Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

PROJEK KUMPULAN HUBUNGAN ETNIK

MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT JAWA
by

iman hunter

on 25 November 2012

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of PROJEK KUMPULAN HUBUNGAN ETNIK

PROJEK KUMPULAN
HUBUNGAN ETNIK
UTE 1012 PENGHARGAAN PENDAHULUAN DAPATAN KAJIAN
Alamat rumah kawasan kajian, Lot 1294, Kampung Parit Serong, 45500 Tanjung Karang, Selangor.
Perjalanan dengan menaiki kereta dari Universiti Sains Islam Malaysia ke Kampung Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor melalui Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah mengambil masa kira-kira 2 jam dengan jarak sejauh 126km.
Kawasan kajian terletak kira-kira 15km dari Bandar Tanjung Karang dan mengambil masa perjalanan selama 20 minit.
Terletak berhampiran dengan sawah padi dan ladang kelapa sawit.
Mempunyai tanah pamah yang subur dan sistem pengairan yang baik.
Majoriti masyarakat di sana terlibat dalam aktiviti pertanian dan perladangan seperti pengusahaan tanaman padi dan kelapa sawit.
Mempunyai masyarakat yang berbilang kaum seperti Jawa,Cina,Melayu dan India.
Berdekatan dengan kilang memproses beras. Makanan Tradisional
Masyarakat Jawa : Tajuk Kajian:
Makanan Tradisional Masyarakat Jawa
Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyempurnakan kerja lapangan yang bertajuk ‘Makanan Tradisional Masyarakat Jawa’. Kerja lapangan ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada tugasan subjek Hubungan Etnik.

Sekalung penghargaan untuk pensyarah kursus Hubungan Etnik, Universiti Sains Islam Malaysia,iaitu Pn. Anita binti Ismail kerana memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan kerja lapangan ini.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu yang banyak membantu kami menyempurnakan tugasan ini,terutama Pn. Zaleha binti Saraginin serta keluaraga. Beliau merupakan tuan rumah yang kami kunjungi bagi mengkaji makanan tradisional masyarakat Jawa di Kampung Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor.

Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan kami dijalankan. Kebudayaan ialah pengetahuan,kepercayaan,kesenian,moral,adat istiadat yang berkait rapat dengan masyarakat. Antara budaya dan adat yang telah kami kaji ialah budaya masyarakat Jawa dan kami telah mengambil skop makanan tradisional sebagai kajian kami. Dari aspek bahasa,sebahagian besar suku bangsa Jawa menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa pertuturan seharian mereka. Masakan Jawa merujuk kepada makanan penduduk di Pulau Jawa, Indonesia. Masakan Jawa secara besar dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu masakan Jawa Tengah, Jawa Timur dan Jawa Barat. Nasi ambeng adalah antara masakan Jawa Barat yang kami kaji. OBJEKTIF Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengkaji makanan tradisional masyarakat Jawa di Kampung Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor dengan memberi tumpuan terhadap beberapa aspek seperti bahan-bahan yang digunakan,dan cara penyediaannya.

Untuk mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif telah dirangka untuk dicapai, iaitu:
Memperjelas secara ringkas latar belakang dan sejarah makanan tradisional masyarakat Jawa.
Mengenal pasti secara terperinci tentang makanan tradisional jawa dan jenis-jenis makanan tersebut.
Mengenal dan mengetahui bahan-bahan yang digunakan untuk memasak makanan tradisional Jawa.
Mempraktikkan cara-cara pembuatan dan penyediaan makanan tradisional masyarakat Jawa.
Untuk memartabatkan makanan tradisional masyarakat jawa kepada masyarakat luar. KAEDAH KAJIAN Lawatan: Mengadakan lawatan ke kawasan kajian.
Temu ramah: Menemu ramah penduduk kampung di daerah Tanjung Karang, Selangor.




