Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

BML 3073 KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

No description
by

on 27 December 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of BML 3073 KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Aktiviti Mentafsir Sajak
Ahli Kumpulan:-

1. Maishara Binti Mansor (D20131063137).
2.Amirah Izzati Binti Salleh (D20131063095).
3.Siti Norashikin Binti Kamaruddin (D20131063099).
Teknik Mentafsir
Bahan sastera terutamanya puisi seperti sajak, perlu ditafsir bagi mendapat makna yang jelas. Ini kerana walaupun baris-baris puisi itu pendek, tetapi ia mempunyai maksud bersimpang siur dan dalam maknanya. Puisi-puisi ini juga mengandungi unsur-unsur seperti nilai budaya, masyarakat, pemikiran dan keindahan murni penciptanya.
Sajak Mahsuri Tingkatan 4
1.Guru meminta pelajar mentafsir sajak mahsuri.

2.Guru membahagikan pelajar kepada kepada empat kumpulan bagi membincangkan tema, persoalan, gaya bahasa, dan nilai pengajaran dalam sajak mahsuri.

3.Guru memberi masa selama 15minit kepada pelajar untuk berbincang dengan ahli kumpulan masing-masing.
4.Guru kemudiannya melantik ketua kumpulan bagi membentangkan hasil perbincangan mereka.

5.Tugas guru kemudiannya untuk memberikan komen pada setiap hasil perbincangan para pelajar.

6.Selepas pelajar membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing, guru perlu memberikan contoh bagi membimbing pelajar cara-cara mentafsir sajak. Contohnya :-
7.Guru seterusnya menerangkan kepada pelajar maksud sajak berdasarkan contoh rangkap satu sajak mahsuri.
Maksud rangkap 1 sajak Mahsuri :


Sajak ini mengisahkan tentang diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi lagenda di Pulau Langkawi. Mahsuri digambarkan sebagai lambang wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia dibunuh telah menjadi lagenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, kini langkawi telah membangun dengan pesat dan maju.

8.Disini guru menerangkan kepada pelajar dengan membuat kesimpulan bahawa akibat daripada sumpahan terhadap Mahsuri di Pulau Langkawi telah menyebabkan pulau ini telah membangun dengan pesat dan maju
Analisis Sajak Mahsuri
Tema: Sejarah dan sastera begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi negara.

Persoalan:
1) Perbuatan memfitnah dalam kalangan masyarakat.Mahsuri dihukum bunuh kerana fitnah yang dibuat ke atasnya.

2) Sumpah dan dendam.Kezaliman yang berlaku menimbulkan dendam sehingga terjadinya sumpah Mahsuri tujuh keturunan.

3) Sastera dan sejarah mempunyai nilai ekonomi. Sejarah dan sastera tanah air dapat menjadi alat untukmemajukan ekonomi negara.

4) Kesetiaan yang tidak dihargai.
5) Kesusasteraan mampu menyerlahkan sejarah Pulau Langkawi.
6) Pertikaian tentang kewujudan kisah Mahsuri di Langkawi.
Sajak Mahsuri
Selendangmu mengibar di pantai
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambutmu menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini
BML 3073 KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Bentuk
Terdiri daripada dua rangkap.
Bilangan barisnya tidak sama.
Rangkap pertama mengandungi enam belas baris, manakala rangkap dua mengandungi sebelas baris.
Setiap baris mengandungi antara satu hingga enam patah perkataan.
Rima akhirnya bebas iaitu
abbaccdedfaaaaba
dan
abbaccdeeed.
Sajak ini berbentuk bebas.

