Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Negeri-Negeri Selat

No description
by

Amin Asmad

on 24 August 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Negeri-Negeri Selat

Negeri-Negeri Selat
Pulau Pinang merupakan tapak permulaan kuasa British di Tanah Melayu (1786).

British berjaya menawan Singapura melalui perjanjian Stamford Raffles dan Sultan Hussien Syah (sultan Johor) serta Temenggung Abdul Rahman (1819).

Belanda serahkan Melaka kepada British melalui perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London 1824)

Negeri-Negeri Selat
Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu
Gabungan 4 buah negeri di Tanah Melayu iaitu Perak, Negeri sembilan, Selangor dan Pahang yang telah disatukan dalam satu pentadbiran berpusat.

Pentadbiran ini juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Faktor Penubuhan
Tujuan Penubuhan NNS
Untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan

Faktor Penubuhan
Perluasan Pengaruh British Pada Tahun 1895
Pada peringkat awal, Pulau Pinang di tadbir oleh Gabenor British di Culcutta iaitu Francis Light.

Singapura pula di tadbir oleh Residen British (1826).

Ketiga-tiga petempatan ini di gabungkan dalam satu unit pntadbiran yang di namakan Negeri-negeri Selat (Strait Settlements).

Ia telah di beri taraf sebagai Presidensi Keempat di bawah naungan SHTI yang beribu pejabat di India.


Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran yang pertama.

Negeri Selat di ketua oleh seorang Gabenor iaitu Robert Fullerton

Taraf NNS di turunkan kepada Residensi (1830)

Pulau Pinang dan Melaka tidak dapat menampung pembiayaan pentadbiran negeri itu sebab masalah kewangan.

Akhirnya pntadbiran NNS di pindahkan ke Singapura yang di ketuai oleh Gabenor.

Hal ini kerana kedudukannya yang lebih strategik.


Pentadbiran NNS
Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India.

Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap negeri di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

Semua dasar dan undang-undang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral British di India.

Penduduk dan pedagang tempatan tidak puas hati kerana NNS ditadbir seperti Tanah Jajahan India.

Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak supaya dipindahkan pentadbiran ke London.

Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan British dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London.

Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang undang sendiri.


KESAN?
Sebab-Sebab Perpindahan NNS Dari India ke London
a) Kedudukan India Jauh Dari Negeri Selat
b) Sikap Kecuaian Kerajaan India Dalam Menangani Masalah Negeri Selat
c) Sikap Kecuaian Kerajaan India Terhadap Pentadbiran Negeri Selat
d) Ketiadaan perwakilan tempatan
e) Dasar tidak campur tangan kerajaan India
f) Akta mata wang, 1855
g) Penempatan banduan di negeri selat

Idea awal penubuhan persekutuan ini telah dikemukakan oleh Sir Fredrick Weld. walaupun idea ini ditolak namun terus diusulkan sehinggalah Frank Swettenham berjaya mendapat persetujuan daripada keempat-empat sultan untuk menerima pembentukan persekutuan ini.

Hasil kerjasama erat dan hubungan baik Frank Swettenham dan sultan-sultan Melayu, akhirnya pada 1 Julai 1896, persekutuan dilaksanakan secara rasmi

a) Kedudukan Negeri Pahang
b) Kawalan Kuasa Residen
c) Kecekapan dan keseragaman pentadbiran
d) Faktor keselamatan
e) Faktor Ekonomi
f) Memperluaskan Sistem Perhubungan
g) Dasar Kerajaan Inggeris
Kesimpulan
Akhirnya Inggeris telah menerima cadangan Frank Swettenham, C.P Lucas dan Sir Cecil Celementi Smith untuk penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

 Sepanjang perlaksanaannya , persekutuan ini telah meninggalkan pelbagai kesan dalam politik, ekonomi dan sosial. Penubuhan Persekutuan 1896 merupakan langkah awal ke arah penyatuan negeri-negeri Melayu

Pada mulanya Inggeris berkeyakinan bahawa Pahang mempunyai potensi yang baik dari segi ekonomi. Setelah memperkenalkan sistem residen pada tahun 1888 di Pahang, Inggeris mengalami krisis kewangan sejak tahun 1890-an.

