Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

BLHW 1722 FALSAFAH SAINS DAN TEKNOLOGI

No description
by

norshahida hassan

on 16 November 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of BLHW 1722 FALSAFAH SAINS DAN TEKNOLOGI

BLHW 1722 FALSAFAH SAINS DAN TEKNOLOGI
DEFINISI KLON
Keterangan daripada ayat suci Al-quran
KESIMPULAN
PENGKLONAN MANUSIA, HAIWAN DAN TUMBUHAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
CONTOH GAMBAR PROSES PENGKLONAN HAIWAN
ADAKAH PENGKLONAN MENENTANG TUHAN???
HUKUM PENGKLONAN MENURUT ISLAM
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGKLONAN
TIGA JENIS PENGKLONAN
PENGKLONAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Klon ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia melibatkan klon manusia, haiwan dan juga tumbuhan.
Pengklonan boleh dieertikan sebagai satu proses pembiakan seksual tanpa memerlukan percantuman sel jantan (sperma) dan sel betina (ovum).
Sel matang mengandungi kod genetik iaitu, asid deoksiribonukleik (DNA) yang dimasukkan ke dalam ovum yang tidak disenyawa, yang dikeluarkan nukleusnya.
HARAM

HARUS
Pengklonan untuk bertujuan pembiakan manusia, kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
Pengklonan manusia untuk diambil sum-sum tulang atau mana-mana organ pada manusia yang telah diklonkan.
Mengklon janin manusia untuk tujuan kajian dengan syarat bahawa janin tersebut dimusnahkan sebelum tempoh 120 hari.
Pengklonan untuk tujuan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu bagi menggantikan organ yang rosak.
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik

(Al-Mukminun 23 : 12-14)
PENGKLONAN MANUSIA
Proses pengklonan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia amat kompleks. Sulit memetakan DNA manusia, memilih gen yang baik dan membuang gen yang buruk.
Banyak sekali kegagalan dalam proses pengklonan manusia (kelahiran Eve). Hasilnya pun mengerikan.Pengklonan manusia berisiko besar melahirkan makhluk yang cacat dan tidak sempurna sifatnya.
PENGKLONAN HAIWAN
Pengklonan haiwan adalah proses menghasilkan ciptaan hidupan baru dengan cara mitosis. Haiwan yang berjaya diklonkan adalah seekor kambing yang diberi nama "Dolly".
Sel somatik diambil daripada penderma sel somatik. Dan paling berkesan adalah diambil daripada telinga haiwan tersebut. Telinga lembu yang ditindik adalah bertujuan untuk mengambil sel somatiknya dan sebagai nombor siri haiwan tersebut.
Sel somatik ini dimasukkan ke dalam telur sel daripada haiwan lain pula melalui "electric shock". Kemudian, sel ini dimasukkan ke dalam rahi penyumbang sel telur tadi, dan haiwan yang diklonkan akan dilahirkan.
PENGKLONAN TUMBUHAN
Pengklonan tumbuhan dilakukan makna kaedah kultur tisu. Kultur tisu merupakan teknik atau proses untuk memastikan tisu hidup di dalam butrien buatan. Tisu tersebut diambil daripada bahagian-bahagian tumbuhan tertentu dan kemudiannya dikulturkan sehingga menjadi satu tumbuhan lengkap. Ia juga disebut sebagai
micropagation
.
Kultur tisu merupakan salah satu cara menghasilkan anak pokok yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplant, seperti daun, batang atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril atau aseptic untuk tumbesaran.
Perkataan klon berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud keratan tumbuhan daripada pokok asal.
KEBAIKAN PENGKLONAN MANUSIA
1. Memberi harapan kepada pasangan yang yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat.

2.Pengklonan boleh digunakan untuk mengubati penyakit atau menggantikan organ yang rosak.
KEBAIKAN PENGKLONAN HAIWAN DAN TUMBUHAN
1. Menjamin keseragaman baka yang baik.

2. Bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam tempoh yang singkat untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.

3. Pengklonan dalam tumbuhan melibatkan vegetatif dan oleh itu, tidak memerlukan agen pendebungaan serta boleh dilakukan pada bila-bila masa.

4.Sesuai untuk spesies tanaman yang sukar dibiakkan dan spesies yang hampir pupus.
KEBURUKAN PENGKLONAN MANUSIA
1. Melahirkan generasi manusia yang boleh mencipta manusia dan akan melahirkan manusia yang tidak mempercayai Tuhan.

