Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

PENGERTIAN REFLEKSI DALAM P&P DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENDIDIKAN

No description
by

Nancy Ning

on 14 November 2016

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of PENGERTIAN REFLEKSI DALAM P&P DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENDIDIKAN

PENGERTIAN REFLEKSI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, PELAKSANAAN DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENDIDIKAN.
Nama: Yii Yuann Ning
No. Matrik: D20152072018
Kumpulan: N

Refleksi
Refleksi merupakan suatu proses yang penting dalam kitaran pembelajaran bagi kemajuan profesion keguruan. Pengalaman pengajaran yang diperolehi oleh guru-guru sejak mereka mula berkhidmat adalah amat bernilai dan boleh dikongsi untuk manfaat semua guru. Berasaskan kaedah yang sistematik dalam refleksi, pengalaman tersebut dapat dijadikan pengajaran dan membawa pengertian kepada semua guru.
Definisi Refleksi
Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)
Refleksi sebagai sesuatu tindakan yang aktif, dan mengambil kira apa sahaja kepercayaan atau bentuk pengetahuan yang menyokong dan membuat kesimpulan tentang pengetahuan tersebut. (Dewey, 1993)
Proses membuat refleksi bermula apabila mereka mengalami kesukaran, atau berhadapan dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan segera. (Dewey, 1993)

Ciri-ciri Refleksi
a. Proses Sistematik 

Proses refleksi ialah proses yang sistematik, mengingati kembali dari ingatan pengalaman-pengalaman yang telah berlalu. Dalam proses sistematik ini, guru-guru memahami dan menjelaskan proses-proses yang berlaku dari awal hingga akhir bagi sesuatu kejadian supaya mendapat pengertian dan pemahaman pembelajaran yang baru.

b. Bukti Penambahbaikan

Refleksi juga dapat menyediakan bukti dan pengetahuan teknikal untuk meramal penyelesaian efektif untuk proses-proses penambahbaikan. Selepas mengajar sesuatu pelajaran, guru-guru perlu menganalisis aktiviti pembelajaran untuk menunjukkan hasil positif dan negatif.

c. Pengetahuan Gerak Hati

Refleksi melibatkan penggunaan pengetahuan gerak hati. Dalam proses refleksi, pembelajaran berlaku melalui teknik inkuiri. Mengikut pengetahuan gerak hati, guru-guru sentiasa dapat membuat perubahan dan pembaharuan kepada proses pengajaran.
d. Meramal Akibat

Refleksi membolehkan guru-guru menjangka hasil sesuatu tindakan dan membuat perancangan awal. Guru-guru dapat meramalkan tentang segala perubahan dan hasil pembelajaran kerana mereka mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.


e. Menjana Idea-Idea Baru

Refleksi membantu guru-guru merangka semula pengetahuan teori yang lampau dengan menggunakan pengertian baru untuk mengubah pengajaran mereka. Oleh yang demikian, guru-guru boleh menjana idea-idea yang baru untuk diterapkan dalam pengajaran selepas pengalaman praktikal mereka.

f. Berfikir Secara Kritikal

Refleksi adalah proses pemikiran kritikal pelbagai faktor yang mempengaruhi pengajaran guru-guru di dalam kelas. Dalam proses pemikiran kritikal, guru-guru perlu membuat pengubahsuaian kepada pengetahuan yang diperolehi daripada langkah-langkah pengajaran yang berlaku di dalam kelas. Guru-guru juga perlu membuat perubahan secara langsung apabila keadaaan yang tidak dijangka berlaku ketika mereka mengajar.

g. Amalan Etika

Refleksi adalah suatu proses yang menghargai dan menghormati semua orang. Terdapat satu kod amalan etika yang perlu diikuti oleh semua guru yang terlibat dalam amalan refleksi. Semua aktiviti professional dan peribadi dijalankan dengan sikap mengambil berat dan toleransi.

h. Proses Aktif

Refleksi adalah proses aktif mengingat kembali, menganalisis dan mencari penyelesaian kepada masalah.
Menurut Schon (1983), ini dibuat melalui refleksi dengan cara-cara yang berikut:

i. Refleksi Semasa Pengajaran

Merujuk kepada pemikiran langsung mengenai apa yang dilakukan oleh guru-guru ketika mereka mengajar. Guru-guru melaksanakan pelan tindakan pengajaran berasaskan teori-teori yang pernah dipelajari.

ii. Refleksi Selepas Pengajaran

Refleksi dilakukan selepas sesuatu pengajaran dilaksanakan dan ia membolehkan guru-guru memahami apa yang telah dilakukan dan reaksi murid-murid terhadapnya. Ini menjana beberapa persoalan dan idea-idea mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan ketika guru-guru mengajar.


iii. Refleksi Tindakan Susulan

Refleksi ini diamalkan selepas pengajaran apabila guru-guru menilai dan membuat kesimpulan mengenai implikasi untuk tindakan selanjutnya seperti membentuk satu pelan tindakan baru untuk pengajaran.

