Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

BAB 8 : ISLAM & HUBUNGAN ETNIK

No description
by

norhasima shawal

on 12 November 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of BAB 8 : ISLAM & HUBUNGAN ETNIK

BAB 8 : ISLAM & HUBUNGAN ETNIK
ISLAM DAN KEHARMONIAN HUBUNGAN ETNIK
ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM
Kehidupan yang berteraskan akidah, syariah dan akhlak islam merupakan satu tuntutan dalam pendekatan Islam Hadhari untuk umat islam di Malaysia.

Umat yang memenuhi hak dan tanggungjawab sosial perlu mengatur hubungan dan pergaulan hidup yang sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh islam.

Mereka mengatur hubungan dan pergaulan yang sesuai dengan kehendak dan tujuan syariat demi melahirkan keharmonian dalam masyarakat,terutama dengan jiran tetangga.

Perlu ditekankan bahawa prinsip-prinsip ini sesuai sekali dengan nilai sejagat agama lain di Malaysia yang masing-masing berteraskan konsep spiritualiti masing masing.

Peraturan, adab dan asas yang dimaksudkan termasuklah perkara-perkara berikut:
NORHASIMA BINTI SHAWAL
WAN HANIEZA BINTI WAN M.HANAPI
NUR SUHAILA BINTI OTHMAN

Islam menekankan keamanan untuk diri sendiri mahupun sesama umat Islam. Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT:
Islam menerima kepelbagaian bangsa dan pluralisme masyarakat bersandarkan firman Allah SWT:

Dalam Islam, soal perbezaan bukan menjadi halangan untuk manusia berbaik-baik, bekerjasama dan saling membantu antara satu dengan yang lain.

Penghormatan kepada penganut agama lain telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda dan pendekatan tersebut merupakan ajaran penting dalam agama Islam.

Islam melihat kepelbagaian etnik dengan pandangan yang positif untuk berkenal-kenalan dan bantu-membantu dalam perkara kebaikan.

Ini bersandarkan perisitiwa bila Nabi Muhammad SAW menegur Abu Zarr yang menggelar Bilal dengan menjelaskan tiada keistimewaan seseorang yang berkulit putih dengan seorang yang berkulit hitam kecuali ketakwaannya.

NILAI KEMANUSIAAN ISLAM

Al-’Ilm

Mencari ilmu itu adalah wajib setiap orang Islam.
Sesungguhnya Islam adalah Ilmu, dan Al-Quran adalah kitab Ilmu.

Dengan adanya ilmu sesebuah masyarakat itu tegak, dan bersatupadu antara ilmu pengetahuan dan keimanan.

Al-Syura

Syura membawa maksud bahawa sesorang itu tidak menyendiri pendapatnya dalam persoalan yang memerlukan pendapat orang lain.

Musyawarah dapat membuka segala pintu kesulitan dan memberi kesempatan untuk melihat penyelesaian dalam pelbagai sudut.

Kebaikan bermusyawarah adalah manusia akan mendapat lebih ilmu pengetahuan dari pebincangan selain idea sendiri.

Islam mengalakkan aktiviti bermusyawarah dalam kehidupan indidividu, bekeluarga dan bernegara.

Al-’Adalah

Al-Adalah bermaksud: keadilan

SOSIAL
1. Semua etnik bebas menganut agama dan kepercayaan masing-masing
2. Bebas untuk melakukan kegiatan ekonomi

PEMERINTAHAN
1. Orang bukan Islam yang bermastautin di Negara Islam wajib dipelihara darah dan hartanya
2. Harta kekayaan Negara juga wajib dibahagikan kepada semua rakyat

UNDANG-UNDANG
Membela nasib semua lapisan masyarakat dalam negara

Al-Hurriyyah

Kebebasan secara amnya menekankan kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri.

Kebebasan adalah nilai kemanusiaan yang diberi perhatian dalam Islam.

Ia merangkumi kebebasan beragama, kebebasan berfikir, kebebasan politik, kebebasan sivil dan semua kebebasan hakiki.

