Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Pahlawan buntung

No description
by

Khalphana Ramachandran

on 23 February 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Pahlawan buntung

PAHLAWAN BUNTUNG PERMULAAN PERKEMBANGAN PERUMITAN PERSOALAN
Watak utama Pak Husain diperkenalkan melalui pertemuan antara Khalid dengan Pak Husain semasa temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan negara.Khalid menegur Pak Husain di suatu temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan. Mereka bertanya khabar.. Mereka memang sudah lama tidak bertemu iaitu kira-kira 30 tahun. Ketika Jepun menyerang Kampung Pulau Pak Amat, semua adik-beradik Khalid berasa terlalu takut lalu memeluk erat ibu mereka. Pak Husain tidak berada dalam kumpulan penduduk kampung semasa menaikki perahu untuk menyelamatkan diri sehingga ayah Khalid bertekad untuk mencarinya tetapi ditahan oleh Pak Ngah. Isteri Pak Husain, Mak Bidah meraung dan menangis apabila menyedari Pak Husain tiada dalam kumpulan mereka. Pak Husain ditahan oleh tentera Jepun ketika berpatah balik ke rumahnya. Dia diarah menggali kubur besar dan menanam mayat-mayat ke dalam lubang besar tersebut. PUNCAK Pak Husain menipu tentera Jepun dengan menyatakan dia hendak membuang air besar tetapi Pak Husain terus melarikan diri dan sampai ke Sungai Gali . Keadaannya terlalu lemah dan asyik meracau-racau kerana peristiwa dipaksa menanam mayat-mayat oleh tentera Jepun telah mengganggu emosinya. Setelah Jepun menyerah kalah, Pak Husain membedil perompak yang cuba mendarat di kampung mereka dengan senapang yang diambil daripada tentera Punjabi. Tindakannya menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dari dirompak. Khalid menyampaikan berita kematian ayahnya kepada Pak Husain dan hasrat ayahnya yang terlalu ingin bertemu dengannya. Saat itu Khalid mulai terkenang peperangan yang berlaku di kampungnya dan keberanian Pak Husain menyelamatkan keluarganya daripada menjadi mangsa serangan tentera Jepun. Khlalid terkenang kisah Pak Husain datang mencari mereka sekeluarga untuk membawa mereka ke tebing sungai bagi meyelamatkan diri setelah kampung mereka dibom oleh tentera Jepun PELERAIAN Khalid mengimbas kembali setahun selepas kekalahan Jepun, kaki Pak Husain terpaksa dipotong setelah terpijak saki baki bom yang ternanam di kampung mereka. Pak Husain . Pak Husain memaklumkan kepada Khalid bahawa sudah lebih kurang 30 tahun mereka tidk bertemu. Pak Husain memberitahu Khalid bahawa isterinya Mak Bidah (MAK DA) telah meninggal dunia lima tahun yang lalu. Mereka berpisah di situ tetapi Khalid terus mengingati kekejaman perang yang meragut banyak nyawa. Khalid menganggap Pak Husain ialah seorang pahlawan..... PAHLAWAN BUNTUNG...kerana kakinya yang kudung. -Persoalan kasih sayang ketika menghadapi kesusahan
-Persoalan keberanian dan kecekalan menentang musuh
-Persoalan kerjasama masyarakat dalam menghadapi kesulitan
-Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa
-Persoalan membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup
-Persoalan menghormati warga tua
-Persoalan kepentingan mempertahankan negara Mak Bidah KHALID Pak Husain - Berusia 60 tahun
-Anak jati Kampung Pulau Pak Amat
-Berbadan tegap sasa dan digilai oleh banyak gadis di kampungnya sewaktu muda.
-Pernah bekerja sebagai nelayan sebelum kakinya terpaksa dipotong setelah terpijak bom.
-Bermisai tipis seperti kapas dan berjanggut jarang-jarang.
-Bertongkat kayu kerana kaki kirinya terpaksa dipotong.
-Mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
-Bijak mengatur strategi
-Berani
- Sanggup berkorban dan menggadaikan nyawa demi mempertahankan kampungnya. WATAK & PERWATAKAN -Berumur 46 tahun
- Anak jati Kampung Pulau Pak Amat
- Menetap di Jalan Bayam
-Ayahnya bernama Pak Hassan
-Mempunyai 2 adik-beradik iaitu Salim dan Fatimah
-Menghargai Jasa Pak Hussain yg telah menyelamatkan penduduk kampung
-Mengagumi keberanian Pak Hussain -Isteri Pak Hussain
-Sayang akan suaminya
-Bertanggungjawab apabila memandikan dan membersihkan suaminya yang bermandikan darah. NILAI PENGAJARAN NILAI & PENGAJARAN -Keberanian
-Kebijaksanaan
-Kasih sayang
-Patriotisme
-Mengenang jasa
-Hormat-menghormati -Kita hendaklah berani mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman
-Kita hendaklah bijak membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah
-Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga
-Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan tugas
Full transcript