Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

LAW OF AGENCY

No description
by

raja nrhfza

on 6 January 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of LAW OF AGENCY

UNDANG-UNDANG
AGENSI

PEMBENTUKAN AGENSI
Dibuat dengan persetujuan bersama-sama pihak yang berkenaan.
Seperti kontrak-kontrak lain, kontrak agensi boleh dibuat sama ada secara nyata atau termaklum.
Sedikit pengenalan, undang undang agensi di Malaysia sama dengan undang-undang agensi di India sebagai mana yang terkandung dalam Akta Kontrak India 1872.
KENAPA WUJUD ?
Menyelamatkan tenaga kerja dan masa.
Ejen mungkin dilantik untuk khidmat kepakaran khasnya atau pengetahuannya.
Khidmat ejen diperlukan dalam hal-hal kecemasan.
Untuk urusan pengangkutan.
Kedudukan sosaial seseorang dan lain-lain lagi.

Hubungan agensi ini adalah dimana seorang ejen itu boleh membuat kontrak dengan pihak lain (pihak ketiga) yang mengikat prinsipalnya (orang yang beri kuasa kepada ejen untuk bertindak bagi pihaknya). Dan apabila ejen dah ikat kontrak bagi pihak prinsipalnya dengan pihak ketiga maka ejen tiada kewajipan dalam kontrak ini lagi.

DEFINISI
Orang yang diambil bekerja untuk membuat sesuatu bagi pihak orang lain atau mewakili orang lain dalam urusan pihak ketiga.
Kata lagi mudah orang yang dilantik untuk melaksanakan sesuatu kerja bagi pihak orang lain.
Kadang kadang disebut ‘wakil’ atau ‘orang tengah’
EJEN

Seseorang yang membuat arahan supaya tugas dibuat bagi pihaknya atau mewakilinya.
Maksudnya, seseorang yang melantik dan mengarahkan seorang ejen untuk bertindak bagi pihaknya dalam melaksanakan sesuatu urusan kerja.
Disebut sebagai ‘ketua’

PRINSIPAL
KONTRAK DALAM PERHUBUINGAN AGENSI

Kontrak yang dibuat antara prinsipal dan ejen.
Kontrak yang dibuat antara prinsipal dan pihak ketiga.

KELAYAKAN
PRINSIPAL
EJEN
Seseorang dewasa
Sesiapa sahaja yang sempurna akal
Waras
Dan bertanggungjawab ke atas tugas yang dibuat bagi pihak prinsipalnya.

PENGENALAN
Perlantikan ejen secara nyata.
Menurut seksyen 140 Akta Kontrak, perlantikan ejen dibuat secara nyata apabila kuasa ejen itu bertindak bagi pihak prinsipalnya telah diberi sama ada secara lisan ataupun bertulis.
Dalam kes-kes tertentu prinsipal memberi kuasa kepada ejen untuk bertindak bagi pihaknya dengan pelantikan nyata dalam Surat Wakill Kuasa.

Pelantikan ejen secara termaklum
Menurut seksyen yang sama, kuasa yang diberikan kepada ejen untuk bertindak bagi pihak prinsipalnya iaitu dari segi perkataan-perkataan yang diucapkan, tindakan yang diperlakukan atau melalui tulisan dan keseluruhan urusan biasa perniagaan pihak yang berkenaan.
Pelantikan ejen secara ratifikasi
Pelantikan ejen secara kecemasan
Dalam keadaan tertentu seseorang boleh menjadi ejen kepada seorang yang lain tanpa sebarang perlantikan.
Menurut seksyen 142 Kontrak, seseorang ejen mempunyai kuasa dalam keadaan darurat atau kecemasan untuk melakukan semua tindakan yang tertentu untuk melindungi ketuanya dari mengalami kerugian.

Agensi melalui estopel atau persekatan
“Estopel” bermaksud apabila seseorang prinsipal itu sendiri yang telah mendorong orang lain (pihak ketiga) untuk mempercayai seseorang itu (ejen) mempunyai kuasa membuat apa-apa urusan tertentu bagi pihaknya.
CARA-CARA PERHUBUNGAN AGENSI DIBENTUK

