Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

isu semasa berkaitan dengan alam sekitar

No description
by

nur syafiqah zainuddin

on 2 April 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of isu semasa berkaitan dengan alam sekitar

isu semasa berkaitan alam sekitar
PEMANASAN GLOBA
Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih cepat menjadi panas berbanding dengan kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Mengikut model matematik, perubahan cuaca suhu purata global akan meningkat 1 hingga 2 darjah Celcius pada tahun 2030 disebabkan peningkatan dalam pelepasan gas-gas rumah hijau. Peningkatan purata suhu atmosfera bumi akan mengubah cuaca di bumi. Pemanasan global juga akan menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Artic dan Antartika. Aras laut pula dijangka meningkat 15cm pada tahun 2050 dan 34cm pada tahun 2100. Ini akan menyebabkan peningkatan dalam aras laut. Kawasan-kawasan dan bandar-bandar tepi laut seperti New York dan Rotterdam sudah mula mengalami kenaikan aras laut. Negara-negara pulau seperti Vanuatu telah kehilangan beberapa pulau-pulau kecil akibat kenaikan aras laut.

pemanasan globa
Tanamkan di pikiran anda kuat-kuat, bahwa setiap anda menggunakan selembar kertas maka anda telah menebang sebatang pohon. Oleh karena itu gunakan kertas se-efektif mungkin misalnya dengan mencetak print out bolak-balik pada setiap kertas. Bila anda nge-print sesuatu yang tidak terlalu penting, gunakanlah kertas bekas yang dibaliknya masih kosong.
1. Batasi Penggunanaan kertas
Segera ganti bola lampu pijar anda dengan lampu neon. Lampu neon ini membutuhkan energi yang lebih sedikit dibanding lampu pijar. Ingat setiap daya daya listrik yang anda pakai maka anda turut serta menghabiskan sumber daya energi listrik yang kebanyakan berbahan bakar fosil. Bahan bakar fosil adalah bahan bakar tak terbarukan, dan dalam jangka sepuluh tahun ke depan mungkin bahan bakar jenis ini akan habis.
2. Ganti bola lampu.
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH MASYARAKAT
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih proaktif dan efektif oleh kerajaan perlulah dilaksanakan. Sebagai contoh, mewajibkan penggunaan kenderaan bermotor yang mempunyai penapis gas pada ekzos kenderaan masing-masing. Hal ini sudah tentu akan menjamin kebersihan gas yang dilepaskan daripada ekzos-ekzos kenderaan terutamanya di kawasan bandar adalah selamat dan mesra alam.

Pengeluaran atau pelulusan lesen bagi tujuan pembalakan turut perlu diminimumkan. Hal ini adalah bagi memastikan para pembalak agar tidak menyalahgunakan permit yang mereka peroleh untuk kepentingan sendiri. Penetapan had kuantiti kayu balak yang boleh ditebang dalam satu tahun akan dapat meminimumkan penebangan kayu balak yang terdapat di negara ini.
Penguatkuasaan undang-undang
Bagi mengurangkan kesan negatif pemanasan global, peranan masyarakat dalam sesebuah negara juga penting. Masyarakat haruslah saling memperingati dan memberi maklumat tentang keseriusan isu pemanasan global kepada orang lain. Masyarakat turut perlu memberi respon yang positif terhadap seruan kerajaan bagi sama-sama menggembleng tenaga bagi menangani masalah ini. Ajakan untuk sama-sama memberi komitmen terhadap alam sekitar oleh masyarakat setempat adalah amat penting supaya semua lapisan masyarakat akan sedar dan tahu akan tanggungjawab masing-masing dalam memelihara alam sekitar.
Saling memberi maklumat

Kesedaran di dalam diri tentang isu ini adalah asas kepada usaha yang akan dilakukan oleh masyarakat mahupun negara. Sumbangan diri sendiri terhadap penjagaan alam sekitar adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan usaha-usaha masyarakat dan negara
Diri sendiri
CARA MENANGANI PAMANASAN GLOBA
kesimpulan

Daripada hasil kajian, dapatlah disimpulkan bahawa pemanasan global bukan lagi merupakan satu isu yang ringan kerana isu ini banyak mendatangkan mudarat kepada semua hidupan di muka bumi ini dan manusia adalah tidak terkecuali. Kita perlu sedar bahawa pemanasan global bukan berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, kita perlu ingat bahawa isu ini semuanya berpunca daripada perbuatan kita sendiri yang lebih mementingkan keuntungan, keseronokan dan keselesaan duniawi yang berlebihan dan sebagainya. Betul, kita tidak mampu menghalang pemanasan global daripada terus berlaku tetapi, kita masih punya kebijaksanaan bagi mengawal isu ini daripada menjadi semakin parah dalam jangka masa yang singkat sahaja. Oleh yang demikian, langkah yang proaktif serta wajar perlu kita ikuti dan semua pihak harus bekerjasama serta sama-sama berganding bahu dalam mengatasi masalah ini.

Walaupun semua langkah tersebut tampak remeh, namun seandainya semau individu di dunia ini melakukan hal yang sedemikian, tidak mustahil pemanasan global tidak akan memberi impak yang lebih teruk pada masa hadapan. Kita tidak seharusnya membiarkan diri kita terus dibuai mimpi oleh keseronokan dan keselesaan hidup di dunia ini sedangkan kita tidak mengetahui akan realitinya impak pemanasan global terhadap masa depan generasi akan datang atau anak-anak kita. Natijahnya, masa depan anak-anak kita akan datang terletak pada usaha dan apa yang kita lakukan pada masa sekarang. Janganlah kita sanggup membiarkan generasi akan datang menderita dan hidup dalam katakutan disebabkan oleh kelalaian dan sikap endah tak endah kita pada masa kini.
Full transcript