Nada
Melankolik

Gaya Bahasa


Aliterasi- Pengulangan bunyi huruf konsonan dalam baris yang sama secara berturutan. Contohnya dalam R1;B5:-


ra
m
but
m
u
m
enjadi jalur hita
m
- konsonan 'm'

Asonansi- Pengulangan bunyi huruf vokal dalam baris yang sama secara berturutan. Contohnya dalam R1;B14:-

sump
a
h itul
a
h y
a
ng tel
a
h menghidupk
a
n L
a
ngk
a
wi - vokal 'a'

Responsi - Pengulangan frasa atau perkataan ditengah-tengah baris secara mendatar. Contohnya:-


jatuh di tujuh telaga, -R1;B8
dendam tujuh keturunan,-R1;B9
melengkung tujuh tanjung,-R1;B10


Metafora- Perbandingan antara unsur abstrak dengan konkrit dalam puisi. Contohnya :-


melengkung tujuh tanjung
- R1;B10

putihlah pulau ini
- R1;B11

Sinkof - Singkatan kepada perkataan. Contohnya :-


kerana tanpamu

Personifikasi - Sifat manusia yang diberikan kepada benda. Contohnya:-


nyanyian ombak pagi
- R1;B4
Nilai



Nilai Kesetiaan. Kita hendaklah setia terhadap pasangan masing-masing. Hal ini demikian kerana,kesetiaan itu akan menjamin kebahagiaan. Sebagai contoh, Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya.

Selendangmu mengibar di pantai,
menyambut tetamu pulau,
setiamu menjadi lagu.

Nilai Kreativiti penulis. Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah. Contohnya:-

kata orang Mahsuri tidak pernah hidup,
dia hanya bermula dengan,
khayalan seorang seniman,
Nilai menghargai. Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera sebagai warisan negara supaya generasi akan datang tidak lupa akan sejarah tersebut. Contohnya:-

tetapi bahasa seorang pencerita,
membuatnya lebih hidup dari kehidupannya,
sastera yang mewarnai tanah air,
kerana tanpa Mahsuri,
langkawi tidak sebegini bererti.

Nilai Patriotisme. Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan Negara bangsa yang berjaya. Contohnya:-

Mahsuri,
sumpah itulah yang telah menghidupkan
Langkawi.
kerana tanpamu,
Langkawi tidak sebegini,
PENGAJARAN

Kita hendaklah menhargai sastera dan sejarah
. Karya sastera dan sejarah negara sangat penting kerana mampu menonjolkan sesuatu tempat. Contohnya;-


tetapi bahasa seorang pencerita
membuatnya lebih hidup dari kehidupannya
sastera yang mewarnai tanah air
kerana tanpa Mahsuri
langkawi tidak sebegini bererti.

Jangan kita berdendam dan bersumpah kerana banyak musibah.
Dendam dan sumpahan Mahsuri menyebabkan pulau Langkawi tidak membangun selama tujuh keturunan. Contohnya :-


air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan.


Kita hendaklah setia terhadap pasangan kita
. Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya. Contohnya :-


Selendangmu mengibar di pantai,
menyambut tetamu pulau,
setiamu menjadi lagu.

Kita hendaklah mengelakkan daripada membuat fitnah.
Fitnah akan membuatkan masyarakat hidup dalam keadaan haru-biru dan saling tidak mempercayai. Contohnya :-


rambutmu menjadi jalur hitam,
terapung di laut malam,
air matamu dingin embun,
jatuh di tujuh telaga,
dendam tujuh keturunan.

Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara.
Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah. Contohnya :-


kata orang Mahsuri tidak pernah hidup,
dia hanya bermula dengan,
khayalan seorang seniman,
9.Sebagai aktiviti pengukuhan, guru juga boleh menyediakan aktiviti mendengar rakaman. Guru memperdengarkan sajak Mahsuri dan kemudiannya meminta pelajar memberi makna atau tafsiran bagi sajak yang diperdengarkan. Bagi menimbulkan keseronokkan dalam aktiviti ini, guru boleh menjalankan aktiviti secara pertandingan iaitu meminta pelajar membentuk beberapa kumpulan. Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat melibatkan diri secara aktif. Ini kerana setiap pelajar perlu berusaha memberikan jawapan terbaik supaya kumpulan mereka berjaya mengatasi kumpulan-kumpulan yang lain. Selain itu, secara tidak langsung dapat melatih pelajar mentafsir sajak dengan cepat.
Sekian,
Full transcript