Pengesahan atau penerimaan oleh prinsipal atas sesuatu perbuatan atau tindakan yang dilakukannya oleh ejen tanpa arahan daripada prinsipal atau kalau arahan diberi, ejen telah melampaui kuasa yang diberi oleh prinsipal itu.
Salah satu daripada keadaan-keadaan berikut ini mesti berlaku:
Sama ada seseorang ejen yang telah dilantik dan diberi kuasa oleh prinsipal untuk bertindak bagi pihaknya telah melampaui atau melebihi bidang kuasa yang diberikan itu, atau
Seseorang yang tidak mempunyai kuasa langsung untuk bertindak bagi pihak orang lain, telah bertindak seolah-olah dia diberi kuasa untuk melakukan sesuatu urusan.
Berdasarkan Seksyen 149 Akta Kontrak, prinsipal mempunyai pilihan atau opsyen, sama ada menolak kontrak atau tindakan yang dibuat oleh seseorang yang telah melebihi kuasanya atau tanpa kuasa itu ataupun menerima dan meratifikasinya

Ratifikasi
Kesan ratifikasi.
Berkuat kuasa secara kebelakangan atau disebut ‘retrospektif’ iaitu dari tarikh ejen membuat kontrak bagi pihak principal bukan pada tarikh principal membuat ratifikasi itu.


Perbuatan atau kontrak yang dibuat oleh seseorang itu (ejen) mestilah pada asalnya tanpa kuasa langsung atau telah melampaui kuasa yang diberikan kepadanya.
Perbuatan yang dilakukan oleh ejen itu meskipun tidak dibenarkan atau tanpa kuasa tetapi ianya tidaklah sesuatu yang melanggar undang-undang.
Pada masa kontrak itu dibuat ejen mestilah dengan secara nyata bertindak bagi pihak principal dan bukan di atas namanya sendiri.
Semasa kontrak dibuat oleh ejen, principal mestilah wujud untuk meratifikasikan kontrak tersebut. Jika tiada principal yang wujud maka tiada sebarang pengesahan boleh dibuat.
Pada masa kontrak dibuat, principal mestilah mempunyai keupayaan untuk berkontrak (dan begitu juga semasa membuat ratifikasi)

Keadaan yang membuatkan sesuatu kontrak itu boleh diratifikasikan oleh principal:
Syarat
Kesan
Mestilah wujud satu kecemasan yang sebenarnya.
Barang-barang prinsipal berada di bawah jagaan ejen dan ejen mestilah bertindak bagi maksud menyelamatkan atau melindungi prinsipal dari sebarang kerugian.
Tiada kemungkinan bagi ejen untuk menghubungi prinsipal untuk mendapat arahan.
Ejen dalam masa kecemasan perlulah bertindak dengan ikhlas dan jujur atau disebut “suci hati”.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum agensi kecemasan wujud:

Ejen akan dilindungi daripada sebarang tuntutan oleh prinsipal kerana meskipun tindakannya itu dibuat tanpa arahan tetapi ia dapat membuktikan syarat-syarat atau keadaan di atas iaitu semata-mata untuk melindungi kepentingan prinsipalnya.
Ejen berhak mendapat bayaran upah tambahan di atas usaha menyelamatkan harta prinsipal dan membuat tugas lebih daripada yang diarahkan.
Wujud kontrak dia antara prinsipal dan pihak ketiga.

Kesan ejen bertindak dalam kecemasan:

Persekatan ini timbul apabila:
Seseorang ejen yang telah ditamatkan kuasanya daripada berurusan bagi pihak prinsipal dalam hal-hal tertentu tetapi meneruskan juga tugasnya itu tanpa diketahui oleh pihak ketiga. Prinsipal pula tidak memberitahu penamatan kuasa ejen ini kepada pihak ketiga.
Apabila ejen terus bertindak sebagai ejen kepada prinsipal dengan pengetahuannya sedangkan kuasa ejen itu bertindak mewakili prinsipal telah ditamatkan. Dalam hal ini principal juga tidak memberitahu kepada pihak ketiga tentang penamatan kuasa ejen itu.

DEFINISI

Dilantik untuk tujuan khas dan tertentu
Kuasa ejen hanyalah kepada tugas khas yang telah ditetapkan.

Tanggungjawab untuk pastikan pihak ketiga yang dihubungkan oleh ejen kepada prinsipal melalui satu kontrak , melaksanakan kewajipan kontraktualnya.
Ejen ‘Del Credere’ mendapat bayaran komisen tambahan.
Andai pihak ketiga gagal melaksanakan tanggungjawab, liabiliti akan ditanggungjawab oleh ejen ini.

Ejen diamanahkan menjual barang-barang prinsipal
Ejen menggunakan nama sendiri tanpa mendedahkan nama prinsipal semasa berurusan dengan pihak ketiga.


