang ke situ

Disebabkan kegiatan perlombongan dalam kalangan orang Melayu adalah kerja sementara, tidak teratur dan ekonomik, pergantungan kpd buruh Cina dari NNS tdk dapat dielakkan
Lantaran itu, peranan pemerintah Melayu telah dihadkan kpd pengutipan cukai eksport dan import serta urusan memperuntukkan konsensi kepada pelabur sahaja
Keadaan ini memperlihatkan kehilangan pengaruh orang Melayu dalam sektor perlombongan - mereka hanya terlibat dalam aktiviti ekonomi berbentuk sara diri yg berskala kecil-kecilan
Menurut Andaya - orang Melayu digantikan oleh orang Cina dalam industri perlombongan dan perdagangan kerana mereka dikatakan tdk sanggup berkerja untuk upah di estet dan lombong meskipun mereka dikenali sebagai pelombong yg cergas, selain pihak British menggalakan kemasukan buruh Cina untuk mengutip cukai
wujud perbezaan bentuk kegiatan ekonomi antara dua kaum disebabkan orang Cina memiliki modal yg besar - orang Melayu tdk mampu membiayai aktiviti perlombongan di permukaan tanah yg dalam

KEPESATAN PERKEMBANGAN PERDAGANGAN

kepesatan perkembangan perdagangan - pelabuhan Singapura dan Pulau Pinang
Singapura muncul sebagai pusat perdagangan utama-tamat kuasa monopoli Belanda
lebih ramai pelabur mula melabur di negeri-negeri Melayu

MASALAH PERLANUNAN

Usaha membanteras kegiatan lanun bermula sebelum perjanjian Anglo –Belanda ini termeterai-gagal
BELANDA-SUMATERA
BRITISH-P.PINANG & SINAGAPURA
Perjanjian 1824- kedua-dua pihak mempunyai tanggungjawab yang sama menghapuskan masalah perlanunan
kelebihan dalam aspek senjata, ketenteraan, senjata dan perkapalan
kelebihan orang tempatan untuk membentu usaha menghapuskan masalah perlanunan.
berjaya- di bawah pimpinan Jeneral Bonham bagi melawan lanun di lautan

British Dapat Meluaskan Pengaruhnya di Tanah Melayu
British kembang kuasanya di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.
Pelabuhan berkembang pesat - perdagangan begitu maju.
Perkembangan ini mempengaruhi perkembangan ekonomi di negeri-negeri Melayu.
British sentiasa mencari peluang mengembangkan pengaruhnya ke atas negeri-negeri Melayu yang lain.
Negeri-negeri Melayu kaya dengan sumber hasil bumi seperti emas, dan bijih timah.
British telah terlibat secara tidak langsung dalam politik tempatan - penglibatan saudagar Eropah dalam hal-ehwal politik tempatan.
J.G. Davidson misalnya telah menjadi penasihat utama kepada Tengku Kudin sejak tahun 1872.
Terdapat juga syarikat dan orang perseorangan diberi konsesi.
Mereka ini kemudiannya telah mendesak British campur tangan demi kepentingan perdagangan.
Selepas Perjanjian Pangkor 1874, satu demi satu negeri-negeri Melayu jatuh ke tangan British.

SOSIAL
KESIHATAN
Malaria, disentri, penyakit tropika beri-beri dan lain-lain adalah biasa, manakala wabak cacar, taun, demam perut dan penyakit lain melanda dengan tiba-tiba dan menjadi bencana dalam kehidupan.
Pembukaan negara dengan perlombongan serta penanaman kawasan baru, jalan baru dan kereta api, bandar baru diiringi oleh kadar kematian yang tinggi, hutan dara penuh dengan paya malaria yang membahayakan.
Langkah-langkah pembangunan untuk memenuhi masalah perubatan Malaya boleh diringkaskan di bawah tiga tajuk utama.

-penyediaan hospital
-penubuhan Sanitari Lembaga Bandaran
-pengaplikasian hasil penyelidikan perubatan.

PENDIDIKAN
Bangunan dan penyelenggaraan sekolah-sekolah moden di Tanah Melayu pada mulanya merupakan kerja sukarela bag setiap individu atau kumpulan termasuk masyarakat mubaligh agama.
Semua ini adalah jenis misi sekolah. Mereka mula terutamanya dengan dana sukarela tetapi mereka menerima sedikit sokongan kerajaan dalam bentuk geran daripada Selat dan kerajaan FMS.
Sekolah vernakular India mempunyai mereka yang sebahagian besarnya bermula dari estet getah di mana pemilik ladang telah diwajibkan untuk membina sekolah kepada anak-anak pekerja mereka.
Sekolah-sekolah vernakular Cina awal telah diasaskan oleh usaha masyarakat Cina, kebanyakannya tanpa apa-apa bantuan kerajaan.
lebih banyak sekolah semua jenis, lebih banyak latihan guru dan kemudahan universiti dan pendidikan yang lebih teknikal untuk memastikan masyarakat menerima pendidikan yang terbaik.

BILANGAN PENDUDUK
Bilangan penduduk di Asia Tenggara adalah lebih ramai di pusat-pusat Bandar dan terdiri daripada pelbagai suku kaum.
Bilangan hamba telah berkurang sejurus dengan pemansuhan aktiviti perhambaan terutamanya dalam perdagangan hamba.
Ajaran agama Kristian juga telah menyebabkan golongan hamba untuk menerima ilmu serta menuntut kemerdekaan
Kebanyakkan adalah yang mahir dalam bidang agrikultur serta pembuatan( artisan dan tukangan) dan majority terbesar adalah pedagang.
Corak rakyat ini telah timbul dengan perkahwinan dengan rakyat setempat serta penyebaran agama lain yang telah menarik minat untuk menganuti agama tersebut
Kesimpulan
Telah menimbulkan pelbagai kesan dan kepentingan yang tidak terhitung banyaknya kepada kedudukan kuasa mereka, dan seterusnya kepada perkembangan Asia Tenggara selepas kurun ke-18M. Pembahagian kawasan pengaruh yang besar, disusuli pula oleh penghapusan sistem perdagangan tradisional dan kejatuhan Kesultanan Johor-Riau juga adalah bukti perjanjian tersebut dibuat tanpa mengambil kira kesan jangka panjang yang akan terjadi kepada sosio-politik di Asia Tenggara
SEKIAN TERIMA KASIH
AHLI KUMPULAN
NURUL AFZAN BINTI AHMAD
ANI BINTI AMBOCHE
AZIMAH BINTI HAMZAH
JANANEE A/P SUBRAMANIAM
KARTINA ANAK ALAN
ERIENT IDAYATI ANAK ACHUNG
SYAFIQAH BINTI AHYA
NORLIDA BONAT



Full transcript