Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Copy of Untitled Prezi

No description
by

fiolin ling

on 13 March 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Copy of Untitled Prezi

TAJUK PEMBENTANGAN Susunan Perabot
Tempat Pameran Hasil Kerja
Sinki dalam dan Luar Bilik
Para Gantung
Almari Pameran Pengurusan bilik
dan hasil kerja murid SINOPSIS TAJUK HASIL
PEMBELAJARAN Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur, panduan keselamatan,etika dan tanggungjawab, serta keselesaan murid. Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik dan studio seni perl menitikberatkan unsure estetika untuk memberikan pengalaman estetik yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Kosler,2001).


Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai:

perancang kurikulum
pengorganisasi prosedur dan sumber
penyusun persekitaran kelas yang efisien
penyelia prestasi murid
pengenalpasti masalah potensi murid PENGENALAN Apa itu pengurusan bilik ? Mari kita lihat aspek-aspek yang perlu guru ambil kira dalam pengurusan bilik seni.
Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Tajuk ini meliputi susun atur bilik Pendidikan Seni Visual, panduan keselamatan, etika dan tanggungjawab. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh memahami dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian berkaitan dengan hasil kerja murid. ASPEK YANG DIAMBIL KIRA
DALAM PENGURUSAN BILIK SENI

Aspek Fizikal
Aspek Emosi
Aspek sosial Aspek Fizikal Kemudahan asas
Sinki dan punca elektrik perlu dipasang di tempat yang sesuai di mana banyak aktiviti pendidikan seni dijalankan Perabot
Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik hendaklah sesuai dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid Panel dan rak pemeran
Setiap bilik perlu disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid Stor
Bilik perlulah mempunyai tempat penyimpanan alat,bahan dan hasil kerja murid sama ada dalam bilik stor atau almari Peredaran udara
Bilik harus mempunyai peredaran udara yang baik untuk menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan murid Cahaya
Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai sama ada cahaya semulajadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi keseluruhan bilik. Ruang
Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik seni dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar Hiasan dalaman
Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yag sesuai dalam bilik darjah dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan lagi interaksi pelajar Aspek emosi Peragaan hasil kerja
Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan hasil kerja murid. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni. Interaksi murid
Murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik seni. Ruang yang disediakan dalam bilik dapat menggalakkan mereka untuk berinteraksi antara murid-murid dan interaksi antara murid dengan guru. Aspek sosial
Susun atur perabot yang teratur dan tersusun memberi kesan yang positif kepada pembelajaran murid-murid sekolah rendah SUSUNAN PERABOT

Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.

Bilik seni visual merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan diajar.

Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Perabot yang disediakan perlulah
bersesuaian dengan murid dan
bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan
oleh murid Susunan perabot terutamanya kerusi dan meja mestilah sesuai dengan jumlah murid dan aktiviti yang sering dijalankan di bilik tersebut Guru Pendidikan Seni perlulah sentiasa bersama guru-guru lain dalam merancang susunan perabot dalam bilik dan studio seni kerana guru lain mungkin mempunyai sebab untuk menyusun perabot mengikut cara mereka.
Pelbagai aspek perlu diambil kira dalam perancangan guru untuk menyusun perabot di dalam bilik seni seperti :

Pemantauan guru terhadap murid
Interaksi antara murid dengan murid dan murid dengan guru
Keselesaan murid
Keselamatan murid
Pengudaraan dan pencahayaan bilik Suasana di dalam bilik pedidikan seni sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat Perabot seperti rak dan almari perlu diletakkan di tempat yang bersesuaian supaya tidak menghalang pengudaraan dan pencahayaan bilik dan studio. Di samping memudahkan murid untuk mengambil peralatan dan bahan yng mereka perlukan. Guru perlu memastikan susunan kerusi dan meja tidak menghalang pergerakan di dalam bilik dan studio Susunan kerusi dan meja merupakan salah satu susunan yang penting kerana ia mempengaruhi keluasan sesebuah bilik. CONTOH PELAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual juga boleh memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu murid.

Objek-objek tersebut perlulah diletakkan di tempat yang mudah dikunjungi oleh murid. Guru perlulah bijak merancang dalam menyediakan tempat pameran untuk hasil kerja murid mereka. Tempat pameran Guru perlu menyediakan dua ruang untuk pameran iaitu ruang hasil karya murid dan ruang khas untuk pameran untuk karya daripada individu lain atau bahan semulajadi Kaedah untuk mempamerkan karya 2 dimensi yang paling sesuai adalah seperti ditampal, dilekatkan dan digantung. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti hasil seni 2 dimensi dan 3 dimensi. Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping memberikan mereka peluang untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Manakala karya 3 dimensi sesuai dipamerkan dengan cara seperti disusun di para atau rak bagi menjimatkan ruang.