Pada tahun 1892 Pahang terpaksa membuat pinjaman kepada negeri-negeri Selat. Keadaan bertambah buruk apabila berlaku pemberontakan Pahang oleh Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau untuk menentang Inggeris yang menambahkan lagi beban kewangan Pahang.

Dalam keadaan terdesak, Kerajaan Inggeris perlu membuat keputusan sama ada hendak mengundurkan diri dari pahang atau sebaliknya. Demi memelihara maruah dan martabat Inggeris, Pahang perlu dipertahankan melalui cadangan pembentukan persekutuan untuk mengatasi masalah kewangan negeri ini.

Di bawah Sistem residen, Residen menjadi terlalu berkuasa di negeri-negeri masing-masing. Sultan hanya simbol semata-mata dan bertindak sebagai pemerintah boneka. Kesukaran sistem perhubungan menjadikan Residen semakin berani menguatkan kuasa mereka.

Kuasa Residen yang keterlaluan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu.

Justeru, Frank swettenham mengesyorkan supaya jawatan Residen Jeneral diwujudkan bagi menyelaraskan tugas keempat-empat buah negeri Melayu di bawah Sistem Residen.

Di bawah pemerintahan Sistem Residen, pentadbiran kempat-empat buah negeri diasingkan dan ditadbirkan oleh empat orang residen yang berlainan. Hasilnya wujud ketidakseragaman pentadbiran di Negeri-negeri di Tanah Melayu. Residen menumpukan perhatian di negeri-negeri masing-masing.

Frank Swettenham mencadangkan penyatuan Negeri-negeri Melayu bagi mengatasi ketidakseragaman pentadbiran. Melalui pembentukan persekutuan, Inggeris dapat menambahkan kecekapan pentadbiran serta dapat memajukan pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh dan bersepadu di keempat-empat buah negeri.

Pembentukan persekutuan ini juga diharapkan mewujudkan keseragaman pentadbiran, kerjasama antara negeri untuk memajukan sistem pengangkutan yang pastinya menguntungkan Inggeris kerana memudahkan usaha membawa hasil ekonomi ke pelabuhan untuk dieksport.

Pihak Inggeris menyedari bahawa Persekutuan adalah perlu bagi membentuk satu pasukan tentera bersama melindungi Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Sebelum ini kekacauan yang berlaku di Tanah Melayu ditangani dengan terpaksa mendapatkan bantuan dari Singapura, Hong Kong dan India.

Melalui pembentukan persekutuan, kekuatan angkatan tentera dapat diwujudkan dengan adanya gabungan keempat-empat buah negeri. Dengan memiliki angkatan tentera yang besar dan kuat, Inggeris bertambah yakin untuk mengatasi sebarang kemungkinan berkaitan kekacauan di Negeri-negeri Melayu tanpa bantuan dari negara luar.

Kegagalan Sistem Residen memajukan dan mempelbagaikan sumber ekonomi di sesebuah negeri telah memberi peluang yang lebih luas kepada orang-orang Cina untuk mengeksploitasi kekayaan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Justeru, perlaksanaan Sistem Residen lebih menguntungkan orang Cina berbanding orang Inggeris.

Bertitik tolak daripada pengalaman tersebut, maka pembentukan sebuah persekutuan amat penting bagi mewujudkan keseimbangan kemajuan ekonomi dan menarik kehadiran pelabur-pelabur Eropah ke Negeri-Negeri Melayu. Kemasukan pelabur Eropah secara beramai-ramai dijangka akan mempercepatkan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi secara berskala besar.
Di setiap negeri, Residen, membina jalan raya dan keretapi untuk negerinya sahaja. Tiada usaha untuk menghubungkan jalan raya dan jalan keretapi di antara keempat-empat buah negeri itu. Lantaran itu adalah sukar bagi residen membincangkan perkara-perkara penting antara satu sama lain.

