Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

ISLAM SEBAGAI TERAS HUBUNGAN ETNIK YANG POSITIF

No description
by

s shan

on 9 December 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of ISLAM SEBAGAI TERAS HUBUNGAN ETNIK YANG POSITIF

photo credit Nasa / Goddard Space Flight Center / Reto Stöckli
ISLAM SEBAGAI TERAS HUBUNGAN ETNIK YANG POSITIF
PENDAHULUAN
ETNIK
MAQASID SYARIAH
Prinsip-Prinsip Islam Berkaitan Dengan Nilai Kemanusiaan
ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM
Aplikasi Hubungan Etnik Dalam Kehidupan Masyarakat
KESIMPULAN
>Islam merupakan suatu undang-undang yang mengatur semua sistem kehidupan secara keseluruhan.

>Asas- asas dan prinsip-prinsip Islam yang diketengahkan merupakan satu aspek yang penting dalam mencorak budaya hidup manusia.

> Dalam konteks hubungan etnik, Islam merupakan agama yang mengamalkan dasar toleransi (Ismail Haji Ibrahim(1993.hal 12).

>Islam memiliki konsep yang menyeluruh dan lengkap tentang alam, kehidupan, dan manusia(Sayyid Quthb,1984.hal 24).

>Di samping itu, Islam menganjurkan agar menerima perbezaan agama dan etnik sebagai satu yang lumrah dalam manusia seperti Surah al-Baqarah 49:13, mengelakkan cemuhan budaya, etnik dan agama, bersopan santun dan berbudi seperti Surah an-Nahl 16:125, Surah Thaaha 20:44 dan Surah al-Hujurat 49:11.

>Menurut Ismail Haji Ibrahim(1993.hal 10),hakikat tentang kewujudan berbagai-bagai bangsa dan kaum di dunia ini dengan kepelbagaian budaya dan agama mestilah diterima.

>satu kelompok manusia dalam sesuatu negara yang mempunyai ikatan kebudayaan yang mempunyai banyak persamaan seperti persamaan agama, ras, dan asal usul.
> Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung membahagikan masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza.
>Menurut Aris Othman (1981), Malaysia merupakan satu-satunya contoh negara yang bermasyarakat majmuk.
TEORI KEDATANGAN ISLAM DI MALAYSIA
> John Crowford, catatan China mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan yang mahsyur dan petempatan di Canton/Amoy. Catatan itu juga menyatakan wujudnya perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada 650M. Pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan di Selat Melaka. Pedagang Arab menetap dan membina perkampungan di situ. Mereka mula tertarik dengan penduduk tempatan dan mendirikan rumah tangga. Malahan mereka berinteraksi dengan penduduk tempatan mengenai agama Islam sejurus memperlihatkan nilai-nilai murni Islam serta mengamalkan sifat-sifat mahmudah yang juga mampu menarik minat penduduk tempatan memeluk Islam.

>Syed Muhammad Naquib al-Attas pula berpendapat bahawa Islam wujud di Semenanjung Tanah Melayu melalui wujudnya persamaan bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab serta perkataan Arab yang terdapat pada tulisan Jawi diambil daripada bahasa Arab. Selain itu adat resam dan kebudayaan orang Melayu turut dipengaruhi oleh budaya Arab seperti mereka menghormati tetamu yang datang ke rumah malahan terdapat pengaruh muzik Melayu seperti dabus, tarian zapin yang telah diambil dari masyarakat Arab.

Al-Ta’aruf(berkenal-kenalan)
>maksud:berkenalan secara mendalam sehingga menimbulkan rasa kasih sayang.
>mengenali latar belakang keluarga, keturunan, budaya, adat, tradisi seseorang individu dan sesebuah bangsa. Bila wujudnya budaya berkenal-kenalan ini maka secara tidak langsung akan mengelakkan perkelahian antara individu, etnik dan juga bangsa.

>Agama Islam telah meletakkan dasar bahawa persefahaman dan toleransi dalam hubungan etnik adalah sebahagian aqidah sebagaimana ibadat-ibadat yang lain.

”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)” (Surah al-Hujurat :13).

Ini kerana Allah mencipta manusia dalam pelbagai bangsa, warna kulit dan sebagainya.Perbezaan tersebut janganlah menjadi penghalang untuk hidup bermasyarakat dan saling kenal mengenali , tetapi ia seharusnya dijadikan tarikan untuk berhubung antara satu sama lain (Prof.Dr. Haron Din,1991.hal 83)
Al-Ta’awun(bekerjasama)


>maksud:saling menolong manakala dari segi istilah memberi maksud upaya untuk saling tolong menolong. >Untuk mencapai persefahaman dan membentuk perpaduan, umat Islam perlulah sentiasa berlapang dada dan berbaik sangka terhadap orang lain.
>Sentiasa tolong menolong dalam melakukan kebaikan dan sentiasa menjauhi hasad dengki kerana ia tidak membawa apa-apa keuntungan kepada umat Islam malah melemahkan perpaduan yang sedia ada di antara etnik. Sebagaimana firman Allah s.w.t :