Kebebasan beragama bermaksud kebebasan beriktikad dan kebebasan melakukan ibadat. Islam tidak menerima tindakan memaksa seseorang menganut agama tanpa kerelean individu tersebut.


Al-Musawah

Kesamarataan manusia adalah berlandaskan konsep kesejagatan Islam.

Islam mengajar semua manusia adalah sama dan setaraf dari sudut pandangan Allah dan faktor yang membezakan mereka adalah ketakwaan di sisi Allah

Kepelbagaian bangsa, bahasa dan warna kulit tidak menjejaskan taraf kemanusiaan seseorang dari perspektif Islam

Al-Mas’uliyyah

Allah s.w.t. menganugerahkan kepada manusia dengan akal dan ilmu yang membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab pengimarahan bumi.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan kepada kita di dalam hadisnya unsur-unsur penting bagi tanggung jawab manusia di dunia, iaitu: Masa, kerja, harta dan ilmu.

Tanggung jawab itu akan dipersoalkan di hadapan Allah s.w.t. pada hari kiamat kelak.

APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA
KONSEP JIRAN
Mengikut Kamus Dewan:
Orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri yang dikenali sebagai “orang sebelah” atau tetangga.

Menurut Islam:
Orang yang ada hubungan dengan anda dalam sesuatu kawasan, tinggal berdekatan, iaitu bilangan rumah sebanyak 40 rumah dari penjuru timur, barat, utara dan selatan di sekeliling rumah anda”.

PEMANGKIN SEMANGAT KEJIRANAN
Mengikut Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, semangat kejiranan boleh dipupuk disebabkan unsur-unsur seperti berikut:
HUBUNGAN
SOSIAL

Hubungan sosial dalam kehidupan kini banyak terjalin melalui berikut:
MAQASID SYARIAH
Syariah Islam didatangkan oleh Allah s.w.t. untuk menjamin kebaikan serta menghindarkan kemudharatan kepada semua manusia tanpa mengira etnik.

Iaitu matlamat pensyariatan hukum yang merangkumi semua bidang kehidupan manusia yang melibatkan hubungannya dengan Allah, hubungannya sesama manusia dan hubungannya dengan alam semesta.

Syariat Islam ditegakkan atas dasar kemaslahatan dan menolak kemudaratan.

Kepentingan maslahah manusia berkait dengan:
--> perkara asasi (dharuriyyat)
--> perkara keperluan (hajiyyat)
--> perkara kesempurnaan (tahsiniyyat/kamaliyat)

BERKENAL-KENALAN ( AL-TA’ARUF )
Merupakan fitrah manusia untuk hidup, berkasih sayang dan saling berhubung antara satu dengan yang lain. Manusia dicipta dengan wujudnya kaum lelaki dan perempuan serta terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik.

Manusia dijadikan paras rupa dan warna kulit yang berlainan supaya mereka berbaik antara satu dengan lain agar mereka dapat hidup bersama dalam keadaan aman dan sejahtera, bukan untuk bermusuh-musuhn.

Bermusuhan antara satu dengan lain tidak akan mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak.

Berkenalan yang dimaksudkan tidak terbatas kepada nama atau tempat tinggal yakni lebih jauh daripada itu, malah mengetahui kedudukan seseorang, corak kehidupan seharian, budaya bangsa atau etnik asal.

Ta’aruf merealisasikan pengabdian kepada Allah supaya mengenali keturunan masing-masing.

PERSEFAHAMHAN
( AL-TAFAHUM )
Al-Tafahum : Faham dan saling memahami

Persefahaman ialah saling sentiasa bersetuju untuk bekerjasama antara satu sama lain.

Tujuannya ialah untuk mencapai kehidupan yang harmoni dan sejahtera.

Ini boleh dilakukan dengan mengadakan program kemasyarakatan yang boleh mempertemukan masyarakat pelbagai etnik seperti kegiatan sukan, politik, ekonomi, sosial dan gotong-royong.