Oleh itu dengan penubuhan persekutuan, sistem perhubungan dapat dimajukan antara Negeri-negeri Melayu bagi memudahkan usaha-usaha menyelaras sistem pengurusan di negeri-negeri tersebut.

Pada akhir abad ke-19, Inggeris mula menggalakkan penyatuan terhadap negeri-negeri yang terletak di bawah perlindungannya. Pembentukan sebuah persekutuan didiorong oleh hasrat dan dasar Inggeris yang ingin menyatukan negeri-negeri kecil di tanah jajahan mereka. Matlamatnya ialah untuk memudahkan usaha mengeksploitasi sumber kekayaan negeri agar ianya dapat dikumpulkan dan diagihkan secara sama rata bagi faedah semua.

Selain itu, usaha penyatuan memperlihatkan dasar Inggeris  yang cuba mengurangkan kos pentadbiran, mewujudkan kestabilan ekonomi dan menambahkan kecekapan dalam pemerintahannya. Ini menjadi dasar Inggeris untuk memperlihatkan kejayaan perlaksanaan dasar ini di tanah jajahannya di Australia, Afrika selatan, Amerika Utara dan Kanada.

Kedudukan Negeri Pahang
Kawalan Kuasa Residen
Kecekapan dan keseragaman pentadbiran
Keselamatan
Memperluaskan Sistem Perhubungan
Dasar Kerajaan Inggeris
Ekonomi
Negeri-negeri Melayu iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis ada kaitan dari segi sejarah dengan Siam.

Negeri-negeri ini pernah dikatakan menghantar Bunga Emas kepada negeri Siam, walaupun pengaruh Siam tidak begitu kuat.

Setelah British campur tangan di negeri-negeri Melayu, ada pedagang-pedagang yang berminat terhadap negeri-negeri Melayu Utara.

Pada mulanya pihak British ingin mengekalkan negeri Siam sebagai negeri perantaraan dengan Burma, dan kuasa-kuasa Barat lain seperti Perancis.

British telah mengiktirafkan pengaruh Siam ke atas negeri-negeri Melayu Utara.

Sungguhpun ini tidak disukai oleh negeri-negeri Melayu tersebut, British telah menandatangani beberapa perjanjian sulit dengan Siam bagi menentukan nasib dan masa depan negeri-negeri Melayu berkenaan kecuali Johor.

Sultan-sultan negeri-negeri Melayu berkenaan tidak bersetuju dengan syarat-syarat Perjanjian Bangkok tahun 1909. Namun, British telah melantik penasihatnya di setiap negeri terlibat.

Sementara itu Johor masih bebas daripada naungan British sehingga tahun 1914 apabila Johor juga terpaksa menerima penasihat Britsh.

Keengganan sultan-sultan negeri berkenaan menyertai Persekutan yang ditubuhkan pada tahun 1896, menyebabkan wujudnya Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Bunga Emas
Negeri-negeri Melayu Utara menghantar Bunga Emas setiap tiga tahun sekali ke Siam sebagai tanda ketuanan. 

Bunga emas merupakan pohon yang diperbuat daripada emas dan batangnya daripada perak. Bagaimanapun nilainya tidak tetap bergantung kepada kemakmuran setiap negeri.

Kedah misalnya pernah menghantar Bunga Emas bernilai $5000.00 dan Bunga Emas Kelantan pernah bernilai $11000.00.  

Setiap negeri autonomi di bawah pemerintahan raja masing-masing, Negeri-negeri di bahagian utara masuk ke dalam pengaruh British selepas Perjanjian Bangkok, 10 Mac 1909.

Wakil pentadbiran British di N M T B ialah Penasihat British. Mereka menjadi penasihat dalam erti kata yang sebenarnya.

Tugas mereka berbeza dengan residen yang lebih memerintah daripada menasihat. 

