Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Motivasi Orang Kelainan Upaya (OKU)

No description
by

Risniah Yunus

on 21 January 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Motivasi Orang Kelainan Upaya (OKU)

Motivasi Orang Kelainan Upaya (OKU)
B. Definisi & Konsep (OKU)
Orang Kelainan Upaya (OKU) merujuk kepada seseorang yang tidak boleh berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan/atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan samada dari segi fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian daripada itu (JKM, 2013).

Menurut Akta Orang Kurang Upaya 2008, OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

Definisi OKU menurut Kementerian Sumber Manusia adalah individu yang mengalami kecacatan fizikal atau kecacatan akal yang berbangkit samada secara semula jadi atau akibat kecelakaan atau penyakit tetapi mereka boleh menjalankan pekerjaan (Suhakam, 2006).
Jenis- jenis ketidakupayaan
1. Kurang Upaya Pendengaran
2. Kurang Upaya Penglihatan
3. Kurang Upaya Pertuturan
4. Kurang Upaya Fizikal
5. Masalah Pembelajaran
6. Kurang Upaya Mental
7. Kurang Upaya Pelbagai

Kesimpulan
Setiap manusia yang dilahirkan adalah unik samada mereka dilahirkan sebagai individu yang normal mahupun yang cacat. Ketidakupayaan yang dialami oleh seseorang individu bukanlah bermakna individu tersebut harus ditinggalkan begitu sahaja tanpa pembelaan dan bantuan yang sewajarnya.

Terdapat pelbagai jenis bantuan dan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan untuk membantu golongan terpinggir ini.

Walaupun dilahirkan tidak sempurna, OKU juga seharusnya dibantu untuk membolehkan mereka berfungsi dan berkembang kepada potensi mereka yang sepenuhnya.
A. Pengenalan
Orang Kelainan Upaya (OKU) tergolong sebagai komuniti marginal atau terpinggir

OKU dianggap tidak produktif dalam masyarakat.Namun, sebenarnya mereka mampu bersaing dan menyumbang sesuatu kepada negara sekiranya diberi peluang.

Menurut Tiun Ling Ta (2008) jumlah OKU di Malaysia dianggarkan berada dalam lingkungan jumlah antara 1.4 juta hingga 1.7 juta orang.

Manakala menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, terdapat 150,600 orang berdaftar dengan JKM di seluruh negara untuk pelbagai kategori ketidakupayaan

Bilangan OKU di Malaysia tidaklah begitu ramai tetapi bilangan ini semakin hari semakin meningkat terutamanya bagi kategori OKU bermasalah pembelajaran seperti autisme, lembab, hiperaktif, sindrom down dan sebagainya.
C. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh golongan OKU
Di bawah JKM, perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
i) Pendaftaran dan Kad OKU
ii) Bantuan Alat Tiruan
iii) Geran Pelancaran
iv) Elaun Pekerja Cacat
v) Bengkel Terlindung
vi) Latihan Kemahiran Vokasional
vii) Institusi Pemulihan (Taman Sinar Harapan)
viii) Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Antara jenis-jenis program pendidikan khas yang disediakan termasuklah:
i) Program Pendidikan Khas Integrasi
ii) Program Pendidikan Khas Inklusif
iii) Program Pemulihan Khas
iv) Kurikulum Program Pendidikan Khas
v) Aktiviti Kokurikulum
vi) Program Pendidikan Khas Prasekolah
vii) Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas
viii) Sekolah Rendah Pendidikan Khas
ix) Program Pendidikan Khas Peringkat Menengah
x) Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
xi) Jabatan PendidikanTeknik
Full transcript