Persefahaman boleh diamalkan dalam konteks hubungan etnik melalui cara berikut:
i) perlu saling mengenali antara satu dengan yang lain
ii) berpegang teguh kepada ajaran agama dan mengamalkan nilai-nilai hidup murni
BEKERJASAMA (AL-TA’AWUN )
Al-Ta’awun ertinya ialah tolong-menolong atau saling membantu.

Tujuannya ialah mengelakkan musibat demi mencapai kepentingan bersama.

Bekerjasama bukan hanya di kalangan sesama agama tetapi melampau batas sempadan agama dalam bentuk sumbangan:
i) tenaga-membantu masyarakat yang kesusahan atau kesulitan
ii) harta-kewangan,barangan atau peralatan keperluan harian
iii) masa-nasihat, tunjuk ajar, kuliah dan ceramah

Sifat ini berupaya melahirkan masyarakat yang cakna dan mengambil berat keadaan mereka yang kurang bernasib baik dan menanggung maslah hidup supaya sama-sama menikmati kemakmuran negara.
PERSAUDARAAN ( UKHUWAH )
Menurut Kamus Dewan, persaudaraan bermaksud perhubungan seperti bersaudara atau pertalian yang rapat.

Persaudaran ialah ikatan kerohanian (psikologi) yang mendalam dalam jiwa sehingga menghasilkan kasih sayang, belas kasihan dan tanggungjawab. Ia merasa diri orang lain seperti dirinya sendiri.

Manusia seharusnya hidup dalam masyarakat yang saling mencintai dan saling menolong, sehingga timbulnya kekuatan persaudaraan. Antara mereka saling memperkuat, sehingga benar-benar terasa bahawa kekuatan saudaranya adalah kekuatan nya dan kelemahan saudaranya adalah kelemahannya.

Pendekatan Islam menganjurkan persaudaraan atas dasar beriman dan bertaqwa. Ukhuwah (persaudaraan) dalam Islam meliputi seluruh golongan masyarakat.
BERKASIH SAYANG ( AL-MAHABBAH )
Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusiaan yang sewajarnya disemai dan dipupuk dalam sanubari setiap anggota masyarakat.

Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan kemesraan di kalangan masyarakat pelbagai etnik. Apabila hati dengan hati bertaut erat, hilanglah sifat bermusuhan, benci membenci dan dengki mendengki antara satu sama lain.

Tahap mahabbah yang paling rendah adalah bersihnya hati dari perasaan yang negatif seperti perasaan hasad, membenci, dengki, dan apa-apa yang menyebabkan permusuhan dan pertengkaran.
JAMIN MENJAMIN
( AL-TADHAMUN )
Al-Tadhamun ialah saling jamin menjamin sesama Islam dari segi akhlak dan akidah iaitu maruah sesama agama Islam bagi mewujudkan tamadun yang kuat untuk menjadi contoh kepada agama lain.

Jamin-menjamin melalui 3 peringkat
Individu: Menjadi warganegara yang baik
Keluarga: Menjaga hubungan baik dengan ibu, bapa dan keluarga
Masyarakat: Menjaga hubungan yang baik dengan masyarakat pelbagai etnik

Dilaksanakan melalui pemberian nafkah keluarga, zakat, sedekah, wakaf dan kerjasama yang erat dalam mayarakat
KEMESRAAN DALAM KOMUNIKASI
Masyarakat pelbagai etnik patut mengamalkan komunikasi positif melalui pertemuan individu atau perjumpaan kelompok dengan cara bertegur sapa dengan memberi salam atau ucap selamat,mengukir senyuman ketika bertemu, sifat dan sikap lemah lembut, penyayang dan memberi perhatian sewaktu bercakap.

Penggunaan bahasa yang baik dan bersopan santun menjadi asas dalam menghasilkan komunikasi yang baik dan berkesan serta mengelakkan sikap sombong dan memandang rendah

Sikap sombong seperti bermasam muka dan memandang rend terhadap orang lain merupakan sikap negatif yang boleh merenggangkan hubungsn hendaklah dihindari.
Budaya Ziarah Menziarah

Amalan berziarah masyarakat pelbaga etnik dapat sentiasa menjaga hubungan kemesraan dan sikap mengambil berat antara satu sama lain.