"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat Azab SiksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)"
(surahAl-Ma’idah:2)


Al-Tafahum(faham-memahami)
>perlu diamalkan supaya tidak wujud prasangka perkauman yang boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati dan permusuhan. >Persefahaman penting dan perlu ada dalam ahli masyarakat kerana dengan adanya nilai ini maka tidak akan berlakulah perpecahan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-lmpah) daripada Allah (kepadamu Muhammad) engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu) dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kamu. Oleh itu, maafkan mereka (terhadap kesalahan mereka terhadap kamu) dan pohonlah keampunan bagi mereka. Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau berazam (sesudah bermesyuarat untuk melakukan sesuatu) maka bertawakal kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya" (surah Ali Imran :159)

>dapat mewujudkan kerukunan hidup antara ahli masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia ini.
>Nilai ini juga penting untuk menambah kenalan dan memperluaskan lagi tali persaudaraan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
Al-Ukhuwah(persaudaraan)


>ditakrifkan sebagai perhubungan dan pertalian yang berkait rapat seolah-olah seperti bersaudara.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramudan bertakwalah kepada Allah supayakamu mendapat rahmat" (al-Hujurat : 10)

>Faktor utama persaudaraan dalam erti kata yang lain adalah persamaan. Semakin banyak persamaan akan semakin kukuh sesebuah tali persaudaraan itu. Persamaan rasa dan cita merupakan faktor dominan yang menyebabkan lahirnya persaudaraan hakiki, dan pada akhirnya menjadikan seseorang merasakan derita saudaranya.
>Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Dan orang-orang (Ansaar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” (surah Al-Hasyr :9)

Al-Mahabbah(berkasih sayang)
>Dalam konteks negara kita yang berbilang kaum, nilai kasih sayang sesama insan dapat mencambahkan nilai-nilai toleransi, penerimaan dan hormat menghormati antara satu sama lain.
> Perasaan kasih sayang adalah fitrah yang dikurniakan Tuhan kepada manusia. Ini dapat difahami dari firman Allah SWT yang bermaksud;

“ Maka kalau tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya atas kamu nescaya kamu tergolong orang yang rugi” (Al-Baqarah:64).

>Sifat kasih sayang adalah sebahagian daripada sifat Allah SWT. Sifat ini terkandung dalam beberapa Asma’ atau nama-nama Allah seperti Al-Rahman (Maha Pemurah) Al-Rahim (Maha Pengasih), Al-Salam, Al-Muhaiminin (Maha memelihara), Al-Ghaffar (Maha Pengampun) dan Al-Wahab (Maha Pemberi).
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang kepada manusia” (Al-Baqarah:143).

Al-Tadhamun (jamin-menjamin)
>maksud:saling menanggung atau menjamin, di dalam konteks hubungan etnik pula bertujuan melindungi hak anggota masyarakat tanpa mengira etnik. Agama Islam menekankan tentang berlaku adil kepada semua tanpa mengira etnik mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hokum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
(Surah an-Nisaa’:58)

“Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka yang tidak memerangi kamu dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu”.
(Surah al-Mumtahanah :8)

>Undang-undang Islam memberi jaminan bahawa setiap orang, termasuk orang bukan Islam akan dibela dan di jamin keselamatan jiwa, harta, akal dan agama masing-masing (Sayyid Quthb,1984.hal 80).
>Di Malaysia, kebebasan beragama telah lama diamalkan bersandarkan kepada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mana “tiap-tiap orang adalah berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya, mengembangkan agamanya”. Oleh itu, sudah jelas bahawa umat Islam dan penganut-penganut agama lain bebas untuk mengikut dan mengamalkan ajaran agama masing-masing dengan tertakluk kepada syarat bahawa tidak boleh melakukan sebarang bentuk tindakan penyebaran mana-mana ajaran agama terhadap umat Islam(Dr.Yusof Al-Qardawi,1985.hal 13).

Memelihara agama
>merupakan matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seorang muslim.

>Islam merupakan agama yang paling ideal untuk dijadikan panduan dalam mengekalkan keharmonian hubungan masyarakat di Malaysia.

Memelihara akal
>merupakan anugerah Allah yang paling bernilai kepada umat manusia.
>Ia juga merupakan keistimewaan yang membezakan manusia dengan makhluk lain.
Memelihara nyawa
>Wajib bagi seseorang itu memelihara nyawanya sendiri dan juga nyawa lain.
>merangkumi nyawa etnik lain tak kira agama, keturunan mahupun warna kulit.

‘’ Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.’’ (Surah Al-Maidah : 32)

Memelihara harta
>tidak ada sesiapa pun yang dibenarkan melakukan pencerobohan terhadap harta orang lain.

