Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Sejarah Ringkas Pembangunan Tamadun India

No description
by

Saiful Ridzuan

on 3 May 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Sejarah Ringkas Pembangunan Tamadun India

Sejarah Ringkas Pembangunan Tamadun India
Objektif Kajian
☺ Mengkaji sejauh mana kesan pembangunan tamadun India
☺ Menilai pembangunan tamadun India mengamalkan norma kehidupan yang bertamadun

Kaedah Pengajian
♥ Buku - buku

♥ Penyelidikan Internet
Pengenalan
Tamadun India adalah merupakan salah sebuah tamadun besar dunia yang telah banyak memberi pengaruh kepada peradaban tamadun selepasnya. Peradaban Lembah Indus merupakan permulaan kepada perkembangan tamadun India iaitu bermula daripada zaman prasejarah seterusnya sehinggalah kepada perkembangan Islam di India dan akhirnya berlaku penjajahan Barat ke atas India.

Ahli Kumpulan
MOHAMAD RIDZUAN BIN JOHAR SIDEK AI120024
MOHD SAIFUL ISKANDAR BIN HAMIDI AI120065
NURFARISYA BINTI WAHAB A1I20011
MUHAMMAD AKASHAF BIN KHOMARUDIN AI120055
NUR FARAHANIE BINTI MAT HASSAN AI120069
NURUL AMALINA BINTI ABDUL RAHIM AP130416
Konsep Tamadun India
Tamadun India merangkumi dua bahagian utama benua kecil India iaitu:-
1. Indo-Arya (berpuasat di India Utara)
2. Dravida (berpusat di India Selatan)
Kedudukan Geografi
Benua kecil India terletak di antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya. Wilayah ini meliputi kawasan seluas 2,534,175 kilometer persegi iaitu lebih kurang sama dengan keluasan seluruh Eropah kecuali Rusia. India boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu Utara dan India Selatan. Sempadan yang memisahkan di antara Utara dan Selatan India adalah pergunungan Vindhya. Suatu yang menarik tentang tamadun ini ialah kedudukannya yang bersebelahan dengan tamadun Parsi di sebelah barat, bahagian timurnya pula disempadani oleh tamadun Cina.
Masyarakat Indo-Arya

Bahasa Sanskrit bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Empat buah Veda iaitu Rig, Yajur, Sama dan Atharva adalah karya-karya puisi yang berbentuk mantera atau mazmur yang menjadi pegangan kuat bagi masyarakat ini.
Latar Belakang Pembentukan Tamadun India

● Tamadun Indus telah melalui satu era kecemerlangan antara tahun 2500 - 1800 S.M..
● Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan.
● Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.
● Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Nama Vedik ini diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda.
● Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu.
● Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
● Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.
● Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar.
● Di bawah pernerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan.
●Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India.
● Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India utara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.

Masyarakat Dravida
Masyarakat Dravida berbahasa Tamil yang merupakan asas untuk semua bahasa Dravida. Kepercayaan, pemikiran serta amalan masyarakat ini adalah berasaskan ajaran mazhab. Saivisme dan Vaisnavisme yang banyak dibicarakan dalam puisi klasik Sangam.
Kegiatan Sosio Ekonomi Tamadun India

♦ Pusat-pusat perdagangan yang penting termasuklah Anga, Kalinga dan Karusa yang memghasilkan senjata, gadingan gajah, emas, berlian dan mutiara.
♦ Hubungan perdagangan dengan negara luar melibatkan hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara.
♦ Hubungan perdagangan ini dijalankan menerusi pelabuhan Tamralipti, Ghantashala dan Kadura di bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay di bahagian barat.
♦ Undang-undang telah digubal bagi mengawal persatuan dan pelaksanaan undang-undang ini telah diawasi oleh raja.
♦ Mata wang telah digunakan sebagai alat perantaraan jual beli.

PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN

Pada tahap awal pembentukannya,tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan,iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja. Mnakala kerajaan besar dikeyuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.

Raja mengamalkan kuasa mutlak. Kedudukan seseorang ini kemudian diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati. Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan ini diikuti dengan golongan Kryatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.

Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India.Hal ini mengubah status raja kepada maharaja. Empayar Mauryameliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka.
Kepercayaan Dan Agama

Dalam Tamadun India terdapat pelbagai jenis agama yang diamalkan sebagai pegangan dan kepercayaan sesuatu kaum. Antaranya ialah;
Agama Hindu
Agama Buddha
Agama Jaina
Agama Sikh



1) Agama Hindu

Sejarah awal kemunculan agama hindu sukar untuk ditentukan kerana agama ini dianggap bersifat agama semulajadi.
Hinduisme tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat untuk mengetuai segala pengikut agama ini di seluruh dunia.


2) Agama Buddha

Agama Budhha diasaskan oleh Siddharta Gautama,putera Raja Sudhhodana Gautama daripada suku Shakya di India.
Budhha berasal daripada perkataan budh yang bermaksud yang mendapat kesedaran.


3) Agama Jaina

Agama ini diasakan oleh Naputta Vardhamana yang digelar mahavira.
Beliau merupakan anak lelaki seorang bangsawan yang sudah bosan dengan kemewahan dan hiburan serta hidup yang berfoya-foya.

4) Agama Sikh

Agama Sikh ini diasaskan oleh Guru Nanak yang merupakan Keshatriya hindu yang dilahirkan di Punjab.
Kepercayaan yang utama ialah mengenai kewujudan tuhan yang satu, iaitu bersifat nirankar,abadi,amat berkuasa.



Sumbangan-Sumbangan

Seni Halus

Muzik ,tarian dan drama– muzik india menggunakan 4 komponen alat muzik iaitu Tala,avanadhha,Ghana dan Surira. Tarian dan muzik mempunyai hubungan yang erat,misaalnya tarian khatak dan muzik Hindustani.

Ilmu Astronomi

Kalendar matahari dicipta untuk mengenal musim,tahun,bulan dan hari. Astrologi berkembang di zaman gupta . 9 planet dan 27 bintang ini mempengaruhi kehidupan manusia

Bidang Logam

Mereka berkemahiran dalam ilmu kaji logam.Kemahiran orang india jelas Nampak pada Iron Pillar di Delhi yang di buat pada kurun ke-5.ia merupakan besi yang tinngi 7 meter yang tulen dan tidak berkarat.
SEJARAH RINGKAS DALAM TAMADUN INDIA

Terdapat sekurang-kurangnya tiga zaman iaitu zaman awal, zaman pertengahan dan zaman moden.

ZAMAN SEJARAH AWAL (1500 SM)

1) Zaman Vedik (1500 SM - 500 SM)
2) Zaman Vedik Kedua/Terkemudian (600 SM - 320 SM)
3) Empayar Maurya (321 SM - 185 SM)
4) Kemerosotan Empayar / Zaman Serangan Luar (200 SM - 300 M)
5) Empayar Gupta (300 M - 600 M)
6) Zaman Sangam
7) Zaman Pallava (600 M - 900 M)
8) Zaman Chola (850 M - 1200 M)

ZAMAN PERTENGAHAN / ZAMAN MUSLIM (1000 M - 1756 M)

Kerajaan-kerajaan Islam yang dibangunkan di India:
1) Dinasti Hamba (Kesultanan Delhi) (1206 M - 1290M)
2) Dinasti Khilji (1290 M - 1320 M)
3) Dinasti Tughluq (1320 M - 1412 M)
4) Dinasti Sayyid (1412 M - 1450 M)
5) Dinasti Lodi (1451 M - 1526 M)
6) Dinasti Babur / Mughal (1526 M-1707 M)


ZAMAN MODEN / ZAMAN PENJAJAHAN BARAT (1750 M-1947 M)

Era Penjajahan Inggeris
Sistem Pemerintahan
Sistem Pendidikan
Sistem Perundangan

KESIMPULAN
Kemajuan dalam tamadun India tidak dinafikan mempengaruhi perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi moden Perkembangan dan kemajuannya juga hasil pengaruh dari Tamadun Islam, China dan Yunani Kemajuan dalam sains kini memperlihatkan India juga adalah antara negara penting dunia yang memajukan sains angkasa, nuklear, persenjataan teknologi maklumat dan sebagainya.

TERIMA KASIH
Full transcript