Ia didahului dengan meminta izin untuk membuat kunjungan ke rumah @ ziarah boleh dilakukan diluar halaman rumah ketika duduk berehat, membasuh kereta, menyapu sampah dan mengemas.

Amalan ziarah-menziarahi memberi banyak kebaikan terutamanya dalam menghubungkan dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka.

Islam sangat menggalakkan umatnya untuk memperbaiki hubungan silaturrahim dan persaudaraan.

Mengambil
berat
Semua etnik di Malaysia harus mengambil berat mengenai apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka yang melibatkan etnik lain dalam konteks membantu kebaikan dan kebenaran serta menjauhi kejahatan dan keburukan seperti keselamatan, kesihatan, pendidikan dll.

sikap ini mampu menjamin kewujudan suatu masyarakat yang sensitif kepada unsur-unsur yang positif dan negatif dalam kehidupan mereka.
MEMULIA &
MENGHORMATI SESEORANG
Mewujudkan hubungan etnik berdasarkan prinsip hormat menghormati dengan memuliakan manusia lain atas dasar kemanusiaan dan bukannya diasaskan atas perbezaan bahasa, etnik, agama dan warna kulit.

hormat menghormati dengan memuliakan orang lain dan memberikan kedudukan yang tinggi disamping rase rendah diri dapat memberikan kesan kejiwaan yang mendalam mengenai keikhlasan dan baik hati.
MENGHORMATI
JIRAN
Menghormati serta berinteraksi dengan baik kepada jiran tetangga serta masyarakat di sekeliling
BERSAMA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
Bermesyuarat dan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum membuat sesuatu keputusan berkaitan kehidupan masyarakat
Seseorang itu berasa megah dan sayang kepada kawasan atau tempat tinggal.
Kenal-mengenal, kerap bertemu dan saling tolong-menolong antara jiran tetangga.
Penduduk menganggap mereka sebagai satu masyarakat.
Penduduk bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keamanan dalam kawasan sejiran mereka.
Penduduk bermuafakat untuk menjalankan satu-satu tindakan bagi faedah bersama.

Hubungan menerusi tempat kerja
Hubungan menerusi institusi
Hubungan menerusi adat istiadat
Hubungan menerusi aktiviti politik
Hubungan menerusi aktiviti kebajikan
Hubungan menerusi aktiviti sosial
Hubungan menerusi aktiviti rekreasi
2004
2007
2013
2010
2001
Menjamin Pemilikan Dan
Penguasaan Harta

Syariah Islam telah menggariskan peraturan dalam soal kehartaan.

Islam memberi kebebasan untuk mencari harta dengan cara yang halal, mengharamkan umatnya mencuri dan mengenakan hukuman hudud jika disabitkan kesalahan mencuri.

Memelihara Agama
Islam membimbing manusia memilih agama yang benar

Tuntutan umat Islam memelihara aqidah Islam dan tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu atau murtad.

Untuk menjaga agama – Pengamalan dan pelaksanaan ajaran agama dalam seluruh dimensi kehidupan manusia mesti berdasarkan syariat Allah SWT.

Islam memberikan hak kepada non Muslim untuk menganut agama pilihannya dan mengamalkan ajaran mereka tanpa paksaan.

Menjamin Keselamatan
Nyawa
Syariah Islam juga datang untuk menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia.

Dalam konteks hubungan etnik, Islam mewajibkan individu menjaga keselamatan diri dan pada masa yang sama melarang keras perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain

Memelihara Kemurnian
Fikiran
Akal adalah nikmat anugerah Allah yang membezakan manusia dengan makhluk lain.

Dari segi perundangan, akal merupakan syarat bagi menentukan seseorang itu “mukallaf” atau mempunyai tanggungjawab dalam tindakan dan amalan.

Islam MENGHARAMKAN perkara-perkara yang boleh merosakkan akal seperti arak dan dadah dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kerosakan dan kebinasaan.

Menjamin Kehormatan
Dan Maruah Diri
Islam melindungi kehormatan atau maruah diri individu.

