Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

KUMPULAN 3

No description
by

sharifah nabilah

on 28 October 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of KUMPULAN 3

Pengenalan
Perkembangan Nasionalisme di luar negara
Tahap-Tahap Nasionalisme di Tanah Melayu
Kesan dan hasil daripada gerakan nasionalisme
Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan.
Merdeka atau kemerdekaan bermaksud bebas daripada penjajah, naungan dan lain-lain. Selain itu merdeka juga membawa maksud lepas dari tebusan, tuntutan dan juga membawa maksud boleh berdiri sendiri dan tidak bergantung pada orang lain
Mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

Menjalankan pemerintahan sendiri (politik)
Demokrasi berparlimen
raja berpelembagaan
Negara Malaysian telah mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi berparlimen. Sistem ini bermaksud, pemerintah negara adalah raja. sistem ini mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintah akan dibantu oleh perdana menteri untuk mentadbir negara
Demokrasi berparlimen membawa maksud, rakyat melibatkan diri sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu sebagai lambang taat setia rakyat. rakyat juga berpeluang membentuk kerajaan melalui pilihan raya

KUMPULAN 3
Semangat Nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan Tanah Melayu dipengaruhi oleh perkembangan di luar negara dan dibahagikan kepada tahap-tahap yang tertentu

Tanah Melayu suatu ketika dahulu pernah dijajah oleh beberapa kuasa besar dunia seperti British dan Jepun.
Nasionalisme – tidak hanya terhad kepada pembebasan kuasa politik – pembebasan cengkaman ekonomi dan budaya asing
Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia bagi membebaskan tanah air daripada penguasaan kuasa asing.

Dek kerana semangat serta kecintaan yang tinggi terhadap tanah air, semangat nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh tokoh tempatan serta dipengaruhi oleh gerakan gerakan melalui pertubuhan luar dan serantau mula menampakkan hasilnya apabila penjajah asing berjaya dihalau keluar dari Tanah Melayu
Di Asia Tenggara
Filipina (Sepanyol)
Barangay diperintah oleh datu – selatan kepulauan Filipina diperintah oleh kerajaan Islam
Kedatangan Sepanyol telah mengubah corak pemerintahan Sepanyol – menimbulkan kemarahan
Perkembangan
Gerakan Dakyah – Jose Rizal (Menubuhkan Liga Filipina)
Gagal – wujud yang lebih radikal
Revolusi Bersenjata pada 1896
Agunaldo – jalinkan kerjasama dengan AS untuk usir Sepanyol
Filipina merdeka - 1889

Asia Tenggara :
-Indonesia
-Filipina
Gerakan Pan- Islamisme
Pengaruh Luar
Peranan peranan
Indonesia (Belanda)
Pentadbiran
Kerajaan yang berasingan yang diketuai oleh raja dan dibantu pembesar
Belanda kuasai- pentadbiran pusat diketuai oleh gabenor jeneral
Pentd. Tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan
Penubuhan Jabatan Kerajaan,Dewan Tempatan dan Volskraad
Perkembangan Nasionalisme
Tahap 1 – pertingkatkan isu isu pendidikan – perjuangan Raden Adjen Kartini
Tahap 2 – parti radikal muncul seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasionalis Indonesia

Gerakan pan Islamisme sedunia- memberi kesedaran semangat kebangsaan
Gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
Bertujuan menentang penjajahan Barat ke atas negara Islam
Gerakan Reformis oleh Syed Muhammad Abduh – Pensyarah Uni Al –Azhar
Dalam tulisannya- Islam menekankan cara hidup di dunia dan akhirat
Mendorong umatnya menuju kejayaan
Reformasi Mesir
Gerakan Islah yang dipelopori Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh – mempengaruhi kebangkitan di Asia Tenggara

Pengaruh Golongan Nasionalis dan Liberal di Eropah
Abad ke-19 – Tercetus revolusi England,Amerika dan Perancis
Idea idea demokrasi ,kemerdekaan dan hak asasi manusia telah mempengaruhi golongan muda di Indonesia

Perang Rusia – Jepun (1904-1905)
Mmbuktikan bahawa kuasa asia juga mampu menentang negara kuasa besar Eropah
Perasaan angkuh orang Eropah sebagai kuasa penjajah yang memandang rendah terhadap keupayaan penduduk tempatan menimbulkan rasa benci terhadap mereka
Perang Rusia-Jepun – menguatkan azam rakyat Asia Tenggara terutamanya di TM untuk bangkit menentang kuasa Barat

Peranan Bahasa dan Kesusasteraan
Menggunakan cerpen,syair dan sajak sebagai medium untuk membangkitkan kesedaran dan memperjuangkan orang melayu
Menyedarkan orang Melayu tentang kelemahan dan kemunduran mereka terutamanya dalam bidang ekonomi