Pentadbiran negeri dijalankan oleh pentadbir-pentadbir Melayu dengan bantuan Inggeris terutama di bidang teknikal dan profesional.

Kelantan  dikuasai oleh pegawai-pegawai Melayu dalam urusan pentadbirannya.

Terdapat juga pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang dipinjamkan sebagai penasihat terutamanya di bidang teknikal. 

Sebab Campur Tangan British di NNMB
a) Kekayaan bumi NNMB
b) Revolusi Perindustrian
c) Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan Kapal Wap
d) Persaingan Kuasa Eropah Lain
e) Perubahan Dasar British di London
f) Desakan Pedagang di NNM
Langkah- Langkah Penubuhan
Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895
NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah disatukan pada 1 Julai 1896
Pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur
Pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
Diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-1900)
Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909

Baginda enggan menerima penasihat British
tahun 1910 British tetap melantik penasihat British iaitu George Maxwell

George Maxwell mengukuhkan kuasa dengan melaksanakan pentadbiran Barat di Kedah
Tindakan George Maxwell itu menimbulkan konflik dengan anggota majlis Mesyuarat

Negeri pimpinan Tunku Mahmud
berlaku percanggahan pentadbiran di Kedah antara Tunku Mahmud dengan George Maxwell

Tunku Mahmud berjaya mengekalkan identiti Kedah melalui tindakan mahkamah

Tunku Mahmud menentang tindakan George Maxwell mengibarkan bendera Union Jack dikediamannya
Usaha-Usaha Tunku Mahmud Mengekalkan Identiti Kedah
Menggunakan Bahasa Melayu dalam surat rasmi dan perundangan
Surat rasmi tidak perlu ditapis
Penggunaan kalendar Hijrah
Cuti umum pada hari Jumaat
Melantik orang Melayu dalam pentadbiran Kedah
Usaha-Usaha George Maxwell Menerapkan Pengaruh barat Dalam Pentadbiran Kedah
Menggunakan bahasa Inggeris dalam surat rasmi dan perundangan
Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British
Menggunakan kalendar Masehi
Cuti umum pada hari Ahad
Pelantikan pegawai British dalam pentabiran Kedah
Perlis
Raja Syed Alwi membantah tindakan Siam menyerahkan Perlis kepada British
Baginda enggan menerima Penasihat British
British tidak peduli (degil)
Kapten Meadowe Frost dilantik sebagai Penasihat British
Cara untuk mengukuhkan kuasa di Perlis;
Menggubal undang-undang
Memperkenalkan jabatan-jabatan baru seperti Jabatan Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi
Menguasai Jabatan Kewangan sebagai strategi menguasai pentadbiran Perlis
Tahun 1910 Sultan Muhammad IV terpaksa menandatangani perjanjian dengan British
Tujuan untuk menempatkan Penasihat British di Kelantan
J.S. Mason dilantik sebagai Penasihat British
Perubahan-perubahan yang berlaku ialah;
Tahun 1915 kuasa mentadbir jajahan diambil alih oleh pegawai-pegawai British
British menguasai jabatan-jabatan baru seperti Mahkamah Tinggi, Jabatan Polis dan Pejabat Tanah
Kelantan
Sultan Zainal Abidin II tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok

Baginda menolak pelantikan Penasihat British
Sultan Zainal Abidin II menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan

Tahun 1910 British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British

Bidang kuasa terhad dalam menguruskan hal ehwal luar Terengganu sahaja
Tahun 1911 Sultan Zainal Abidin II menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu

Tujuan adalah untuk memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu

Tahun 1918 Sultan Muhammad II memerintah Terengganu

Tahun 1919 British mendesak supaya menandatangani perjanjian di Singapura
British melantik J.L. Humphreys sebagai Penasihat British

Sultan Muhammad II turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British

British menguasai kesemua jabatan penting kerajaan Terengganu seperti Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja raya dan Jabatan Tanah dan Galian
Kedah
Terengganu
Muhd Aminuddin Bin Asmad
Amelia Anak Depa
Full transcript