Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Prosa Klasik 3: Dua Geliga Hikmat

No description
by

Yee Ming Fong

on 18 May 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Prosa Klasik 3: Dua Geliga Hikmat

Maksud Tajuk
Dua Geliga Hikmat

Geliga - batu hikmat
Hikmat - kesaktian, sihir

Tema
Pengembaraan
seorang anak raja untuk mencari sesuatu




Ayahandanya bernama
Maharaja Bikrama Puspa
dan bondanya
Puteri Jamjam Ratna Dewi
Berketurunan bangsawan
Suka
mengembara
dari satu tempat ke satu tempat
Memiliki rupa paras yang sangat
elok
and bertubuh sasa


Sinopsis
Inderaputera sampai ke Tasik Semendera Jin
Inderaputera bertemu peri yang keluar dari tasik
Prosa Klasik
1. Genre prosa klasik merupakan
cerita rakyat
yang dahulunya disampaikan secara lisan, tetapi kini telah dibukukan.
2. Cerita rakyat ialah sastera yang berkembang dalam kalangan rakyat dan disebarkan secara lisan
daripada satu generasi kepada satu generasi
.

Prosa Klasik 3: Dua Geliga Hikmat <hal 56-85>(Disediakan oleh Kumpulan 6 )
Ngiam Tse Xuan 02 Khoo Bing Chun 09 Yee Ming Fong 20 Gan Wei Han 34

5. Sastera rakyat merupakan
hak bersama.
4. Oleh itu, sastera rakyat mengandungi ciri-ciri
budaya tradisional kumpulan berkenaan.
3. Cerita atau sastera rakyat itu lazimnya berkembang dalam
kelompok masyarakat yang
kecil dan terpencil
, misalnya masyarakat nelayan atau petani yang tinggal di kawasan pedalaman.
6. Hal inilah yang menyebabkan sastera rakyat mempunyai
versi yang banyak
kerana berlakunya tokok tambah semasa penyampaian cerita berkenaan.
7. Bidang yang dicakup oleh prosa klasik agak
luas
, iaitu daripada sastera hinggalah sastera agama dan undang-undang.
8. Empat jenis prosa klasik yang sering diketengahkan termasuklah
cerita berbingkai, cerita sejarah, epic Melayu dan epic Hindu
.
9. Dalam karya prosa klasik, terdapat banyak
unsur moral dan mesej
yang dapat dijadikan panduan hidup.
10. Karya ini menggunakan gaya bahasa lama, sama ada dari segi penggunaan kata-katanya ataupun struktuk ayatnya. Namun begitu, keragaman bahasa yang mengindahkan karya prosa lama jelas kalihatan.
11. Kebanyakan prosa klasik menggunakan teknik naratif( bercerita). Namun demikian, penggunaan dialog yang cukup berkesan dan menghiburkan.
12. Prosa klasik menyelitkan puisi
tradisional, khususnya pantun.
13. Watak-watak prosa klasik biasanya terdiri daripada golongan istana atau yang ada kaitan dengan golongan istana, sesuai dengan keadaan masyarakat feudal yang
mengagung-agungkan golongan istana.

Cerita berbingkai
berpusat pada suatu cerita pokok atau cerita induk
. Dalam cerita induk itu, terdapat pula
satu atau lebih cerita sisipan
. Cerita diakhiri dengan cerita pokok atau cerita induk tadi.
Watak-watak utama dalam cerita berbingkai ialah saudagar, raja, permaisuri dan anak raja di samping watak binatang.

1. Mitos ialah cerita rakyat yang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang
luar biasa
, tetapi
dianggap benar
oleh masyarakat yang memilikinya.
2. Kejadian-kejadian luar biasa dalam mitos dianggap sebagai keramat.
3. Watak-watak dalam mitos biasanya terdiri daripada dewa-dewa, manusia separuh dewa, jin atau mambang.
4. Mitos mengandungi cerita-cerita tentang asal-usul sesuatu tempat, benda atau institusi.
5. Latar masa dan tempat dalam motis tidak jelas.

1. Legenda merupakan cerita tentang seseorang
tokoh yang dianggap istimewa
. Tokoh legenda biasanya diberi sifat-sifat yang luar biasa seperti sifat
kepahlawanan
atau
kekuatan
yang istimewa.
2. Cerita legenda pada umumnya ada kaitan dengan sejarah sesuatu tempat.
3. Cerita legenda yang terdapat dalam cerita-cerita sejarah biasanya bertujuan mengkritik golongan bangsawan secara halus.

