Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)

No description
by

ahmad husairi khairuddin

on 17 January 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)

PENGENALAN

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) dilaksanakan bagi menyelaraskan
setiap program yang berlandaskan kesihatan di sesebuah sekolah. Objektif
utama program PBSS ini adalah untuk menambahbaik taraf kesihatan dalam
kalangan warga sekolah di samping menyelaraskan segala aktiviti yang
berlandaskan aspek kesihatan.

Pengenalan PBSS


Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)
adalah berdasarkan rasional berikut:
(a) Terdapat beberapa aktiviti serta program kesihatan sekolah sedia ada yang
perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu;
(b) Untuk merealisasikan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif serta
merujuk kepada keperluan sekolah berlandaskan keperluan semasa;
(c) Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu
melahirkan rasa tanggungjawab serta komitmen dalam kalangan warga
sekolah;
(d) Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan
impak serta mampu menilai keberkesanannya; dan
(e) Satu usaha bagi meningkatkan kesefahaman dan kerjasama yang
diwujudkan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam menangani isu
kesihatan.

Konsep dan Rasional
(a) Menetapkan polisi atau dasar kesihatan sekolah;
(b) Memelihara dan menambahbaik persekitaran sekolah yang sihat, selamat
dan ceria;
(c) Mewujudkan fenomena persekitaran sosial sekolah yang menjurus ke arah
amalan cara hidup sihat;
(d) Mempertingkatkan ilmu pengetahuan, sikap serta amalan yang berkaitan
dengan kesihatan agar setiap warga sekolah bertanggungjawab terhadap
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat;
(e) Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti dalam setiap program
kesihatan sekolah;
(f) Menilai taraf kesihatan murid;
(g) Memberi khidmat rawatan dan rujukan;
(h) Menggalakkan peranan bimbingan dan kaunsel
(i) Memberi penjagaan dan rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit di
sekolah;
(j) Mengawal dan mencegah kejadian penyakit; dan
(k) Mengenal pasti, merujuk serta membantu penempatan kanak-kanak
kurang upaya.

Matlamat dan Objektif PBSS
Antara kepentingan program PBSS kepada individu atau pelajar adalah meliputi
hak dalam mendapatkan pendidikan bagi individu itu sendiri. Perkara ini
ditegaskan di dalam Persidangan Dunia yang bertemakan ÂPendidikan untuk
Semua di Jomtien, Thailand
Kepentingan Program dari Aspek Individu,
Keluarga dan Komuniti

Pendidikan Kesihatan adalah bertujuan untuk membentuk minat, sahsiah,
kecenderungan serta keinginan dalam mewujudkan rasa tanggungjawab dalam
kalangan murid untuk kebaikan kesihatan mereka sendiri, keluarga dan masyarakat.
Melalui Pendidikan Kesihatan, murid-murid akan lebih menyedari masalah dan
keperluan kesihatan. Seterusnya mereka akan dapat membuat keputusan yang bijak
bagi menentukan perlakuan kesihatan dalam kehidupan seharian.

KOMUNITI PBSS
Pendidikan kesihatan secara formal meliputi aspek-aspek berikut:
(a) Mempertingkatkan, menambahbaik serta mengemaskinikan kurikulum
yang sedia ada dari semasa ke semasa dengan mengambil kira isu-isu
kesihatan terkini.
(b) Memberi pendidikan kesihatan secara formal kepada guru dan murid iaitu:
(i) Guru
 Kursus Asas Perguruan di institut perguruan dan institusi
pengajian tinggi;
 Kursus dalam Perkhidmatan kepada guru-guru terlatih; dan
 Kursus Lanjutan Kesihatan kepada guru-guru terlatih yang
terpilih.
(ii) Pelajar
 Melalui mata pelajaran yang ditentukan di sekolah khususnya
mata pelajaran Pendidikan Kesihatan;
 Latihan amali kesihatan; dan
 Projek-projek khas secara individu atau berkumpulan.
(c) Penyeliaan dan pemantauan oleh guru dan pelajar.

Pendidikan Kesihatan Secara Formal
(a) Mengadakan kempen-kempen kesihatan seperti kempen anti denggi,
kempen makan untuk kesihatan, kempen menderma darah, kempen
aktiviti senaman, kecergasan fizikal dan sebagainya.
(b) Mengadakan kuiz kesihatan tahunan di setiap peringkat.
(c) Mengadakan pameran kesihatan di setiap sekolah.
(d) Mengadakan ceramah atau forum kesihatan di sekolah atau dalam
komuniti.
(f) Mengadakan demonstrasi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan
seperti pemakanan sihat, senaman, kesihatan mulut, penjagaan gigi,
pertolongan bantu mula dan seumpamanya.
(g) Menjalankan pemeriksaan berkala di tempat-tempat seperti bilik darjah,
kantin, bangunan akademik dan lain-lain kawasan di sekeliling sekolah.
(h) Melakukan pemeriksaan kebersihan diri oleh para guru dan pelajar-pelajar
itu sendiri.
(i) Mengadakan khidmat kaunseling tentang kesihatan.
Pendidikan Kesihatan Secara Tidak Formal

Bagi memastikan amalan kesihatan menjadi agenda yang berterusan di sekolah,
beberapa langkah telah dikenal pasti seperti berikut. Antaranya ialah:

Amalan Kesihatan
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)
Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah bermula sejak tahun 1967
Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek Health
Promoting Schools (HPS) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka,
Sarawak, Selangor dan Terengganu.
. Ini adalah berdasarkan konsep HPS yang
diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berteraskan Piagam
Ottawa. Persidangan HPS yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di
antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia
telah mencadangkan agar RKS yang sedia ada perlu diberi nafas baru, iaitu
dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).
(a) Menubuhkan satu jawatankuasa kesihatan sekolah yang dianggotai oleh guru dan ahli PIBG di setiap sekolah.
(b) Menubuhkan kelab kesihatan dalam kalangan pelajar di setiap sekolah.
(c) Mengadakan biro kesihatan dalam PIBG di setiap sekolah.
(d) Mengamalkan cara hidup sihat.
Full transcript