2. Meruntuhkan institusi kekeluargaan kerana seorang lelaki ataupun wanita yang tidak memerlukan pasangan untuk mendapatkan zuriat.

3.Jangka hayat manusia klon adalah singkat kerana bayi klon akan mempunyai kromosom yang sama dengan usia penderma.

4. Kadar keguguran dan kematian adalah tinggi.

5. Menjatuhkan martabat manusia.

6. Membolehkan manusia boleh hidup selama-lamanya (bertentangan dengan hukum alam).
KEBURUKAN PENGKLONAN HAIWAN & TUMBUHAN
1. Klon-klon mempunyai rintangan yang sama terhadap penyakit dan perosak. Sekiranya sesuatu klon itu diserang penyakit atau perosak, semua klon yang tidak mempunyai daya rintangan terhadap serangan penyakit atau perosak tersebut, akan mati menyebabkan kepupusan spesies itu.

2. Jika persekitaran luar tidak terkawal, keseluruhan klon pasti akan musnah.

3. Bagi teknik kultur tisu, bukan semua sel atau tisu boleh diklonkan.
CONTOH GAMBAR PENGKLONAN MANUSIA
Telinga lembu yang ditindik adalah bertujuan untuk mengambil sel somatiknya dan sebagai nombor siri haiwan tersebut.
CONTOH GAMBAR PROSES PENGKLONAN TUMBUHAN
TEKNIK PENGKLONAN JANIN/EMBRIO
Pengklonan teknik pemindahan nukleus.
Islam menggalakkan kajian dalam bidang sains dan teknologi serta menyambut baik perkembangan ilmu pengetahuan dan penelitian ilmiah, bahkan menjadi fardu kifayah kepada umat Islam mengetahui dan mendalaminya.

Prof Mohd Nizam - kita bukan melakukan tugas Allah dalam urusan kejadian manusia. Perkara ini (termasuk kelahiran Eve) tidak akan berlaku jika tidak mendapat keizinan Allah.

Mufti Mesir, Dr Nasr Farid Wasil menegaskan bahawa pengklonan manusia tidak harus pada pandangan syarak kerana menjejaskan beberapa perkara, termasuk hukum-hakam, kesihatan, kemasyarakatan dan perundangan.

Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mustafa Abdul Rahman - berkata pengklonan akan melahirkan manusia tanpa perkahwinan atau tanpa berlaku percampuran antara benih lelaki dan perempuan.
Dari pandangan agama Islam, Islam memandang berat kekeliruan ini kerana ia akan membawa kepada masalah penentuan nasab;
Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan) dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya)

(Al-Furqan 25 : 54)
Dalam ayat tersebut, jelas diberitahu hanyalah Tuhan yang mempunyai kuasa untuk mencipta manusia bukan manusia mencipta manusia.
Pengklonan akan melahirkan generasi manusia yang boleh mencipta manusia dan akan melahirkan manusia yang akan menafikan kekuasaan Tuhan.
1) Kami mendapati teknologi pengklonan perlu diakui sebagai teknologi dan alat yang hebat di abad ini.

2) Kaedah pengklonan dapat memberi revolusi kepada manusia serta menjaga alam dan sumber persekitaran jika kita melakukan dengan kaedah dan cara yang betul.

3) Akan tetapi kita adalah diharam mengklonkan manusia dan menghasilkan individu yang seiras dengan induk manusia, kerana ia bukan sahaja menentang hukum alam semula jadi malah bertentangan dengan agama Islam.
VIDEO
NORSHAHIDA BINTI HASSAN B071510977
NOOR IZMA IFFAH BINTI MD AZIZ B071510715
MUFIDA BINTI KHALIZAKI B071510828
SITI MARIAM BINTI SUDIN B071510716
NOR HAFIZAN BINTI YUSOFF B071510713
SYAMIMI BINTI ZAKARIA B071510415
FATIN NADHIRAH BINTI MUSTAFA AZIZUL B071510449
NOR IZATI BINTI RASDI B071510709
NUR MARINA BINTI ABDUL KADIR B071510374
NORHIDAYATUL HAZWANI BINTI MD ZAWI B071510482
NOR IZZATI BINTI GHAZALI B071510436
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.


(An-Nisa' 4 : 1)
PENSYARAH : DATUK ASSOC.PROF.DR.HJ.SU'AIDI DATO' HJ.SAFEI
Full transcript