Peranan Pendidikan
Peranan pendidikan dapat dilihat peranannya dimainkan oleh sekolah-sekolah beraliran agama seperti Maahad Ilhya Asy Syariff di Gunung Semanggol,Perak
Maahad Ihya Asy Syarif – menggalakkan pelajarnya melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh membangunkan agama dan bangsa seperti dalam bidang penulisan
Menimbulkan minat mereka untuk bergiat dalam membangunkan agama dan bangsa

Peranan Golongan Intelektual
Melahirkan golongan intelektual Melayu yang terdedah kepada pelbagai idea dan falsafah politik daripada Barat seperti Demokrasi,liberalisme,dan nasionalisme
Golongan Syang mendapat pendidikan sekular – aliran Inggeris dan Melayu

Dibahagikan kepada 4 peringkat :
Tahap 1 : 1941 – 1945
Tahap 2 : 1946 – 1948
Tahap 3 : 1949 – 1950
Tahap 4 : 1951 – 1957

Peringkat premier- gerakan nasionalisme melayu dipimpin oleh golongan radikal – Ibrahim Haji Yaakob, Dr Burhanuddin dan Ishak Haji Mohammad
Para pemimpin nasionalis tersebut – memberikan bantuan kepada pihak Jepun – berikan jawatan penting didalam pentadbiran di Tanah Melayu
Menyebabkan Raja Melayu, pembesar dan rakyat bawahan menjadi pro penjajah Jepun

Tahap 1
Peringkat Sekunder – nasionalis melayu telah bergerak – aktif
Wujud dua golongan nasionalis – berhaluan kanan ( bersifat sederhana dan konservatif) – berhaluan kiri ( radikal )
Keadaan semakin tegang apabila Orang Melayu menuntut kuasa dan kedudukan politik di Semenanjung Tanah Melayu
Kuasa besar ketika itu di Tanah Melayu ialah British – berkuasa menentukan parti yang akan memerintah Tanah Melayu
British – memperkenalkan Malayan Union pada Januari 1946.
Beri kesan besar kepada nasionalisme melayu – menganggap satu bentuk penjajahan
Parti Kebangsaan Melayu Malaya – yang berhaluan kiri telah diharamkan dan seterusnya membuka ruang kepada golongan konservatif yang dipimpin oleh parti UMNO
Umno – membuat perancangan dalam menangani masalah politik serta nasionalisme di Tanah Melayu

Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
Ekonomi Tanah Melayu berkembang
mempelbagaikan sumber pendapatan negara. dengan ini kerajaan telah berjaya mengurangkan kesan turun naik harga getah dan bijih timah dunia
Bagi mengurangkan atau membasmi golongan ini kerajaan telah menubuhkan atau memperkenalkan dasar ekonomi baru
Kebangkitan semangat nasionalisme telah memberi kesan terhadap pembangunan ekonomi negara

Pejuang Semangat Nasionalisme
Tok Janggut 
Beliau merupakan seorang pejuang yang tekad dan berani dalam menentang penjajah di tanah Melayu. Beliau terkenal dengan keberanian, kecekapan mengendalikan senjata(keris dan parang), ketajaman fikiran dan ilmu yang dimiliki. Nama sebenar beliau ialah Haji Mat Hassan bin Munas. Beliau dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada. Tok Janggut dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, tetapi beliau menetap di kampung Nering, Kelantan

Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein
 
Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein atau Tun Abdul Razak lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang menyanjunginya kerana jasa dan sumbangan beliau untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922. Tun Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud.
Sepanjang kepimpinan beliau, banyak rintangan dalam sistem pentadbiran dan banyak berlaku rusuhan kaum khususnya kaum Cina dan Melayu. Sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah  banyak memberikan sumbangan antaranya dalam bidang pendidikan

Reaksi Masyarakat Sekarang
Kesimpulan
Rujukan
1) Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam,Prof dr hashim bin haji musa, akademi pengajian melayu universiti malaya 2001

2) isu isu pensejarahan ,abu talib ahmad, pusat pengajian ilmu kemanusiaan,pulau pinang 1995