1. Epik ialah prosa naratif yang
memaparkan kepahlawanan seseorang tokoh penting dalam sejarah
.
2. Tokoh berkenaan pada umumnya dianggap wira oleh sesuatu bangsa.
3. Wira berkenaan merupakan tokoh penting yang mengagumkan serta cukup masyhur dari segi sejarah.
4. Latar bagi cerita epik meliputi Negara-negara besar di dunia ini.
5. Tokoh yang menjadi wira mempunyai sifat-sifat luar biasa, berani, dan gagah perkasa.
Cerita Berbingkai
Mitos
Legenda
Epik

Bijaksana

Inderaputera telah menyorok baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.
Berpegang pada janji

Inderaputera telah melepaskan rambut peri apabila peri memberikan geliga hikmat kepadanya.
Tabah menempuh dagaan dan cabaran
Inderaputera menumpaskan pelbagai binatang hikmat dan raksasa di mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.

Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
Ayahandanya
Maharaja Syah Tokan
,
Seorang puteri yang memiliki rupa paras yang
amat cantik
Gemar bermain-main di
Tasik Semendera Jin
Memiliki
gemala hikmat
Inderaputera
Inderaputera
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
Berpegang pada janji

Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya
Bijaksana
Tuan puteri dapat merasakan bahawa Inderaputera yang mengambil pakaiannya
Pemalu
Tuan Puteri malu apabila dayang memintanya bertanya sendiri kepada Inderaputera tentang pakaian

Peri
Raksasa
di Tasik Semendera Jin
Berketurunan jin
Pemilik
geliga Mayan Bedi
Mengakui Inderaputera sebagai cucunya
Sayang
akan Inderaputera
Inderaputera telah mendapat dua geliga hikmat iaitu
geliga Mayan Bedi
daripada Peri dan
gemala hikmat
daripada Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran

Watak dan perwatakan
Inderaputera
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
Peri
Tujuh orang Bidadari
Tujuh orang Bidadari
Cantik
rupawan
Melayan
Inderaputera yang berhemah ketika dia berada di mahligai tuan puteri
Inderaputera menang dalam perlawanan dengan Peri
Untuk melepaskan diri, peri berjanji untuk memberi geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera dan mengakuinya sebagai cucunya
Inderaputera memberitahu peri bahawa dia ingin ke Berma Sakti dan menanyakan pemilik tasik ini.
Tasik ini adalah tempat Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran yang datang bermain-main pada setiap hari Jumaat.
Inderaputera mengikuti cara yang diajar oleh Peri untuk mendapatkan gemala hikmat milik tuan puteri. Dia bersembunyi di dalam lubang dan menyembunyikan pakaian tuan puteri dan tujuh orang bidadari ketika mereka mandi pada hari Jumaat.
Tuan puteri yang menyedari bahawa pakaian mereka diambil oleh Inderaputera telah menyuruh bidadari mendapatkan pakaian mereka semula tetapi Inderaputera tidak mengendahkannya.
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran memberikan gemala hikmat kepada Inderaputera. demi pakaian mereka
Kemudiannya, Inderaputera mengikut Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pulang ke mahligainya.
Setibanya di mahligai, tuan puteri dan bidadari ghaib.
Inderaputera berjalan masuk ke mahligai dengan menempuh pelbagai dugaan. Pada pintu pertama, Inderaputera berhadapan dengan gajah besar. Gajah besar itu berada di depan pintu mahligai. Ia dirantai pada pohon beringin. Mata gajah tidak berkelip dan menandakan ia hanya gajah hikmat. Rantai diputuskan dan gajah itu rebah dan tiada bergerak lagi.