Mempunyai kuasa luas untuk berindak bagi pihak prinsipal merangkumi semua perbuatan yang boleh dilakukan sendiri oleh prinsipal
Hubungan boleh diwujudkan secara formal dengan meterai Surat Wakil Kuasa Am diberi pada ejen untuk mewakili prinsipal

EJEN UNIVERSAL
Ejen yang diambil bekerja untuk menjalankan tugas bagi pihak prinsipal dan biasanya berkaitan urusan perniagaan tertentu.
Pihak ketiga yang berurusan dengan ejen boleh menganggap ejen ada kuasa untuk melakukan semua perkara bekaitan perniagaan.

EJEN AM
EJEN KHAS
EJEN ‘DEL CREDERE’
EJEN PERDAGANGAN
Ejen perdagangan yang diupah oleh prinsipal untuk membuat kontrak di antara pihak prinsipal dan pihak ketiga.
Upah / Komisen disebut sebagai “brokerage”
Tugas broker semata-mata mencari pembeli bagi prinsipal yang ingin menjual barangan atau harta tertentu atau mendapatkan penjual
Apabila ada pembeli, Broker akan membuat kontrak bagi pihak prinsipal.
Bila kontrak dah siap, Broker dapat upah dan tiada kena mengena dengan perkara itu lagi

BROKER
Ejen perdagangan yang diupah oleh prinsipal untuk membuat kontrak di antara pihak prinsipal dan pihak ketiga.
Upah / Komisen disebut sebagai “brokerage”
Tugas broker semata-mata mencari pembeli bagi prinsipal yang ingin menjual barangan atau harta tertentu atau mendapatkan penjual
Apabila ada pembeli, Broker akan membuat kontrak bagi pihak prinsipal.
Bila kontrak dah siap, Broker dapat upah dan tiada kena mengena dengan perkara itu lagi

JURULELONG
JURUBANK

Perhubungan di antara bank dan pelanggan adalah sebagai penghutang dan si piutang (atau sebaliknya)
Ejen kepada pelanggan-pelanggan dalam membuat pungutan dan pembayaran wang pelanggan, cek-cek, dan bil pertukaran atau penyimpanan barang-barang berharga kepunyaan pelanggan.
b) Pekerja sebagai ejen kepada bank

Pekerja bank adalah ejen kepada bank itu
Tugas pekerja adalah terhadap bank, dan bank sebaliknya bertanggungjawab kepada pelanggan.

Hubungan agensi boleh dilihat dari sudut :
a) Jurubank sebagai ejen kepada pelanggan.
KUASA EJEN
Kuasa Sebenar ( Actual Authority)
Kuasa Zahir ( Apparent Authority)
Kuasa sebenar
diberi kepada ejen melaui perjanjian iaitu ;
a) Diberi secara nyata sama ada melalui lisan ataupun tulisan.
Contoh :
P telah melantik A sebagai ejen untuk menjual keretanya denga harga tidak kurang dari RM 30 000. Kuasa sebenar A sebagai ejen adalah menjualkan kereta P iaitu dengan harga tidak kurang daripada RM 30 000. Jika A menjalankan tugas mengikut kuasa yang diberikan secara nyata ini, P akan terikat dengan kontrak yang dibuat oleh A bagi pihaknya itu.
b) Dimaklumkan berdasarkan keadaan berikut ;
Ejen bertindak dengan mengunakan semua kuasa-kuasa yang munasabah dan sepatutnya perlu dalam menjalankan tugas.
Keadaan kes tertentu ;
c) kelaziman atau kebiasaan resam perniagaan
d) Keadaan dan situasi serta kelakuan pihak-pihak berkenaan.

Kuasa zahir
adalah kuasa yang tidak diberikan secara nyata oleh prinsipal, tapi undang undang menganggap prinsipal terikat walaupun tidak memberikan kuasa kepada ejen untuk melakukan tindakan tersebut.

Kuasa zahir wujud dalam keadaan ;
a) Melalui perkataan yang diucapkan atau tindakan prinsipal yang mendorong pihak ketiga mempercayai bahawa ejennya diberi kuasa untuk membuat kontrak tertentu bagi pihaknya.
b) Apabila ejen sebelum ini mewakili prinsipal tetapi kuasanya telah ditamatkan oleh prinsipal dan perkara ini tidak diberitahu kepada pihak ketiga.

AHMAD AMEERULSAUFEE BIN MUHD SAAD
NUR SYAHIDAH BINTI MOHD SHAWAL
RAJA NURHAFIZA BINTI RAJA AZIZ

MISS KARIMAH BINTI MD FADIL
Contoh kes :
Chan Yie Tee v William Jacks & Co. (Malaya) Ltd
Full transcript