Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Kerajaan Melayu Melaka & hubungan diplomatik dengan kerajaan

No description
by

zinly yong

on 6 April 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Kerajaan Melayu Melaka & hubungan diplomatik dengan kerajaan

Kerajaan Melayu Melaka & Hubungan Diplomatik dengan Kerajaan-kerajaan Lain: India, China & Arab, Khususnya dalam Perkembangan Tamadun Islam
Kedatangan Parameswara ke Melaka
Majapahit menyerang Palembang. Parameswara dan pengikutnya berundur ke Temasik.
Parameswara membunuh Temagi (pemerintah Siam di Temasik). Siam dan Majapahit menyerang Temasik, Parameswara melarikan diri ke Sening Ujong dan Bertam menuju ke utara.
Parameswara tiba di sebuah kampung nelayan dan mendapati tempat tersebut strategik sebagai laluan kapal dagang.
Faktor-faktor Melaka
Dipilih Menjadi Sebuah Kerajaan
Bekalan air senang diperolehi.
Bentuk muka bumi berbukit-bukau menjadi panduan pelayar dan kawasan selat lebih mudah dikawal.
Pokok bakau dan api-api benteng pertahanan dan pelindung semula jadi.
Muara sungai terlindung daripada tiupan angin monsun.
ASAL USUL NAMA MELAKA
NAMA POKOK
Sempena nama pokok Melaka, tempat Parameswara berehat selepas melihat anjing perburuannya ditendang oleh pelanduk.
Istilah Arab
Pedagang Arab memanggil Melaka dengan nama 'Mulaqah' (pertemuan). Disebut juga 'malakat' (perhimpunan segala dagang).
Hubungan Antarabangsa
CHINA
Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming), baginda telah memperluaskan hubungan perdagangan dan pengaruh China ke luar negeri.
Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ying Ching tiba di Melaka. Melaka sedang diancam oleh Siam dan Majapahit mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.
Pada tahun 1405, Parameswara telah menghantar satu utusan ke China dan kerajaan Ming telah bersetuju memberi perlindungan dan mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.
Kerajaan Ming juga telah menghantar sebuah inskripsi ke Melaka bersama-sama dengan cap mohor, sepasang kain sutera dan payung kuning.
China juga telah memberi amaran kepada kerajaan Siam agar tidak mengganggu kedaulatan Melaka melalui utusannya yang diketuai oleh Cheng Ho yang tiba di Melaka pada tahun 1409.
Pada tahun 1411, Parameswara sendiri melawat China.
Pedagang-pedagang China telah menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan atau menunggu pertukaran angin sebelum bertolak ke India.
Selain itu, hubungan dengan China juga terjalin dalam bentuk hubungan perdagangan apabila pedagang-pedagang China datang berdagang ke Melaka.
Gujerat (India)
Melaka juga menjalankan hubungan perdagangan dengan Gujerat.
Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka.
Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama Islam di Melaka.
Pedagang Gujerat mendapatkan rempah dari Kepulauan Melayu.
Arab
Pedagang Arab juga mengembangkan ajaran Islam di Melaka.
Mereka juga membeli
Emas dan rempah dari Kepulauan Melayu
Kain sutera dan teh dari China
Sistem Pentadbiran yang Sistematik
Sultan
Pembesar Berempat
Pembesar Berlapan
Pembesar Enam Belas
Pembesar Tiga Puluh Dua
Bendahara
ketua pentadbir negara
penasihat utama sultan
ketua angkatan perang
ketua hakim
pemangku sultan
Penghulu Bendahari
menguruskan perbelanjaan negeri
ketua urus setia istana
ketua syahbandar
ketua pemungut cukai
ketua bendahari
Temenggung
ketua polis
ketua penjara
ketua protokol istana
hakim bagi kes-kes jenayah di darat
penguasa bagi kota Melaka
Laksamana
ketua angkatan laut
ketua pengawal keselamatan sultan
ketua utusan diraja ke negara di seberang laut
Pembesar
Berempat

Empayar Melaka
TITAS
(TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA)
Psesent by: Zinly Yong
Islam di Melaka
Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456), Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka.
Peranan Pedagang dari Sumatera
Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13
Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam
Peranan Pedagang dari Arab & India
Mereka menyebarkan agama Islam di samping berdagang di Melaka
Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar, dan rakyat Melaka
Pedagang Islam berkahwin dengan penduduk tempatan
Peranan Sultan
Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam
Peranan Ulama
Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka
Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah
Sifat Agama Islam
Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk menganut agama Islam
Mengapakah Islam dapat berkembang di Melaka?
Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
Masjid, madrasah, dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawuf yang terkenal ialah Abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.
Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
Kemerosotan Kesultanan Melaka
Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah. Namun, semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah, Melaka mengalami kemerosotan.
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan tersebut? Mari kita kaji.
Kelemahan Pemimpin
Bendahara Tun Mutahir yang menggantikan Bendahara Tun Perak sebagai Bendahara Melaka bersikap pilih kasih dalam urusan pentadbiran negara. Pengganti Bendahara Tun Mutahir, iaitu Bendahara Tun Perpatih Putih sudah tua dan uzur. Sultan Mahmud Shah pula kurang mengambil berat tentang hal-hal pentadbiran. Baginda telah menyerahkan kuasa kepada puteranya, Sultan Ahmad Shah yang lemah dan tidak cekap.

Perebutan Kuasa
Perebutan kuasa berlaku dalam kalangan pembesar. Bendahara Tun Mutahir melantik saudara-saudaranya memegang jawatan penting dalam pentadbiran. Keadaan ini menyebabkan pembesar yang diketuai oleh Laksamana Khoja Hassan tidak berpuas hati. Akibatnya, timbulnya fitnah terhadap Bendahara Tun Mutahir. Fitnah tersebut menyebabkan beliau dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Melaka.
Kelemahan Askar Melaka
Semasa menghadapi serangan Portugis. Askar Melaka menggunakan tombak, keris, panah, dan sumpit beracun, manakala Portugis menggunakan meriam dan senapang yang lebih canggih. Tentera Portugis pula telah mendapat bantuan dari pangkalan tentera Portugis di Goa, India. Keadaan ini telah melemahkan semangat juang dalam kalangan Askar Melaka. Selain itu, askar upahan Jawa pula melarikan diri dari medan perang.
Ketidaksetiaan Rakyat
Kematian Bendahara Tun Mutahir akibat fitnah telah menyebabkan rakyat berpecah-belah. Mereka tidak bersatu-padu menentang musuh. Portugis telah menawan Melaka setelah berjaya memusnahkan jambatan sungai Melaka. Kejayaan ini disebabkan oleh Si Katol telah membocorkan rahsia penting maklumat pertahanan Melaka kepada Portugis.
Full transcript