Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Kepimpinan Melalui Teladan

No description
by

Syafiqah Hartini

on 18 February 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Kepimpinan Melalui Teladan

Sinopsis
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.

Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.

Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.

Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari

Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.
Tema
Tema prosa ini ialah kepahlawan seorang Laksamana yang mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan anasir luar
Persoalan
1.Kegagahan dan kehebatan pahlawan Melayu .
2.Kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk menewaskan musuh .
3.Taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap pemerintah .
4.Menuntut bela atas kematian orang tersayang .
5.Amanah dalam melaksanakan tugas .
Watak Utama : Laksamana
Watak-watak persampingan : Kertala Sari, Raja/
Ratu Melaka, Seri Betara Majapahit, Bini Petala Bumi, tujuh orang perjurit,Saudagar yang kaya,Temenggung,Bendahara dan sebagainya.

Perwatakan Laksamana
1.Merupakan salah seorang hulu balang Melaka.
2. Beliau berjaya menewaskan Kertala Sari dan tujuh orang perajurit termasklah Petala Bumi.
3. Seorang yang bijak sana.
4. Seorang yang berani dan gagah.
5.Seorang yang digeruni oleh pihak lawan.
6. Seorang yang bak hati.
7. Seorang yang patuh peritah raja.
8.Seorang ang bertanggungjawab.

Ketala Sari
1. Seorang hulu balang kerajaan majapahit.
2. Bapanya Petala Bumi telah di bunub oleh laksamana.
3. Seorang yang kejam dan ganas.
5. Memiliki ilmu kesaktian.
6. Seorang yang pendendam.
7.Seorang yang patuh akan oemerintah

Raja/Ratu Melaka
1. Baginda juga dikena sebagai Tuan Syah Alam.
2 Seorang yang adi dan saksama.
3. Seorang yang mementingkan keharmonian negara.
4. Seorang yang mengenang jasa hulubalang
5. Seorang yang rasional dalam menbuat tindakan.

Patih Gajah Mada
1. Beliau merupakan pembesar kerajn Majapahit.
2.Seorang yang pendendam.


Kepimpinan Melalui Teladan
Watak dan Perwatakan
Latar

Latar Tempat
1.Majapahit
2.Rumah Petala Bumi
3.Bukit Cina
4.Istana Tuanku Syah Alam
/ Raja Melaka
5.Tengah pasar
6.Melaka
Latar Masa
1.Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
2.Waktu pagi
3.Waktu siang
4.Waktu malam
Latar Masyarakat
1.Masyarakat Melayu yang hidup
pada zaman pemerintahan
feudal
2.Golongan istana
3.Masyarakat yang ingin
menuntut bela atas kematian
orang tersayang
4.Masyarakat yang bijak
menggunakan tipu muslihat
5.Masyarakat yang mengamalkan
ilmu kesaktian
6.Masyarakat yang berani melawan
musuh
Tema
Plot
1. Bahagian
pengenalan
atau eksposisi cerita ini mengisahkan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada mendapat berita sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka . Orang suruhan Patih Gajah Mada telah pergi menemui Kertala Sari dan membawanya ke kediaman Patih Gajah Mada .Seterusnya Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari mengahadap Seri Betara Majapahit. Seri Betara menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian tujuh orang penjuritnya.

2. Bahagian
perkembangan
apabila Kertala Sari berlayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang Jawa untuk bersama-sama dengan penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka. Kertala telah menyamar sebagai orang Patih Kerma WWijaya. Dia telah berjaya mengenakli Laksamana yang telah membunuh ayahnya .

3. Bahagian
perumitan
apabila pada suatu malam Kertala Sari telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya . Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan bini saudagar itu turut dicabulnya. Kertala Sari mengulangi perbuatannya itu pada malam-malam berikutnya . Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang pencurian itu. Raja Melaka te lah menitahkan Temenggung agar mengerahkan pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumah-rumah dan kampung.Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya , rumah Bendahara pula dimasuk pencuri. Laksamana memberitahu raja bahawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka. Laksaman memohon kebenaran raja untuk cuba menangkap pencuri itu .Laksamana memasang banyak senjata , lembing , tombak dan kayu di keliling istana Raja Melaka . Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak memasuki istana Raja Melaka dengan tipu muslihat itu. Setelah malam tiba , Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak Kertala Sari cuba masuk ke istana Raja Melaka untuk mencuri dan mengganggu isteri raja yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di istana , dia terdengar bunyis senjata dan kayu yang dipalu dengan begitu bising .Kertala Sari tidak jadi masuk ke istana Raja Melaka .

4. Bahagian
klimaks
apabila Laksamana berjaya membunuh Kertala Sari dengan menikam dadanya. Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan berbaring di tengah pasar malam pada suatu malam. Selepas membunuh Kertala Sari , Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Kertala Sari sebagai bukti bahawa beliaulah pembunuh Kertala Sari

5. Bahagian
peleraian
apabila banyak orang datang menghadap Raja Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari dan mengaku bahawa merekalah yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai dakwaan mereka. Kemudian, Laksamana masuk menghadap Raja Melaka dengan membawa bukti keris dan alat sulit milik Kertala Sari yang dipotobngnya. Raja Melaka memberikan anugerah atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari. Raja Melaka menitahkan Bendera Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan olh Kertala Sari di Bukit Cina. Negeri Melaka kembali aman dan sentosa selepas Kertala Sari berjaya dibunuh. Sementara itu , Patih Gajah Mada mendapat berita tentang kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka


Teknik Plot
1. Teknik pemerian
2. Teknik dialog
3. Teknik monolog
4. Teknik kejutan
Gaya Bahasa
-Penggunaan penanda wacana
-Bahasa Arab
-Bahasa Melayu klasik
-Simile
-Personafikasi
-Hiperbola
-Perulangan kata/Repitisi
Nilai
1.Kasih sayang
2.Kegigihan
3.Ketaatan
4.Semangat bermasyarakat
5.Kebijaksanaan
6.Tanggungjawab
7.Keberanian
Pengajaran
1.Kita hendaklah cekap menyusun strategi bagi menumpaskan pihak musuh.
2.Kita mestilah bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh.
3.Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh.
4. Kita hendaklah mempunyai sikap taat dan setia terhadap pemerintah tanpa berbelah bahagi.
5.Kita hendaklah menghindarkan diri daripada menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain.
Fatin Hadirah 4B
Nor Syazani Syahmi 4B
Siti Hajar 4B
Full transcript