>setiap individu diberikan kebebasan untuk mencari, memiliki serta menggunakan harta dengan cara yang halal. dalam konteks hubungan etnik, setiap masyarakat haruslah memelihara harta masyarakat, menggunakan secara berhemah dan tiada berlaku pemborosan.

>Setiap masyarakat haruslah memastikan mereka mendapatkan harta itu dengan cara yang halal dan menjauhi daripada mendapatkannya dengan cara yang salah seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Memelihara keturunan
>Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah.

>Dalam konteks hubungan etnik, setiap manusia perlu menjauhi perkara-perkara yang boleh mencemarkan maruah sesebuah masyarakat itu supaya tidak berlaku perpecahan.

>segala segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali.

Al-Ilm / Berilmu
Al-Syura / Permesyuaratan
Al Musawarah / Persamarataan
Al-Hurriyah / Kebebasan
Al-Mas’uliyyah
Al-Adalah / Adil
Menghormati Jiran
Hormat-menghormati
Bersama Dalam Membuat Keputusan
Mengambil Berat
Budaya Ziarah-Menziarahi
Kemesraan Komunikasi
>Seluruh anggota masyarakat haruslah bertegur sapa antara satu sama lain dengan cara memberi salam atau ucapan selamat, mengukir senyuman, menunjukkan sifat lemah lembut dan penyayang dan memberi perhatian sewaktu bercakap tanpa mengira perbezaan etnik.

>Dalam Shahih Muslim (54) disebutkan: Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Kalian tidak akan masuk surga sehingga kalian beriman, dan tidak dikatakan beriman sebelum kalian saling mencintai. Salah satu bentuk kecintaan adalah memberi salam antara sesama muslim.”

>hindarilah sikap sombong, bermasam muka dan memandang rendah terhadap orang lain.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Adapun kesombongan adalah menentang kebenaran dan merendahkan manusia.” (Hadis Riwayat Muslim)

Amalan ziarah-menziarahi atau kunjung-mengunjung memang dituntut oleh agama Islam yang bertujuan untuk merapatkan silaturahim.
>membina ikatan mesra dan kasih sayang melalui nasihat dan teguran membina.

>rasa kasih sayang dapat mengikis rasa perkauman yang didasarkan kepada asbiyah semata-mata (Dato’ Dr. Abdul Monir(1993))

>Masyarakat yang prihatin, saling tegur -menegur mampu menjamin keselamatan dan keharmonian negara. Sikap mengambil berat juga menunjukkan wujudnya kasih sayang dan rasa tanggungjawab dan amanah dalam masyarakat.

" Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah berkata akan perkataan yang baik atau ia diam. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya ". (Hadis Riwayat Bukhari)
>Keputusan bersama adalah suatu keputusan yang sudah ditetapkan berdasarkan pertimbangan, pemikiran serta perbahasan yang matang.

>Setiap keputusan yang dibuat haruslah mewakili kepentingan seluruh anggota masyarakat tanpa mengira kaum.

>Setiap keputusan yang diputuskan haruslah berdasarkan pandangan semua pihak dan memberi keuntungan sama rata kepada semua ahli masyarakat.

“Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum diantara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh Allah Maha Mendengar, Maha Melihat” (Surah An-Nisa:58)

SEKIAN......
SEJARAH TOLERANSI ISLAM
>Nabi Muhamamd s.a.w dan pengikut beliau menderita bertahun-tahun oleh penganiayaan di Mekkah sebelum berhijrah ke tempat yang lebih aman di Madinah yang letaknya 200 batu dari Mekkah.

>langkah pertama yang beliau ambil adalah mengadakan perjanjian dengan tiga golongan utama di Madinah meliputi kaum Yahudi, pengikut-pengikut beliau di Madinah (Ansar) dan golongan Muslim dari Mekkah (muhajirin).

>Dalam perjanjian pertama dengan golongan lain, kebebasan beragama diberikan kepada yang bukan muslim. Yahudi madinah bebas menjalankan agama mereka sendiri. Mereka bebas untuk hidup menurut kepercayaan dan amalan mereka sendiri.

>Nabi Muhammad s.a.w juga memberi jaminan kebebasan kepada kaum Kristian, menjamin perlindungan terhadap jiwa, harta dan agama mereka.

>menjamin bahawa gereja-gereja mereka tidak akan dihancurkan dengan cara apa sekalipun.

>tidak dibenarkan untuk diambil pajaknya secara tidak adil dan tidak dibenarkan ada gereja diruntuhkan untuk tujuan pembangunan Masjid di tempat itu.

>Orang-orang muslim harus siap sedia membantu orang Kristian jika mereka memerlukan bantuan dalam memperbaiki tempat-tempat ibadah mereka. Kitab Suci Al-quran secara jelas menjunjung perlakuan baik semua tempat ibadah dan juga kebebasan dalam memilih dan menjalankan amalan agama.

NUR ZALIKHA 'AKALILI' BT MUHAMAD KASHFI & SITI SYAZNI BINTI TAJUDIN
Full transcript