Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

KOMPONEN DARAH DAN FUNGSINYA

No description
by

on 13 February 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of KOMPONEN DARAH DAN FUNGSINYA

PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN
KEPENTINGAN DARAH
KUMPULAN DARAH
KUMPULAN DARAH
Darah manusia adalah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan platlet.
Kumpulan darah manusia pula dikelaskan kepada empat kumpulan yang berbeza. Keempat-empat kumpulan tersebut adalah A, B, AB dan O yang juga dikelaskan mengikut Sistem ABO.
KUMPULAN DARAH PENDERMA DAN PENERIMA
DEFINISI DARAH
Darah merupakan gabungan dari cairan, sel-sel dan partikel yang menyerupai sel, yangmengalir dalam arteri, kapiler dan vena; yangmengirimkan oksigen dan zat-zat gizi ke jaringan dan membawa karbon dioksida danhasil limbah lainnya.Darah berbentuk cecair yang berwarna merah, agak kental dan lengket. Darah mengalir di seluruh tubuh kita, dan berkaitan langsung dengan sel-sel di dalam tubuh kita. Darah terbentuk daripada beberapa unsur, iaitu plasma darah, sel darah merah, sel darah putih dam keping
darah.

PENYAKIT KELAINAN DARAH
1. Anemia, iaitu penyakit kerana kekurangan sel darah merah.

2. Leukimia, iaitu penyakit yang disebabkan oleh kelebihan pengeluaran sel darah putih.
Penyakit ini biasa disebut kanser darah.

3. Hemofilia, iaitu penyakit yang menyebabkan darah sukar membeku. Jika si pesakit
mengalami luka ringan, boleh mengakibatkan pendarahan yang serius.

KOMPONEN DARAH
1. Plasma darah
Unsur ini merupakan komponen terbesar dalam darah, kerana lebih dari separuh darah
mengandungi plasma darah. Hampir 90% bahagian dari plasma darah adalah air. Plasma darah berfungsi untuk mengangkut sari makanan ke sel-sel serta membawa sisa
pembakaran dari sel ke tempat pembuangan. Fungsi lain adalah menghasilkan zat
kekebalan tubuh terhadap penyakit atau zat antibodi.

2. Sel darah merah (Eritrosit)
Sel darah merah mengandungi banyak haemoglobin. Darah
berwarna merah sebab haemoglobin berwarna merah tua. Sel darah merah dihasilkan
dilimpa atau kura, hati dan sumsum merah pada tulang pipih. Sel darah merah yang sudah mati dihancurkan di dalam hati.

3. Sel darah putih (Leukosit)
Kris Cahyo Mulyatno
ITD UA
Kris Cahyo Mulyatno
ITD UA

Sel darah putih bentuknya tidak tetap. Sel darah putih dibuat di sumsum
merah, kura dan kelenjar limpa. Fungsinya untuk membasmi kuman-kuman penyakit.

4. Keping darah (Platelet)
Bentuk keping darah tidak teratur dan tidak mempunyai inti. Dihasilkan pada sumsum
merah, serta berperanan penting pada proses pembekuan darah.

FUNGSI-FUNGSI DARAH
Fungsi darah dalam metabolisme tubuh kita antara lain sebagai alat pengangkut (pengedar),
pengatur suhu tubuh dan pertahanan tubuh. Peredaran oksigen pada tubuh:

1. Oksigen diedarkan ke seluruh tubuh oleh sel darah merah.
2. Darah yang dipam dari bilik kanan jantung ke paru-paru melepaskan CO2 dan
mengambil O2 dibawa menuju serambi kiri.
3. O2 dari serambi kiri disalurkan ke bilik kiri
4. Dari bilik kiri O2 dibawa ke seluruh tubuh oleh sel darah merah untuk pembakaran
(Pengoksidaan)
5. Peredaran darah besar iaitu peredaran darah yang berasal dari jantung membawa
oksigem dan sari makanan ke seluruh tubuh dan kembali ke jantung membawa
karbon dioksida.
6. Peredaran darah kecil iaitu peredaran darah dari jantung membawa karbon dioksida
menuju paru-paru untuk dilepas dan mengambil oksigen dibawa ke jantung.
Jadi kesimpulannya, fungsi darah adalah:

Mengedarkan sari-sari makanan ke seluruh tubuh

Mengedarkan oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh

Mengangkut karbon dioksida ke paru-paru

Mengedarkan hormon

KEPENTINGAN MENDERMA DARAH
1. Boleh menyelamatkan nyawa seseorang

Bagi orang-orang yang berisiko tinggi kehilangan darah seperti akibat kemalangan dan juga ibu yang melahirkan anak, darah yang didermakan adalah sangat penting. Dalam keadaan kecemasan seperti itu, mereka sangat memerlukan darah yang banyak dalam kadar yang segera. Sudah tentu pada saat kecemasan itu, jika tiada bekalan darah yang didermakan, proses ini akan menyulitkan lagi keadaan pesakit.