Di pintu kedua, Inderaputera telah berhadapan dengan seekor harimau. Harimau hikmat itu ialah sesuatu buatan permata yang berharga. Ia dirantai pada pohon delima dan Juga rebah setelah tali pesawat diputuskan.
Di pintu ketiga, Inderaputera berhadapan pula dengan seekor singa yang terantai di pohon anggur.
Setalah itu, Inderaputera masuk ke pintu kempat dan di situ, dia berhadapan dengan seekor badak. Badak hikmat dirantai pada pohon kurma. Ia diperbuat daripada hablur dan besi kersani.
Seterusnya, Inderaputera masuk ke pintu kelima dan bertemu dengan seekor naga berkepala tujuh.
Di pintu keenam, Inderaputera berhadapan dengan seekor geruda. Geruda hikmat dirantai pada pohon cemara. Ia diperbuat daripada batu berani, pualam, intan dan besi kersani.
Di pintu ketujuh, Inderaputera berhadapan dengan raksasa. Raksasa menaik ke atas kuda hijau hikmat. Tali pesawat yang tersembunyi dalam tanah juga diputuskan.
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran hairan melihat kegagahan dan keperkasaan Inderaputera menewaskan semua binatang hikmat dan raksasa itu.
Setelah melepasi semua halangan, Inderaputera dijemput ke taman ghairah. Inderaputera diminta untuk mandi dalam kolam dan diberi persalinan indah juga. Inderaputera saling berbalas pantun dengan puteri sambil menikmati makan minum yang lazat.
Inderaputera kemudia beradu (tidur) di Balai Rangga Puspa Berahi yang dihias indah. Setelah bersugi dan kemudian santap pada hari esok. Inderaputera bertanya semula tentang geliga hikmat yang dijanjikan.
Tuan Puteri segera menunaikan janji sambil menerangkan kegunaan gemala hikmat yang boleh mencipta negeri lengkap dengan pegawai dan rakyat jelata, dan untuk menurunkan hujan, angin atau api
Persoalan
Persoalan berani menghadapi cabaran/ musuh
Inderaputera seorang yang berani kerana berjaya menewaskan gajah, harimau, badak, naga, geruda dan raksasa sebelum memasuki mahligai tuan puteri
Persoalan kebijaksanaan bagi mencapai hasrat
Inderaputera berpura-pura tidur apabila raksasa ingin menindihnya dan pada masa yang sama bingkas bangun lalu mencengkam rambut raksasa


Persoalan berpegang pada janji
Raksasa/ peri menunaikan janji kepada Inderaputera untuk memberikan geliga hikmat apabila Inderaputera melepaskan rambutnya
Persoalan keistimewaan/kelebihan anak raja
Inderaputera digambarkan seorang anak raja yang memiliki kepahlawanan kerana berjaya menewaskan raksasa/peri dan haiwan yang menjaga mahligai puteri
LATAR MASA
LATAR TEMPAT
LATAR MASYARAKAT
Latar
Waktu fajar
Tuan puteri datang ke tepi tasik untuk kali ke tujuh
Waktu malam
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran mengenakan baju antakesuma dan akaian yang sangat cantik
Tengah malam
Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran

Latar Masa
Latar Tempat
Tasik Semendera Jin
Tempat tinggal peri dan tempat Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran mandi pada setiap Jumaat.
Balai dalam Taman Rangga Puspa Berahi

Tempat tidur Inderaputera di mahligai Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran.
Mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran

Inderaputera dibawa ke mahligai tersebut dan diraikan oleh bidadari.
Latar masyarakat
Masyarakat feudal
Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja
Masyarakat yang berani
Inderaputera berani menentang binatang yang menjaga mahligai tuan puteri
Masyarakat yang menepati janji

Peri menyerahkan geliga hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikan
Masyarakat yang bijaksana
Inderaputera mengambil dan menyorok pakaian tuan puteri kerana ingin berjumpa dengan tuan puteri

Masyarakat yang terdiri daripada golongan bangsawan
Inderaputera berasal daripada golongan bangsawan.
Masyarakat jin, iaitu peri dan bidadari

Peri yang tinggal di Tasik Semendera Jin.
Masyarakat di alam kayangan
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran tinggal di istana yang penuh dengan keindahan.
Plot
Binaan Plot
(dibina secara kronologi)
Teknik Plot
Binaan Plot
Inderaputera
berjumpa dengan peri
di tasik Semenda Jin.
Diakui sebagai cucu
oleh peri itu serta memperoleh geliga Mayan Bedi.

Pengenalan
Inderaputera telah
menyembunyikan pakaian
Tuan Puteri Seri Ratna gemala Nehran.
Inderaputera telah berjanji akan
memulangkan pakaian
tuan puteri dan dayang-dayangnya
sekiranya dia diberikan geliga hikmat milik tuan puteri.

Perkembangan
Inderaputera menghadapi
pelbagai cabaran
untuk masuk ke taman mahligai tuan puteri.
Inderaputera berjaya menewaskan semua
binatang hikmat dan raksasa
yang terdapat di mahligai tuan puteri.
Inderaputera
disambut dengan penuh kebesaran
oleh bidadari dan tuan puteri.
Klimaks
Peleraian
Inderaputera
diberikan gemala hikmat
oleh tuan puteri selepas mereka makan bersama-sama di mahligai itu
Teknik Plot
Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan perbuatan Inderaputera yang mengambil dan menyembunyikan pakaian Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan bidadari.
Contohnya:
Maka Inderaputera pun berbangkit perlahan-lahan mengambil bajunya tuan puteri yang bernama antakesuma dan segala baju bidadari itu. Setelah sudah diambilnya baju itu maka segeralah ditaruh oleh Inderaputera ke dalam lubang yang diperbuat itu. Setelah sudah lalu ia kambus dengan tanah seperti sediakala rupanya. Maka ia pun berlindung dirinya di balik pohon kayu tiada kelihatan oleh segala bidadari. (hal 64)
Teknik dialog
Dialog antara Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dengan bidadari apabila secara tiba-tiba baginda menyebut nama Inderaputera.
Contohnya:

Maka sahut tuan puteri, "Gilakah diri ini menyebut nama yang tidak diketahui?" Maka bidadari itu pun berkata seraya tertawa, "Jahat sekali mulut yang durjana ini." (hal 64)
Teknik monolog dalaman
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran bermonolog setelah mendengar bunyi pantun Inderaputera.
Contohnya:
Maka demi tuan puteri mendengr bunyinya pantun berfikir di dalam hatinya, "Dialah gerangan yang mengambil baju kita sekalian itu." (hal 66)
Nilai
Keberanian

Inderaputera berani berhadapan dengan raksasa walaupun telah diberi amaran oleh mayat.
Kebijasanaan

Inderaputera menyorok pakaian tuan puteri kerana ingin berjumpa dengan tuan puteri.
Menepati janji

Tuan puteri menyerahkan gemala hikmat seperti yang dijanjikan kepada Inderaputera.
Tolong-menolong

Peri telah menolong Inderaputera dalam memenuhi hasratnya untuk bertemu dengan Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.

Kita hendaklah
berani
ketika berhadapan dengan situasi yang sukar supaya matlamat tercapai.
Contohnya, Inderaputera berani berhadapan dengan gajah, harimau, badak, naga, raksasa yang menjaga mahligai tuan puteri kerana ingin memasuki mahligai tersebut.
Kita hendaklah menggunakan
kebijaksanaan
ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar.
Contohnya,

Inderaputera mengambil serta menyorok baju tuan puteri agar dapat bertemu dengan tuan puteri.
Kita hendaklah berpegang pada
janji
.
Contohnya, Peri menyerahkan geliga hikmat apabila Inderaputera melepaskan rambutnya.
Kita hendaklah melayan tetamu dengan
bersopan santun
.
Contohnya,

Peri melayan Inderaputera dengan baik ketika Inderaputera datang ke rumahnya.

Pengajaran
Gaya bahasa
Bahasa Melayu klasik
Contohnya: Demikianlah
diceterakanlah
oleh Inderaputera segala hal ehwalnya kepada peri itu. (hal 58)
Bahasa istana
Contohnya: Setelah sudah
santap
maka Inderaputera pun makan sirih. (hal 84)
Bahasa Arab
Contohnya: ... beberapa daripada
sakhlat ainulbanat
. (hal 78)
Simile
Contohnya: airnya
seperti
bau kasturi. (hal 56)
Hiperbola
Contohnya:
rupa tuan puteri terlalu amat elok gilang-gemilang, kilau-kilauan tidat dapat dipandang nyata akan tuan puteri itu
. (hal 64)
Pantun
Contohnya:
Apakah dicari bayan terbang, Rajawali menyambar dia; Apakah dicari dayang berulang-ulang, Orang bestari mendapat dia
. (hal 66)
Kata ganda
Contohnya: Maka ia pun hairan melihat
indah-indah
rupanya. (hal 60)
Perulangan (repetisi)
Contohnya: ...
anak mati dibunuh itu
, disumpahnya pula tunangan tuan puteri itu oleh
anak mati dibunuh itu
! (hal 68)
Soalan
Pada pendapat anda, apakah
kepentingan
seseorang itu perlu
menepati janjinya
walaupun janji itu melibatkan sesuatu yang amat berharga?
Contoh Jawapan
menepati janji dituntut oleh
agama
maruah
seseorang dilihat pada keupayaan menepati janji
perbuatan tidak menepati janji boleh
mencetuskan perbalahan
perbuatan tidak menepati janji
mencemarkan imej
seseorang

Watak Utama
Inderaputera:
Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Puspa, memiliki paras rupa yang sangat elok.
Bijaksana
Inderaputera telah menyorok baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.
Berani
Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam tasik tetapi juga tangkas mencengkam rambut peri itu.

Watak Sampingan
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
Ayahandanya Maharaja Syah Tokan, tunang kepada Raja Mengerna Lela Dewa, memiliki rupas paras yang amat cantik
Berpegang pada janji
Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya
Bijaksana
Tuan puteri dapat merasakan bahawa Inderaputera yang mengambil pakaiannya
Full transcript