Amali : Mengkaji dan melakukan sendiri proses penyediaan makanan tradisional masyarakat jawa. KAWASAN KAJIAN RESEPI - NASI AMBENG 1- Serunding Kelapa Bahan-bahannya:
1 biji kelapa diparut -ambil yang putih sahaja
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 batang serai
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
1 sudu serbuk ketumbar
sedikit air asam jawa
garam
gula
Sedikit serbuk kunyit
Lengkuas Cara-caranya : Tumbuk sehingga lumat
bawang putih
bawang merah
serai
lengkuas
serbuk jintan manis
serbuk jintan putih
serbuk ketumbar
Gaulkan bahan kisar bersama asam jawa, garam, gula, serbuk kunyit dan kelapa. goreng kelapa tadi hingga menjadi kering. 2- Ayam Goreng Perap ayam seketika bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk ketumbar 3- Sambal Goreng Jawa : Bahan-bahannya:
tempe dipotong dadu (digoreng)
tahu dipotong dadu (digoreng).
ubi kentang dipotong dadu (digoreng)
soo hoon (direndam)
tauhu kering (digoreng)
bawang merah (dihiris halus)
bawang putih(dihiris halus)
cili besar dihiris. boleh tambah cili padi bagi yang sukakan pedas
ikan bilis
cili kering(dihiris halus)
lengkuas(dihiris halus)
halia(dihiris halus)
gula
garam
santan
tumis
bawang merah
bawang putih
cili besar yang sudah dihiris
tambah garam secukup rasa
ikan bilis
santan
kacau hingga pecah minyak. Masukkan tempe,kentang,tauhu yang sudah digoreng.
kacau lagi.
Masukkan soo hoon dan tauhu kering. Siap!! 4- Mee goreng Bahan-bahan:
mee kuning
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
cili merah (dihiris)
ikan bilis
kicap
udang
bebola ikan
garam
gula
sawi
taugeh

Tumis
bawang merah
bawang putih
cili merah yang dikisar
sedikit kicap pekat,
garam
gula
ikan bilis
bebola ikan
sawi.
taugeh
kemudian masukkan mee kuning.
goreng hingga masak. Cara Hidangan: Apabila lauk -lauk sudah siap dimasak, alaskan talam dengan daun pisang, kemudian letak nasi , diikuti serunding kelapa, sambal goreng jawa, mee goreng & ayam goreng. Goreng ayam sehingga masak. Cara-caranya Cara-caranya 1 2 3 4 & Cara-caranya Sejarah Nasi Ambeng bermula apabila masyarakat Jawa yang berasal dari Tanah Jawa Indonesia berhijrah ke Tanah Melayu Malaysia sekitar tahun 1890 - 1900 yang kini telah menjadi warga Malaysia dan telah diturunkan kepada anak-anak, cucu, cicit sehinggalah ke hari ini.
. Muhamad Syafiq bin Mohd Hashim 1121 350
Fakrurrazi bin Mohamad Ikhsan 1121 351
Mohamad Wajdi Afifi bin Abd Karim 1121 376
Nurul Atiqah binti Abdul Halim 1121 353
Nurul Syamila binti Abdul Samat 1121 352
Nurul Syafiqah binti Abdul Razak 1121 359
Siti Nursabirah binti Rahman 1121 366
Nur Hamama Sakinah binti Ithnin 1121 356 FAKTOR KEUNIKAN NASI AMBENG Cara penyediaan yang unik.
Kebiasaannya disediakan pada majlis-majlis keraian seperti kenduri kesyukuran mahupun tahlil.
Rasa yang enak.
Menjadi tarikan utama kerana jarang didapati dimana-mana Negara lain. PENGARUH NASI AMBENG
TERHADAP MASYARAKAT Boleh mengeratkan hubungan silaturrahim kerana kaedah makannya adalah dalam satu talam.
Merapatkan ukhwah sewaktu proses penyediaan.
Boleh mendatangkan pelbagai penyakit merbahaya seperti obesiti, darah tinggi dan sebagainya jika diambil dalam kuantiti yang banyak mahupun terlalu kerap. KRITIS Mengeratkan ukhwah.
Percampuran budaya (antara masyarakat melayu dan masyarakat jawa).
Dapat menambah sumber kewangan.
Mendatangkan penyakit.
Berlaku pembaziran kerana berlebih-lebihan dalam makanan. KREATIVITI Teknik makan dalam satu talam.
Mencampurkan nasi dengan berbagai jenis lauk-pauknya.
Pemilihan lauk yang bersesuaian. KESIMPULAN Nasi Ambeng ialah makanan tradisi masyarakat Jawa Melayu yang mempunyai konsep yang unik dan kekal sehingga sekarang.
Antara konsep yang unik terhadap nasi ambeng ialah untuk menikmati makanan ini tanpa mengira pangkat dan darjat seseorang yang mana si kaya dan si miskin dapat menikmati masakan nasi ambeng bersama-sama.
Selain itu, membuat aktiviti gotong-royong dengan memasak atau membuat nasi ambeng secara besar-besaran yang membawa kepada kesepakatan atau perpaduan rakyat.
Full transcript