Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS

No description
by

Harlina Ishak

on 27 August 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS

1995
2000
2010
1990
2005
PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS
Profesion Keguruan Pendidikan Khas
Sekiranya anda adalah seorang guru pendidikan khas. Apakah ciri-ciri khas yang anda perlu miliki untuk berhadapan dengan murid-murid yang mempunyai pelbagai keperluan khas?
Kerjaya dan Profesion Perguruan
Terdapat beberapa sebab mengapa kita menjadi guru pendidikan khas.
(ii) Cabaran
Setelah sekian lama menjadi guru biasa, kita ingin memperolehi pengalaman dalam bidang baru.

(iii) Ingin berbakti
Kanak-kanak yang berkeperluan khas mempunyai sesuatu sifat yang unik dalam diri mereka. Kita ingin berbakti dengan mencungkil sifat unik dalam diri mereka.


(iv) Mereka melucukan
Telatah kanak-kanak istimewa adalah berbeza. Setiap mereka adalah unik. Kita melihat mereka sebagai individu yang berbeza. Mereka mungkin mempunyai pelbagai bakat dalam diri mereka.

(v) Mereka memerlukan kita
Apabila seorang insan istimewa berhadapan dengan kita, mereka mempunyai satu visi iaitu mereka memerlukan bimbingan dalam pelajaran dan amalan hidup.

(vi) Pengalaman bersama mereka
Mungkin anda pernah berhadapan ahli keluarga, saudara mara atau jiran yang berkeperluan khas. Perasaan ingin membantu mereka ini mungkin mendorong kita membuat keputusan terlibat dalam dunia pendidikan khas.

(vii) Mungkin tiada pilihan lain kepada kita
Kita terpakasa menerimanya kerana bidang itu ditawarkan kepada kita dalam usaha anda untuk memajukan diri kita.

Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Ciri-ciri profesion lain yang perlu ada pada diri kita sebagai guru pendidikan khas
(i) Perlu mengetahui masalah murid pendidikan khas dan bagaimana menanganinya.
(ii) Sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu dalam bidang pendidikan khas.
(iii) Melakukan lawatan ke program-program pendidikan khas pelbagai disiplin serta bertukar-tukar fikiran dan berkongsi maklumat dengan guru-guru lain.
(iv) Memahami bahawa mengajar murid berkeperluan khas adalah jauh berbeza daripada mengajar murid biasa. Perlu ditumpukan, bukan kandungannya tetapi individu itu.

Anda pasti.. seronok menjadi guru pendidikan khas?
Bagi mereka yang pernah mempunyai hubungan dengan insan istimewa, sudah pasti desakan dalam diri mereka sangat kuat melibatkan diri dalam bidang pendidikan khas
(i) Minat
Berminat mengajar dan mendidik kanak-kanak dengan keperluan khas. Berasa puas hati kerana dapat memberi sumbangan kepada mereka.

(v) Perlu mengubahsuai kandungan / sukatan pelajaran supaya ia selaras dengan tahap murid itu.
(vi) Sentiasa mempunyai hubungan erat dengan ibu bapa murid untuk berkongsi maklumat dalam usaha membangunkan insan istimewa ini.
(vii) Menjadi ahli dalam persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang mendokong cita-cita dan hasrat membantu insan-insan istimewa.

Ciri-Ciri Guru Pendidikan Khas yang Berkesan
Adil
Sikap adil membayangkan personaliti guru. Murid akan berasa kecil hati sekranya guru tidak berlaku adil.

Sabar
Kesabaran guru menggambarkan dirinya. Seorang guru bertanggungjawab atas segala yang dilakukannya.

Jujur
Guru perlu menunjukkan tauladan yang baik. Guru perlu mempamirkan tingkah laku yang terpuji dan boleh diikuti.

Rajin
Guru perlu rajin mengajar untuk melihat hasil dan perubahan yang positif pada diri murid.

Cekap
Murid memerlukan model untuk dicontohi. Sikap guru yang cekap menjadikan urusan pembelajaran berjalan lancar.