2. Boleh membantu seseorang dengan penyakit yang berkaitan dengan darah

Derma darah juga penting dalam membantu pesakit yang menghidap penyakit yang berkaitan dengan darah. Antara penyakit yang berkaitan dengan darah adalah hemofilia, anemia dan talasemia yang berkaitan dengn sel darah merah. Manakala penyakit kegagalan sumsum tulang dan leukimia pula adalah penyakit yang berkaitan dengan platlet.

Mereka ini sangat memerlukan darah bagi menjalani kehidupan biasa seperti kita. Tanpa bekalan darah yang berterusan, maka perkara ini boleh mengundang maut kepada pesakit. Justeru itu, darah yang diderma adalah sangat penting.

MEWAJARKAN KEPENTINGAN MENDERMA DARAH
Pendermaan darah boleh menyelamatkan nyawa.
Pendermaan darah tidak membahayakan individu kerana darah merupakan tisu hidup yang boleh diperbaharui

LANGKAH PENGENDALIAN DAN PENYIMPANA DARAH YANG DIDERMA
Langkah 1
Penderma diberi kaunseling percuma oleh pihak klinik. Penderma akan diperiksa sama ada layak atau pun tidak untuk mendermakan darah. Rekod derma darah juga akan disemak bagi memastikan kali terakhir penderma mendermakan darah adalah sekurang-kurangnya 90 hari yang lalu.

Langkah 2
Penderma akn mendermakan darah. Darah yang didermakan adalah lebih kurang 400 cm3. Darah diambil melalui vena pada lengan. Darah kemudiannya disimpan dalam beg darah yang berisi natrium sitrat. Tujuannya adalah bagi menghalang pembekuan darah. Masa yang diambil bagi menyalurkan satu beg darah adalah kira-kira 5-10 minit.

Langkah 3
Darah yang diderma kemudiannya akan diuji bagi menentukan kumpulan darah ABO. Ini adalah langkah penting bagi memastikan kesesuaian darah penderma dengan darah pesakit yang bakal menerima darah tersebut. Jika tidak memastikan kumpulan yang betul, proses pemindahan darah akan bertambah sulit.


Langkah 4
Saringan darah dilakukan bagi sebarang tanda penyakit seperti Hepatitis B dan C, AIDS dan penaykit pemindahan darah yang lain. Kehadiran virus seperti virus imunodefesiensi manusia (HIV) dan bahan yang tidak dikehendaki juga akan dikenalpasti. Beg darah yang dicemari akan disingkirkan.

Langkah 5
Setelah dipastikan darah adalah benar-benar bersih dan sihat, maka darah akan disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 C selama 5 - 10 hari ataupun lebih lama setelah ditambahkan dengan glukosa. Secara spesifiknya komponen darah boleh disimpan seperti berikut:
Sel darah merah - dalam peti sejuk selama 42 hari
Platlet - pada suhu bilik selama 5 hari
Plasma - dibekukan selama 1 tahun

Langkah 6
Langkah terakhir adalah pesakit menerima darah yang diderma. Tetapi sebelum itu, bagi memastikan tahap kebersihan dan kesihatan, maka darah tersebut diuji lagi sekali. Kemudiannya proses pemindahan darah ini diteruskan pada kadar dan suhu yang betul juga adalah melalui vena pada lengan.




KOMPONEN DARAH DAN FUNGSINYA
Jenis kumpulan darah adalah terwaris dan disumbangkan oleh kedua ibu bapa. Mengikut budaya Jepun, mereka percaya bahawa jenis kumpulan darah ini boleh mempengaruhi personaliti, watak dan kesesuaian seseorang dengan individu lain.
DISEDIAKAN OLEH :

! NURUL IZZAH AMIRAH BT ABDUL RASHID
! ROSMAAMIRAH BT MAT LAZIM
! NUR ELYA MAISARAH BT MAZLAN
! NURSYAZWEEN UMAIRA BT ZUBIR
Full transcript