Kaedah-kaedah Refleksi
Terdapat beberapa model untuk menjalankan refleksi. Contohnya, model tiga langkah, iaitu RANCANG, BUAT dan NILAI seperti yang dicadangkan oleh Greenway (1988) boleh digunakan untuk menjalankan refleksi dalam sistem sekolah.

Dalam satu lagi model oleh Johnson (1998), proses refleksi boleh dijalankan dalam enam tahap seperti berikut :

i. Tahap Pemahaman

Guru-guru memahami konsep pedagogi atau teori yang akan digunakan dalam bilik darjah.
Contohnya, guru perlu memahami teknik-teknik dan kaedah-kaedah kumpulan koperatif sebagai satu strategi pengajaran.

ii. Tahap Transformasi

Dalam tahap transformasi, guru akan melaksanakan pengajaran dengan sesuatu konsep atau prinsip di dalam kelas.
Contohnya, guru menyediakan rancangan pelajaran harian dengan menjelaskan langkah-langkah kaedah koperatif secara terperinci.

iii. Tahap Pelaksanaan

Dalam tahap ini, guru akan melaksanakan pengajaran dengan melaksanakan segala langkah-langkah dan prosedur yang disarankan dalam kaedah koperatif.
Guru akan membahagikan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang kecil untuk menyelesaikan masalah pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.

iv. Tahap Penilaian

Guru menilai pelaksanaan kaedah koperatif langkah demi langkah dengan mengingati kembali pelajaran yang disampaikan.
Beliau juga akan membuat catatan dalam buku jurnal mengenai prosedur-prosedur yang diambilnya dalam bilik darjah semasa melaksanakan kaedah koperatif dan menilai pencapaian setiap langkah pelaksanaan dalam kaedah pengajaran ini.

v. Tahap Refleksi

Guru mempersoalkan diri tentang pengajaran yang dilaksanakan dan merujuk kepada catatan-catatan di dalam buku jurnal serta mengimbas kembali mengenai respon dan emosi para murid semasa beliau melaksanakan pengajarannya dengan menggunakan kaedah koperatif.

vi. Tahap Pemahaman Baru

Dalam tahap ini, guru mendapat pengertian baru daripada pengalaman pengajaran dengan menggunakan kaedah koperatif.
Beliau akan memperbaiki rancangan pelajaran harian yang menerapkan kaedah koperatif untuk mengatasi segala kelemahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah ini.

Kebaikan Refleksi
Refleksi penting kerana pembelajaran berlaku melalui campuran teori dan praktikal, pemikiran dan tindakan serta pemerhatian dan interaksi:

Menghasilkan perancangan pengajaran yang lebih baik. 
Menjana idea-idea inovatif untuk menghasilkan bahan pengajaran. 
Memahami keperluan murid-murid yang pelbagai. 
Boleh menyelesaikan masalah selepas mengambil kira semua pilihan. 
Menjana proaktif dan bukannya reaktif. 
Membina cara kreatif untuk memotivasikan murid-murid. 
Bertimbang rasa terhadap murid-murid yang lain. 
Memahami diri sendiri dan orang lain. 
Menyedari kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

Peranan Refleksi
Pertamanya dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya.
Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif dalam membuat keputusan.
Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya.

Kepentingan Refleksi
Refleksi membantu guru untuk:

Membuat penilaian kendiri.
Berfikir secara analitik, kritis dan kreatif.
Menganalisis aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran.
Mencari alternatif dalam membuat keputusan.
Mengambil tindakan susulan atau jalan penyelesaian untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran.
Mengubah tingkah laku.

Refleksi membantu pelajar jurusan perguruan untuk:

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan.
Menjadikan refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan.
Menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal.

Sentiasa berfikir tentang tujuan, isi kandungan dan tindakan dalam konteks pengajaran.
Berusaha memperbetulkan sebarang kesilapan dan perlakuan semasa merancang dan melaksanakan pengajaran.
Sentiasa mempelajari daripada apa yang dibuat agar memberi makna kepadanya dalam konteks peribadi, profesion, masyarakat dan Negara.
Boleh menghubung kaitkan apa yang dipelajari atau dialami dengan tugas dan kehidupan harian.
Sentiasa melihat sesuatu isu, situasi atau masalah dari pelbagai perspektif agar penyelesaian terbaik dapat dibuat dengan lebih sistematik.
Sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada pengalamannya yang telah dilalui.

CIRI-CIRI GURU REFLEKTIF
Kesimpulan
Refleksi adalah merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru.
Amalan reflektif membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal .
Dalam kegiatan refleksi akan didapatkan pendidik yang ideal, iaitu pendidik yang altruis, demokratis, memberikan pelayanan yang menyenangkan dan berkualitas, professional dan tidak kebal akan kritik membangun. Dengan demikian tidak dapat disanggah, bahawa refleksi dalam pendidikan itu sangat penting.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR (KPF 3012)
Full transcript