Karya 3 dimensi juga boleh digantung jika ianya sesuai untuk dipamerkan sedemikian.

Hal ini kerana selain dariada mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga akan akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual. Karya 2D Digantung Dan Ditampalkan
Di Tempat Yang Sesuai CONTOH PAMERAN DALAM BILIK SENI Rak sesuai digunakan untuk karya 3D
Kerana ia menjimatkan ruang Sinki Dalam Dan Luar Bilik Darjah Sinki dalam kelas PSV digunakan bagi membersihkan alatan.
Contohnya, peralatan mewarna seperti berus, pellet dan bekas air.
Singki yang baik perlu mempunyai kemudahan air bagi memudahkan aktiviti untuk mencuci peralatan mewarna. Kegunaan Sinki Murid perlu beratur ketika menggunakan sinki.
Murid tidak boleh membuang sisa pepejal ke dalam sinki.
Pili air hendaklah ditutup sekiranya sinki tidak digunakan.
Kebersihan sinki perlulah dijaga.
Peraturan Penggunaan Sinki Elakkan membuang sisa pepejal ke dalam sinki sewaktu mencuci, sebaliknya buangkannya ke dalam tong sampah terlebih dahulu.
Mencurahkan air panas ke dalan sinki sekurang-kurangnya sebulan sekali
Mencurahkan cecair peluntur yang sesuai untuk penguraian sisa sekurang-kurangnya 2 bulan sekali. Mengelakkan Singki Tersumbat Para Gantung Sesuai untuk menyimpan alat dan bahan, buku-buku rujukan.
Sebagai tempat ataupun ruang pameran objek 3D.
Diletakkan di bahagian sudut pameran hasil kerja murid atau di tempat yang mudah dilihat dan dicapai jika digunakan sebagai tempat penyimpanan. Kegunaan Karya seni tiga dimensi dapat dinikmati dari segala sudut pandang; dari depan, atas, samping, maupun bawah Karya 3 dimensi mempunyai ukuran tinggi, lebar dan panjang. Karya 3 dimensi ialah karya yang boleh disentuh, dilihat dan dirasai. Almari berkaca sesuai digunakan.
Almari pameran mesti diletakkan di lokasi yang mudah dikunjungi oleh murid.
Kedudukan almari tidak menghalang pengudaraan dan pencahayaan.
Digunakan untuk mempamer karya 3 Dimensi. Almari pameran Karya-karya murid dapat dipamerkan dalam keadaan tersusun dan kemas.

Murid dapat mejadikan karya yang dipamerkan sebagai contoh bagi melakukan karya yang lebih baik.

Karya-karya yang bernilai dapat disimpan dengan lebih lama dan terhindar daripada kerosakan.

Menghargai hasil seni yang dilakukan oleh murid-murid.
RASIONAL Perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.
Poster keselamatan selalunya digantung di tempat yang lebih tinggi untuk memudahkan pelajar melihatnya.
Penggunakan warna-warna terang bagi menarik perhatian murid.
Poster mestilah jelas dan boleh difahami oleh murid-murid. Poster keselamatan Papan ini digunakan untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja pelajar seperti lukisan, catan dan lain-lain.
Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki.
Papan maklumat hendaklah diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik
Papan maklumat selalunya dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan dan kata-kata motivasi
Ciri-ciri papan ini ialah: Papan maklumat Mazlan, Ruzitah & Hassan M. Ghazali. (2004). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah. (2009). Siri Pendidikan Guru Murid & Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zailani Yaacob, Azimah A. Samah. (2004). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 & 5. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Bilik Seni. Dilayari pada 27 Januari 2013 melalui laman web http://www.scribd.com/doc/103066595/Bilik-Seni
Keselamatan. Dilayari pada 31 Januari 2013 melalui laman web http://www.docstoc.com/docs/38859554/nota-padat-psv--HBAE1203
Papan Maklumat. Dilayari pada 30 Januari 2013 melalui laman web http://www.scribd.com/doc/74088745/WMK-PSV-3104
Pengurusan Bilik Darjah. Dilayari pada 29 Januari 2013 melalui laman web http://www.slideshare.net/halimatonsadiah1/topik-4-pengurusan-akt-dalam-pp-dan-pengurusan-bilik-psv-dan-hasil-kerja-murid RUJUKAN
Full transcript