Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

CITARASA MAKANAN MALAYSIA SEBAGAI SIMBOL AKULTURASI MASYARAK

No description
by

amalina aduka

on 23 November 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of CITARASA MAKANAN MALAYSIA SEBAGAI SIMBOL AKULTURASI MASYARAK

PENDAHULUAN
KESIMPULAN
GOAL!
NURAMALINA BINTI ADUKA
NOR AMIRA BINTI ABU BAKAR
WAN NOORMELLISA ARDILA BINTI WAN ROSNAN

CITARASA MAKANAN MALAYSIA SEBAGAI SIMBOL AKULTURASI MASYARAKAT MALAYSIA

Dari segi sejarah, kaum Melayu mempunyai elemen elemen dan asal usul dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh tersebut maka masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara negara tersebut. Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang melayu tetapi di pelopori oleh kaum Cina dan India.

Sejarah perkembangan kaum Cina bermula di negeri Melaka dimana pengaruh dari negeri China ini telah menular pada abad ke-15. Pengaruh ini bermula dengan lawatan admiral China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum. Dari segi masakan bagi kaum Cina, bahan utama yang sering digunakan dalam masakan mereka ialah bahan soya seperti tauhu, taucu dan kicap soya.

Masakan nyonya pada masa kini sangat diminati oleh pelbagai kaum di Malaysia. Kaum nyonya bermastautin di Melaka dan Penang. Keturunan nyonya ini dikatakan berasal dari kaum Cina dan Amoy (Xiamen) dan Fukian. Pada abad ke-12 mereka mengahwini gadis melayu tempatan dan seterusnya berkeluarga dimana anak lelaki mereka dipanggil baba dan anak perempuan dipanggil nyonya. Contoh masakan nyonya ialah bubur caca, ikan bakar dan air asam, nasi kerabu dan lain lain.

Kaum India mula menapak di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh kerajaan Inggeris, kaum India dibawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang ladang getah dan seterusnya menetap disini. Kaum India sinonim dengan roti canai atau paratha dan puri. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak yang diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.
RENDANG
Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau dan juga Melayu bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya.
Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya.
Masakan ini juga amat digemari di semua kalangan masyarakat, baik di Sumatera, Barat Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan, manakala rendang tok pula terkenal di negeri Perak.
Rendang juga disebut dalam banyak kesusteraan melayu klasik seperti Hikayat Amir Hamzah yang membuktikan ia adalah masakan melayu sejak 1550-an.
KARI
Kari adalah masakan asal Asia Selatan terutama dari India yang telah meluas ke seluruh negara dikawasan Asia Pasifik dan Eropah.
Jenis rempah-rempah yang digunakan bergantung pada jenis kari dan negara asal masakan. Serbuk kari (curry powder) atau masala adalah campuran dari berbagai jenis serbuk dan rempah yang pertama kali dibuat oleh orang inggeris pada zaman Kemaharajaan Britania kerana rindu dengan kari India.
Dalam bahasa-bahasa Dravida, kari beerti sayuran dalam sos. Kata Kerja karughi dalam bahasa Tamil beerti menggoreng dengan minyak yang panas atau membakar.
Dalam bahasa Kannada kari juga beerti menggoreng atau hidangan gorengan. Dalam sebahagian bahasa-bahasa India Selatan, kari membawa maksud lauk dalam berbagai masakan sayuran dan daging yang dimakan bersama roti atau nasi.
LEMANG
Negara asal lemang adalah dari Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Ianya berada dikawasan Asia Tenggara sahaja.
Di Malaysia, lemang telah pun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak tahun 1864 lagi. Lemang juga merupakan makanan orang orang asli Negrito yang ada di Kelantan. Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga menggemari lemang sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenali dengan jolokkan “Kota Lemang”.
Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti kaum Negrito dan suku Semai
YEE SANG
Hidangan Yee Sang dipercayai dicipta kira-kira 1,500 tahun lampau di kawasan pantai selatan China terutamanya di wilayah Chaozhou dan Shantou semasa pemerintahan Dinasti Song.
Dalam kalangan masyarakat cina, mereka begitu menekankan hidangan ini kerana dengan menjamah Yee Sang, mereka percaya hidup seseorang itu diberkati dengan kesejahteraaan serta dipanjangkan umur.
. Pada zaman dahulu, Yee Sang hanya dihidangkan semasa Tahun Baru Cina namun seiring sengan trend semasa dan peredaran masa, Yee Sang mula dijual di restoran cina, hotel, gedung membeli belah kira kira sebulan sebelum tibanya hari perayaan.
NASI BRIYANI
Nasi briyani adalah hidangan daripada beras basmati yang dimasak bersama rempah-rempah, sayuran, atau daging.
Nama briyani itu berasal daripada bahasa Parsi iaitu “Berya” yang bermaksud goreng atau panggang.
Resepi masakan ini dibawa oleh pedagang Parsi ke India dan Pakistan ketika berdagang. Ianya mula tersebar kepada penduduk Iraq, Iran, Bangladesh dan juga Afghanistan.
Resepi nasi briyani dipercayai diperkenalkan di Tanah Melayu oleh orang India sewaktu berdagang kerana kebanyakan rempah ratus yang digunakan di dalam resepi nasi briyani dibawa dari India.
Antara jenis briyani ialah Briyani Iraqi, Hyderabadi Briyani, Bhatkali Briyani, Kacchi Briyani, dan Briyani Gam.
Nasi briyani cukup sinonim dengan majlis perkahwinan di Malaysia

NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan antara makanan paling popular di Malaysia.
Nasi lemak yang pada asalnya cukup sinonim sebagai sarapan pagi kini dimakan juga pada waktu tengahari dan malam.
Nasi lemak kini boleh didapati bukan hanya di gerai-gerai atau restoran Melayu namun di kopitiam Cina dan gerai makanan India.
Nasi lemak biasanya dihidangkan bersama kacang, timun, sambal, ikan bilis dan telur.
Namun kini hidangan nasi lemak dijual bersama pelbagai lauk seperti ayam goreng berempah, sambal sotong, udang, daging bakar dan limpa goreng.
Terdapat juga kaum Cina yang menghidangkan daging khinzir bersama nasi lemak mereka.
nasi lemak makanan yang lengkap dan dijadikan sebagai makanan utama oleh para petani dan pekebun kampung suatu ketika dahulu dan ianya dibawa ke kebun dengan dibungkus menggunakan daun pisang.
Nasi lemak juga kini popular di Brunei, Singapura, Jawa Tengah dan Aceh.

ROTI CANAI
Segenap bangsa dan kaum di Malaysia cukup menggemari roti canai.
Hampir kesemua gerai dan restoran menawarkan roti canai sebagai menu sarapan pagi mereka.
Roti canai biasanya dimakan bersama kuah dal, kuah kari dan sambal ikan bilis.
Terdapat juga mereka yang memakannya bersama susu pekat.
Roti canai berasal dari Bandar Chennai, India. Dikatakan bahawa kebanyakan pencanai roti berasal dari bandar tersebut.
Roti canai mula mendapat tempat di Malaysia apabila penduduk India dibawa masuk ke Tanah Melayu sewaktu penjajahan British.
Ketika itu ramai penduduk India yang datang mahir membuat roti canai.
Kini terdapat pelbagai variasi jenis roti canai seperti roti telur, roti tisu, roti sardine dan roti banjir.

CHAR KUEY TEOW
Nama “Char Kuey Teow” berasal dari dialek Hokkien.
Char kuey teow diperbuat daripada shāhé fěn juga dikenali sebagai kuey teow, sejenis mee nipis berwarna putih.
Ia digoreng di dalam kuali panas bersama sos cili, kicap, taugeh, daun kucai, taugeh, udang, cili potong, telur dan kerang.
Char kuey teow yang asal dimasak menggunakan lemak khinzir tetapi kini ianya diubahsuai agar ia dapat dinikmati juga oleh orang Islam.
Char kuey teow cukup digemari di seluruh Malaysia dan antara kawasan yang terkenal dengan hidangan char kuey teow ialah Pulau Pinang.
Rasanya yang enak membuatkan ianya bukan hanya digemari oleh masyarakat Cina malah seluruh rakyat Malaysia.

NASI AYAM
Asal: Wilayah Hainan, China.

Pengaruh: Bermula pada abad ke-15 semasa Zaman Pemerintahan Melayu Melaka.

Nasi ayam versi Malaysia:-
Digabungkan dengan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis + citarasa pemakanan Asia Tenggara.
Dihidangkan dengan kicap pekat, sos cili yang pedas dan sup kosong.
Disajikan dengan hirisan timun, salad dan tomato.

ASAM PEDAS
Asal: Masakan Melayu tetapi lebih dikenali sebagai masakan kaum Baba Nyonya.

Pengaruh:-
Cara masakan kaum Baba Nyonya dipengaruhi oleh resipi orang Melayu.
Makan menggunakan tangan.
Cara penghidangan makanan disertakan dengan ulam-ulaman.

PUTU MAYAM
Asal: berasal dari Tamil Nadu, selatan India.

Kaum India biasanya menghidangkan dan makan putu mayam bersama kari tetapi di Malaysia memilih untuk dihidangkan bersama gula perang, gula atau gula merah dan kelapa parut.

Cara penghasilan putu mayam:-
Gaulkan tepung beras dengan air atau santan, dan menekan doh menggunakan acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee halus.
Setelah itu, mee tersebut dikukus, menggunakan air dan ditambah air pandan wangi sebagai perisa.
Di Malaysia, putu mayam boleh didapati dari gerai bergerak seperti motorsikal atau lori penjaja, dan di pasar malam.

PAU
Asal: Berasal dari negara China.

Juga dikenali sebagai mantou, baozi atau pow.

Diperbuat menggunakan tepung dan yis, kemudian diuli dan dibentukkan bulat.

Mempunyai inti di dalam:- manisan/ daging/ sayur-sayuran.
Dimasak menggunakan kaedah kukus dan goreng.

Setitik pewarna diletakkan di atas pau untuk menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut.

Secara keseluruhan, akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Salah satu unsur dalam proses akulturasi ialah melalui budaya pemakanan yang wujud sejak zaman berzaman.

Melalui proses akulturasi, masyarakat Malaysia dapat belajar pelbagai budaya kaum lain dari segi cara peradaban, makanan dan sebagainya. Selain daripada itu makanan juga dapat mengeratkan hubungan antara kaum

Makanan tradisi sesuatu kaum dapat memupuk keharmonian dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Hakikatnya jelas bahawa dengan makanan kita boleh menggerakan sesuatu kaum atau bangsa semakin dekat dalam perhubungan. Semua ini akan terus menjadi ikon yang menjadi identiti sebuah masyarakat yang berbilang kaum. Ikon yang menjadi identiti sebagai sebuah bangsa Malaysia yang aman dan harmoni.
Full transcript