3) Malaysia transformasi dan perubahan sosial, mohd fauzi yaacob, arah pendidikan sdn bhd 2009
Sebagai akhirulkalamnya, gerakan nasionalisme di tanah Melayu telah menunjukkan bahawa ianya adalah sebagai satu gerakan dalam mempertahankan kuasa politik orang Melayu dari diambil dan dijajah oleh orang bukan Melayu.Pengaruh nasionalisme yang wujud diluar dari Tanah Melayu juga mendorong lagi kepada gerakan nasionalisme yang berlaku di Tanah Melayu. Prakarsa yang maha penting perlu difahami menerusi nasionalisme di tanah Melayu adalah merupakan salah satu modus operandi orang Melayu dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada jajahan pihak British atas dasar kerjasama kaum dan juga kesamarataan dalam politik. Secara umumnya dapatlah disimpulkan juga bahawasanya nasionalisme Melayu yang bergerak di Tanah Melayu ini bertindak bukan sahaja untuk untuk menentang dan menamatkan penjajahan barat iaitu dari pihak Portugis, Belanda dan British, tetapi ianya juga telah mengubah nilai-nilai serta instituisi politik dengan menekankan negara bangsa yang bebas dan berdaulat. Nasionalisme yang wujud di Tanah Melayu ini tidaklah menekankan soal ikatan darah, bangsa, bahasa dan budaya tetapi ianya lebih menekankan soal penentangan terhadap penjajahan Barat ke atas Tanah Melayu. Menyedari hakikat tersebut, kita sebagai warganegara kini haruslah mengetahui nasionalisme yang pernah berlaku di negara ini. Kesedaran ini amat penting bagi mencari sinar yang lebih terang pada masa hadapan.
Pemimpin Melayu Dato’ onn jaafar-melaksanakan konsep negara bangsa persekutuan tanah Melayu- melalui UMNO sebagai platform mencapai matlamat.
“melayu” dijadikan teras bagi orang Melayu menjadi ketua, pemimpin, pemilik dan tunjang utama sistem politik tanah Melayu.
Membuka ruang- orang bukan Melayu turut serta dalam UMNO- walaupun ditentang oleh orang melayu.
Tujuan sebenar modus operandi ini adalah menunjukkan- kesepaduan dan kekuatan dalam menuntut kemerdekaan dari pihak British.

Tunku Abdul Rahman pemimpin UMNO-menggabungkan kaum-kaum yang ada- menjadi parti politik yang besar.
Menekankan kesamarataan terhadap kaum-kaum di tanah Melayu- dipersetujui oleh pihak British.
Gabungan parti terbesar telah diadakan pertengahan 1953 dan menjadi sempurna oktober 1954.
Terbentuknya UMNO, MCA, dan MIC sehingga tertubuh parti PERIKATAN.
Pilihan raya negeri dan persekutuan diadakan 1954 dan 1955- parti PERIKATAN menang.
Memberi keselesaan kepada parti PERIKATAN meneruskan perjuangan politik tanah Melayu

Semangat kebangsaan yang diterjemahkan melalui kesedaran sosial yang disuarakan mereka juga lebih banyak mengajak masyarakat pada masa itu bersatu padu.
Pada ketika ini, segelintir masyarakat Tanah Melayu yang bijak telah bangkit dan menubuhkan beberapa persatuan dengan matlamat tersendiri.
Di sini pengkaji mengambil contoh terdapat persatuan yang terdapat di setiap negeri mempunyai persatuan dan objektif mereka adalah untuk pendidikan dan masa depan anak Melayu.
Selain itu Persatuan Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah ditubuhkan pada tahun 1936 denganobjektif menjadikan soal kemerdekaan sebagai pokok perbincangan dan dasar perjuangan mereka

terdapat beberapa golongan rakyat jelata cuba bangkit untuk
menentang dengan apa yang dilakukan oleh pihak Britsh. Seperti contoh Haji Abdul
Rahman Limbong yang merupakan ulama dari Terengganu yang menggunakan
sentimen agama. Beliau menegaskan bahawa peraturan-peraturan baru yang
diperkenalkan oleh British adalah peraturan kafir dan tidak wajar dipatuhi. Beliau juga
mendakwa pihak British tidak boleh menggenakan cukai kerana ini adalah tanah hak
milik Allah. Pandangan ini diterima oleh sebahagian besar rakyat Terengganu dan pihak
British terpaksa memadamkan penentangan ini dengan menggunakan senjata

menjelang abad ke 20 terdapat kemunculan gerakan kebangsaan di
negara ini diterjemahkan dalam bentuk intelektual di kalangan masyarakat Melayu. Ia
menampakkan bentuk gerakan kebangsaan yang menggambarkan cita-cita masyarakat
iaitu masyarakat yang inginkan bebas dan merdeka. Kecenderungan mereka ketika ini
dikaitkan dengan peranan agama Islam. Ia memberi cetusan idea dan pemikiran kepada
kesedaran kemasyarakatan, ekonomi dan politik di kalangan masyarakat di Tanah
Melayu ketika itu
Full transcript