Mesra
Guru perlu mempunyai unsur mesra dan mudah berjenaka. Guru yang mesra adalah tempat bermanja murid.

Empati
Guru perlu memiliki perasaan empati supaya dapat bimbing muridnya dan mampu melihatnya berjaya.

Hormat
Sikap hormat guru pada pelajar pendidikan khas akan menyebabkan mereka berasa bangga dan berusaha lagi.

Prihatin
Guru perlu mempunyai perasaan prihatin supaya tugasnya dapat dilaksanakan dengan baik demi keseronokkan murid.


Penyayang
Pelajar berkeperluan khas dahagakan kasih sayang. Kekurangan mereka membuatkan mereka ingin dikasihi.

Berpengetahuan
Guru perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu yang akan membantunya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bersikap Profesional
Guru pendidikan khas perlu mempunyai sikap yang professional dalam menangani masalah pelajarnya.

Berfikiran Positif
Guru yang berfikiran positif dapat melahirkan murid yang cemerlang. Perlu ada visi supaya pelajar dapat berjaya.

Sentiasa Riang
Guru perlu menunjukkan wajah yang sentiasa riang apabila bersama murid-murid. Murid gembira menghampiri guru riang.

Mengenali Pelajar
Guru perlu mengenali muridnya dari aspek masalahnya, kekuatan dan kelemahannnya, keperluannya dsbnya.

Sanggup Berusaha
Guru perlu ingat muridnya adalah murid khas. Ia mempunyai tanggungjawab membentuk muridnya supaya berjaya.

Berbakat
Bakat dan minat yang ada pada guru adalah asset bagi murid pendidikan khas. Guru perlu berkongsi bakatnya dengan murid.

Kreatif
Guru perlu kreatif untuk menyeronokkan muridnya. Murid-murid akan berasa seronok apabila berhadapan dengan guru kreatif.

Bertanggungjawab
Guru perlu bertanggungjawab terhadap pelbagai jenis tingkah laku murid. Pergerakan mereka perlu sentiasa diawasi.

Mempunyai sikap memuji
Pujian merupakan suatu ganjaran dalam diri murid khas. Pelbagai cara perlu digunakan dalam memuji pelajar khas.

Tingkah laku yang baik
Tingkah laku dan layanan guru yang baik akan menjadikan murid pendidikan khas meletakkan lebih kepercayaan kepada gurunya.

Amanah
Ibu bapa mengamanahkan anak mereka kepada guru supaya mendidiknya kerana guru mempunyai ilmu dalam bidang itu.

Peranan Guru Pendidikan Khas
1. Pengurusan Bilik Darjah
Menyediakan bilik darjah yang lengkap dengan peralatan dan keperluan asas
• Menyediakan ruang dan sudut bagi setiap sesi pembelajaran
• Memastikan keselamatan bilik darjah adalah pada tahap maksimum dalam segala aspek

Pendaftaran Pelajar
• Menerima kemasukan murid dengan meneliti borang pendaftaran dan penempatan
• Menempatkan murid dalam program / kelas yang sesuai
• Merekodkan pendaftaran murid dalam buku rekod pendaftaran
• Menyediakan fail rekod murid

Menjalankan Tugas Pentadbiran
Menguruskan Program Pendidikan Khas
Pelaksanaan Program
Melaksanakan Kurikulum Pendidikan Khas
Melaksanakan Ko Kurikulum Pendidikan Khas


Pengurus Hal-Ehwal Murid Pendidikan Khas
Menjalankan Terapi
Penyeliaan dan Pengawalan
Pemeriksaan Kesihatan
Menjalankan Penilaian
Memberi Khidmat Nasihat
Antara tugas-tugas guru pendidikan khas
(i) Pemimpin
(ii) Doktor atau Jururawat
(iii) Kaunselor
(iv) Perunding
(v) Ahli Jawatankuasa RPI
(vi) Pembimbing
(vii) Fasilitator
(viii) Juru latih
(ix) Pengasuh
Pn Harlina binti Hj Ishak
Pensyarah JPK IPGKDA
Full transcript