Islam tidak membenarkan terjerumus dalam perbuatan keji seperti zina.

Islam juga menjaga keturunan dan nasab seseorang kerana memberi kesan kepada hak perwalian,perwarisan, nafkah dan sebagainya.

TOLERANSI ISLAM DALAM HUBUNGAN ENTIK
Hak Perlindungan
Perlindungan daripada serangan luar.

Perlindungan daripada penganiyaan pihak dalam

Perlindungan terhadap darah dan badan

Perlindungan terhadap harta benda

Perlindungan terhadap maruah
Hak Kebebasan
Kebebasan peribadi

Kebebasan tempat tinggal

Kebebasan beragama

Kebebasan memberi pendapat, berkumpul dan mengajar

Kebebasan menggunakan kemudahan awam

Lain-Lain Hak
Hak Mendapat Bantuan

Hak Kewarnegaraan

Hak Politik

Hak Bebas Bekerja atau Mencari Nafkah

Hak-hak Khusus
- Hak berkaitan kekeluarggan seperti nikah kahwin,nafkah
pembubaran perkahwinan.
- Hak-hak berkaitan harta spt pemilikan, transaksi, sewa-menyewa dsb.

Hak Jaminan Ketika Lemah, Dewasa/ Tua dan Ketiadaan Harta

Hak Jaminan Dari Masyarakat Islam

BATAS TOLERANSI DALAM KEHIDUPAN BERAGAMA
Memahami Sensitiviti Beragama
Memahamai prinsip-prinsip asas sesuatu agama. Perlu kita belajar perbandingan agama.

Memahami sentiviti agama lain.

Tiada paksaan dalam amalan beragama.
Boleh Membezakan Antara Budaya dan Agama
Budaya boleh diamalkan bersama.

Amalan atau ajaran bercorak agama tidak boleh diamalkan bersama dan perlu dipelihara mengikut agama masing-masing.
Mengadakan Diolog / Perbincangan Dengan Cara Bijaksana dan Profesional.
Diolog perlu kerap diadakan dengan cara dan sikap fikiran yang terbuka.

Perihatin pada setiap tingkahlaku yang tidak membawa kepada perbalahan.
SEKIAN.
TERIMA KASIH...
Surah Al Baqarah, Ayat 256
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Surah Al Hujurat, Ayat 13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
KONSEP
AL-WASATIYAH

Wasatiyyah bermaksud seimbang dan pertengahan. Iaitu “suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada ajaran Islam yang diamalkan secara sederhana serta berimbang bagi melahirkan individu dan masyarakat yang cemerlang.”

Wasatiyyah dikalangan umat ini dapat disaksikan apabila umat tersebut tidak mengamalkan pendekatan Ifrat yang membawa maksud terlampau ketat, keras, ekstrim dan tasyaddud. Sementara tafrit pula terlalu longgar, terlampau mengambil mudah dan cuai. Menurut Imam Muhammad Abduh; Ifrat adalah lebih dari kadar yang sepatutnya, manakala tafrit adalah kurang dari kadar yang sepatutnya. Samada Ifrat mahupun tafrit kedua-duanya adalah terseleweng dari landasan yang lurus dan ia adalah tercela. Maka yang terbaik adalah ditengah-tengah antara kedua-duanya.
Antara langkah dalam pendekatan wasatiyyah ini ialah:
Perlu mengambil sikap pertengahan apabila berhadapan dengan dua ekstrim ataupun kedudukan dalam setiap perkara.

Perlu didasarkan kepada ilmu dan hukum yang benar dan bukannya bersifat agakan semata-mata.

Perlu berpandukan kepada sifat adil dan warak. (Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempat dan hiraki yang sepatutnya berasaskan kepada lunas-lunas agama dan hikmah. Sifat warak pula adalah sifat berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan mengelakkan diri daripada terjebak dengan dosa).

Bukan didasarkan kepada kepentingan diri dan nafsu yang melampau.

Tidak boleh bertindak melulu kapada tamadun asing, perlu terbuka dan mengambil apa-apa kebaikan secara selektif
Full transcript