The Internet belongs to everyone. Let’s keep it that way.

Protect Net Neutrality
Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

KAEDAH FIQH DALAM PENGURUSAN ISLAM

No description
by

Syed Omar Shahabuddin

on 26 July 2016

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of KAEDAH FIQH DALAM PENGURUSAN ISLAM

add logo here
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat"


(Riwayat Muslim)
#hadith
Al-Yaqin La Yuzalu bi al-Syak
Bermaksud "keyakinan tidak hilang dengan keraguan".
al - Umur bi Maqasidha
Bermaksud "Setiap perkara atau urusan adalah berasaskan kepada niat".

KAEDAH FIQH DALAM PENGURUSAN ISLAM X APLIKASI DALAM PENGURUSAN (2 KAEDAH AWAL)
Kesimpulan
Kaedah fiqh telah mencipta banyak formula yang boleh membantu manusia dalam sistem kehidupan seharian mereka apabila berhadapan dengan pelbagai masalah yang timbul.

Kita haruslah sentiasa berniat baik dalam segala apa urusan yang dilakukan mahupun bekerja, solat, beriadah, atau menuntut ilmu.
DISEDIAKAN OLEH : SYED OMAR SHAHABUDDIN
MOHD FAIZ FADHIL
KELAS : FKABM3B

Kaedah ini merupakan kaedah asas yang melibatkan segala perbuatan manusia.
Kaedah ini juga bersandarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Kaedah ini juga menerangkan tentang kepentingan niat dalam sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan
Niat boleh menjadi pengukur kepada semua alan manusia sama ada sah atau tidak, pahala atau dosa, halal atau haram.
Kaedah Sampingan
i) Sesuatu Pekerjaan Atau Urusan yang Dilakukan Hendaklah disertakan Niat
Tanpa niat atau tujuan, tumpuan tidak akan dapat diberikan sepenuhnya kda apa yang hendak dikerjakan.
ii) Niat Akan Menentukan Nilai Sesuatu Aktiviti
Niat sesuatu aktiviti yang dilakukan sama ada baik atau buruk, berasaskan pada niat.
Dalam pengurusan, perbuatan memberikan sesuatu barang kepada orang lain akan jadi Haram jika ia bertujuan untuk merasuah.
Niat juga akan menjadi penentu sama ada sesuatu perkara atau amalan itu sah atau tidak.
Contohnya, perbuatan memerah Anggur bertujuan untuk membuat arak dianggap haram, namun jika berniat untuk membuat cuka, ia dianggap halal walaupun perbuatan kedua dua ialah sama iaitu memerah anggur.
iii) Niat Baik Tidak Menjadikan Jalan Perlaksanaannya Baik
Walaupun disertakan dengan niat yang baik, tetapi ia tidak menjamin bahawa semua perlakuan ke arah baik.
Islam tidak mengamalkan teori " Matlamat Menghalalkan Cara ".
Ini bererti bahawa niat yang baik juga perlu disusuli dengan perbuatan yang baik.
Ini dapat disandarkan kepada Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan kami pula akan beri balasan pahala kepada orang - orang yang bersyukur.
( Surah Ali Imran : 145)
#quran
Penjelasan Kaedah
Dalam amalan yang disyariatkan niat, maka kekeliruan menyatakan membatalkan amalan tersebut. Umpamanya seperti solat jika tidak berniat maka hukumnya tidak sah atau terkeliru sama ada fardhu atau sunat, Zohor atau Asar dan sebagainya
Maksud lafaz itu bergantung pada niat orang yang menyatakannya. Umpamanya menahan diri dari lapar dan dahaga akan berbeza tujuannya mengikut niat seseorang sama ada dia berpuasa, berpantang, diet atas nasihat doktor dan sebagainya.
Aplikasi Pengurusan
Matlamat atau objektif itu penting dalam sesuatu perkara. Sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat yang khas dan realistik.
Matlamat individu dan organisasi perlulah sejajar dengan tuntutan dan kehendak Islam.
Kaedah untuk mencapai matlamat perlu sejajar dengan Islam. Islam melarang prinsip " Matlamat Menghalalkan Cara" (The End Justifies The Means).
Menghayati kaedah ini akan melahirkan warga organisasi yang ikhlas dalam setiap aktiviti organisasi
kaedah ini berkaitan dengan persoalan keraguan yang sentiasa menjadi lumrah pada setiap individu.
kaedah ini menetapkan bahawa yang asal tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh syak atau ragu yang datang kemudian.

kaedah ini boleh digunakan dalam permasalahan hukum serta banyak masalah yang berkaitan dengan pentadbiran
kaedah ini juga bersandarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila salah seorang daripada kamu merasa ragu-ragu dalam solatnya, lalu ia tidak mengetahui berapa rakaat yang telah dikerjakan, tiga atau empat, maka hendaklah dilemparkan yang meragukan itu dan binalah menurut apa yang meyakinkan"
(Riwayat Muslim)
#hadith
kaedah sampingan
i) Asal Sesuatu Perkara Itu Adalah Kekal Atas Sifat Semulajadinya.
Contohnya: Seseorang yang telah berwuduk dan yakin wuduknya masih kekal kemudian timbul syak yang ia telah terbatal, maka dihukum wuduknya masih kekal, kerana yang yakin wuduk masih ada dan yang batal itu hanyalah syak sahaja.
Sama juga seperti di dalam solat seperti terlupa rakaat ketika solat, kita hendaklah berpegang pada yang yakin dan menolak yang syak.
ii) Asal Sesuatu Perkara Dikira Pada Masa Yang Paling Hampir
Contohnya : Seseorang mengambil wuduk di sebuah kolah dan kemudiannya bersembahyang dengan wuduk tersebut tetapi dua hari kemudian dia mendapati ada bangkai tikus mati di dalamnya. Sekiranya yakin bahawa bangkai tesebut telah wujud sejak dua hari yang lalu, maka wajiblah qada' semula solat yang ditunaikan dua hari yang lalu.
iii) Asal Sesuatu Perkara Itu Adalah Tiada
Contohnya: Seorang pembeli membawa semula kepada penjual, makanan yang dibelinya dengan dakwaan ada kekotoran pada makanan tersebut (seperti lalat atau lipas) tetapi dinafikan oleh penjual. Hukummnya penjual dianggap betul kerana asal sesuatu itu tiada, maksudnya penjual hanya menjual makanan yang bersih dan yakin tiada kekotoran pada makanan itu.
iv) Asal Sesuatu Percakapan Dikira Berdasarkan Maknanya Yang Hakiki
Setiap ucapan akan dikira dan dihukum berdasarkan makna hakiki dan asli yang difahami dari lafaz.
Seperti bunuh dengan erti mengambil nyawa dan wasiat dengan maksud pemberian kepada bukan waris selepas kematian.
Contohnya: Seseorang telah bersumpah tidak akan makan daging kambing. Dia tidak dianggap melanggar sumpah sekiranya dia meminum susunya kerana ia tidak dianggap sebagai daging.
Kita haruslah sentiasa rasa yakin dengan apa yang kita lakukan dan cuba mengelakkan dari berasa ragu - ragu dalam segala urusan agar tidak berlaku salah faham.
Full transcript