Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

PERKARA 8 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: KESANNYA TERHADAP KONSEP

No description
by

athira zulkefle

on 3 November 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of PERKARA 8 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: KESANNYA TERHADAP KONSEP

PERKARA 8 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: KESANNYA TERHADAP KONSEP KESAMARATAAN
Nur Faziera bt Sampol 2013114079
Siti Athira bt Zulkefle 2013581031
Syazalina bt Zubir 2013116345

Prepared For : PROF MADYA DR. AHMAD CHE YAACOB

KESIMPULAN
1. Konklusinya, isu kesamarataan ini tiada penghujungnya kerana isu ini tiada jalan penyelesaian. Perlembagaan hanya mengurangkan atau memansuhkan diskriminasi antara masyarakat, agama, kaum dan sebagainya

2. Semua orang mempunyai hak yang sama disisi undang-undang dan hak terhadap pembelaan melalui perundangan. Oleh sebab itu, tiada diskriminasi yang harus berlaku oleh kerana perbezaan agama, kaum, keturunan, tempat lahir, atau jantina sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 8.


KESAN TERHADAP KONSEP KESAMARATAAN

JANTINA

Ketidakadilan dan diskriminasi sering dibangkitkan sebagai salah satu permasalahan utama yang dialami oleh kaum wanita dari semasa ke semasa. Perkara ini seterusnya menimbukan tuntutan bagi memperjuangkan hak-hak wanita, yang dinamai sebagai hak kesamarataan gender, iaitu memberikan hak yang sama kepada lelaki dan wanita dalam semua perkara dan ia dikatakan selari dengan peruntukan umum dalam Perkara 2 dan Perkara 16 UDHR.

Di Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan seperti Sister in Islam (SIS), Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG), dan sebagainya merupakan organisasi yang aktif memperjuangkan hak tersebut dengan mencadangkan kajian semula terhadap sistem dan undang-undang Syariah di negara ini. Kajian semula ini dikatakan bertujuan memastikan bahawa ia selaras dengan iltizam kerajaan terhadap prinsip keadilan dan kesamarataan gender. Sungguh malang bagi mereka kerana meletakkan hak asasi manusia lebih tinggi dan lebih awal walaupun ia jelas bercanggah dengan undang-undang Syariah dan Perlembagaan itu sendiri.



PERKARA 8 : KESAMARATAAN
2. Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.
3. Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.

4. Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.

5. Perkara ini tidak melarang :-
(i) apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri;
(ii) apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang berkaitan dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu institusi yang diuruskan oleh sekumpulan orang yang menganuti mana-mana agama, kepada orang yang menganuti agama itu;
(iii) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi orang asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam;
(iv) apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau di sebahagian sesuatu Negeri sebagai suatu kelayakan bagi pemilihan atau pelantikan kepada mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya di Negeri atau di bahagian itu sahaja, atau bagi pengundian dalam pemilihan itu;
(v) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang adalah atau yang bersamaan dengan suatu peruntukan yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka;
(vi) apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu.

1. Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan.


Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan jelas mengiktiraf dan melindungi hak sama rata di sisi undang-undang bagi setiap orang di negara ini. Perkara 8(2) seterusnya menekankan bahawa Perlembagaan tidak membenarkan diskriminasi terhadap warga negara atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam perkara-perkara seperti pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan. Sebaliknya, the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) 1979 memperuntukkan kesamarataan gender dalam semua perkara sebagai suatu hak yang perlu dilaksanakan. Malaysia telah menandatangani konvensyen antarabangsa tersebut dan seterusnya tertakluk pada apa-apa peruntukan berkaitan dengan hak kesamarataan gender kecuali dalam perkara-perkara yang diberikan reservasi.
AGAMA

Kedaulatan Islam sebagai agama Negara seterusnya dicabar dengan aliran perjuangan untuk mendapatkan hak kesamarataan agama. Sehubungan itu, timbullah cadangan penubuhan suruhanjaya yang dinamai Suruhanjaya antara Agama (Inter-faith Commission) (IFC), iaitu badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang untuk mengubah ajaran sesetengah agama. IFC bertindak dan berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-kes berkaitan dengan hak individu dalam mengamalkan kebebasan beragama. Mereka turut mendesak agar, berasaskan Perlembagaan Negara, kedudukan agama Islam disamaratakan dengan agama-agama lain.
Walaupun pada tahun 2005, pihak kerajaan telah menangguhkan kelulusan penubuhan IFC, namun perjuangan IFC ini telah mula meresap dan merebak dalam masyarakat melalui suara-suara yang dibawa oleh kumpulan tertentu seperti Majlis Peguam, HINDRAF dan sebagainya. Mereka menuntut pelbagai perkara berkaitan dengan hal ehwal Islam seperti seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara automatik menjadi orang Islam, kebebasan untuk murtad tanpa tindakan undang-undang, kes pertukaran agama dikendalikan di mahkamah sivil, kebenaran bagi pengedaran secara terbuka untuk terjemahan Bible dalam bahasa Melayu, dana yang mencukupi untuk membina serta menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam dan sebagainya. Perjuangan bagi menuntut hak kesamarataan agama ini secara langsung membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam untuk mencampuri hal ehwal agama Islam dan sekali gus memberikan ancaman yang memudaratkan terhadap kedaulatan Islam khususnya dan Negara amnya.
EKONOMI
Sejak merdeka lagi, perlembagaan yang dirangka oleh Suruhanjaya Reid telah mengambilkira situasi orang-orang Melayu, kedaifan mereka dan kuasa ekonomi bukan Melayu terutamanya kaum Cina. Malah bidang perniagaan semuanya dikuasai orang Cina sehingga kini. Dari tahun 1970an kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru untuk membantu Bumiputera bagi mencapai sasaran ekuiti 30% , namun begitu sehingga sekarang sasaran itu tidak dapat dicapai. Walaupun Bumiputera lebih 60% dari penduduk Malaysia, tetapi untuk menguasai ekonomi sebanyak 30%, tidak dapat dicapai. Tetapi golongan Cina yang cuma mempunyai 30% dari penduduk Malaysia , boleh menguasai 70% ekonomi Malaysia.

Malahan mereka tidak meminta 60% penguasaan ekonomi. Cukuplah dengan 20%. Begitupun ini amat sukar dicapai. Mereka yang pernah bergiat dalam perniagaan dan hartanah tahu betapa sukarnya mengejar mereka yang terlebih dahulu menguasai sesuatu bidang ekonomi dan hartanah. Orang-orang Cina yang menjadi pemilik perniagaan pastinya akan bersaing habis-habisan bagi memastikan saingan mereka tidak berjaya. Mereka mempunyai modal yang lebih banyak dan jaringan perniagaan yang kukuh.

Ini menunjukkan bahawa sikap orang cina hanya memikirkan kaum mereka, dalam masa yang sama mereka mengutarakan mengenai hak dan kesamarataan.

Ketidakseimbangan ini telah lama berlaku sejak berpuluh tahun dahulu tetapi tiada pihak seperti MCA yang nampak. MCA hanya nampak dan meminta apa yang kaum Cina kurang, umpamanya dalam pemberian kontrak di sektor pembinaan. Namun buat-buat tak nampak di sektor yang mana kaum Cina memonopolinya.

Kaum Cina perlulah memberi peluang sama rata kepada kaum lain untuk menjawat jawatan tinggi di sektor ekonomi.
Full transcript